Sabtu, 3 Disember 2022

Tempe

 Alkisah..


ADATNYA


Kita mendapat jemputan daripada tuan rumah. Semestinya tuan rumah menjamu kita dengan juadah yang terbaik.


Juadah yang dihidangkan pun boleh tahan juga. Almaklum tuan rumah bukanlah calang2 orangnya.


Dipendekkan cerita, juadah yang disediakan adalah aneka tempe. Tempe goreng berempah, tempe goreng kicap, Sup Tempe menjadi antara juadah lazat.


Dah namanya pun tetamu. Selera tetamu janganlah dizahirkan sangat samada suka atau tak tempe tu.


Makanlah kalau suka. Kalau x suka diamlah. atau sembang2lah dengan tetamu yang lain. Syukurlah, lagi2 pulak bukan senang nak makan sup tempe..baik.


KEMUNCAKNYA,


APA KATA, KALAU TEMPE TU BASI,


ADABNYA..


Janganlah buang depan2 dihadapan tetamu lain apatahlagi di hadapan tuan rumah. JANGAN. 


Ambil satu pinggan kosong, alaslah jangan bagi nampak ada juadah dan terus buang dalam tong sampah.


Mungkin inilah sebahagian caranya, kite masih beradab dengan tuan rumah dan tetamu yang lain.


#CheLah2022p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan