Rabu, 30 November 2022

Wali

 DILEMA SEORANG WALI


Ada orang menuntut ilmu, 100 belajar 10 yang dapat. Ada orang memiliki akal yang baik, 100 belajar 100 dapat.

Ada orang sudah berilmu pandai mengolah ilmu, maka ilmunya bertambah. Maka yang memiliki 100 ilmu tadi jika itu diulang ulangnya tetaplah 100 ilmunya. Jika yang memiliki 10 ilmu tadi pandai mengolah ilmu, maka ilmunya bertambah masa demi masa. Inilah sebabnya terkadang kita bertemu orang yang memiliki PHD tetapi bebal sedang yang rendah kelulusannya terserlah pula pintarnya. Tapi kalau yang ada PHD pandai pula mengolah ilmu, mmm tentulah tip top.


Ada orang yang tak mampu menerima beban ujian Allah dalam hidup, jadilah dia gila dan meroyan. Orang ini disebut gila atau MAJNU.

Secara medical nya, kimia otaknya sudah tidak stabil. Bila dirawat di hospital Tanjung Rambutan, diberi dia Anti Dopamine supaya otaknya boleh berehat. Ada yang kekal MAJNU nya. Ada yang meroyan untuk satu tempoh sahaja. Disangka tingkahlakunya betul padahal dia meroyan. Ada yang jatuh cinta kepada si Laila sampai tak peduli risiko untuk memiliki Laila, jadilah seperti LAILA MAJNU. 


Adapun awal Mukmin menjadi wali, takjublah dia dengan hijab hijab yang terbuka. Ada yang tak mampu akalnya dan emosinya menampung anugerah ilmu yang terbuka itu hingga gila dia. Inilah WALI MAJZUB. Ada yang MAJZUB untuk satu tempoh dan ada yang kekal MAJZUB. Maka ditanya dimana ibnu Mansur al Halaj, dijawabnya ANA AL HAQ . Maka beberapa ulamak sezaman menuduhnya kafir hingga beliau dibunuh atas kekafiran berdasar pakaian syariat. Banyaklah WALI MAJZUB dibunuh pemerintah atau rakan sesama wali lantaran dia menyebut atau mengajar sesuatu yang tak mampu diterima awam seperti Syeikh Siti Jenar. 


Adapun Wali yang diberi kekuatan akal dan emosinya, mampu dia menampung anugerah anugerah rahsia ilmu yang besar besar itu. Namun tetaplah dia menempuh DILEMA WALI  kerana ketinggian ilmu yang dimilikinya. Maka bicaranya itu terkadang menimbulkan takjub terkadang menimbulkan keraguan. Betulkah dia ini atau merapu memandai mandai. 

Itulah ilmu AL SYATAR yang dicampak dalam hatinya seumpama ilmu itu dicampak kedalam hati Adam alaihisalam seumpama dicampak kedalam hati Idris alaihisalam. Dengan 

AL SYATAR itu mampu dia menjadi guru kepada segala ustaz ustazah, segala Qadhi dan segala Mufti. Dengan AL SYATAR itulah mampu dia seiring dengan Professor Professor yang hebat itu dalam bicara dan finding finding nya. 


Ada pun Wali itu ada yang MASYHUR dikenali ramai dan dan ramai yang MASTUR iaitu tersembunyi. Me MASTUR kan dirinya itu perintah Allah pada dirinya lantaran menjaga hatinya dan yang me MASYHUR kan dirinya pun perintah Allah atas dirinya bagi menyelesaikan maslahah umat. 


Al Faqir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan