Ahad, 11 September 2022

Ratu

 Matinya orang alim, diangkat satu ilmu pergi bersamanya. Matinya orang alim, biasanya pengganti akan kurang alim.


Matinya orang zalim, diangkat satu kejahatan pergi bersamanya. Matinya orang zalim, biasanya pengganti akan lebih zalim.


...

Itulah realiti yang sedang kita hadapi di akhiruzzaman ini. Semakin hari semakin gelap masa ke hadapan yang bakal kita tempuhi. Semakin kurang ilmu dalam masyarakat dan semakin banyak kezaliman terjadi.


Semalam, Queen Elizabeth telah mati pada usia 96 tahun setelah lebih kurang 70 tahun memerintah. Negara kita sempat dijajah oleh British semasa dibawah pemerintahannya. Ramai para pejuang kemerdekaan negara, para alim ulama kita dibunuh dibawah kuasa beliau dan bapanya.


Kematian Queen Elizabeth bukanlah satu berita sedih buat kita umat Islam. Sebaliknya satu khabar gembira kerana matinya beliau telah berkurang satu orang zalim di muka bumi ini. Berkurang satu individu yang telah dengan kuasanya menjajah dan menjarah ratusan wilayah umat Islam.


Kita bersyukur ke hadrat ALLAH Taala atas kematiannya dan semoga ia menerima azab yang selayaknya buatnya setelah semua kezaliman yang pernah ia lakukan dan luluskan sepanjang hayat pemerintahannya. Semoga ALLAH Taala memberatkan azab siksa kubur dan siksa api neraka buatnya kerana telah merosakkan dan menghancurkan banyak negara-negara Islam.


Tidak ada perkabungan untuk orang sepertinya kerana ia jauh daripada landasan syarak bahkan amat salah sekali jika ada umat Islam yang bersedih atas kematiannya. Hanya darah keturunan para tali barut pengkhianat amanah dan pembelot Sultan yang sah sahaja akan bersedih atas kematiannya.


...

Walaubagaimanapun, ada seperkara yang perlu kita ketahui. Pengganti bagi yang baru mati itu telahpun dilantik iaitu Prince Charles of Wales yang kini menjawat gelar King Charles III.  Charles ini merupakan anak sulung Queen yang kini berusia 73 tahun.


Untuk makluman semua, Charles ini merupakan seorang kabalis yang mempunyai visi dan misi yang tinggi dalam gerakan new world order. Charles lah yang telah membawa visi The Great Reset sekaligus merasmikan program tersebut pada tahun 2020 yang lalu.


Ini bermakna, visi dan misinya yang dahulu hanya suam-suam kuku bakal mendapat karpet merah untuk dilaksanakan sementelah beliau sudah menaiki takhta tertinggi di UK. Maka lebih mudahlah kerja-kerja endorsement terhadap The Great Reset selepas ini dengan kuasa penuh yang ia miliki.


Dua tahun daripada sekarang kita akan dapat lihat banyak perubahan pola pemerintahan dunia serta tatacara kehidupan bermasyarakat dunia. Tahun 2025 pelan kobid akan tamat sekaligus diganti dengan pelan The Great Reset yang sudah pun dirasmikan 2020 yang lalu. The Great Reset akan hadir bersama membawa The Great Famine.


Dengan terjadinya The Great Famine ini akan membawa malapetaka besar buat masyarakat dunia khsusunya golongan marhaen dan kelas bawahan. Kehidupan kita semua akan lebih dihimpit. Makanan yang disajikan adalah yang berkualiti rendah dan tidak menyihatkan. Penyakit akan lebih banyak menular dan sukar sembuh. Maka dengan itu mudahlah para elitis akan mengawal golongan bawahan agar menjadi lebih abdi buat mereka.


Bahasa mudah untuk memahami The Great Reset ini adalah perubahan gaya hidup dimana para elit akan menjadi tuan tertinggi dan selebihnya adalah hamba kepada para elit. Kemuncaknya kita akan dinafikan hak untuk memiliki sesuatu dan semuanya adalah pinjaman daripada golongan elit. Bahasa penjajahnya adalah; "You own nothing but you are happy". 


Para elit ini ingin mengambil kerja Tuhan. Mereka sudah sampai dikemuncak nafsu tertinggi mereka iaitu ingin menjadi Tuhan. Sama seperti mana datuk nenek moyang mereka suatu masa dahulu yang juga para elit dan dikemuncak hidup mereka telah mengaku Tuhan; Firaun dan Namrud.


Itulah kemuncak keinginan mereka dalam hidup bermasyarakat di dunia ini. Ingin dipandang tinggi sehingga mencapai taraf Tuhan di dunia yang fana ini. Penghujung penantian mereka kelak adalah munculnya pemimpin agung mereka menzahirkan diri iaitu al Masih daJel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan