Isnin, 22 Ogos 2022

Keldai berhujah

 Ⓜ️ 𝙈𝙊𝙍𝘼𝙇: 𝙅𝘼𝙉𝙂𝘼𝙉 𝘽𝙀𝙍𝘿𝙀𝘽𝘼𝙏 𝘿𝙀𝙉𝙂𝘼𝙉 𝙆𝙀𝙇𝘿𝘼𝙄.


𝘒𝘌𝘓𝘋𝘈𝘐: “Rumput itu biru.”


𝘏𝘈𝘙𝘐𝘔𝘈𝘜: “Tidak, rumputnya hijau.”


Perbincangan menjadi hangat, dan kedua-duanya memutuskan untuk menyerahkannya ke timbang tara, iaitu 𝘚𝘐𝘕𝘎𝘈, 𝘙𝘢𝘫𝘢 𝘙𝘪𝘮𝘣𝘢.


Sebelum tiba di hutan, di mana 𝘚𝘐𝘕𝘎𝘈 sedang duduk di atas takhtanya, 𝘒𝘌𝘓𝘋𝘈𝘐 mula berteriak. 


𝘒𝘌𝘓𝘋𝘈𝘐: “Yang Mulia, adakah benar rumput itu berwarna biru?.”


𝘚𝘐𝘕𝘎𝘈: “Benar, rumput itu biru.” 


𝘒𝘌𝘓𝘋𝘈𝘐 itu bergegas dan meneruskan: 

“𝘏𝘈𝘙𝘐𝘔𝘈𝘜 tidak bersetuju dengan saya. Dia membantah dan mengganggu saya, sila hukum dia.”


𝘙𝘢𝘫𝘢 𝘙𝘪𝘮𝘣𝘢 kemudian mengisytiharkan: 

“𝘏𝘈𝘙𝘐𝘔𝘈𝘜 akan dihukum 5 tahun berdiam diri.” 


𝘒𝘌𝘓𝘋𝘈𝘐 itu melompat dengan riang dan meneruskan perjalanannya, berpuas hati dan mengulangi, 


𝘒𝘌𝘓𝘋𝘈𝘐: “Kan dah cakap, rumput Itu biru.”


𝘏𝘈𝘙𝘐𝘔𝘈𝘜 menerima hukumannya, tetapi sebelum itu, dia bertanya kepada 𝘚𝘐𝘕𝘎𝘈, 


𝘏𝘈𝘙𝘐𝘔𝘈𝘜: “Yang Mulia, mengapa kamu menghukum saya? lagipun, rumputnya hijau.”


𝘚𝘐𝘕𝘎𝘈: “Ya, rumputnya hijau.”


𝘏𝘈𝘙𝘐𝘔𝘈𝘜: “Jadi kenapa kamu menghukum saya?”


𝘚𝘐𝘕𝘎𝘈: “Itu tiada kaitan dengan persoalan sama ada rumput itu berwarna biru atau hijau. 

Hukumannya adalah kerana tidak mungkin makhluk yang berani dan bijak seperti kamu membuang masa bertengkar dengan 𝘒𝘌𝘓𝘋𝘈𝘐 dan lebih daripada itu datang dan mengganggu saya dengan soalan itu.”


Pembaziran masa yang paling teruk adalah berdebat dengan orang bodoh dan fanatik yang tidak mempedulikan kebenaran atau realiti, tetapi hanya kemenangan kepercayaan dan ilusinya. 


Jangan pernah membuang masa dengan hujah yang tidak masuk akal. Ada orang yang, tidak kira berapa banyak bukti yang kita kemukakan kepada mereka, mereka tetap tak mahu faham, dan dibutakan oleh ego, kebencian dan apa yang mereka mahukan walaupun mereka tidak benar. Kedamaian dan ketenangan anda lebih bernilai!!.”


🤓🤪

Khamis, 18 Ogos 2022

Umrah ground pakej

 Boleh contact utk buat ground dgn tn muhsin ni


Sy explain sikit bab DIY ni.
Do it your self. Dengar je rasa tak berani kan?
Tp sebenarnya Insha Allah dipermudahkan. Niat dan yakin kita nak jadi tetamu rumah Allah.

1. Apply visa pelancong dekat website kedutaan arab saudi

2. Sblm apply riki dulu bila tarikh tiket murah utk fly. Elakkan direct flight. Kalau boleh turun egypt dan ambil domestik flight (sgt2 jauh beza harga dgn direct flight)

3. Dah riki harga, jgn beli dulu. Apply dulu visa pelancong. Dah lulus hari tu juga boleh beli tiket.

4. beli tiket anjakkan masa dlm 2@3 bln sblm fly masa beli.

5. Hubungi ground pakej (biasa yg buat ni personal) - ground ni :
• hotel
• transport
• ziarah
Deal molek harga dan itinerary

6. Dah deal elok. Buat persiapan utk menunaikan umrah. Baca buku, fahamkan rukun dan syarat wajib umrah. G kelas weekend free travel agent buat(selalu andalusia-mmg die bg free n open class to public). Faham dan dalami maksud mengerjakan umrah dan beza perjalanan beribadah dgn melancong.

7. Alhamdulillah kalo faham dari no 1-6.. Hasbunallah huwanikmal wakkil. Mohonlah Allah makbulkan doa kita dan jadikan kita tetamu dirumahNya...

Robbi yassir wala tuassir.

Rabu, 17 Ogos 2022

Gaji

 ANALISIS GAJI DAN ELAUN VVIP SEBULAN DI MALAYSIA.


*👥AHLI POLITIK*

*1. PM* - RM75 Ribu.
*2. Menteri* - RM65 Ribu.
*3. MB* - RM60 Ribu.
*4. Ahli Parlimen* - RM52 Ribu.
*5. ADUN* - RM38 Ribu.
*6.* Gaji Minima Ketua Kg/MPKK - *RM1,500*

*👥PENJAWAT AWAM*

*1. KSN* - RM42 Ribu.
*2. KSU* - RM38 Ribu.
*3. PAT/IGP/SUK* - RM38 Ribu.
*4. JUSA A* - RM38 Ribu.
*5.* Gaji Minima Staf B40 - *RM1,500*

*👥SYARIKAT GLC*

*1. CEO TNB* - RM958 Ribu.
*2. CEO Petronas* - RM900 Ribu.
*3. CEO Maybank* - RM660 Ribu.
*4. CEO Khazanah* - RM650 Ribu.
*5. CEO Sime Darby* - RM606 Ribu.
*6. CEO CIMB* - RM605 Ribu.
*7.* Gaji Minima Pekerja Swasta GLC B40 - *RM1,500*

*👥SYARIKAT KORPORAT*

*1. CEO Genting* - RM12 Juta.
*2. CEO Axiata* - RM3.5 Juta.
*3. CEO Public Bank* - RM3.1 Juta.
*4. CEO Hong Leong Bank* - RM1.2 Juta.
*5. CEO Hartalega* - RM1 Juta.
*6. CEO IOI* - RM1 Juta.
*7. CEO Sapura* - RM1 Juta.
*8.* Gaji Minima Pekerja Swasta B40 - *RM1,500*

*Tapi yang gaji RM1,500 itulah yang mempertahankan Penyamun², Penyangak² Penipu Manifesto dan Katak-Katak Politiktaik ini bermati²an.*
Justeru itu, jangan terlampau Taksub kepada Mereka. Kita Jaga Kita, Jaga Keluarga Kita, Jaga Kampung Kita, Jaga Negara Kita.

*Betapa ironinya Malaysiaku*

Malaysia 🇲🇾
Negara Ku Sakit.

🥴🥴🥴🥴

7

 ILMU TUJUH LANGIT, TUJUH BUMI, TUJUH JASAD DAN TUJUH DIRI


Angka 7 adalah angka yang sangat berpengaruh berbanding dengan angka-angka lain dan pengaruhnya terdapat dalam pelbagai sistem kepercayaan termasuk agama sejak ribuan tahun dahulu. Kenapa? Sebab angka 7 adalah angka TUNGGAL yang tidak dapat digandakan atau dibahagikan dalam kumpulan angka 1 hingga 10. Contoh : Jari ada 10. Angka 1,2,3,4,5 jika digandakan pasangannya ialah 2,4,6,8,10. Manakala 9 boleh dibahagikan 3. Semua angka  dari 1 hingga 10 ini ada pasangan darab dan bahaginya, melainkan angka 7 yang tidak ada pasangan. Ia angka tunggal yang misteri. 


LANGIT DAN BUMI


Langit di katakan ada TUJUH lapisan. Sains menamakannya sebagai; 1.Biosphere  2.Hydrosphere  3.Trofosphere  4.Stratosphere, 5.Mesosphere  6.Thermosphere  7.Exosphere. 


Tujuh pasangan langit ialah tujuh lapisan bumi iaitu : 1.Crust  2.Upper mantle, 3.Transition region  4.Lower mantle 5.Lithosphere  6.Outer core  7.Inner core


Bumi ialah hal tanah. Tanah adalah hal jasad. Jasad adalah hal protein yang membentuk jasad manusia. Terdapat tujuh jenis protien : 1.Antibodies  2.Contractile  3.Enzymes  4.Harmonal  5.Structural  6.Storage  7.Transport 


JASAD DAN DIRI


Jasad adalah tubuh yang membalut diri. Diri manusia mempunyai 7 lapisan : 

1. Causal 2. Celestial 3. Etheric template 4. Astral 5. Mental 6. Emotional 7. Etheric


Segala anggota jasad ditutupi oleh kulit. Kulit terbina dari tujuh lapisan iaitu : 1.Stratum corneum  2.Stratum lucidum 3.Stratum granulosum  4.Stratum spinosum  5.Stratum basale  6.Dermis 7.Hypodermis


Kulit ialah lapisan luar jasad yang menutup diri.  Kulit dan seluruh anggota jasad perlukan ZAT untuk hidup. Zat terdapat dalam makanan. Manusia, binatang dan tumbuhan perlukan makanan yang ada ZAT untuk hidup. Makanan tumbuhan ialah CAHAYA (NUR). Dari cahaya inilah makhluk mendapat ZAT. Zat inilah yang menzahirkan DIRINYA melalui NUR. 

Nur atau Cahaya inilah yang dibungkus oleh jasad yang dipanggil DIRI. Diri ada warnanya. Warna diri ini dipanggil juga sebagai “warna cakra” atau “aura”. Warna diri dan warna pelangi adalah terdiri dari tujuh warna yang sama iaitu : 1. Merah 2. Jingga 3. Kuning 4. Hijau 5. Biru 6. Indigo 7. Violet


KESIMPULAN


Sebab itu dalam pengajian OCCULT ada ungkapan popular iaitu “ As above, so below”. “Sebagaimana yang di atas, begitulah yang di bawah” dan hal TUJUH perkara ini banyak dituliskan dalam pelbagai kitab samada kita agama atau kitab bukan agama.


CODE TO DECODE

Isnin, 15 Ogos 2022

Nilai

 Seorang pelajar sedang membersihkan aquarium gurunya sambil memandang ikan arwana dengan takjub.


Tanpa disedari, gurunya sudah berada di belakangnya..

"Kamu tahu berapa harga ikan itu?". Tanya gurunya.


"Tidak tahu". Jawab si pelajar itu..


"Cuba kamu tawarkan kepada jiran sebelah !!". Perintah gurunya.


Ia mengambil gambar ikan tersebut dan menawarkan kepada jirannya..

Kemudian dia kembali menghadap gurunya .

"Ditawarkan berapa harga?" tanya gurunya.

"RM15  ". Jawab pelajar itu.


"Cuba tawarkan pula ke kedai ikan hiasan !!". Perintah gurunya lagi..


"Baiklah guru ". Jawab pelajar itu.

Kemudian ia pergi lah ke kedai ikan hiasan..


"Berapa ia menawar ikan itu?". Tanya gurunya..


"RM450 ". Jawab pelajar itu dengan gembira, ia mengira gurunya akan melepas ikan itu..


"Sekarang cuba tawarkan kepada Si Fulan, bawa ini sebagai bukti bahwa ikan itu sudah pernah ikut pertandingan". Perintah guru lagi..


"Baik guru ". Jawab pelajar itu.

Kemudian ia pergi menemui si Fulan yang dikatakan gurunya.

Setelah selesai, ia pulang menghadap sang guru.


"Berapa ia menawar ikan itu ?".


"RM14,500 ".


Ia terkejut sendiri menyaksikan harga satu ikan  yang berbeza beza. 


"Nak, aku sedang mengajarkan kepadamu bahawa kamu hanya akan dihargai dengan benar ketika kamu berada di lingkungan yang tepat..".


"Oleh karena itu, jangan pernah kamu tinggal di tempat yang salah lalu marah karena tidak ada yang menghargaimu.. Mereka yang mengetahui nilai kamu itulah yang akan selalu menghargaimu..".


كُلُّنَا اَشْخَاصٌ عَادِيٌّ فِي نَظْرِ مَنْ لاَ يَعْرِفُنَا

Kita semua adalah orang biasa dalam pandangan orang-orang yang tidak mengenal kita.


وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ رَائِعُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَفْهَمُنَا

Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita.


وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ مُمَيِّزُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يُحِبُّنَا

Kita istimewa dalam penglihatan orang-orang yang mencintai kita.


وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ مَغْرُوْرُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَحْسُدُنَا

Kita adalah peribadi yang menjengkelkan bagi orang yang penuh kedengkian terhadap kita.


وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ سَيِّئُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَحْقِدُ عَلَيْنَا

Kita adalah oran{g-orang jahat di dalam tatapan orang-orang yang iri akan kita.


لِكُلِّ شَخْصٍ نَظْرَتُهُ، فَلاَ تَتْعَبْ نَفْسَكَ لِتُحْسِنَ عِنْدَ الآخَرِيْنَ

Pada akhirnya, setiap orang memiliki pandangannya masing masing, maka tak usah berlelah-lelah agar nampak baik di mata orang lain.


يَكْفِيْكَ رِضَا اللّٰهُ عَنْكَ ، رِضَا النَّاسِ غَايَةٌ لاَ تُدْرَك

Cukuplah dengan redha Allah bagi kita, sungguh mencari redha manusia adalah tujuan yang tak akan pernah tergapai.


وَرِضَا اللّٰهُ غَايَةٌ لاَ تُتْرَك ، فَاتْرُكْ مَا لاَ يُدْرَكْ ، وَاَدْرِكْ مَا لاَ يُتْرَكْ

Sedangkan Redha Allah, destinasi yang pasti sampai, maka tinggalkan segala upaya mencari keredhaan manusia, dan fokus saja pada redha Allah 


ان شاء الله