Sabtu, 3 September 2022

TipS skor A SAINS


 

Kami nak share teknik dan cara belajar SAINS supaya pelajar dapat skor A dalam subjek tersebut. Untuk dapat result macam ni perlukan kepada teknik dan cara belajar subjek SAINS dengan betul.

  • Fokus dalam kelas

Fokus adalah perkara utama yang wajib dilakukan semasa belajar SAINS dalam kelas. Bila kita fokus, kita tahu di mana yang kita tak faham dan di mana yang kita faham. Kalau tak faham, tanda siap-siap dan bersedia untuk pergi berjumpa guru.

Perlu sentiasa fokus semasa belajar.
  • Buat “MIND MAP” yang ringkas tapi padat

Dalam subjek sains, gambar rajah dan nota (Mind Map) adalah key sukses untuk para pelajar mudah mengingati dan faham dengan lebih cepat. Seharusnya setiap pelajar perlu ada Nota/Mind Map bagi setiap bab.

Contoh Peta Minda SAINS
  • Rajin membuat latihan dan mengajar rakan sekelas

Kita seharusnya rajin membuat latihan samaada di dalam atau di luar kelas. pelajar rajin membiasakan diri dengan kertas soalan peperiksaan dan juga membuat “Study Group” dengan rakab sebaya.  



  • Berikan tumpuan dan perhatian kepada POINT-POINT Penting dalam nota. Ulang sehingga faham.

    SUBJEK

    HURAIAN

    Fungsi

    Bagi setiap
    struktur seperti sel, organ, bahaninjap pada jantung
    anda mesti tahu apa fungsinya

    Ciri-ciri

    Apakah ciri-citi proses tertentu
    dalam sel seperti mitosis, meiosis dan sebagainya.

    Di mana

    Fikirkan di mana sesuatu proses itu berlakusebagai contoh fotosintesis

    Kesan

    Banyak soalan berkenaan
    kesan yang berlaku apabila sesuatu proses atau kejadian.

    Faktor-faktor

    Ketahui apakah
    faktor-faktor yang boleh memberi kesan ke atas sesuatu
    proses atau kejadian seperti kadar penyejatan atau kadar fotosintesis

    Carta

    Kaji dan fahami apa yang ingin disampaikan melalui carta seperti graf, carta pie atau jadual

    Mengapa

    Dalam sains,
    anda perlu sering bertanyamengapa ia berlaku?
    Sebagai contoh Mengapa darah boleh membekuKenapa berlaku kejadian siang dan malamSekiranya
    anda menjawab segala persoalan bagi setiap topik.
    Pastinya anda sangat menguasi subjek sains.

    Melukis serta melabel

    Kaji diagram atau gambar
    dengan telitiBuat latihan melukis dan melabelnya
    tanpa melihat diagram asalSains memang
    memerlukan kemahiran seni melukisIni membantu anda untuk mengetahui
    setiap struktur.

    Definisi

    Apabila mempelajari
    sesuatu yang barupastikan definisi diketahui terlebih dahuluIa merupakan
    kerangka penting kepada pemahaman anda.

  • Tip akhir: Tanamkan dalam diri dan minda pelajar bahawa belajar SAINS amat mudah

Apabila kita cuba tanam dalam diri dengan “Mind Set” macam ni, kita akan cenderung untuk lebih bersemangat dalam belajar. Sentiasa berusaha belajar secara konsisten dan juga bersemangat dalam menuntut ilmu.

TIPS BELAJAR

 Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah  ialah seorang pakar motivasi Malaysia. Beliau sangat suka bercakap mengenai motivasi terutama untuk para pelajar yang ingin berjaya dunia akhirat.

Disini kami ingin kongsikan antara tips untuk belajar secara berkesan. Teruskan membaca dan beramal.

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

  • Kita ingat 10% apa yang dibaca
  • Kita ingat 20% apa yang didengar
  • Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
  • Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
  • Kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar). Ulangkaji sekerap mungkin.

5. Manfaatkan kemahiran mengingat:

  • Tampal nota-nota penting di dinding
  • Gunakan kaedah akronim
  • Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
  • Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat

6. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

7. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.

8. Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti

9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.

10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.

11. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.

12. Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

13. Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.

14. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar.

Rabu, 31 Ogos 2022

Patriotik

 *BEZA NEGARA KAYA VS MISKIN*


“Perbezaan antara negara miskin dan kaya bukanlah kerana berapa awalnya tamadun negara tersebut.”


Kalau tidak pasti India dan Mesir, yang tamadunnya lebih 2000 tahun dah jadi kaya.


Sebaliknya, Kanada, Australia dan New Zealand, yang baru berumur 150 tahun, hari ini adalah negara maju dan kaya.


Perbezaan antara negara miskin dan kaya juga tidak bergantung kepada sumber asli yang ada.


Jepun mempunyai wilayah yang terhad, 80% bergunung-ganang, tidak sesuai untuk pertanian merupakan antara ekonomi terbesar dunia. Negara ini umpama sebuah kilang terapung yang besar, mengimport bahan mentah dari seluruh dunia dan mengeksport produk perkilangan. Korea Selatan juga begitu. Malaysia pula berbeza kerana ia punya sumber alam yang pelbagai.


Contoh lain ialah Switzerland, ia tidak menanam koko tetapi menghasilkan coklat terbaik di dunia. Di wilayah kecilnya ia menternak haiwan dan mengusahakan tanah itu hanya selama empat bulan dalam setahun, namun mengeluarkan produk susu terbaik. Sebuah negara kecil yang merupakan imej keselamatan yang telah menjadikannya sebagai bank dunia terkuat.


Pemimpin dari negara kaya yang berinteraksi dengan rakan sejawatan mereka dari negara miskin tidak menunjukkan perbezaan intelek yang ketara.


Faktor kaum atau warna juga tidak menunjukkan kepentingan: Pendatang asing yang bermalas-malasan di negara asal mereka secara terpaksa menjadi produktif di negara Eropah yang kaya.


Apakah perbezaannya?


Bezanya ialah SIKAP rakyat, yang dibentuk selama bertahun-tahun oleh pendidikan dan budaya.


Apabila kita menganalisis tingkah laku rakyat dari negara kaya dan maju, diperhatikan bahawa majoriti mematuhi prinsip kehidupan berikut:


1. Etika, sebagai prinsip asas.

2. Integriti.

3. Amanah dan bertanggungjawab.

4. Hormat kepada undang-undang dan Peraturan.

5. Penghormatan daripada hak majoriti rakyat.

6. Rajin bekerja dan berniaga.

7. Gigih menyimpan dan melabur.

8. Kemahuan untuk menjadi produktif.

9. Menghargai dan menepati masa.

10. Bersikap patriotik


Di negara miskin hanya sebilangan kecil minoriti mengikuti prinsip asas ini dalam kehidupan seharian mereka. Majoriti TIDAK memegang prinsip di atas ini.


Kita bukan miskin kerana kekurangan sumber asli atau kerana alam kejam terhadap kita.


Kita miskin kerana kita ada masalah SIKAP. Kami tidak mempunyai keinginan untuk mengikuti dan menerapkan prinsip pegangan masyarakat kaya dan maju ini.


*KITA BERADA DALAM KEADAAN INI KERANA KITA AMBIL KESEMPATAN ATAS SEMUA PERKARA DAN SEMUA ORANG.*

 

*KITA BERADA DALAM KEADAAN INI KERANA KAMI MELIHAT SESUATU YANG SALAH TAPI KITA KATA - "BIARLAH. MALAYSIA MASIH AMAN…”*

*KITA KENA BERUBAH!*

 

*BARULAH KITA DAPAT MENGUBAH KEADAAN KITA SEKARANG.*


*Firman Allah SWT - Sesungguhnya Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya…*


Jika anda menyayangi anda

NEGARA ini, edarkanlah mesej ini supaya ramai orang dapat memikirkannya.


*SALAM KEMERDEKAAN!*

*Teguh bersama!*

Selasa, 30 Ogos 2022

Lentera

 *WS RENDRA*

Lahir di SURAKARTA pada tahun 1935. 

Menjadi mualaf 1970 disaksikan oleh Taufiq Ismail dan Ayip Rosidi. Berganti nama menjadi Wahyu Sulaiman Rendra.


Dari ke tiga istrinya  yaitu Sunarti Soewandi, Sitoresmi dan Ken Zuraida  memiliki 11 orang anak.


Meninggal di DEPOK pada tahun 2009. 


Puisi terakhir WS Rendra 

di buat sesaat sebelum dia wafat, sangat luar biasa kata-katanya. 


Hidup itu seperti *UAP*,  yang sebentar saja kelihatan, lalu lenyap !! 

Ketika Orang memuji *MILIKKU*,

aku berkata bahwa ini *HANYA TITIPAN* saja.


Bahwa mobilku adalah titipan- *NYA,*

Bahwa rumahku adalah titipan- *NYA,*

Bahwa hartaku adalah titipan- *NYA,*

Bahwa putra-putriku hanyalah titipan- *NYA* ...


Tapi mengapa aku tidak pernah bertanya,

*MENGAPA DIA* menitipkannya kepadaku?

*UNTUK APA DIA* menitipkan semuanya kepadaku.


Dan kalau bukan milikku, 

apa yang seharusnya aku lakukan untuk milik- *NYA* ini?

Mengapa hatiku justru terasa berat, ketika titipan itu diminta kembali oleh- *NYA* ?


Malahan ketika diminta kembali,

_kusebut itu_ *MUSIBAH,*

_kusebut itu_ *UJIAN*,

_kusebut itu_ *PETAKA*,

_kusebut itu apa saja ..._

Untuk melukiskan, bahwa semua itu adalah *DERITA*....


Ketika aku berdoa, 

kuminta titipan yang cocok dengan

*KEBUTUHAN DUNIAWI*,

_Aku ingin lebih banyak_ *HARTA*,

_Aku ingin lebih banyak_ *MOBIL*,

_Aku ingin lebih banyak_ *RUMAH*,

_Aku ingin lebih banyak_ *POPULARITAS*,


_Dan kutolak_ *SAKIT*,

_Kutolak *KEMISKINAN*,_

Seolah semua *DERITA* adalah hukuman bagiku.


Seolah *KEADILAN* dan *KASIH-NYA*,  

harus berjalan seperti penyelesaian matematika dan sesuai dengan kehendakku. 


Aku rajin beribadah, 

maka selayaknyalah derita itu menjauh dariku,

Dan nikmat dunia seharusnya kerap menghampiriku ...


Betapa curangnya aku,

Kuperlakukan *DIA* seolah _Mitra   Dagang_ ku 

dan bukan sebagai *Kekasih !*


Kuminta *DIA* membalas _perlakuan baikku_ 

dan menolak keputusan- *NYA* yang tidak sesuai dengan keinginanku ...


Padahal setiap hari kuucapkan,

_*"Hidup dan Matiku, Hanyalah untuk-MU"*_


Mulai hari ini, 

ajari aku agar menjadi pribadi yang selalu bersyukur dalam setiap keadaan 

dan menjadi bijaksana, 

mau menuruti kehendakMU saja ya *ALLAH* ...


Sebab aku yakin....

*ENGKAU* akan memberikan anugerah dalam hidupku ...

*KEHENDAKMU*  adalah yang ter *BAIK* bagiku ..


Ketika aku ingin hidup *KAYA*, 

aku lupa, 

bahwa *HIDUP* itu sendiri 

adalah sebuah *KEKAYAAN*.


Ketika aku berat utk *MEMBERI*,

aku lupa, 

bahwa *SEMUA* yang aku miliki

juga adalah *PEMBERIAN*.


Ketika aku ingin jadi yang *TERKUAT*, 

....aku lupa, 

bahwa dalam *KELEMAHAN*,

Tuhan memberikan aku *KEKUATAN*.


Ketika aku takut *Rugi*, 

Aku lupa,

bahwa *HIDUPKU* adalah 

sebuah *KEBERUNTUNGAN*,

kerana *AnugerahNYA.*


Ternyata hidup ini sangat indah, ketika kita selalu *BERSYUKUR* kepada *NYA*


Bukan karena hari ini *INDAH* kita *BAHAGIA*. 

Tetapi karena kita *BAHAGIA*,

maka hari ini menjadi *INDAH*.


Bukan karena tak ada *RINTANGAN* kita menjadi *OPTIMIS*. 

Tetapi karena kita optimis, *RINTANGAN* akan menjadi tak terasa.


Bukan karena *MUDAH* kita *YAKIN BISA*. 

Tetapi karena kita *YAKIN BISA*.!

semuanya menjadi *MUDAH*.


Bukan karena semua *BAIK* kita *TERSENYUM*. 

Tetapi karena kita *TERSENYUM*, maka semua menjadi *BAIK*,


Tak ada hari yang *MENYULITKAN* kita, kecuali kita *SENDIRI* yang membuat *SULIT*.


Bila kita tidak dapat menjadi jalan besar, 

cukuplah menjadi *JALAN SETAPAK* 

yang dapat dilalui orang,


Bila kita tidak dapat menjadi matahari, 

cukuplah menjadi *LENTERA* 

yang dapat menerangi sekitar kita,


Bila kita tidak dapat berbuat sesuatu untuk seseorang, 

maka *BERDOALAH* untuk

kebaikan.

Isnin, 29 Ogos 2022

Adil

 KENAPA SIMPATI KITA BERBEZA BEZA?


Kenapa bila retis ditahan kerana kes dadah kita kata bantulah bukan hina dia tapi org biasa kita kata penagih itu sampah masyarakat?


Kenapa bila org biasa ada kes skandal seks dikatakan syaitan bertopengkan manusia tapi  selebriti kita katakan fitnah akhir zaman?


Kenapa bila bos mencuri beratus juta ringgit kita perlu simpati tapi org biasa kita pukul setengah mati?


Kenapa bila VIP dihukum mahkamah ostajah bersuara melahirkan simpati dan melarang menghina tetapi dgn org biasa ostajah mendiamkan diri?


Kenapa bila retis berkahwin dgn suami org hingga bercerai pasangan tersebut kita kata bagai pinang dibelah dua tetapi jika wanita biasa kita kata perempuan gatal, gila harta, perampas suami org bla bla bla..?


Kenapa bila org kaya berbohong kita percaya tapi org miskin berkata benar kita anggap dia berbohong?


Kenapa bila org2 politik dihukum kita kata jgn lupa ada kebaikan yg dilakukan utk menghalalkan cara tetapi jika rakyat marhaen dihukum kita kata keturunan penyamun seolah tiada kebaikan dilakukan dlm kehidupannya?


Tak ubah sepertimana kita menilai seseorang… jika wanita cantik hanya menulis di wall…” Saya lapar” 1000 likes dia dpt tetapi wanita yg tiada rupa menulis dgn ilmiah belum tentu dpt 1 likes. 0 lik3s tu biasa. 


Tak adilkan… manusia memuji atau menghina seseorang melihat siapa org itu tanpa berlaku adil kpd seseorang itu.


Betul org alim berkata jgn harapkan kita mendapat keadilan di dunia ini. Memang buat baik dibalas baik, tetapi bukan semua kebaikan dibalas di dunia ada yg Allah simpan di akhirat…. Bersabarlah.


Percayalah jika kita menilai seseorang hanya dari penampilannya, hartanya atau pangkatnya, kita akn kehilangan byk kesempatan bertemu org2 yg hebat… itu pengalaman hidup saya dlm pergaulan. 


Ramai yg saya temui nampak hebat (berharta, alim bagaikan ulama) tapi hanyalah penglipur lara. Tapi ada yg saya temui selepas solat yg sdg duduk di tangga masjid tapi ilmu dunia akhirat… Masyallah.


Sedikit hari lagi kita akan merdeka. Kemerdekaan adalah nama lain kpd keadilan. Selamat Hari Merdeka.