Ahad, 11 September 2022

Futur

 FUTUR dari segi bahasa bermaksud menurun.

.

Manakala dari segi istilah iaitu sikap mengabaikan amal hingga meninggalkannya.

.

Rasulullah S.A.W di dalam hadisnya yang bermaksud :-


“… Sesungguhnya setiap amalan itu ada masa semangatnya membara dan ada masa malasnya (yang disebut futur). Barang siapa yang futurnya menjerumuskan kepada perbuatan bid’ah maka dia telah tersesat. Tapi barang siapa yang futurnya (rasa malasnya) itu masih tetap di atas ajaran Nabi S.A.W, maka dia sudah mendapatkan petunjuk.”

~ (Hadis Riwayat Ahmad)

.

🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱

.

Peringatan buat diri.

.

Memelihara amal fardhu itu sebaik-baik kunci menghidupkan amal² soleh yang lainnya.

.

Kemanisan dalam ibadah dan melakukan amal soleh adalah hasil yang tumbuh dari tuaian yang baik.

.

Bagaimana mampu menjaga semua ini agar diri tidak mengabaikannya?

.

Semuanya ada pada AL HUDA dan AS SUNNAH yang Rasulullah SAW tinggalkan.

.

🌹 Baca, pelajari dan fahami.

.

🌹 Bersihkan hati dengan selawat dan istighfar agar iman dalam diri terpelihara dari perkara syirik yang akan menjauhkan diri dari peringatan² agama.

.

🌹 Belajar dan mengajarkan (berkongsi/menyampaikan). Hanya melalui ilmu yang baik dan sahih akan melahirkan pandangan hikmah (kebijaksanaan) yang Allah SWT redha.

.

🌹 Tidak melakukan amal sekadar ikut-ikutan atau kerana asbab keturunan.

.

Ini adalah antara perkara-perkara yang perlu kita baja dan suburkan dalam diri.

.

Hanya amal yang baik dan istiqomah akan membantu memelihara iman seseorang malah memberikan kelazatan saat melakukannya.

.

Allahummarhamna Bil Quran.

Allahumma Solli 'alaa Saiyidina Muhammad.

.

#CintaWahyu💙 

#PesanHambaUntukHamba 

.

.

Pesan Cinta dengan Tinta

Ahad

Sebelas

September 2022

8.22am

.

.

Pada hati yang benar-benar cinta,

pasti menurut kata.

Pada jiwa yang taat akan sentiasa ingat akan akhirat.

.

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ

.

Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu.. aamiin Allahumma aamiin Ya Rabbal'aalamiin.

.

Dari DIA kepada DIA.

Bismillah..🌹


Tiada ulasan:

Catat Ulasan