[18/11, 23:41] KCGeorge:
---------1--------
Saya ni ina adalah anak perempuan tan sri abdul aziz setiausaha sulit tun dr mahatir Mohamed dari tahun 1981 hingga bersara tahun 2000 . Sebagai setiausaha sulit banyak perkara selama ini tersembunyi dari pengetahuan seluruh rakyat Malaysia khas rakyat sabah. Saya cuma berkongsi fakta apa yang ayah ceritakan .sebelum meninggal dunia akibat penyakit yang ayah deritai bertahun-tahun lamanya .
Bermula dgn krisis politik yang melanda sabah tahun 1994.masa itu Pilihan Raya dun sabah diadakan. kemenangan memihak kepada pbs dengan majoriti tipis, mahatir mengarah Anwar ibrahim waktu itu menjawat menteri kewangan meluluskan pengeluaran Dana awam untuk tujuan membeli beberapa adun pbs supaya melompat parti. Namun Anwar dengan tegas menolak usul itu kerana tidak beretika dan merosakkan sosio politik sabah tanpa kesudahan. Bermulalah ketegangan hubungan antara Anwar dan tun dr mahatir. Mahatir mengenepikan Anwar dalam rancangannya merampas pemerintahan sabah dari pbs secara tidak beretika. Untuk mendapat dana membeli adun pbs yang sedia melompat, tun dr mahatir Mohamed mengarah muhyiddin yasin buat pinjaman peribadi daripada syarikat Petronas di mana mahatir sebagai penjamin. Urusan Dana ini Anwar tak dapat menghalang kerana diluar tugas sebagai Menteri Kewangan. Selasai dapat Dana yang mencukupi tun mahatir mengarah Muhyiddin yassin datang ke sabah untuk tujuan sogokan kepada adun pbs yang sedia lompat parti. Secara kebetulan muhyiddin yassin adalah wakil Anwar dalam apa saja tugasan resmi. Sebab itu rakyat sabah sampai ke hari ini masih beranggapan menyogok adun pbs supaya berpaling tadah adalah rancangan Anwar. kenyataannya Anwar langsung tidak terlibat.
Pihak persekutuan sedar kerajaan yang dibentuk melalui rampasan kuasa tidak beretika pasti tumbang, untuk mengelak ini berlaku, mahatir merancang satu langkah yang di panggil fix deposits sabah. Caranya mendaftar seberapa banyak pendatang asing utk diberi kad pengenalan sabah. Tugas ini tun mahatir serahkan kepada datuk Sanusi juned. Mahatir sedar Dana awam sukar di perolehi untuk membiayai kerja kotor ini kerana Anwar Menteri Kewangan yang tidak boleh bertolak ansur dengan kerja yang tak berfaedah serta merosakkan institusi masyarakat khasnya di sabah. Oleh itu tun mahatir mengarah Sanusi juned membuat pinjaman peribadi kepada syarikat Malaysia yang berdaya maju ketika itu seperti khazana, perwaja dan mas. Syarikat ini tidak ada masalah meluluskan pinjaman jika penjaminnya adalah perdana Menteri sendiri. Selepas dapat dana biaya kerja kotor ini, Sanusi juned datang ke sabah bertemu dgn beberapa orang utk melaksanakan kerja kotor. Melihat kerja yang begitu agrasif, ayahnda dapat jangkakan sekitar hampir sejuta pendatang asing diberi kad pengenalan sabah. Mereka yang mendapat kad pengenalan ini diketagori sebagai golongan yang mempunyai dua kewarganegaraan. Warga Sabah dan pada masa yang sama warganegara dimana mereka berasal. Status golongan dua warganegara ini menguntungkan pendatang asing kerana keistimewaan diperolehi sama ada di sabah mahupun di negara asal mereka. Ini termasuklah peluang pekerjaan, perniagaan dan hak milik tanah di mana mereka mendirikan rumah tempat tinggal. Kesan paling ketara Malaysia mengalami kebocoran wang ke negara asing sebanyak 7.5 bilion setahun apabila pedatang asing berkad pengenalan sabah ini membawa sejumlah wang Malaysia balik ke negara asal mereka. Masalah ini jadi penyumbang utama susut nilai mata wang Malaysia.
Seiring masa berlalu, orang sabah yang bersekongkol memberi kad pengenalan kepada pendatang asing mulai sedar kesan daripada perbuatan mereka sendiri apabila terjadi persaingan dalam pelbagai bidang khususya bidang perniagaan dan hak kepemilikan tanah adat. walaupun mereka tampil buat pengakuan akan keterlibatan, namun tak dapat berbuat apa-apa kerana UMNO yang memegang kekuasaan penuh di sabah . Umno sangat bergantung harap kepada golongan warga asing berkad pengenalan sabah dalam mengekal kuasa disabah. Ditambah dengan parti tempatan sabah sendiri bergabung dengan umno meningkatkan lagi fix deposits yang hanya menguntungkan umno sahaja.
Peristiwa tahun1998 kekal dalam ingatan ayaanda sebagai tahun paling malang bagi geological politik di Malaysia susulan pemecatan Anwar sebagai timbalan perdana menteri merangkap menteri kewangan paling menonjol dalam sejarah Malaysia. Anwarlah yg meletakkan nama Malaysia dengan jolokan harimau Asia. punca pemecatan Anwar kerana keengganan Anwar ikut arahan mahatir membeli adun pbs dengan menggunakan Dana awam. Kemuncak permusuhan Anwar/mahatir semakin tegang bila mana Anwar enggan meluluskan Dana awam untuk digunakan mukriz anak mahatir membeli syarikat mas. Mas di zaman Anwar merupakan syarikat awam Malaysia yang paling menguntungkan. Mahatir mencari jalan bagaimana menyingkir Anwar daripada kabinet. Mulalah mahatir mengupah beberapa orang utk mecari kesalahan Anwar dalam tatacara mengurus kewangan. Ternyata Anwar bersih tanpa menyalahgunakan walau sesen pun Dana awam. Hal ini mengusar mahatir. Mahatir mencari cara lain untuk menyingkirkan Anwar. satu-satunya cara melalui permainan keruntuhan moral. Konspirasi skandal Anwar dgn isteri orang dan kes liwat dirancang sebegitu rupa. Akhirnya Anwar dipecat dari kabinet kerajaan Malaysia atas alasan salah laku moral.
Pangaruh dan ketokohan Anwar menakutkan mahatir. Mahatir merancang bagaimana memasukkan Anwar ke dalam penjara. Jika salah laku pentadbiran sememangnya tidak punya alasan kokoh kerana Anwar mengamal urus tadbir bersih dan berhemah.. satu-satunya cara iaitu mempergunakan undang-undang syariah. Kes liwat adalah kesalahan berat yang boleh dipenjara dibawah undang-undang syariah di Malaysia. konspirasi kes liwat pun diketengahkan hingga Anwar didapati bersalah dan dipenjara. Hal ini melegakan tun mahatir tetapi sangat menjijik bagi ayanda.:
Era Anwar sebagai Menteri Kewangan berakhir sama sekali pada tahun 1998. Legasi peninggalan Anwar sebagai Menteri Kewangan mencapai laba yang sangat banyak dalam simpanan perbandarahan Malaysia. Tidak hairanlah banyak ahli politik yang rapat dengan mahatir menawarkan diri jadi menteri kewangan yang baru menggantkan Anwar.
Antaranya daim zainduin yang akhirnya dilantik terus oleh tun dr mahatir tanpa melalui kelulusan kabinet.Berakhirnya era Anwar, perbelanjaan melebihi pendapatan tak terkawal. Ini disebabkan pemberian tender tidak melalui saluran yang betul tetapi melalui saluran tender yang berlapis-lapis. Akibatnya sesuatu tender bernilai 450juta pada mulanya meningkat dua kali ganda jadi 900 juta. Ada project mega yang sudah diluluskan tapi gagal dilaksanakan seperti lapangan terbang antara bangsa pengerang johor.
Prinsip etika mahatir sebagaimana tanggapan ayanda adalah double standard. Maknanya dalam pembahagian peruntukan sabah/sarawak diharuskan menerima bahagian tidak melebihi 2bilion setahun. Jika ada pemimpin persekutuan yang meluluskan sesuatu project lebih 2 bilion setahun mahatir copnya sebagai pengkhianat mandat persekutuan. Anwar dicop sebagai pengkhianat mandat persekutuan apabila meluluskan project hydro bakun yang menelan belanja melebihi 2 billion. Projek ini mahatir anggap sebagai project yang membazir. Walaupun Dana peruntukan sabah/sarawak begitu sedikit, kedua negeri ini tetap membangun dengan Dana sendiri hasil sektor pembalakan dan pelancongan. Sabah/sarawak pasti sedar sepanjang 22 tahun mahatir jadi perdana menteri berapa banyak agihan Dana awam diperuntukkan.
Saya bukan penganalisis politik. Saya juga bukan taksub dengan politik sama seperti ayahnda. Walaupun ayanda setiausaha sulit kepada tun dr mahatir Mohamed, ayanda tidak pernah sekali pun bergiat secara aktif dalam politik. Kerjaya ayah sebagai setiausaha sulit tidak lebih kepada sebatas kerja yang harus dilaksanakan dgn penuh amanah dan bertanggung jawab. Saya juga bukan penyokong mana-mana parti politik. Saya sama Seperti ayah yang sudah bosan dengan krisis politik berpanjangan bermula krisis politik di sabah tahun 1994 hinggalah krisis politik persekutuan peristiwa langkah sheraton.
Pada hemat saya jika sabah mengundi bn yang ditunjangi umno bererti para pengundi sabah menyokong Agenda umno terus mempertahankan warga asing yang berkad penganalan sabah tanpa perlu ditapis secara menyeluruh. Selagi umno menguasai politik sabah isu pemberian kad pengenalan sabah kepada warga asing tidak akan temui penyelasaian.
Jika sabah menyokong parti pejuang bermakna pengundi sabah menerima dengan rela hati perbuatan dan prinsip etika double standards mahatir. begitu juga dengan para pengundi sarawak.
Untuk mengubah landscape politik Malaysia ke arah yang lebih baik legasi pangaruh politik kotor mahatir harus di hapuskan sama sekali dalam kancah politik Malaysia. Cuma Anwar saja satu-satunya yang mampu melakukannya. Ayah berterus-terang mahatir lah yang merosakkan institusi politik di Malaysia.
Secara peribadi saya menyeruh kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya disabah supaya memberi mandat kepada datuk sri Anwar dengan mengundi calon-calon pakatan harapan walau dimana pun mereka bertanding. ketepikan dulu calon survive calon pilihan kita bagi memberi tumpuan membaiki kerosakan akibat permainan politik kotor mahatir. Bebaskan politik Malaysia daripada pangaruh politik kotor mahatir dengan memberi mandat kepada datuk sri Anwar melaui undi calon-calon pakatan harapan.
Kesan pemberian kad pengenalan sabah kepada pendatang asing bukan saja memberi kesan negatif kepada sabah juga memberi kesan negative kami di semananjung.
Pendatang asing berkad penganalan sabah ini turut monopoli pekerjaan di semananjung seperti pemandu bas awam, lori dan kerja kilang. Sukar diterima pendatang asing berkad penganalan sabah ini banyak terlibat dengan kes jenayah ditempat kerja. Masih segar di ingatan seluruh rakyat malaysia tentang rompakan bank terancang tahun 2014 melibatkan pengawal keselamatan pendatang asing berkad penganalan sabah. Pegawal keselamatan pendatang asing berkad penganalan sabah berpangkat konstabel menembak mati pegawai Ambank dalam store peti simpanan wang dan membawa lari 12 juta ringgit. kecekapan polis berjaya mengesan penjenayah serta mendapat kembali 8 juta. Dalang utama penjenayah dan baki 4 juta masih belum dikesan sampai ke hari ini.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
----------1-------
[19/11, 00:08] Jude: Naah satu demi satu itu polisi Agenda umno jejah Sabah terkeluar!
Walaupun Mahathir perancang besar, polisi Agenda Malaya ini atas Sabah adalah polisi sejak dari Tun Razak menghantar agent hebatnya Syed Kechik ke Sabah pada tahun 1967 demi menyebla usno-tun Mustapha pecah belah kdmr, China n bumi Islam Sabahans! Hancurkan parti unggul kdmr iaitu upko - Donald Stephens, pengislaman besar2an urang2 kdmr dan juga projek banjir Sabah dgn pendatang asing terutama dgn pelarian perang moro ...
Umno juga perancang tubuh Berjaya tumbang usno, perancang ambil minyak Sabah hinga dpat milik minyak secara PDA1974 yng ditandatangani pada June 1976 2 minggu selepas nahas Double Six!
Walaupun Dr. Mahatir lepas dari Presiden Umno, polisi Agenda Malaya konkong dan bolot minyak Sabah ini, juga Project warga pengundi asing 1980-2018, di sambung olih umno, juga olih PpbmPN hingga ke hari ini!
Ina(Anak ppuan Tan sri Abd Aziz-bekas Su sulit Tun Mahadir)
====11====
Tiada ulasan:
Catat Ulasan