Rabu, 12 Jun 2024

Masak nasi sedap

 "Cara-caranya adalah seperti berikut:


1. Cuci bersih tiga cawan beras dan masukkan tiga cawan air. Pastikan anda menggunakan sukatan cawan yang sama.


2. Kemudian tambahkan satu sudu besar minyak masak dan satu sudu besar cuka bersama sedikit garam.


3. Tambahkan sehelai daun pandan ke dalam periuk.


4. Kacau kesemua bahan supaya sekata dan minyak tidak bertompok.


5. Selepas itu, anda boleh terus memasaknya."

Selasa, 11 Jun 2024

Tok guru

 CERITA TOK GURU PONDOK DULU-DULU


Masa Mengaji


Susah dah jadi sebati dalam hidup, Makan yang mana ada. Takda makanan, puasa. Mengaji berpuluh-puluh tahun, Takdak duduk minta sedekah dengan orang. Nak gi mengaji ke Mekah, sampai orang tuanya jual tanah pun ada. 


Sampai ke Mekah nak gi Masjidil Haram kata seorang tokguru, berjalan kaki 6 hari. Allah! Susahnya. Hidup kat negeri orang menumpang teduh sekadar nak tidur saja. "Susah, tapi suka" kata guru.


Masa Tamat Pengajian


Balik lah ke Tanah Jawi. Sampai di rumah belum pijak tangga, orang kampung dah penuh duduk tunggu atas rumah nak dengar "Anak Haji" baca kitab. 


Tiba hari jumaat tok imam tua umum,"Anak haji kita balik dah, sapa yang ada nak wakaf tanah bulehlah, nak buat tempat mengaji. Ada lah orang baik budi wakaf tanah. Orang kampung pakat gi kerumun buat pondok kecil-kecil. 


Waktu Mengajar


Mengajarlah tok guru tanpa gaji, Tanpa keistimewaan, Tanpa elaun lebih masa, cukup ala kadar. Lepas mengajar, ada masa pegi buat padi, atau sebelum ngajar ada hak gi menoreh. Orang kampung perhati. "Takpalah anak haji mengajar, tak payah buat kerja lain. 


Hamba boleh bantu sikit-sikit, orang kampung pun buleh tolong. Ada hak bagi beras, ada hak bagi ikan letak depan tangga tiap-tiap hari, ada juga yang mari minta tok guru muda jadi menantu (selalunya orang kaya ada harta, tapi jenis tidak mengaji agama dia nak tumpang ilmu si tok guru), Alhamdulillah.. 


Semua ni tok-tok guru dapat tanpa permintaan. Begitulah kehidupan, pondok makin besar, Murid makin bertambah ramai, Orang kampung boleh tumpang mengaji, orang bagi rumah, kereta orang bagi lagi untuk kemudahan tok guru khidmat kepada agama.


Akhir Kehidupan 


Tok guru masa sakit, sikit pun tidak terabai buat ibadat. Kalu ada yang diuji sakit berat, ada yang koma hampir 6 tahun keadaan macam orang tidur saja, tubuh tak terusik, Nak kata Allah jaga jasadnya. 


Ada juga tok guru bangun sembahyang malam pada masa uzur, uzur pun masih tak tinggal, ibadat tok2 guru ni Allah jaga sampai akhir hayat. Kalau pada hari meninggal tok guru, Lautan manusia akan datang bersolat, smpai 4, 5 kali solat jenazah. Allahu.. 


Ini aturan Allah pada tuan-tuan guru pondok yang terdahulu. Hidup hanya berkhidmat pada ugama, Semoga Allah merahmati semua tuan guru pondok sekeliannya.


Kredit : Tengku Yusuff

Ahad, 9 Jun 2024

Populis

 POPULIS



Populisme adalah gejala ahli politik yang menyamar sebagai wakil kepada derita rakyat bawahan. Sedangkan mereka terdiri dari golongan elit, atau dinaungi oleh pelobi-pelobi yang berkepentingan terhadap kerjaya politik mereka.  Politikus yang populis akan bermain dengan isu-isu yang dekat dengan sentimen keperluan rakyat. Dari lakonan empati tersebut, mereke berupaya memperdaya rakyat dengan janji-janji utopia mereka.


Lazimnya topeng lakonan mereka akan tersingkap selepas mereka naik ke tampuk kekuasaan. Bermaksud, hakikat tipu daya mereka selalunya lewat disedari oleh orang kebanyakan. Akhirnya yang terzahir, bukan sekadar cakap tidak serupa bikin. Bahkan mereka bikin segala apa yang mereka lawan-lawan dahulu.


Abdul Mu'izz Muhammad

9 Jun 2024

Ahad, 2 Jun 2024

Spm cemerlang

 Saya dapat keputusan straight As dalam SPM, dengan izin Allah. Alhamdulillah. Aliran sains tulen, bak kata orang. Subjek-subjek Matematik Tambahan, Kimia, Biologi tu, keputusan cemerlang kalau dulu A1, sekarang A+. Tetapi dalam kegembiraan semua A tu, saya rasa sayalah antara manusia 'gagal memilih' dulu, atau lembut lidah sikit kita sebut 'terpaksa pilih' atau paksa rela kot.


Dapat banyak A tetapi dalam kepala ni tak ada perancangan masa depan. Minat nak jadi Cikgu Bahasa Inggeris tetapi mohon IPG ke, TESL ke, semua tak dapat, walaupun ada sijil pertandingan public speaking, debate, bla bla bla. 


Saya pernah call sebuah maktab perguruan, bertanyakan cara nak buat permohonan. Staf yang jawab panggilan saya bertanyakan keputusan percubaan SPM saya, dan terus dia jawab, "Result bagus tu overqualified. Tak payahlah jadi cikgu, dik. Mintalah kursus lain. Medic ke, Engineering ke..." Terkejut saya. Tetapi saya hantar permohonan juga tetapi tak dapat tawaran pun. 


Terfikir minat nak kerja bidang Accounting jadi saya buat permohonan, dipanggil temuduga biasiswa bidang ini tetapi dalam sesi temuduga itu jugalah panel penemuduga tegaskan, "Kalau minat nak sambung belajar dalam bidang Perakaunan, kenapa tak ambil subjek Ekonomi atau Perakaunan semasa SPM?"


Saya beri jawapan, "Di sekolah menengah (SBP) saya, tak ada subjek tu. Ada Sains Tulen (Biologi) dan Kejuruteraan (subjek Teknologi Kejuruteraan atau Lukisan Kejuruteraan) saja."


Penemuduga kata, rugi nanti saya kena belajar dari kosong semula jika betul pihak pemberi biasiswa menaja, ada kemungkinan penaja akan rugi sebab belum terbukti saya boleh berjaya dalam subjek Perakaunan walaupun cemerlang Add Math, Bio, Physics dan lain-lain tu. 


Penemuduga lain siap cakap lagi, "Lain kali kalau minat Accounting dan sekolah tu tak ajar Accounting, awak pergilah belajar di sekolah lain..." Dia suruh kita tukar sekolah, awak tauuuuu.


Silap saya jugalah. Dah tak belajar Akaun di sekolah, kenapa pulak nak belajar Perakaunan di universiti. Tapi kan, minat tu ada situ....


Nasib baiklah semua permohonan itu guna keputusan percubaan, yang juga semua A. 


Disebabkan daripada pengalaman-pengalaman itu selepas terima keputusan SPM sebenar, saya mohon kursus-kursus yang berkaitan saja. Perubatan, Bioperubatan, bioteknologi, farmasi dan kejuruteraan alam sekitar. Mujurlah straight As, semua 5 tu ada tawaran masing-masing. Saya pilih 1 dalam keterpaksaan sebab bukan minat pun. Tak minat walaupun salah satu daripada 5 tu. 


"Budak pandai kena ambil medic.." pernah dengar ayat ni?


"Kau pandai dapat semua A, belajar Engineering la.." ni pun ayat yang selalu diperdengarkan. 


Semasa peringkat universiti, saya berkawan dengan pelbagai kenalan pelbagai bidang dan mereka dulu belajar menengah di sekolah swasta dan sekolah awam. 


Ada seorang kenalan tu bukan pelajar straight A, di sekolah dulu dia ambil 2 subjek utama yang melayakkan dia ambil diploma bidang Perakaunan di universiti kemudian sambung bachelor degree bidang sama. SPM dapat 3A iaitu Prinsip Akaun, Ekonomi Asas dan Matematik (Matematik Moden). Dia kata ayah dia tak kisah pun dia dapat B dan C bagi subjek-subjek lain tu sebab tak perlu untuk minat dan kerjaya dia. Yang penting lulus. Bagus ayah dia tahu kecenderungan anaknya, dan support.


Ada seorang kenalan di Canberra, dulu belajar di SBP yang tiada subjek Akaun seperti saya tetapi dia ambil kertas Prinsip Akaun secara persendirian. Hasilnya dia dapat A bagi semua subjek SBP dan juga persendirian. Dapat biasiswa sambung pengajian dalam bidang Perakaunan di Australia. Untung dia tahu strategi tu selari dengan minat dalam dirinya. Saya tak tahu jadi saya rugi.


Ramai kenalan saya yang belajar bidang Engineering di universiti bukan disebabkan minat, tetapi disebabkan bidang tu yang disyorkan, atau ditawarkan, atau disuruh/dipaksakan. Walaupun SPM straight As, tetapi tak tahu dari awal, keputusan straight As jadi kenangan saja....


Tak mahu cerita pasal kawan-kawan yang merupakan pelajar cemerlang di sekolah dapat A tetapi tak tahu sebab apa sambung belajar dalam bidang tertentu yang dipilih disebabkan result straight A masa SPM akhirnya gagal atau tukar bidang - kisah-kisah macam ni pun banyak. 


Jadi setelah dewasa ini, saya tak kisah anak saya kena dapat keputusan semua A atau straight As. I am so done with the saying that excellent students must score A in all subjects, no more no more. 


Yang saya tekankan adalah:


1) Carigali minat dan kemampuan anak/pelajar.


2) Usahakan supaya anak/pelajar dapat belajar dan berjaya capai A bagi subjek-subjek yang diperlukan berdasarkan minat/kemampuannya atau masa depannya.


Disebabkan inilah saya tak pernah kisah pasal ranking sekolah, saya OK saja jika anak saya nak bersekolah di sekolah harian atau sekolah berasrama tanpa tengok sekolah tu berada pada nombor berapa dalam ranking, tetapi saya pergi tanya sekolah tu asrama ada masalah air ke tak, masalah buli macam mana, cikgu-cikgu terapkan budaya agama dalam sekolah atau tak, dan seumpamanya, memang pilih sekolah yang baik-baik saja supaya anak seronok dan selesa pergi belajar. 


Nak cakapnya, straight As tu bagus tetapi tak semestinya tak straight As tu tak bagus. Belajar subjek yang diperlukan dan dapat A pada subjek yang diminati untuk kerjaya dan masa depan tu lebih penting daripada dapat semua A, bagi saya. And it is OK for you not to agree with me, saya tak paksa setuju pun. Hehehe. 


Kepada para pelajar yang saya jumpa, saya pasti pesankan "Bagus untuk usaha dapat semua A tetapi kalau tak dapat semua A tak apa, yang penting dapat A untuk subjek-subjek yang kita minat dan perlu..."


Saya dulu 5A dalam UPSR (maksimum 5 subjek), 9A dalam PMR (maksimum 8 atau 9 subjek) dan 10A dalam SPM aliran sains tulen (maksimum 10 subjek saja di sekolah saya dan bukan sekolah agama), belajar biasiswa penuh ke Australia dapat first class honours dan CGPA 7.00/7.00 hingga dapat PhD dalam Perubatan pada usia 27 tahun, jika boleh diulang masa memilih belajar bidang diminati, MUNGKIN lepas SPM dulu saya ambil sijil kulinari dan ijazah perniagaan, dan sekarang jadi chef atau baker buka bisnes sendiri kalau buat PhD saya mungkin PhD bidang Masakan atau Makanan macam tu 😁😁😁


Atau pun kalau gagal akademik, saya jadi orang politik. Ehhhhh??? Hahahaha 😅😅😅 FB Syahr Musafir Rabu 29/05/2024

Sabtu, 1 Jun 2024

Addmath

 Ramainya fail Add Math!


Kenapa sampai teruk macam tu sekali?


Ok nak faham benda ni, jom saya share dari sudut pandang saya yang dah buat coaching untuk subjek Add Math ni dah lebih 10 tahun.


Saya akan explain beberapa level pelajar yang ambil Add Math, dan possible result yang biasanya mereka akan dapat berdasarkan level mereka.


Level 1:

-Ambil Add Math tapi tak kuasai Algebra.

Possible result: Fail tremendously 


Level 2:

-Kuasai Algebra tapi tak faham konsep dan tak buat latihan kemahiran asas untuk setiap sub-topik dalam sesuatu topik besar.

Possible result: Fail (quite tremendously as well)


Level 3:

-Kuasai Algebra

-Boleh faham konsep untuk setiap sub-topik dalam sesuatu topik besar, dah buat dan kuasai soalan latihan kemahiran asas setiap subtopik, tapi tak boleh relate semua konsep dalam setiap subtopik dalam topik besar tersebut.

Possible result: Fail tapi dekat-dekat nak lulus


Level 4:

-Kuasai Algebra.

-Boleh faham konsep untuk setiap sub-topik dalam sesuatu topik besar, dah buat dan kuasai soalan latihan kemahiran asas setiap subtopik. 

-Boleh relate semua konsep dalam setiap subtopik dalam topik besar tersebut dengan baik, dan boleh selesaikan soalan yang menggabungkan semua konsep dalam satu soalan besar (soalan sumatif berformat SPM aras sederhana).

Possible result: Lulus atas pagar (E ke D)


Level 5:

-Kuasai Algebra

-Boleh faham konsep untuk setiap sub-topik dalam sesuatu topik besar, dah buat dan kuasai soalan latihan kemahiran asas setiap subtopik. 

-Boleh relate semua konsep dalam setiap subtopik dalam topik besar tersebut dengan baik, dan boleh selesaikan soalan yang menggabungkan semua konsep dalam satu soalan besar (soalan sumatif berformat SPM) aras sederhana). 

-Boleh selesaikan soalan berformat SPM dengan aras yang mencabar tapi tak boleh selesaikan soalan aplikasi konsep topik tersebut dalam kehidupan seharian.

Possible result: Lulus dengan kepujian (C ke B+)


Level 6:

-Kuasai Algebra.

-Boleh faham konsep untuk setiap sub-topik dalam sesuatu topik besar, dah buat dan kuasai soalan latihan kemahiran asas setiap subtopik. 

-Boleh relate semua konsep dalam setiap subtopik dalam topik besar tersebut dengan baik, dan boleh selesaikan soalan yang menggabungkan semua konsep dalam satu soalan besar (soalan sumatif berformat SPM) aras sederhana). 

-Boleh selesaikan soalan berformat SPM dengan aras yang mencabar. 

-Boleh selesaikan soalan aplikasi dalam kehidupan seharian (KBAT).

Possible result: Cemerlang (A- ke A+)


So, ingat senang ke nak score Add Math ni? Dah lah setiap topik makin advanced dan padat content nya sejak silibus KSSM ni.

 

Maka kalau tuan puan ada anak-anak yang ambil Add Math, pantau lah anak anda di level mana.


Dan nasihat saya yang paling penting, kalau ambil Add Math tu wajib lah rajin buat latihan. Jauh lebih berkali-kali ganda dari latihan subjek Math or subjek-subjek lain. Tiada guna faham konsep kalau tak rajin buat latihan. No hope.


Kecuali anda seorang genius, anda dikecualikan!