Jumaat, 11 November 2022

Pak su mid

 Pak Su Mid. Meninggal Dunia di hari mulia.


SIAPAKAH PAKSU MID BUKIT TEMBAGA KEDAH?


Al Allamah Arif Billah Tok Wali Pak Su Mid ( 1920an Masihi - 11/11/2022 Masihi)


Nama sebenar Pak Su Mid ialah Tuan Guru Haji Abdul Hamid dan dilahirkan di Air Hitam, Jerlun, Kedah . Menurut Pak Su Mid umur sebenar beliau sudahpun menghampiri 100 tahun. Ini kerana orang dahulu sudah biasa mendaftar lambat di Jabatan Pendaftaran.


Beliau telah menuntut ilmu dari beberapa para ulama. Diantara guru beliau ialah :


1. Syeikh Abu Bakar Palestin

2. Wali Allah Syeikh Abdullah Harun - Stesen Kereta Api Lama Alor Star,  Sg. Korok

3. Pak Da Eil Mekah 

4. Tuan Guru Haji Abdullah Kecik - Pondok Langgar


Keturunan asal Pak Su berasal dari Banjar, Indonesia. Pak Su mula tinggal di Bukit Tembaga pada tahun 1965 dan beliau berkahwin pada tahun 1973 .


Semasa mudanya beliau bekerja dan berniaga di Pekan Rabu, Alor Setar pada siang harinya. Manakala pada sebelah malamnya beliau akan menadah ilmu bersama guru-guru beliau. Pak Su juga bersahabat baik dengan Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pendang.


Amalan utama Paksu Mid hanya lah al Quran & puasa setiap hari . Setiap kali diminta amalan dan nasihat, maka beliau akan berpesan supaya berdamping dengan al-Quran. Sudah lebih 30 tahun beliau berpuasa sunat.


Diantara nasihat atau kata-kata hikmah Pak Su Mid ialah :


1. Pastikan diri sentiasa berwuduk. 


2. Bergelut sungguh-sunguh dengan al-Quran. Pegang al-Quran dan kata: Ya Allah, ini kitab Engkau yang aku beramal. Barangsiapa yg beriman kepada Allah,  Allah akan memberikannya hidayah. 


3. Malam malam bangun buat tahajud. Menangis atas segala dosa. Ambil air mata tu sapukan satu tubuh badan niat sebagai benteng dari api neraka.


4. Bila ada Istiqomah , baru malaikat turun. Jangan takut jangan sedih. Depa bawa berita gembira kita jadi ahli syurga.


5. Nak cekap dalam agama ni kena kuasai ilmu alat . 


6. Sapa tak baca al-Quran langsung,  dia ibarat benci kepada Allah. 


7. Semua ilmu ada dalam Al Quran. Semua penyelesaian hidup ada dalam Al -Quran.

Khamis, 10 November 2022

Kempen

 Waktu kempen inilah yb yg btanding kena banyak bergaul dengan rakyat marhaen. 


 contohnya untuk masyarakat Jawa. Masa kenduri kahwin atau mantu YB yang bertanding sila-silalah munculkan diri. 


Satu lagi bila ada kematian maka ziarah ziarah lah waris si mati. 


Sambil datang tu bawalah sedikit duit sebagai saguhati. Tak perlu nak pasang bendera tak perlu nak buat ceramah umum. 


 Itu sahaja cara strategi paling ampuh untuk menarik hati masyarakat Jawa mengundi calonn YB tersebut. 


Masih tak percaya? 

cuba lah... 


Dah dapat hasilnya lepas 19 hb Nov.. 

Bagi tau teman ya

Selasa, 8 November 2022

Kail

 Sahabatku..


MISKIN KERANA MALAS
Seorang pengemis sedang melangkah longlai di tepi sebuah sungai. Dia terpandang seorang budak sedang memancing. Ada beberapa ekor ikan di dalam raga di sisinya.
‘alangkah baiknya kalau pakcik dapat ikan-ikan ini . Pak cik akan menjualnya dan membeli sedikit makanan, pakcik sangat lapar’. Kata pengemis itu.
budak itu merenung pakcik itu dengan penuh simpati dan berkata. ‘saya boleh beri pakcik beberapa ekor ikan, dengan satu syarat..’
‘katakan apa syaratnya nak?’
‘pak cik tolong pegang joran ni dan memancing untuk saya’.
‘kenapa?’
‘saya perlu balik ke rumah untk menguruskan adik saya’. 
Pengemis tersebut bersetuju dan terus memegang joran. Buat sajalah asalkan dapat makan, bisiknya dalam hati.
Beberapa lama kemudian, budak itu datang semula, dilihatnya ikan dalam raga itu kian bertambah. Sepanjang peninggalannya tadi, pengemis itu berjaya mengail beberapa ekor ikan.
‘baiklah, semua ikan yang pakcik kail itu adalah kepunyaan pakcik’. Ujar si budak.
Pengemis itu terlalu gembira setelah mendapat ‘upah’nya. Tidak sangka usahanya berbaloi. Si pengemis segera ke kedai untuk menjualnya. Alangkah anehnya dia mendapat rezeki dengan mengambil upah bekerja daripada seorang budak sedangkan dia sendiri boleh berusaha untuk mengail ikan.
Pengajaran
Kadangkala kemiskinan idea dan usaha lebih buruk daripada kemiskinan harta. Ramai pemalas sengaja menempah kegagalan kerana terlalu mengharapkan bantuan orang lain. Padahal mencapai kejayaan jauh lebih mudah daripada menempah kegagalan.

Angguk Geleng
#Edisi148

Ahad, 6 November 2022

Pengantin

 :: PENGANTIN JAGA SOLAT ZUHUR AWAL WAKTU BERJEMAAH DI MASJID WAKTU HARI KENDURI WALIMAH


Alhamdulillah, hari ni, hamba jumpa pengantin yg rare, special dan luar biasa. Bukan majlis nya yang luar biasa, bukan lauknya, bukan artis undangan nya.... Tapi... Pengantinnya mampu meninggalkan khemah kenduri untuk menyahut panggilan Allah, solat Zuhur berjemaah di masjid. Tahniah Anuar Bin Dr Azmi!! 


Kebiasaannya, pengantin dan keluarga pengantin banyak melakukan kesilapan dalam mengatur majlis. Kita yang punya majlis, sepatutnya lah kita atur majlis kita mengikut waktu solat, agar majlis mendapat berkah dan pandangan Allah. Pada siapa lagi kita nak harap berkat dan rahmat, melainkan kepada Allah!


Biasanya, adat majlis, ketibaan pengantin jam 1. Walhal jam 1 azan Zuhur. Jadi, sekiranya pengantin x alert, kemungkinan besar, pengantin akan solat Zuhur jam 4, atau silap haribulan, x solat Zuhur pada waktu nya, di buat hukum sendiri dengan jamak ke asar 😭.


Bagaimana lah kehidupan sepasang pengantin baru yang di mulakan dengan majlis yang melanggar perintah Allah, tak jaga solat. Kita selalu dengar, majlis pernikahan ni, BINA MASJID, tapi... Pengantin x pi masjid 😅. Pelik kan....


Buat Bakal anak murid hamba yang bakal bina masjid, bakal nikah, doalah pada Allah, agar Allah berikan kekuatan utk atur majlis kalian, agar kalian dapat solat Zuhur awal waktu berjemaah di masjid bakal pengantin lelaki, pengantin perempuan, solat awal waktu di rumah.


Takkan rugi jika kalian masukkan Tentatif majlis walimah kalian, satu acara PENGANTIN SOLAT AWAL WAKTU BERJEMAAH DI MASJID.


Contoh :


11.00 am   = Ketibaan Tetamu 

12.00 pm   = Ketibaan Pengantin

12.15 pm.  = Doa Majlis 

12.30 pm.  = Persembahan Silat

12.45 Pm. = Salam Restu 

1.00 pm.    = Pengantin Solat Zuhur Berjemaah di Masjid (Semua tetamu di harapkan dapat ikut serta ke Masjid) 

1.30 pm.    = Makan beradap

2.00 pm     = Sesi Potong Kek

2.45 pm.    = Sesi Fotografi

4.00 pm.    = Bersurai


Ok ini hamba punya cadangan contoh Tentatif. Syiar kan saja tentang solat. Jangan takut takut. Sebab ini majlis kita. Kita berkuasa mutlak atas Tentatif nya. Jika kita belakang kan Allah, apa kita nak jawab di mahsyar, 😭😭😭.


Jom kita mulakan perubahan baru!!


Ini baru rare!!

Minda

 RAWAT MINDA


KFC tak pernah kata ayam goreng McDonald's tak sedap.

McDonald's pula tak pernah kata burger mereka jauh lagi sedap daripada KFC.

 TETAPI kedua2nya menguasai rangkaian Fast Food di dunia.

 MERCEDES Benz tak pernah memburukkan kereta BMW.

BMW juga tak cuba memusnahkan pesaingnya MERCEDES Benz.

 TETAPI mereka menjadi pengeluar kereta yang terunggul di dunia.

 

Kawan-kawan

 

Kita tak perlu memfitnah orang lain untuk memuliakan diri kita.

 Kita juga tak perlu mengaibkan orang lain untuk menunjukkan kebaikan kita.

 Malah, Kita tak perlu menjatuhkan orang lain untuk melariskan prinsip kita.

 Masing-masing ada rezekinya, kita hanya wajib berusaha dan Allah lah yang menentukan segalanya.

 Menghormati lawan, menyokong rakan-rakan serta saling membantu akan mencapai kejayaan bersama.

 Kejayaan kita tak akan kekal dengan menghancurkan orang lain.

 Kebahagiaan tak akan dicapai dengan melukakan hati orang lain.

 Rezeki kita juga tak akan bertambah dengan mencantas orang lain. 

 Carilah BARAKAH dalam apa2 jua yang kita lakukan untuk BEKALAN kita pada kemudian hari.