Khamis, 6 Oktober 2022

Nafkah

 *ADAKAH PEMBERIAN DUIT POKET UTK ISTERI ADALAH TERMASUK DLM NAFKAH?*


“Nafkah isteri mesti diberikan duit sekelepuk. Duit poket untuk isteri gunakan sesuka hati. Ini baru nafkah.”


Ini pun satu lagi Mitos Undang-undang syariah.


Tuan puan,


Nafkah isteri mengikut hukum dan undang-undang merangkumi 4 perkara iaitu:


-Makan minum

-Pakaian

-Tempat tinggal

-Perubatan


Banyak yang mengadu, mengatakan suami tidak memberikan nafkah kepadanya. 


Bila saya tanya barang dapur siapa yang beli? Katanya suami. 

Sewa rumah / ansuran rumah dan bil utiliti siapa bayar? Katanya juga suami.

Kalau sakit pergi klinik, siapa bayar? Jawabnya suami.

Pergi shopping beli pakaian, siapa bayar? Suami juga katanya.


Ha kalau dah begitu keadaannya, dikira suami tersebut telah memenuhi tanggungjawab memberikan nafkah.


Tapi duit poket takde dia bagi. 


Duit poket BUKAN NAFKAH puan.


Jika suami mahu berikan duit poket sahaja dan suruh puan belikan semua 4 perkara itu pun boleh.


Yang dikatakan tidak memberikan nafkah itu adalah bilamana, dah lah duit poket tidak diberi, barang dapur, sewa rumah, pakaian, sakit pening semua isteri tanggung.


Buat kaum suami,


Ada 2 pilihan untuk menunaikan nafkah. Sama ada diri sendiri uruskan 4 perkara di atas atau berikan sahaja duit untuk kaum isteri belikan 4 perkara di atas.


Suami yang kerja keras dengan ikhlas dan niat untuk menafkahi ahli keluarga, percayalah, rezeki sentiasa dicukupkan.


Isteri dan anak-anak itu pintu-pintu rezeki. Usaha keras dan keikhlasan kita kaum suami itulah kunci kepada pintu-pintu tersebut.


Kredit : Syazmee Sapian

Rabu, 5 Oktober 2022

Solawat

“Ekau ni bodoh!” 


Terperanjat bukan main bila ada seorang mak cik tua cakap macam tu pada saya. Saya tanya elok-elok tapi sesuka hati dia bodohkan saya.

.

.

Hari ni saya nak kongsi satu cerita yang beri kesan besar pada diri saya. Ilmu emas yang inshaAllah saya akan ingat sampai bila-bila.


Pernah satu hari saya naik motor sampai ke satu tempat di Negeri Sembilan. Konvoi ramai-ramai geng motor. Kalau tak silap dalam tahun 2000 ke 2002 macam tu. 


Kami lalu satu jalan yang agak sunyi. Kiri kanan penuh hutan. Jalan tu jalan utama la juga, tapi sesekali saja kenderaan lalu.

.

.

Dari jauh, nampak ada satu gerai jual air tebu. Saya perlahankan moto dan singgah hilangkan dahaga. Kawan-kawan yang lain juga ikut singgah. 


Masa tunggu air siap dibungkus, saya perasan ada sorang mak cik tua jual pisang.


Saya pun tanya, “mak cik berapa pendapatan makcik jual pisang ni?”


Mulanya setakat nak berbasa basi. Tapi tak tahu kenapa tiba-tiba, nak sangat tahu hasil jualan mak cik tu. Membuak-buak dalam hati.


Ya lah, berniaga pisang gerai kecik. Tepi jalan tengah hutan pulak tu. Berapalah sangat hasil jualan yang mak cik tu boleh dapat.


Mak cik tu jawab,


“Alhamdulillah, tak banyak. Boleh la…”


Biasalah kan, tuan puan. Orang melayu yang berniaga ni memang tak suka nak cerita jumlah jualan mereka. Tambah pulak pada orang yang tak kenal. Tak pasal-pasal kena rompak ke apa.


Tapi sebab saya tanya banyak kali, dia pun cakap juga.


“Alhamdulillah… kadang-kadang dapat 3000 sebulan. Kadang-kadang dapat 7,000 sebulan. Boleh la mak cik pergi umrah tiap-tiap tahun.”


Terperanjat saya dengar jawapan mak cik tu. Berniaga tengah hutan, tepi jalan macam tu. Kalau kat tengah KL ni boleh la saya percaya juga.

.

.

Saya pun tanya lagi,


“Mak cik, apa amalan mak cik sampai boleh dapat duit banyak macam tu?”


Apa mak cik tu jawab,


“Ekau ni bodoh!”


Aduh, belum pernah lagi orang cakap bodoh macam tu pada saya. Suka hati dia saja cakap macam tu. Tapi saya senyum sajalah pada mak cik tu. Orang tua-tua kan..


Dengan penuh yakin mak cik tu cakap,


“Ekau ni bodoh! Ekau selawat ja lah pada Rasulullah SAW. Kalau ekau selawat sekali, Allah akan selawat 10 kali. Kalau Allah dah selawat 10 kali pada ekau, mustahil pada hari tu ekau akan jadi orang kecewa. Mustahil Allah akan jadikan kau gagal. Mustahil ekau akan sedih pada hari tu.”


Allahuakbar. Macam kena lempang-lempang saja saya rasa waktu tu. Bertubi-tubi kata-kata mak cik tu masuk ke dalam hati. Macam bagi tazkirah pada saya pun ada. Syarah satu hadis nabi,


“Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” (Riwayat Muslim)


Saya betul-betul hairan dengan mak cik. Selama ni saya sendiri tak pernah dapat pelajaran macam tu. Keyakinan mak cik tu pada hadis nabi yang ni sangat kuat. Masha Allah.

.

.

Tuan puan, apa pelajaran penting yang saya dapat?


Saya belajar ilmu YAKIN.

Hari ni ramai orang tinggi ilmu agamanya. Tapi ada satu perkara yang kurang. 


Apa dia? 

YAKIN KEPADA ALLAH SWT.


Betul tuan puan. 


Kita kurang yakin pada Allah. 

Kita kurang yakin pada kekuasaan Allah. 

Pada kebesaran Allah. 

Pada kasih sayang Allah. 


Sebab tu kita payah nak ikut perintah Allah. 

Kita hidup sesuka hati tak ikut panduan yang Allah bagi serta cara hidup yang nabi ajarkan.


Siapa Allah?

Allah Tuhan yang Memiliki alam. Bila dah namanya Milik Dia, segala yang berlaku adalah di bawah kuasa dan aturan Allah.

.

.

Tuan puan,

Bila Allah dah selawat pada kita, maknanya dia membuka pintu kebaikan yang sangat banyak pada kita. Mustahil kita hidup susah. Mustahil kita akan kecewa. Mustahil kita akan sedih dan duka cita. Mustahil…


Siapa pula Rasulullah?


Baginda adalah manusia pilihan yang Allah utus untuk jadi teladan dan ikutan bagi umat manusia. Apa nabi cakap kena ikut. Apa nabi larang kena tinggal. Sebab apa yang nabi amal dan sebut, semuanya dari Allah SWT.


Allahuakbar! 

.

.

Tuan puan, jom pujuk hati. Banyakkan selawat pada nabi.


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ 


Banyakkan selawat. Bukan sekadar lafaz di lidah. Tapi kita selawat dengan penuh keimanan pada Allah dan rasul.


Allah adalah Tuhan dan Rabb kita.

Nabi Muhammad saw adalah utusan dan teladan yang perlu kita ikuti.


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ 


Sama-sama kita amalkan.

.

.

#UstazHanafiMalek

Selasa, 4 Oktober 2022

Merdeka



Ramai yang sentap apabila pendedahan bahawa pejuang sebenar Tanah Melayu ialah Komunis dan bukannya UMNO... 


Kononnya pemimpin Melayu di dalam gerakan PKM hanya di peralatkan komunis Cina untuk menarik sokongan Melayu... 


Sedangkan Musa Ahmad yang mempunyai latar belakang pendidikan agama di Sekolah Al-Masyur, Pulau Pinang adalah merupakan Pengerusi Parti Komunis Malaya ketika itu... 


PKM di tubuhkan seawal tahun 1930 untuk menentang British, manakala MPAJA pula hanya terbentuk ketika kedatangan Jepun, dengan di bantu British... 


Tokoh komunis Melayu seperti Mokhtaruddin Lasso Presiden PKM, Arshad Ashaari selaku Bendahari, selain Rashid Maidin, Abdullah C.D serta Shamsiah Fakeh... 


Shamsiah Fakeh yang di gelar "Ratu Rimba Malaya" juga mempunyai latar belakang pendidikan agama di Sekolah Tinggi Islam Pelangai, Negeri Sembilan serta Madrasah Tuddimiah di Padang Panjang, Sumatera... 


Antara suami Shamsiah Fakeh yang memimpin Angkatan Wanita Sedar atau AWAS, yang kemudian menjadi sayap pemudi bagi PKMM, ialah Abdullah Thani bin Raja Kechil atau nama penanya Ahmad Boestamam... 


Ahmad Boestamam yang merupakan pemimpin Angkatan Pemuda Insaf atau API merupakan barisan terkuat yang menyertai PKMM dengan menjadi sayap pemuda selepas di haramkan British seawal tahun 1947 menggunakan Ordinan Persatuan 1947, dengan persetujuan YDP UMNO ketika itu Dato' Onn Jaafar... 


Shamsiah Fakeh kemudian menyertai Rejimen ke-10 MPAJA untuk berjuang di dalam hutan setelah AWAS juga di haramkan British pada tahun 1948... 


ADUN DAP Jamaliah Jamaluddin yang memenangi lebih dari 90 peratus undi di DUN N36 Bandar Utama, Selangor semasa PRU 14, merupakan cucu kepada anak tunggal Shamsiah Fakeh dan merupakan Wakil Bendahari Nasional bagi di dalam Pemuda Sosialis DAP atau DAPSY... 


Tidak di nafikan bahawa saki baki fahaman Komunis Melayu masih lagi terdapat di dalam parti DAP dan PKR, buktinya Timbalan Presiden PKR ketika itu Dr. Syed Husin Ali dan penulis kolum Hishamuddin Rais antara yang hadir memberi penghormatan ketika Shamsiah Fakeh meninggal dunia pada tahun 2008 di Kuala Lumpur... 


Namun setelah Mokhtaruddin Lasso iaitu Presiden PKM menghilangkan diri selepas PKMM di tubuhkan, walaupun beliau di lantik sebagai Yang Dipertua Agung pertama PKMM atau Parti Kebangsaan Melayu Malaya... 


Pengaruh Komunis semakin lemah di dalam PKMM setelah Dr. Burhanuddin al-Helmi menggantikan Mokhtaruddin Lasso sebagai Yang Dipertua Agung PKMM, sebelum menjadi Yang Dipertua Agung PAS... 


Ghafar Baba juga antara pemimpin yang pernah aktif di dalam PKMM sebelum menyertai UMNO setelah slogan parti UMNO bertukar dari "Hidup Melayu" kepada "Merdeka" pada tahun 1955...


Chin Peng yang di katakan berasal dari Sitiawan, Perak namun beliau gagal membuktikannya di mahkamah, hanya menyertai PKM pada tahun 1940 dan terus mengetuai sayap ketenteraan PKM seperti MNLA... 


Ini membuktikan bahawa pengurusan PKM adalah di kuasai oleh bangsa Melayu, manakala Chin Peng dan Lai Teck pula hanya merupakan ketua "Bintang Tiga" atau MPAJA iaitu sayap ketenteraan bagi PKM... 


Rundingan Damai Baling pada tahun 1955 antara Chin Peng, Chien Tien dan Rashid Maidin yang mewakili PKM... 


Manakala Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock serta David Marshall pula mewakili Persekutuan Tanah Melayu telah gagal kerana Chin Peng enggan membubarkan PKM seperti yang di syaratkan Tunku Abdul Rahman... 


Tunku Abdul Rahman di percayai menjadi angkuh kerana di sokong British dan negara Komanwel yang sememangnya bermusuh dengan Komunis... 


Walhal Chin Peng dengan rela sanggup meletakkan senjata dengan syarat PKM di iktiraf serta di benarkan untuk menyertai pilihanraya seperti mana parti politik yang lain... 


Tunku Abdul Rahman yang mungkin tercabar dan berasa malu, telah membatalkan penawaran pengampunan kepada PKM pada tahun 1956... 


Lantas tergesa-gesa memohon 'kemerdekaan' palsu dari British demi untuk mendapat kuasa secara licik, terutamanya setelah kematian Joseph Stalin... 


Stalin merupakan ikon Komunis serta Ketua Soviet Union atau USSR yang berjaya menawan sebahagian besar Timur Eropah dan pengaruh ke Asia dengan Tentera Merah atau "Red Army"... 


Mat Indera yang berlatar belakang pendidikan agama pula bersama tentera Komunis Melayu Rejimen ke-10 MPAJA yang bertanggungjawab mengetuai serangan di Bukit Kepong... 


Ramai mungkin terlupa bahawa British itu adalah Yahudi dan Nasrani, manakala musuh Jepun yang datang ke Tanah Melayu adalah Cina Komunis dan bukannya Melayu... 


Jepun juga memusuhi British kerana semasa era darurat Tanah Melayu 1940-an, dalam masa yang sama Perang Dunia Kedua juga sedang berlangsung... 


Jepun, Jerman dan Itali merupakan "Kuasa Paksi" atau negara yang mengamalkan sistem Imperialis, iaitu sejenis penjajahan tanpa melibatkan agama... 


Sistem Koloni pula merupakan penjajahan yang melibatkan agama seperti Koloni Inggeris yang di bawa Portugal, Belanda serta British ke Tanah Melayu dan membina gereja Kristian serta loji atau "lodge" Freemason di setiap bandar utama... 


Manakala British, Amerika, Kesatuan Soviet serta China adalah "Kuasa Bersekutu" iaitu penggabungan antara blok Kapitalis dan Komunis untuk menghapuskan idealisma Imperialis... 


Kesatuan Soviet merupakan negara terbesar antara kuasa besar dunia yang mengamalkan Komunis, dan pada mulanya 'berkecuali' semasa Perang Dunia Kedua, namun memihak kepada blok Kapitalis setelah di serang Jerman Nazi... 


China yang juga sebuah negara Komunis pula menyertai blok Kapitalis dalam Perang Dunia Kedua kerana bermusuh dengan Jepun sejak tahun 1800-an lagi ketika perebutan wilayah Korea Selatan... 


Bangsa Melayu tidak pernah berperang dan tidak ada musuh pun kecuali selepas Islam di perkenalkan di Tanah Melayu... 


Musuh Islam iaitu Yahudi serta Nasrani yang berada di belakang Portugis, Belanda dan British mulai tidak senang dengan kebangkitan Islam di Asia Tenggara selepas Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah yang terakhir di jatuhkan British selepas Perang Dunia Pertama... 


Perang Dunia Kedua adalah antara pertempuran blok Kapitalis iaitu British dan Amerika serta blok Komunis Soviet Union dan China bergabung untuk menghapuskan blok Imperialis di Jepun, Jerman dan Itali... 


Selepas Imperialis tumbang, maka Kapitalis dan Komunis pula berperang atau lebih tepat "Cold War" antara Amerika dan Soviet sehingga tumbangnya era Komunis dan menukar nama kepada Rusia pada tahun 1991...


Dipendekkan cerita, Yahudi dan Nasrani di belakang British telah berjaya mempergunakan negara blok Komunis untuk menjatuhkan Imperialis, dan malangnya Komunis pula di jatuhkan oleh Kapitalis selepas itu... 


Sama dengan apa yang British lakukan di Tanah Melayu dengan merekrut serta melatih pejuang Melayu dan Cina dengan penubuhan MPAJA atau MNLA untuk melawan Jepun... 


Setelah Jepun berundur, British pula menentang MPAJA dengan menggunakan Ordinan Darurat 1948 yang di persetujui oleh Tunku Abdul Rahman, setelah Persekutuan Tanah Melayu di bentuk secara haram dan licik oleh British dan UMNO... 


MPAJA atau "Malayan People Anti-Japanese Army" ialah sayap ketenteraan bagi Parti Komunis Malaya atau PKM... 


British sendiri yang melatih MPAJA perang secara gerila di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura, malah British sanggup membebaskan tahanan politik berhaluan kiri ketika itu...


Memang benar MPAJA atau "Bintang Tiga" yang membunuh Melayu ketika 14 hari berkuasa selepas Jepun berundur, namun harus di teliti bahawa yang di bunuh MPAJA adalah orang Melayu yang menganggotai Pasukan Polis Jepun di kenali sebagai "Jookidam" di selatan Tanah Melayu... 


Ramai yang tidak tahu sebenarnya perang saudara antara MPAJA dan bekas anggota Jookidam ini hanya berlaku di Batu Pahat dan Muar, Johor dan tidak di negeri lain Tanah Melayu... 


Di Batu Pahat juga muncul Panglima atau Kiai Salleh yang memimpin tentera dari pertubuhan silat batin "Selempang Merah", manakala Mat Indera yang lahir di Batu Pahat pula mengetuai Rejimen ke-10 MPAJA iaitu sebuah batalion Melayu dalam PKM... 


Kemuncaknya apabila tercetus Peristiwa Bukit Kepong pada tahun 1950 antara Mat Indera yang mengetuai Rejimen ke-10 MPAJA seramai hampir dua platun atau 180 tentera komunis Melayu dan Cina yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong selama lima jam... 


MPAJA menyerang Johor kerana telah mendapat tahu British telah kembali di Singapura dan terus ke Istana Johor berjumpa dengan Sultan Ibrahim untuk menubuhkan "Malayan Union" pada tahun 1945...


MPAJA juga tahu bahawa penyokong UMNO yang bersubahat dengan British majoritinya di negeri Johor... 


Dan penubuhan UMNO di Istana Besar Johor pada tahun 1946 oleh Dato' Onn Jaafar untuk 'menentang' Malayan Union yang di sokong Tunku Abdul Rahman kelihatan hanya sekadar sebuah 'drama' politik... 


Ironinya, UMNO di lahirkan di Istana Johor untuk menentang Malayan Union, sedangkan Sultan Ibrahim pula menyokong Residen British Harold MacMichael, iaitu seorang "High Commissioner of British in Palestine" untuk menubuhkan Malayan Union... 


Persekutuan Tanah Melayu yang di bentuk oleh British dan UMNO pada tahun 1948 kononnya adalah untuk menggantikan penubuhan Malayan Union yang di tentang penduduk Melayu... 


Bangsa Melayu yang 'naif' ketika itu pun bersatu menyokong UMNO, yang kelihatan seperti 'hero' Melayu kerana menentang Malayan Union oleh British, walhal Malayan Union sendiri di persetujui oleh Sultan Ibrahim dan Tunku Abdul Rahman pada mulanya... 


Akhirnya Dato' Onn Jaafar meletak jawatan sebagai Presiden UMNO pada tahun 1951 untuk menyertai PAS dan menang kerusi Parlimen di Kuala Terengganu Selatan pada PRU 1959 di bawah Parti Negara yang di asaskannya... 


Selepas Parti Perikatan berjaya memenangi Pilihanraya Perundangan 1955 dengan bantuan pengundi "jus soli", iaitu syarat British untuk membatalkan Malayan Union... 


"Jus soli" telah memberi pengundi kepada MCA dan MIC yang di bawa masuk British semasa era Syarikat Hindia Timur Inggeris atau "British East India Company", yang di tubuhkan oleh Queen Elizabeth I seawal tahun 1601...


Syarikat Hindia Timur Inggeris ini yang bertindak sebagai "sayap ketenteraan" bagi pihak Queen Elizabeth I untuk 'menjajah' secara halus dengan menggunakan perdagangan sebagai lesen untuk kapal-kapal mereka mendarat...


Residen British telah berjaya menipu hampir kesemua Kesultanan Melayu dari zaman Empayar Melaka atau "East Indies" yang luasnya sehingga ke Jepun termasuk Hong Kong dan Taiwan di timur, Amerika di barat termasuk India, manakala Filipina di utara termasuk Thailand serta benua Australia di selatan... 


Juga di kenali sebagai "The Malay Archipelago", merupakan sebuah wilayah yang amat luar biasa luas, berpusat di Tanah Melayu atau Melaka serta di kuasai oleh Kesultanan Melayu...


Wilayah ini di temui oleh pengembara Portugis Christopher Columbus sekitar tahun 1600 atau kurun ke-15, maka bermulalah era penjajahan secara koloni oleh Portugis, Belanda serta Inggeris... 


"Portuguese East Indies" iaitu wilayah sekitar Filipina, "Dutch East Indies" merujuk kepada wilayah sekitar Indonesia, manakala "British East Indies" pula menduduki Tanah Melayu secara koloni... 


Raja Portugis yang mendapat tahu kegemilangan Empayar Melaka telah menghantar 'wakil' pertama ke Asia Tenggara untuk berdagang seawal tahun 1509 dengan berjumpa Sultan Mahmud Shah, sebelum menghantar pula Alfonso de Albuquerque pada 1511, dengan seramai 1,200 tentera... 


Pertempuran tercetus kerana komuniti Islam ketika itu berjaya menyedarkan Sultan Mahmud bahawa terdapat agenda membawa agama Kristian oleh pedagang Portugis ketika itu... 


Sultan Ahmad iaitu anak kepada Sultan Mahmud memainkan peranan besar kejatuhan Melaka ke tangan Portugis dan seterusnya Belanda, sehinggalah British membuat perjanjian untuk membahagikan koloni kepada Filipina oleh Portugis, Indonesia oleh Belanda serta Tanah Melayu oleh Inggeris... 


Segala informasi serta fakta sejarah ini amatlah penting untuk generasi muda menyedari siapa pemimpin yang mereka ikuti, agar tidak lagi terpedaya dan mengulangi kesalahan serta kesilapan nenek moyang mereka sendiri...


Jangan sesekali lupa bahawa pejuang Melayu dan Cina Komunis dalam PKM serta MPAJA adalah merupakan pejuang sebenar Tanah Melayu untuk menentang kedua-dua penjajah "Imperial" Jepun serta "Koloni" British...


Musuh sebenar bangsa Melayu bukannya Imperial Jepun mahu pun Komunis China, kerana kedua-dua empayar itu tidak membawa agama Kristian secara licik seperti mana Kolonial British...


Perisikan sesebuah bangsa atau negara amat kritikal untuk menilai siapa musuh atau kawan, belajarlah dari kesilapan Sultan Ahmad yang mengkhianati ayahandanya sendiri Sultan Melaka Mahmud Shah akibat tertipu dengan Portugis...


Belajarlah dari kesilapan Sultan Kedah Muhammad Jiwa yang tertipu dengan janji Sir Francis Light untuk melindungi Kedah dari Siam untuk mendapatkan Pulau Pinang, namun akhirnya Kedah pula di tawan Siam...


Belajarlah dari kesilapan Sultan Johor Ibrahim yang terpedaya dengan Sir Harold MacMichael yang berpengalaman menipu umat Islam di Palestin dengan melantik Yasser Arafat kononnya 'hero' kemerdekaan Palestin dari British...


Idea penubuhan Malayan Union oleh British sebenarnya bertujuan untuk memberi kerakyatan Tanah Melayu kepada pendatang Cina dan India... 


Serta menipu bangsa Melayu untuk menyokong UMNO dan Tunku Abdul Rahman untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu dan mendapat 'kemerdekaan' dari British...


Ketahuilah fakta sejarah Tanah Melayu bahawa pejuang Komunis Melayu serta para Ulama' telah bergabung di dalam PKMM dan Hizbul Muslimin yang menentang British... 


Namun mereka terpaksa menyertai UMNO sebagai biro agama, setelah British mengharamkan kedua-dua PKMM serta Hizbul Muslimin menggunakan Ordinan Darurat 1948 serta menangkap lebih dari 150 pemimpin agama Hizbul Muslimin ke dalam ISA... 


Hizbul Muslimin kemudiannya menjadi PAS selepas keluar dari UMNO sebelum Pilihanraya Perundangan 1955, namun tewas kepada Parti Perikatan yang di bantu MCA dan MIC akibat undi Melayu yang berpecah tiga antara UMNO, PAS dan Parti Negara oleh Dato' Onn Jaafar...

Isnin, 3 Oktober 2022

Syukur

 Yang terbaru Kak Long dengar points ustaz Don muncul di satu slot rancangan TV .


Dia kata dalam dunia ni semua masalah In sha Allah ada penyelesaiannya.


Selagi nyawa kita Allah tak ambik lagi selagi itulah masalah kita boleh settle.


Cuma manusia ni sebenarnya suka mencari dan mencipta masalah sendiri .


Masalah apa .


Masalah apabila dia suka membandingkan diri dia dengan orang lain.


Suka tengok manusia yang lebih pencapaian dari diri sendiri .


Membandingkan kehidupan sendiri dengan orang lain yang jauh lebih berjaya.


Definasi berjaya tersebut masyarakat sendiri yang cipta .


Kereta lebih besar dan mewah.Berjaya

Pangkat tinggi .Berjaya.

Ada bisnes sendiri .Berjaya.

Ada staff ramai .Berjaya 

Jadi best student .Berjaya 

Ramai follower di socmed .Berjaya 


Bila tengok orang lain lebih berjaya mulalah dia mencari jalan untuk ada kehidupan begitu juga.


Sedangkan kehidupan kita yang sekarang pun banyak benda perlu di syukuri.


Tetapi bila dia mula memandang kehidupan orang lain semestinya apa yang dia ada sekarang dia tak puas hati.


Mula lah bersungut 


Mula lah complain.


Mula lah menyalahkan.


Rasa rendah diri bertandang .


Terdetik di hati kita ni loser.


Ini lah sebenarnya yang akan membawa banyak keburukan.Menggelapkan hati dan membawa hati yang gelap .


Banyak mengingat perkara yang lepas akan mencipta kesedihan .


Banyak memikir masa akan datang akan mencipta kebimbangan .


Sampai rasa tertekan dan rasa ingin bunuh diri.


Pesan orang alim :

Bila melibatkan hal dunia selalulah melihat orang yang di bawahmu .Maka engkau akan bersyukur 

Bila melibatkan hal akhirat lihatlah orang di atasmu .Maka engkau akan sentiasa berlumba-lumba melakukan amal.


Banyakkan bersyukur dan enjoy setiap proses dalam hidup kita .


Ayat yang Kak Long paling suka ialah Ayat 7 Surah Ibrahim :


Jika engkau bersyukur Aku tambahkan nikmat sebaliknya jika engkau kufur maka azabKu amatlah pedih.


Kita hanya memerlukan sifat kesyukuran untuk pertambahan nikmat hidup di dunia .


Wallahu A'lam .

Khamis, 29 September 2022

Solat

 _*Kalam Sufi...*_


 _*Solat mempunyai 13  rukun iaitu;*_

_*1- Berniat*_

_*2- Berdiri lurus bagi yang kuasa. Jika tidak mampu, boleh duduk. Jika tidak mampu duduk, boleh berbaring.*_

_*3- Membaca takbiratul ihram*_

_*4- Membaca Fatihah*_

_*5- Ruku' serta tuma'ninah (berhenti sebentar) padanya*_

_*6- I'tidal (bangkit dari ruku') serta tuma'ninah*_

_*7- Sujud serta tuma'ninah*_

_*8- Duduk antara dua sujud serta tuma'ninah*_

_*9- Duduk yang akhir ( ketika membaca tahiyyat akhir)*_

_*10- Membaca tasyahud pada duduk akhir rekaat*_

_*11- Selawat keatas Nabi s.a.w. selepas tasyahud akhir*_

_*12- Mengucapkan salam yang pertama kesebelah kanan*_

_*13- Tertib.*_


_*Dalam 13 rukun solat itu terdapat 3 rukun khusus iaitu;*_

_*i- rukun qalbi (diingat didalam hati) ada 2 iaitu niat dan tertib.*_

_*ii- rukun qauli (diucap dengan lidah) ada 5 iaitu membaca takbiratul ihram, membaca fatihah, membaca tahiyat yang akhir, membaca selawat atas Nabi s.a.w. pada tahiyat yang akhir dan mengucapkan salam yang pertama. kesebelah kanan.*_

_*iii- rukun fi'li (perbuatan) ada 6 iaitu berdiri lurus, ruku', i'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan duduk yang akhir ketika membaca tahiyat yang akhir.*_


_*Ramai yang solat tetapi ramai juga yang solat ikut ikutan dan tidak berapa faham cara solat yang sebenar yang boleh menjejaskan sah atau batal solat kita.*_


_*Mejoritinya ramai dari kita faham dan lulus 2 rukun pertama iaitu Rukun Qalbi dan Rukun Fi’li dan ramai yang melanggar Rukun Qauli terutamanya ke atas mereka yang menjadi makmum dalam solat.*_


_*Kesalahan rukun qauli yang selalu dilanggar dalam solat samada ketika bersolat sendirian mahupun ketika berjemaah kita selalu membaca bacaan-bacaan dalam solat didalam hati. Kita ingat dengan bersolat begitu kita rasa kita sah tapi dikhuatiri ianya tidak sah.*_

_*Ada juga yang seperti membaca di bibir tetapi rupa-rupanya hanya bunyi angin yang keluar dari mulut yang tidak mengeluarkan bunyi bacaan (Hanya bunyi angin sahaja).*_


_*5 Rukun Qauli yang selalu kita langgar di dalam solat:*_

_*1- Tidak mengucap lafaz takbir ‘Allahu Akbar’ dengan menyebut atau melafaz jelas di bibir*_

_*2- Tidak membaca surah Al Fatihah secara lafaz*_

_*3- - Tidak membaca Tahiyat Akhir secara lafaz*_

_*4- Tidak membaca selawat secara lafaz di rakaat terakhir*_

_*5- Tidak memberikan salam, ‘Assalamualaikum Warahmatullah’ dengan secara lafaz.*_


_*Apa Maksud “Menyebut Dan Melafaz?*_

_*Dalam Rukun Qauli kita perlu menyebut atau melafaz bacaan yang perlu kita sebut dan lafazkan sehingga terdengar pada telinga kita sendiri.*_

_*Cukup sekadar untuk telinga kita sendiri dan tidak wajib ke atas semua bacaan solat tetapi pada 5 tempat:*_

_*1- Semasa Takbiratul Ihram*_

_*2- Semasa membaca Al Fatihah*_

_*3- Semasa Tahiyat Akhir*_

_*4- Semasa membaca selawat pada rakaat terakhir*_

_*5- Semasa lafaz salam yang pertama kekanan.*_


_*Oleh itu, perbaiki segera 5 Rukun Qauli ini untuk menjadikan solat kita sah dan sempurna.*_ 

_*Jika solat yang selama ini kita lakukan tidak sempurna atau tidak sah, perlulah kita segera:*_

_*1- Taubat mohon keampunan dari Allah dan jangan di ulangi lagi kesalahan yang sama.*_

_*2- Tuntut ilmu, belajar, ulangkaji, jangan melenting apabila di tegur, perbaiki diri dan kesilapan lalu.*_


_*Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.*_

_*Carilah ilmu yang sebenar dan beramal dengannya agar tidak rugi di dunia apatah lagi di  akhirat nanti.*_

_*Sama-samalah kita mahasabah diri demi untuk kebaikan didunia dan diakhirat..*_


*الَهِى اَنْتَ مَقْصُوْدِي*

*وَرِضَاكَ مَطْلُوْبِيْ*

*اعطني محبتك*

*ومعرفتك*


_*renungan dhuha..*_


   🌹abuya.bp.

.