Khamis, 29 September 2022

Solat

 _*Kalam Sufi...*_


 _*Solat mempunyai 13  rukun iaitu;*_

_*1- Berniat*_

_*2- Berdiri lurus bagi yang kuasa. Jika tidak mampu, boleh duduk. Jika tidak mampu duduk, boleh berbaring.*_

_*3- Membaca takbiratul ihram*_

_*4- Membaca Fatihah*_

_*5- Ruku' serta tuma'ninah (berhenti sebentar) padanya*_

_*6- I'tidal (bangkit dari ruku') serta tuma'ninah*_

_*7- Sujud serta tuma'ninah*_

_*8- Duduk antara dua sujud serta tuma'ninah*_

_*9- Duduk yang akhir ( ketika membaca tahiyyat akhir)*_

_*10- Membaca tasyahud pada duduk akhir rekaat*_

_*11- Selawat keatas Nabi s.a.w. selepas tasyahud akhir*_

_*12- Mengucapkan salam yang pertama kesebelah kanan*_

_*13- Tertib.*_


_*Dalam 13 rukun solat itu terdapat 3 rukun khusus iaitu;*_

_*i- rukun qalbi (diingat didalam hati) ada 2 iaitu niat dan tertib.*_

_*ii- rukun qauli (diucap dengan lidah) ada 5 iaitu membaca takbiratul ihram, membaca fatihah, membaca tahiyat yang akhir, membaca selawat atas Nabi s.a.w. pada tahiyat yang akhir dan mengucapkan salam yang pertama. kesebelah kanan.*_

_*iii- rukun fi'li (perbuatan) ada 6 iaitu berdiri lurus, ruku', i'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan duduk yang akhir ketika membaca tahiyat yang akhir.*_


_*Ramai yang solat tetapi ramai juga yang solat ikut ikutan dan tidak berapa faham cara solat yang sebenar yang boleh menjejaskan sah atau batal solat kita.*_


_*Mejoritinya ramai dari kita faham dan lulus 2 rukun pertama iaitu Rukun Qalbi dan Rukun Fi’li dan ramai yang melanggar Rukun Qauli terutamanya ke atas mereka yang menjadi makmum dalam solat.*_


_*Kesalahan rukun qauli yang selalu dilanggar dalam solat samada ketika bersolat sendirian mahupun ketika berjemaah kita selalu membaca bacaan-bacaan dalam solat didalam hati. Kita ingat dengan bersolat begitu kita rasa kita sah tapi dikhuatiri ianya tidak sah.*_

_*Ada juga yang seperti membaca di bibir tetapi rupa-rupanya hanya bunyi angin yang keluar dari mulut yang tidak mengeluarkan bunyi bacaan (Hanya bunyi angin sahaja).*_


_*5 Rukun Qauli yang selalu kita langgar di dalam solat:*_

_*1- Tidak mengucap lafaz takbir ‘Allahu Akbar’ dengan menyebut atau melafaz jelas di bibir*_

_*2- Tidak membaca surah Al Fatihah secara lafaz*_

_*3- - Tidak membaca Tahiyat Akhir secara lafaz*_

_*4- Tidak membaca selawat secara lafaz di rakaat terakhir*_

_*5- Tidak memberikan salam, ‘Assalamualaikum Warahmatullah’ dengan secara lafaz.*_


_*Apa Maksud “Menyebut Dan Melafaz?*_

_*Dalam Rukun Qauli kita perlu menyebut atau melafaz bacaan yang perlu kita sebut dan lafazkan sehingga terdengar pada telinga kita sendiri.*_

_*Cukup sekadar untuk telinga kita sendiri dan tidak wajib ke atas semua bacaan solat tetapi pada 5 tempat:*_

_*1- Semasa Takbiratul Ihram*_

_*2- Semasa membaca Al Fatihah*_

_*3- Semasa Tahiyat Akhir*_

_*4- Semasa membaca selawat pada rakaat terakhir*_

_*5- Semasa lafaz salam yang pertama kekanan.*_


_*Oleh itu, perbaiki segera 5 Rukun Qauli ini untuk menjadikan solat kita sah dan sempurna.*_ 

_*Jika solat yang selama ini kita lakukan tidak sempurna atau tidak sah, perlulah kita segera:*_

_*1- Taubat mohon keampunan dari Allah dan jangan di ulangi lagi kesalahan yang sama.*_

_*2- Tuntut ilmu, belajar, ulangkaji, jangan melenting apabila di tegur, perbaiki diri dan kesilapan lalu.*_


_*Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.*_

_*Carilah ilmu yang sebenar dan beramal dengannya agar tidak rugi di dunia apatah lagi di  akhirat nanti.*_

_*Sama-samalah kita mahasabah diri demi untuk kebaikan didunia dan diakhirat..*_


*الَهِى اَنْتَ مَقْصُوْدِي*

*وَرِضَاكَ مَطْلُوْبِيْ*

*اعطني محبتك*

*ومعرفتك*


_*renungan dhuha..*_


   🌹abuya.bp.

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan