Selasa, 8 November 2022

Kail

 Sahabatku..


MISKIN KERANA MALAS
Seorang pengemis sedang melangkah longlai di tepi sebuah sungai. Dia terpandang seorang budak sedang memancing. Ada beberapa ekor ikan di dalam raga di sisinya.
‘alangkah baiknya kalau pakcik dapat ikan-ikan ini . Pak cik akan menjualnya dan membeli sedikit makanan, pakcik sangat lapar’. Kata pengemis itu.
budak itu merenung pakcik itu dengan penuh simpati dan berkata. ‘saya boleh beri pakcik beberapa ekor ikan, dengan satu syarat..’
‘katakan apa syaratnya nak?’
‘pak cik tolong pegang joran ni dan memancing untuk saya’.
‘kenapa?’
‘saya perlu balik ke rumah untk menguruskan adik saya’. 
Pengemis tersebut bersetuju dan terus memegang joran. Buat sajalah asalkan dapat makan, bisiknya dalam hati.
Beberapa lama kemudian, budak itu datang semula, dilihatnya ikan dalam raga itu kian bertambah. Sepanjang peninggalannya tadi, pengemis itu berjaya mengail beberapa ekor ikan.
‘baiklah, semua ikan yang pakcik kail itu adalah kepunyaan pakcik’. Ujar si budak.
Pengemis itu terlalu gembira setelah mendapat ‘upah’nya. Tidak sangka usahanya berbaloi. Si pengemis segera ke kedai untuk menjualnya. Alangkah anehnya dia mendapat rezeki dengan mengambil upah bekerja daripada seorang budak sedangkan dia sendiri boleh berusaha untuk mengail ikan.
Pengajaran
Kadangkala kemiskinan idea dan usaha lebih buruk daripada kemiskinan harta. Ramai pemalas sengaja menempah kegagalan kerana terlalu mengharapkan bantuan orang lain. Padahal mencapai kejayaan jauh lebih mudah daripada menempah kegagalan.

Angguk Geleng
#Edisi148

Tiada ulasan:

Catat Ulasan