Khamis, 4 Ogos 2022

Chicken

 GAME OF CHICKEN


Perkembangan di Taiwan merisaukan tapi tak sama dengan kes Ukraine.


3 hari sebelum Rusia melancarkan serangan, Zelensky bukan saja tak beri jaminan Ukraine tak akan masuk NATO, malah memberi isyarat Ukraine akan kembali jadi negara pemilik senjata nuklear.


Dari perspektif Rusia, itu adalah hal hidup atau mati yang memerlukan tindak balas serta-merta. Sebab tu walaupun Rusia kena macam-macam sekatan, approval rate orang Rusia terhadap Putin sekarang adalah 80%.


Dalam kes Taiwan pula, lawatan Pelosi tak ubah apa-apa status quo pun.


Bukannya hari ini Pelosi datang, esok Tsai Ing-wen mengisytiharkan penubuhan Republik Taiwan dan buat pakatan ketenteraan dengan US. Normalisasi hubungan pun tak (US dah memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan ROC di Taiwan sejak 1979). 


Lawatan Pelosi lebih kepada tujuan publisiti, nak lawan suara-suara dalam US yang kata kerajaan Biden dan Demokrat lemah, kurang zat telur.


Sebab Midterm Election dah nak dekat (November). Dengan masalah inflasi, approval rate Biden yang sekadar 38%, Trump sibuk buat comeback, memang nampak Demokrat tak selamat. 


Jadi Demokrat termasuk Pelosi memerlukan kontroversi. Isu Taiwan ni pulak adalah antara isu rare yang disokong sebulat suara oleh kedua-dua Demokrat dan Republikan. So bolehlah nak tunjuk "tough", dapat approval daripada rakyat dan media.


Pada masa yang sama, kewibawaan Xi pun banyak jatuh di kebelakangan ini. Dengan dasar Zero Cobid, ekonomi yang lemau, kedudukan Xi dalam parti pun mula tergugat.


Jadi kerajaan Xi pun kena tunjuk tough. Sebab kalau China tak buat apa-apa, Xi akan dilihat lemah, lagi tergugat. Tu yang bagi amaran "jangan main api" bagai.


Tapi warning macam mana pun, Pelosi tetap perlu meneruskan perjalanan. Sebab kalau dia "chicken" (jadi penakut), maka tak capai tujuan nak tunjuk tough, dan akan kena bahan oleh media pro-Republikan. Imej Demokrat makin tercalar.


Pelosi dah accomplish mission dia. So now, bak kata orang putih, "bola ada di gelanggang China".


China tak boleh "chicken". Kalau "chicken", lagi jatuh wibawa Xi. Taiwan dan negara-negara ASEAN akan jadi lebih berani, anggap warning China tu warning kosong.


Tapi serang dan takluk Taiwan tak menepati kepentingan China buat masa sekarang. Taiwan ni walaupun kecil tapi ada kelebihan sebagai pulau.


Nak takluk pulau ni tak sama macam nak cross sempadan Rusia-Ukraine. Perlu perancangan yang rapi, tak boleh ad-hoc nak serang gara-gara lawatan Pelosi.  


Keadaan ekonomi China sekarang tak dapat sustain "war economy". Dan China pun nampak kesan sekatan ekonomi pada Rusia.


Jadi walaupun lawatan Pelosi provokatif di mata China, tindak balas dalam bentuk perang adalah tak "proportionate" dengan provokasi.


Paling tough China boleh buat pun latihan ketenteraan mengepung Taiwan, buat sekatan, demonstrate kekuatan China, fly-over, tembak misil. 


Tindakan lebih daripada itu tak menepati kepentingan China, buat masa ini.


Tapi never underestimate kesan provokasi terhadap pihak yang berada dalam keadaan desperate.


Nak lebih memahami latar belakang isu Taiwan ini, boleh baca dalam Dunia Tanpa Tembok III (World Without Walls III), dan juga Kitab Tamadun Cina:


https://thepatriots.store/store/latest/world-without-walls-3/

https://thepatriots.store/store/latest/kitab-tamadun-cina/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan