*ZAHID HAMIDI BAKAL IKUT LANGKAH OTHMAN WOK ???*
OTHMAN WOK : Pengkhianat Bangsa Melayu Singapura.
Semoga kita tidak mati dalam kehinaan, kerana kuasa politik orang Cina, Singapura terpaksa dipisahkan dari Malaysia. Dan Othman Wok adalah dalang yang paling banyak membantu mempengaruhi orang Melayu Singapura yang kemudiannya dijadikan menteri dalam kerajaan regim Lee Kuan Yew sebagai ganjaran.
Ketika itu UMNO tewas dikesemua kerusi di Singapura. Kerana peranan pengkhianat Othman Wok yang mirip seperti yang sedang Anwar lakukan iaitu memperdaya orang Melayu supaya memberi undi kepada sekutu kuasa politik kepada orang Cina.
Singapura wujud sehingga kini sebagai pengajaran kepada orang Melayu agar peristiwa yang pahit kehilangan sebuah negeri dahulu tidak berulang lagi. Namun sayang hanya sebilangan sahaja yang benar2 mahu mengambil pelajaran. Ini bukan soal rasuah atau kronisme. Ini adalah soal mempertahankan legasi nenek moyang kita.
Pada awal 70'an, Lee Kuan Yew telah mencadangkan agar semua jenazah orang Islam Singapura dibakar kerana kawasan kuburan sangat terhad. Pengkhianat Othman Wok yang juga menteri ketika itu yang mewakili orang Melayu membuktikan ketaatannya dengan menyokong pendirian Lee Kuan Yew itu sehingga mencetuskan bantahan MUIS dan seluruh masyarakat Islam.
Sikap yang ditunjukkan oleh Othman Wok saling tak tumpah dengan apa yang ditunjukkan oleh sebilangan pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan yang sentiasa akur dengan kehendak DAP sebagai kata pemutus muktamad.
ADAKAH KITA MASIH LAGI BOLEH DIPERBODOHKAN DAN MENERIMA MELAYU SEPERTI OTHMAN WOK SEBAGAI PEMIMPIN KITA?
MANUSIA PENGKHIANAT YANG BERNAMA OTHMAN WOK
Othman Wok adalah bekas Menteri Sosial dan Ahli Parlimen PAP yang mewakili Kawasan Pasir Panjang antara tahun 1963 dan 1977. Di awal kerjayanya dia adalah seorang tokoh wartawan Bahasa Melayu yang kemudiannya menjadi Timbalan Editor akhbar berbahasa Melayu, Utusan Melayu Singapura.
Beliau menyertai PAP selepas beberapa hari sahaja penubuhannya pada tahun 1954. Ketika itu beliau percaya pada hak samarata dan dasar multi-perkauman dan anti kepada Raja-raja Melayu (sama seperti apa yang sekarang ini PKR sedang perjuangkan). Ketika itu beliau banyak membantu melalui penulisan mengenai penubuhan negara multi-perkauman dan hak samarata serta dasar anti Raja-raja Melayu di dalam akhbar "Petir" sebuah suratkhabar berbahasa Melayu keluaran Parti PAP (sama seperti akhbar tabloid "Keadilan").
Selepas itu beliau dipilih sebagai salah seorang ahli Dewan Editorial buletin Petir dan dalam masa yang sama juga seorang lagi pemimpin tertinggi PAP iaitu Ahmad Ibrahim menjemput dia untuk menjadi Ketua Cawangan PAP Geylang Serai/ Tampines pada tahun 1959.
Othman Wok adalah seorang penyokong kuat Lee Kuan Yew dan dia-lah orangnya yang kerap kali lantang menentang perlaksanaan Hak-hak Keistimewaan Orang Melayu. Setiap kali dia berceramah, setiap kali itu juga dia akan mengatakan yang Hak-hak Keistimewaan Orang Melayu dan Raja-raja Melayu ini hanyalah retorik dan mainan Tunku. Kononnya Tunku ada agenda lain, iaitu untuk merampas tanah orang Melayu di Singapura. Beliau juga mendakwa rusuhan kaum yang terjadi pada Julai 1964 telah dirancang oleh UMNO dan Tunku-lah dalangnya. Beliau amat gembira tentang berita pemisahan Singapura daripada Malaysia dan ada juga yang mengatakan yang beliau-lah yang menulis skrip temuramah BBC dengan Lee Kuan Yew sewaktu malam terpisahnya Singapura dari Malaysia, yang mana ketika itu Lee Kuan Yew menangis tersedu-sedu kononnya terlalu sedih dengan terkeluarnya Singapura dari Malaysia, padahal itu semua skrip yang dikarang oleh Othman Wok semata-mata untuk mengaburi orang Melayu supaya berasa simpati dengan Lee Kuan Yew dan membenci Tunku.
Sehingga hari ini Othman Wok masih dianggap sebagai pengkhianat Melayu oleh kebanyakan orang Melayu Singapura, kerana hasutan dia-lah, Lee Kuan Yew mengharamkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS aka UMNO Singapura) salah satu sayap UMNO di Singapura. Dia bersama-sama dengan berberapa pemimpin sayap Melayu dalam PAP antaranya Ishak Rahim, Rahmat kenap, Ariff Suradi, Buang Omar Junid, Mahmud Awang dan Yaacob Mohamed turun ke kampung-kampung orang Melayu dan menghasut orang Melayu supaya membenci UMNO dan Tunku.
Pada tahun 1959, dia bertanding menjadi calon untuk PAP di kawasan Majlis Bandaran bagi kawasan Kampung Kembangan berlawan dengan calon UMNO, dia tewas dalam pertandingan itu, akibat terlalu malu dengan kekalahan itu beliau menuduh UMNO yang mengugut pengundi di situ supaya tidak mengundi dia. Apabila penduduk kampung mengetahui tentang cerita itu maka seluruh penduduk berkumpul di hadapan pejabatnya di Tampines dan menghalau dia keluar dari pejabatnya dan memaki hamunnya sebagai pengkhianat Bangsa Melayu.
Othman Wok sekali lagi bertanding di Parlimen Pasir Panjang dan kali ini beliau menang atas bantuan dan sokongan dana dari Kuan Yew. Selepas Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1963, dia telah dilantik oleh Kuan Yew sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial. Satu jawatan menteri yang tidak mempunyi apa-apa fungsi kerana Kuan Yew telah melantik seorang Cina untuk menjaga hal ehwal sosial dan Cina ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Selepas 14 tahun beliau menjadi menteri goyang kaki maka pada 1978 dia pun tidak lagi menjadi menteri kabinet Lee Kuan Yew.
Sekarang ini dia menjadi salah seorang penulis cerita seram yang paling top di Singapura. Sesungguhnya manusia pengkhianat bangsa Melayu yang bernama Othman Wok ini adalah seorang pengkhianat bangsa Melayu yang terhebat dalam sejarah Melayu moden. Cara jalan cerita Othman Wok ini seakan sama dengan jalan cerita yang berlaku sekarang ini di negara kita. Apakah kita orang Melayu di sini ingin jadi seperti orang Melayu di Singapura?
Ibarat melukut di tepi gantang, merempat di bumi sendiri. Jangan sampai petualang dan pembelot bangsa Melayu seperti Pengkhianat Othman Wok ini ada dan hidup membiak di dalam negara kita.
Allahuakbar, semoga ALlah selamatkan kita daripada golongan munafik agama dan bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan