Jumaat, 11 November 2022

Pak su mid

 Pak Su Mid. Meninggal Dunia di hari mulia.


SIAPAKAH PAKSU MID BUKIT TEMBAGA KEDAH?


Al Allamah Arif Billah Tok Wali Pak Su Mid ( 1920an Masihi - 11/11/2022 Masihi)


Nama sebenar Pak Su Mid ialah Tuan Guru Haji Abdul Hamid dan dilahirkan di Air Hitam, Jerlun, Kedah . Menurut Pak Su Mid umur sebenar beliau sudahpun menghampiri 100 tahun. Ini kerana orang dahulu sudah biasa mendaftar lambat di Jabatan Pendaftaran.


Beliau telah menuntut ilmu dari beberapa para ulama. Diantara guru beliau ialah :


1. Syeikh Abu Bakar Palestin

2. Wali Allah Syeikh Abdullah Harun - Stesen Kereta Api Lama Alor Star,  Sg. Korok

3. Pak Da Eil Mekah 

4. Tuan Guru Haji Abdullah Kecik - Pondok Langgar


Keturunan asal Pak Su berasal dari Banjar, Indonesia. Pak Su mula tinggal di Bukit Tembaga pada tahun 1965 dan beliau berkahwin pada tahun 1973 .


Semasa mudanya beliau bekerja dan berniaga di Pekan Rabu, Alor Setar pada siang harinya. Manakala pada sebelah malamnya beliau akan menadah ilmu bersama guru-guru beliau. Pak Su juga bersahabat baik dengan Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pendang.


Amalan utama Paksu Mid hanya lah al Quran & puasa setiap hari . Setiap kali diminta amalan dan nasihat, maka beliau akan berpesan supaya berdamping dengan al-Quran. Sudah lebih 30 tahun beliau berpuasa sunat.


Diantara nasihat atau kata-kata hikmah Pak Su Mid ialah :


1. Pastikan diri sentiasa berwuduk. 


2. Bergelut sungguh-sunguh dengan al-Quran. Pegang al-Quran dan kata: Ya Allah, ini kitab Engkau yang aku beramal. Barangsiapa yg beriman kepada Allah,  Allah akan memberikannya hidayah. 


3. Malam malam bangun buat tahajud. Menangis atas segala dosa. Ambil air mata tu sapukan satu tubuh badan niat sebagai benteng dari api neraka.


4. Bila ada Istiqomah , baru malaikat turun. Jangan takut jangan sedih. Depa bawa berita gembira kita jadi ahli syurga.


5. Nak cekap dalam agama ni kena kuasai ilmu alat . 


6. Sapa tak baca al-Quran langsung,  dia ibarat benci kepada Allah. 


7. Semua ilmu ada dalam Al Quran. Semua penyelesaian hidup ada dalam Al -Quran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan