Khamis, 18 Ogos 2022

Umrah ground pakej

 Boleh contact utk buat ground dgn tn muhsin ni


Sy explain sikit bab DIY ni.
Do it your self. Dengar je rasa tak berani kan?
Tp sebenarnya Insha Allah dipermudahkan. Niat dan yakin kita nak jadi tetamu rumah Allah.

1. Apply visa pelancong dekat website kedutaan arab saudi

2. Sblm apply riki dulu bila tarikh tiket murah utk fly. Elakkan direct flight. Kalau boleh turun egypt dan ambil domestik flight (sgt2 jauh beza harga dgn direct flight)

3. Dah riki harga, jgn beli dulu. Apply dulu visa pelancong. Dah lulus hari tu juga boleh beli tiket.

4. beli tiket anjakkan masa dlm 2@3 bln sblm fly masa beli.

5. Hubungi ground pakej (biasa yg buat ni personal) - ground ni :
• hotel
• transport
• ziarah
Deal molek harga dan itinerary

6. Dah deal elok. Buat persiapan utk menunaikan umrah. Baca buku, fahamkan rukun dan syarat wajib umrah. G kelas weekend free travel agent buat(selalu andalusia-mmg die bg free n open class to public). Faham dan dalami maksud mengerjakan umrah dan beza perjalanan beribadah dgn melancong.

7. Alhamdulillah kalo faham dari no 1-6.. Hasbunallah huwanikmal wakkil. Mohonlah Allah makbulkan doa kita dan jadikan kita tetamu dirumahNya...

Robbi yassir wala tuassir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan