Rabu, 1 November 2023

RPG

 Saya ada dalam beberapa group wasap dari Gaza dan Baitul Maqdis. Khabar terkini sentiasa diterima dari rakan2 Arab di sana. 



Bersilih ganti khabar duka dan suka. Hari ini saya agak tersenyum membaca tulisan bekas ketua Mossad, Danny Yatom.


Tulisannya dalam akhbar Yahudi tersohor di Israel,   Yedioth Ahronoth 30/10/2023. Berikut saya terjemahkan:


*Apa yang sedang berlaku? Adakah Tuhan Musa dan Harun telah meninggalkan kita?*


_"Saya tidak faham apa yang berlaku? Sebuah kereta kebal Merkava buatan Israel, kebanggaan industri Tel Aviv, berharga $170 juta, telah dimusnahkan dari muka bumi oleh RPG? Saya tidak percaya itu?"_


_(RPG ialah senjata ringan yg biasa digunakan oleh Mujahidin Afghanistan utk berhadapan dgn kereta kebal Soviet Union tahun 80-an)._


_"Adakah tank keluli yg begitu kebal boleh dimusnahkan oleh RPG?"_

 

_"Tanah bergegar dan kereta kebal itu meletup seolah-olah terkena bom seberat satu tan?"_

 

_"Saya tidak percaya itu boleh berlaku. Siapa yang berperang bersama dalam pasukan mereka? Siapa bantu mereka?"_


_"Ada hantukah yang mengikuti mereka lalu mereka berjaya membunuh orang Yahudi?"_


_"Adakah Tuhan Musa dan Harun telah meninggalkan kita?"_

 

_"Terdapat kuasa tersembunyi yang membantu mereka dan berperang dengan mereka."_


_"Sejak 7 Oktober, mereka tidak terlepas sasaran dalam serangan mereka ke atas kita di seluruh Palestin, seolah-olah mereka mempunyai satelit."_


_"Sungguh malang,  negara Israel sedang berada di penghujung yang semakin pasti."_


Danny Yatom

Ahad, 29 Oktober 2023

Euphoria

 BELAJAR 3 PERKARA DARIPADA MD SAID


Pemimpin nombor 1 pendidikan negeri bukanlah watak yang kita boleh jumpa selalu. 


Nombor 1 kot.. Alangkan Pengetua kat sekolah pun ada yang letak had untuk cikgu jumpa dia, inikan pula Pengarah. 


Tetapi Md Said lain.


Asal ada di pejabat, kita akan nampak beliau di mana-mana. Boleh menyembang tepi tangga, boleh lepak makan kat pantry sesama, malah kalau tetiba datang idea, beliau yang turun ke bilik pegawai.


Sempat menjadi orang nombor satu pendidikan negeri Johor selama 19 bulan, beliau dah memecahkan banyak status quo melalui teladan. Beliau buat, untuk diikut – SEPATUTNYA diikut.


Berikut 3 perkara yang saya belajar sepanjang beliau menjadi ketua:


1.

Hentikan budaya Euphoria


Jangan berlebih-lebih meraikan ketua — dia tak suka. Ceremony, beliau jarang pergi. Kebanyakan masa kami ber-PLC. Dan setiap kali itulah saya akan amazed, sebab sejak di sini tak pernah lagi jumpa Pengarah berdiri di depan, mengajar kami langkah demi langkah menyelesaikan masalah di sekolah.


Md Said cakap, beliau tak makan tengah hari. Tak pasti. Yang pasti, kenyataan itu sangat membantu menurunkan kekerapan majlis makan-makan kat sini. 


Dari sini saya belajar, ketua kena sedar bahawa mereka ada super power — Power Distance Index. Semakin di atas, suara kita akan semakin didengar. Apa je anda cakap, orang percaya, DAN orang buat. Bila anda suka, orang jadi berlumba pulak membuatnya.


Tengok jelah mudarat yang kita dapat, bila pemimpin cakap dia suka makan — dia suka diraikan..


2.

Emosi untuk Empati


Orang yang dekat dengan beliau bagitahu, Md Said ni sensitif orangnya. Beliau mudah je tersinggung, merajuk – cuma tak ditunjuk.


Dalam banyak sesi diskusi, kerap ditekankan supaya kita jangan emosi. Ada sekali tu, seorang pegawai tanya, macam mana nak motivasikan guru-guru yang mengajar subjek elektif? Disebabkan subjek mereka bukan wajib lulus atau utama, cikgu-cikgu ni rasa mereka macam tak penting.


Md Said cakap, “Hanya orang yang lemah perlukan penghargaan daripada orang lain.” Md Said tahu, golongan profesional tak perlukan pujukan, mereka perlukan cabaran.


Semua orang emosi. Md Said pun emosi. Tapi dia mengajar, emosi bukan untuk dilayan. Emosi patut jadi kekuatan untuk kita lebih empati pada keadaan.


3.

Bersanding, JANGAN bertanding


“Abang, ada cili kat gigi” memang tergelak kami bila Md Said buat analogi gini. Mungkin inilah dialog orang bersanding. Orang yang duduk sebelah kita, dan rapat sahaja mampu menegur kesalahan-kesalahan kecil yang kita buat.


Orang bertanding, kesalahan kita pula jadi modal nak menjatuhkan.


Md Said is cognitively sharp. Bijak, berani, dan lantang, tapi tahu menyeimbangkan kesemuanya dengan personaliti yang bersahaja. 


Dapat bos bijak ni memang tak selesa lah. Ada je cabaran-cabaran baru dibaginya. Nak adapt dengan sekian banyak perubahan setelah sekian lama selesa dalam rutin yang sama, kadang menimbulkan unnecessary pressure.


Selepas 30 hari tanpa Md Said, saya fikir pressure itu sengaja diletakkan. Barulah ada urgency untuk kita bekerja secara sistemik. 


Bersanding, dan bukan bersaing sesama sendiri.


.

.


Sebenarnya banyak lagi benda boleh dipelajari daripada sosok berkredibiliti tinggi ini. Kalau saja kita ada lebih masa untuk belajar daripadanya..


Semoga pemimpin kesayangan kita ini diberi kesihatan sentiasa, diberikan hikmah dalam memimpin, dan ketabahan dalam ujian.


Sebagai tribute kepada Md Said yang selalu mencetus pembacaan buku-buku pengurusan dan kepimpinan di Jabatan Pendidikan Negeri Johor, quote daripada Simon Sinek dari buku “Leaders Eat Last” ni rasanya tepat sekali dengan ketokohan beliau : 


“Leadership is not about being in charge. It is about taking care of those in your charge.” 🌹

Sabtu, 28 Oktober 2023

Hang Tuah

 DIALOG HANG TUAH : TEKNOLOGI ANEH ZAMAN  MELAKA

oleh Shahpaskal 


Dimulai dengan Bismillah dan sedekah Fatihah pada semua umat Islam yang masih hidup, yang telah meninggal, makhluk- makhluk lain, tumbuhan dan alam ciptaan ALLAH.


1. Sesi tawasul kali ini, hanya membabitkan tiga orang, iaitu saya, Kerol dan Sahabat Shahpaskal. Kali ini sesi pertanyaan melibatkan Hang Tuah, ini merupakan kali kedua saya bertemu pahlawan Melaka, sesi pertama dahulu, saya tidak berkesempatan bertanya soalan sejarah kerana lebih mahu mengenali peribadi beliau.


SEMBILAN PARA SETERUSNYA TERPAKSA DI TARIK KELUAR ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU.


TAMING SARI DALAM ERA MODEN ALAM MELAYU


10.Berdasarkan kajian saya ke atas beberapa sumber maklumat dari Indonesia mahupun di Tanah Melayu, Taming Sari ini akan muncul kembali dalam beberapa tahun dari sekarang. Keris yang didakwa Taming Sari di dalam pemilikan Istana Perak itu, bukanlah senjata sebenar. Dakwaan keris ini, keris itu adalah Taming Sari, saya sudah dengar banyak kali  tetapi hanya segelintir manusia sahaja yang tahu keadaan fizikal senjata tersebut dan saya tidak mahu ulas di sini.


11.Ia akan hadir secara nyata sebagai lambang kebangkitan raja-raja Melayu dan akan digunapakai oleh raja yang bernasab keturunan nabi-nabi sebagai penutup akhir zaman. Raja yang dimaksudkan tidak tinggal di istana. Ia hanya orang biasa sebelum memunculkan diri.


12.Adakah ini semua mustahil??? Tidak, senario raja di Negeri Sembilan sudah membuktikan bagaimana seorang raja  (Tengku Mukhriz) yang satu ketika dahulu selalu pergi masjid untuk bersolat, memandu Volvo buruk, akhirnya menjadi Yam di Pertuan Besar Negeri Sembilan tanpa disangka-sangka selepas Tuanku Jaafar meninggal dunia.


 KAPAL-KAPAL MELAKA


13.Memang benar, kapal-kapal Melaka pada zaman dahulu amat besar, ia diperbuat dari kayu-kayu yang mahal seperti meranti, chengal, jati dan belian.


14.Menurut Hang Tuah, keseluruhannya, armada Melaka pada zaman Sultan Mahmud memerintah, ada lebih kurang 10 buah  kapal besar yang dipanggil bahtera. Saya tidak tanya jumlah kapal-kapal kecil yang lain.


15.Setiap satu kapal bersaiz 4 kali ganda lebih besar dan panjang berbanding monumen Flora De La Mar di Bandar Melaka. Lebarnya, separuh padang bola. Tiang layar, antara empat dan lima batang. Ketinggian dari dasar (KEEL) hingga kepada "bridge" adalah enam tingkat. Ketinggian dari permukaan laut (WATERLINE) sehingga "bridge" adalah empat tingkat. Maknanya di sini, dua tingkat berada di bawah air. Direka dan dibuat tanpa paku.


16.Di dalam perut kapal tersedia, surau, balai mesyuarat, asrama atau kabin, dapur, bilik/bengkel baikpulih, bilik rawatan dan tong-tong muatan seperti air bersih.


17.Perkara ini dilihat sendiri oleh Sahabat Shahpaskal dan Kerol melalui tayangan "slaid", saya sahaja yang tidak boleh melihat keajaiban ini, mereka ini diberi kemampuan oleh Allah SWT untuk melihat imej "slaid| macam tengok wayang  gambar merentasi masa, berbalik kepada 600 tahun dahulu. Mereka melihat kapal-kapal itu secara terperinci dan bukan itu sahaja, tetapi termasuklah teknologi senjata api, kemudahan pelabuhan, pakaian tentera Melaka zaman dahulu dan  lain-lain lagi. Kesemua ini diperlihatkan seperti tayangan movie semasa sesi dialog dengan Hang Tuah.


18.Kerol beritahu, "Kalau kau nak tahu, slaid yang aku tengok tu, sebiji macam gambar akhbar dalam filem Harry Porter".


19.Hang Tuah memberitahu, tidak wujud nama kapal pemerintah bernama "Mendam Berahi" kerana penguasa Melaka pada  zaman itu suka menamakan kapal-kapal mereka dengan nama burung atau haiwan yang lain. 


20.Sultan Mahmud sendiri mempunyai banyak kapal tetapi dua kapal kesayangannya diberi nama "Rajawali" dan "Cenderawasih". Kapal "Rajawali" digunakan untuk pelayaran laut dalam dan rombongan ke luar negara, ia amat besar, kayunya mengeluarkan sejenis minyak/damar, kapalnya berwarna hitam, tetapi berkilat apabila terkena pancaran matahari. Ia mampu memuatkan 400 individu termasuk anak kapal.


21."Cenderawasih" adalah kapal tercantik di Melaka, dan mungkin di Alam Melayu ketika itu. Ia kecil sedikit berbanding "Rajawali". Layarnya diperbuat dari kain sutera. Proses naik turun layar oleh anak-anak kapal mampu dilaksanakan dengan pantas disebabkan sifat ringannya kain sutera ini. Saya sendiri tidak tahu sifat kain sutera, tetapi saya sendiri pun terfikir,  mungkin ada rahsia yang manusia hari ini belum jumpa ke atas kain ini, no wonderlah, pihak Amerika Syarikat sedang membangunkan baju perisai kalis peluru dengan sutera.


22.Kapal "Cenderawasih" ini berwarna cerah, laju dan penuh dengan ukiran seperti paruh dan leher burung cenderawasih

di bahagian hadapan kapal. Ia digunakan sebagai kapal pesisir pantai.Dan yang pasti kedua-dua kapal ini dilengkapkan dengan meriam tetapi tidaklah sepenuhnya kerana ia bukanlah kapal perang sebaliknya, lebih sebagai peranan  "kapal mewah diraja".


23.Hang Tuah memberitahu, untuk tatapan generasi hari ini, jika ada kemampuan untuk dinaikkan, cuma tinggal dua sahaja bangkai kapal Melayu Melaka yang masih elok dan terletak di sekitar Tanjung Tuan. Kedua-dua kapal diraja itu tidak tenggelam, sebaliknya ghaib atas keramah yang dimiliki oleh Sultan Mahmud, yang saya faham merupakan ahli sufi pada zaman tersebut.


24.Saya terasa aneh....saya bertanya, mengapa hanya dua sahaja? Beliau menjawab, yang lain sudah hancur menjadi debu. Tidak tersisa mahupun serpihan kayunya.


25.Mungkin ada sebab, Ilahi, menghilangkan segala kegemilangan orang Melayu zaman dahulu, bagi menyembunyikan rahsia  bangsa ini, sebagaimana hilangnya, emas-emas milik Melaka. Malahan, bukan sahaja jongkong tetapi dinar-syiling emas  langsung dighaibkan sehingga tidak wujud hatta sekeping pun dalam muzium atau simpanan individu kecuali yang bersifat  replika.


BAHAN MENTAH DARI ALAM GHAIB


26.Di manakah bekalan kayu-kayu ini diterima? Sedangkan dalam sesi sebelum itu (SILA RUJUK ARTIKEL SAYA YANG LEPAS), saya sudah dibilang bahawa rakyat dan Sultan Melaka amat berpegang teguh kepada ilmu Tasawuf, sehinggakan tidak ada batang pokok yang ditebang.


27.Hang Tuah menyatakan bahawa sebahagian bekalan kayu untuk pembinaan kapal-kapal Melayu Melaka diperolehi bukan  dari alam nyata. Ini menjelaskan mengapa beberapa ketika selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis, kesemua kapal-kapal ini hancur seperti debu melalui beberapa proses yang boleh diterima oleh akal manusia seperti kebakaran atau api yang berpunca dari sambaran petir.


28.Ini juga menjelaskan bagaimana hubungan orang Melayu dan alam ghaib, berpisah tiada. Mungkin berlanjutan sehingga  awal 80an apabila masih ada kampung-kampung yang mampu membuat pinjaman pinggan mangkuk dari alam ghaib untuk tujuan  kenduri kendara. Satu lagi dalil adalah bagaimana satu perkampungan di Pahang, memproses air tebu melalui kilang alam ghaib. Orang kampung akan menghantar tebu, ditinggalkan untuk dikisar di sebuah kilang di alam ghaib, esok.....orang kampung hanya perlu membawa pulang bekas yang penuh dengan air tebu. Menurut saksi, mesin pengisar tebu tersebut  ditarik oleh seekor kerbau yang amat besar. Walwahualam.


29.Sayang....no wonder, tidak ada lakaran, bangkai, atau apa sahaja kesan peninggalan Empayar Melayu Melaka. Ketiadaan bukti ini menyebabkan sejarah kegemilangan Melaka sentiasa diperlekehkan. 


30.Melaka sendiri mempunyai teknologi senjata api, ia diperbuat dari teknologi besi yang istimewa. 


 TENTERA MELAKA


31.Saya tidak faham maksud besi istimewa ini tetapi besi yang sama juga dipakai oleh tentera Melaka macam kepala tali pinggang (buckle). Tali pinggang ini dipakai untuk melilit samping, diselitkan dengan keris atau senjata kecil macam Lawi Ayam. Saya sendiri tidak terfikir hendak bertanya lanjut.


32.Tentera Melaka tidak memakai baju besi, ia memakai baju Melayu seperti point no.3 tentera RAMD, bersamping, keris pendek dan panjang, senjata api dan juga "besi istimewa" ini.


33.Jumlah tentera Melaka yang tetap ketika itu adalah lebih kurang 700-800 orang sahaja. Ia disokong oleh perkhidmatan negara yang terdiri daripada penduduk Melaka yang lain.


34.Saya bertanya, Melaka mempunyai armada kapal laut yang kuat tetapi apa yang terjadi semasa Melaka diserang dan  mengapa kapal-kapal ini tidak berfungsi? Beliau memberitahu, Portugis datang dengan muslihat...ia sudah naik ke darat melalui pengkhianatan perjanjian diplomatik yang dimeterai sebelumnya. Kebanyakan tentera Melaka berada di darat dan tidak berada di atas kapal-kapal mereka.


35.Semasa serangan, beliau sendiri berada di kawasan pelabuhan. Pelabuhan Melaka ini ada dua, satu kawasan yang menempatkan kapal-kapal milik rakyat Melaka (macam Marina lah) dan kedua, pelabuhan komersil. Saya bagaimanapun tidak terlintas untuk bertanya secara terperinci serangan ke atas Melaka ini, kerana saya fikir, ada soalan yang lebih penting.


TEKNOLOGI PELABUHAN MELAKA


36.Dahulu, apabila ahli sejarah kata, bahawa kapal-kapal orang Melayu Melaka itu amat besar. Sayalah tukang gelak nombor satu kerana saya fikir, kalau besar, sudah pastilah berat dan kalau besar sudah pastinya dasar (KEEL) kapal agak dalam dan ini agak mustahil untuk kapal-kapal ini rapat ke darat, saya fikir (ni masa saya jahil pasal sejarah), orang-orang Melayu zaman dahulu hanya menggunakan kapal yang kecil untuk berdagang di pelabuhan cetek khususnya sungai.


37.Kalau nak rapat ke pelabuhan, mesti perlukan satu tenaga kenetik sebagai pendorong, tak akan nak pasang layar pulak? 


38.Hang Tuah menjelaskan, kapal-kapal yang besar ini akan berlabuh tidak jauh dengan jeti. Kemudian akan datang 

sampan dan anak kapal akan mencampakkan tali kepada sampan-sampan ini. Sampan-sampan ini akan bergerak ke jeti dan tali tersebut diserahkan kepada orang pelabuhan untuk diikat kepada sejenis tuil/takal.


39.Tuil/takal ini akan dipusing dan menarik kapal tersebut untuk rapat ke jeti. OK....now i know, dalam movie Hollywood pun saya tidak pernah nampak bagaimana orang zaman dahulu dengan kapal besar mereka rapat ke jeti.Akhirnya Hang Tuah juga yang menjelaskan


40. Pelabuhan Melaka mempunyai sistem pengurusan pelabuhan yang sistematik, pengurusan kutipan cukai kapal dari luar, log book atau pendaftaran kapal seperti imigresen.


SEDIKIT SENTUHAN KE ATAS PERSONALITI HANG TUAH


41.Orang kata Hang Tuah tidak wujud, tetapi hasil tawasul ini, membuktikan bahawa watak yang amat terkenal ini benar-benar ada dan yang datang bukanlah jin. Amalan tawasul ini sudah dijelaskan banyak kali sebelum ini dan saya tidak berminat untuk menghurai lanjut.


42.Orangnya berusia lebih kurang 70 tahun tetapi nampak muda dan gagah seperti awal 50an, mungkin atas faktor pemakanan dan kebersihan udara zaman dahulu. Tinggi lebih kurang 6 kaki, wajah serius, bersuara garau, tidak ada sekelumit senyuman, tetapi amat lembut, sopan, rendah diri dan tidak banyak cakap. Beliau berasal dari Palembang dan nama sebenar beliau adalah......... Hang Tuah cuma gelaran yang diberikan Sultan.


43.Kali pertama beliau hadir dgn persalinan Pendekar DiRaja lengkap tanjak, pakaian seperti "vest", memakai lilitan 

berupa gelang di kedua lengannya untuk mengenalkan bahawa beliau adalah Panglima Melaka. Kali kedua beliau memakai  baju merah pulasan berlengan senteng, memakai lilitan kepala, bersamping biru gelap dan berbengkung, celananya juga merah pulasan hingga paras atas buku lali, Saya difahamkan orang zaman dahulu tidak mempunyai pilihan warna yang banyak. Beralas kaki serupa capal tidak bertumit tapi ada lilitan tali hingga atas buku lali (seperti sepatu tarzan)


44.Artikel kali ini tidak akan menyentuh soalan peribadi Hang Tuah secara terperinci, tetapi untuk tidak menghampakan, saya sentuh sikit - Beliau mempunyai beberapa orang guru silat, beliau banyak bertugas di luar negara atas perhubungan politik tetapi tidak pernah ke Rum, beliau juga tidak bertempur dengan Samurai Jepun, malahan orang luar banyak datang berkunjung ke Melaka. Beliau mempunyai keris peribadi anugerah Sultan Mahmud dan beliau bukan pemilik Taming Sari, beliau juga amat alim dan guru agama Hang Tuah adalah Sultan Mahmud sendiri. Keris yang dibuang ke laut dalam Hikayat Hang Tuah bukan Taming Sari tetapi keris peribadinya sendiri.


45.Jika diizinkan Allah, saya akan menulis kisah sebenar Hang Tuah dan Hang Jebat, semua temubual dibuat melalui Tawasulan. Semua ini telah diamanahkan kepada saya untuk membersihkan nama orang beriman dari FITNAH yang sudah berlangsung selama ratusan tahun.


SEDIKT ULANGAN MENGENAI MELAKA


45. Melaka ini tidak serupa dengan empayar lain pada masa itu, ia merupakan sebuah empayar yang bukan dibangunkan dengan kekuatan pedang sebaliknya dengan kebijaksanaan dan yang terpenting Sultan serta rakyatnya memiliki akidah yang benar. Sultannya sendiri pengamal ilmu tasawuf dan seorang ahli sufi.


46. Apabila berakidah benar (Tidak menjisimkan Tuhan, tidak menyatakan Allah wujud dalam diri sendiri, tidak menyatakan Allah bertangan, Allah duduk di langit, Tidak menyatakan bahawa manusia menentukan nasib diri sendiri). Sudah pasti Allah menurunkan Rahmat. Alim ulamak dan para wali pun berpusu-pusu datang ke Melaka. 


47. Pendek kata, nak faham pasal Empayar Melaka, kena faham personaliti orang-orang sufi dan bayangkan jika mereka mendirikan kerajaan.


48.Sudah tentu kita akan bertemu kisah yang amat bercanggah dalam Sejarah Melayu karangan W.G Shellabear yang banyak  menerapkan hal karut marut dalam sejarah raja dan bangsa Melayu, saya yakin penulis barat ini percaya dengan hal-hal  mistik yang terkait dengan bangsa Melayu tetapi menulisnya semula untuk mendorong hal-hal mistik ini ke arah yang negatif.

Khamis, 26 Oktober 2023

Cara Quizizz paper mode

1. cari dulu contoh soalan kat kotak 'Search for any topic'. Contohnya : Sains Tingkatan 2: Daya

2. Klik seperti di gambar

3. Klik kat petak 'paper mode' seperti di gambar.


4. Klik kat assign untuk daftar nama pelajar kita.

5. Klik kat petak '+ create'

6. letak nama kelas pelajar. Contoh 1 Garcinia. Lepas tu masukkan nama setiap pelajar.

7. (√)  kat 2 petak seperti di gambar. Klik start.



8. Scan QR untuk mula. Klik je kat petak

                                                             

9. Ni adalah paparan henfon. Guna camera atau apps yang boleh scan QR di henfon.

10. Klik kat start now. kawalan adalah pada henfon.

11.Pastikan Laptop anda telah disambung pada projektor. disyorkan guna 'touch screen laptop' utk mudah zoom in dan zoom out.

12. Internet yang kuat, laju dan stabil sangat penting.

13. Jangan lupa edarkan kad quizizz pada pelajar mengikut nama dan no kad yang didaftarkan.

14. masa yang dicadangkan untuk 20 soalan adalah 1 jam 30 minit.

15. Kat henfon ... kena alert dengan button scan, submit dan next question

Selamat mencuba.
Memey budak rasa teruja sebab diorang x pernah jumpa benda ni sejak dari tadika.

Suasana sebelum mula. Pelajar dah bersedia dengan kad masing-masing di tangan. Pastikan kad tidak tertukar dengan pelajar yang lain.

Saya gunakan maxis modem. Memey sangat2 laju. Alhamdulillah.

 log in dulu ya. boleh guna emel peribadi atau moe

Contoh paparan markah pelajar teman


Rumusan untuk keputusan setiap pelajar boleh dihantar pada ibu bapa melalui emel

Akhir sekali.... dah siap.... kumpul balik kad. Jangan sampai pelajar terbawa balik

Selamat mencuba
Memey sempoi dan 'student centred'

kos kad? RM47

Alatan keperluan?
1. LCD
2. Laptop 
3. henfon
4. Kad
5. modem internet

Manpower
1. Guru
2. pelajar

Guru-guru praktikal sangat dialu-alukan untuk menggunakan kaedah yang memberi pelajar gembira di dalam kelas












Selasa, 17 Oktober 2023

matahari

 *◈•┈┉━❀ ﷽ ❀━┉┈•◈*


*JANGAN HANYA LIHAT KEKURANGAN*


Seorang isteri yang sudah lama menikah ditanya oleh temannya, _"Sudah berapa lama kamu hidup berumah tangga dengan suamimu?"_


_"30 tahun"_, jawabnya.


Temannya bertanya lagi, _"Adakah suami kamu memiliki kekurangan?"_


Dia menjawab, _"Sangat banyak, sebanyak BINTANG di langit."_


_"Jika demikian, adakah suami kamu memiliki banyak kelebihan?"_ Balas temannya.


_"Sedikit sekali, seperti MATAHARI yang cuma satu",_ jawabnya ringkas.


_"Lantas mengapa engkau sanggup hidup bersamanya selama 30 tahun?"_ Tanya temannya kehairanan.


Dia menjawab, _"Kerana ketika MATAHARI terbit, bintang-bintang itu tidak tampak lagi."_


ماشاء الله


🌹 Jawapan yang sungguh bijaksana, indah dan cerdas. Inilah salah satu ciri wanita calon penghuni syurga dan merupakan sifat seorang isteri yang solehah.


❣️Ada sebuah pelajaran penting yang dapat kita petik dari kisah ini, iaitu:


💞 Jangan hanya fokus pada bintang-bintang di sebalik gelapnya malam, tapi ingatlah juga bahawa saat MATAHARI terbit, ia menerangi alam sehingga bintang-bintang pun tak kelihatan. Demikianlah analogi dalam kehidupan berumah tangga, kesalahan dan kekurangan pasangan pasti ada, namun hendaknya jangan hanya fokus pada hal-hal tersebut. Ingatlah bahawa pasangan kita juga memiliki kebaikan dan kelebihan yang sangat besar.


✅ Jika hal ini dapat diamalkan, maka ia akan menjadi asbab di antara kukuhnya ikatan sebuah hubungan rumah tangga pasangan suami isteri, in sya Allah.


Kredit: Habibie Quotes.


#AbuFaqihCentre

#MengajiSepanjangHayat

#MogaBermanfaat

#SebarkanIlmu


--------------------------------------


✨ _“Barangsiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.”_ (HR. Muslim, no. 1893)