Ahad, 25 Ogos 2013

Peringatan

Tazkirah ini ingin mengajak kita renungkan satu penyakit yang kita tidak sedari.. dan saya percaya, kadangkala ianya berlaku tanpa sedar… Sila baca, dan renung-renungkan

Kadang-kadang kita merasakan diri kita berilmu, walhal “air mata” ilmu yang terbit daripada dada kita sangat sedikit. Kadang-kadang kita merasakan diri kita hebat apabila orang menyanjung dan memuji kita, walhal itu semua muslihat Iblis untuk menyesatkan kita.

Amalan seseorang yang banyak adakalanya menjadi modal untuk Iblis memperdayakan kita agar kita berbangga dan riak dengan kelebihan yang Allah pinjamkan. Amal yang sedikit turut dipergunakan oleh Syaitan dengan menimbulkan perasaan sentiasa berprasangka Allah akan mengampuni kekurangan diri tanpa sekelumitpun rasa ingin menambahkan amalan untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Penyakit orang kaya adalah bakhil. Penyakit orang miskin adalah malas. Penyakit orang berilmu adalah takabbur. Penyakit orang bodoh adalah tiada keinginan. Penyakit orang beramal adalah ‘perasan’.

Orang yang banyak beramal merasakan dirinya hebat dan disegani. Lalu apabila dia berjalan, dia tunduk semacam tawadhu’ walhal Syaitan dalam jubahnya. Dia bercakap lembut agar dikata orang sebagai orang yang lembut hati walhal dalam hatinya tersimpan suatu perasaan takabbur yang tinggi. Apabila dia bercakap, dia merasakan semua orang memerhatikan kata-katanya. Syaitan telah memperdayakan pandangan mata hatinya, lalu dia menganggap yang buruk itu baik dan yang baik itu sebaliknya.

Orang yang banyak dosa pula sentiasa berharap dengan kalimah Allah yang Maha Pengampun. Dia terlupa Allah juga keras seksaan-Nya. Allah ciptakan neraka sebagaimana Allah turut menciptakan syurga. Neraka untuk orang yang buruk perilakunya, dan juga untuk orang yang baik perilaku tetapi buruk hatinya. Syurga pula untuk orang yang benar-benar bersih daripada sebarang karat kekotoran, jika ada sekalipun, ia terlindung di sebalik rahmat Illahi.

Sesetengah orang berilmu apabila berbicara, maka penuh mulutnya dengan pancaran ilmu yang mempesonakan, walhal hati mereka cemar dengan pendustaan. Mulut mereka berkata benar sedangkan hati mereka menidakkannya. Dia mengatakan cinta akhirat tetapi dia sendiri kelihatannya sibuk mengejar dunia. Dia menyebut perihal zuhud sedangkan jiwanya diselimuti perasaan cintakan dunia berlebihan.

Mungkin orang lain mendapat manfaat di sebalik ilmunya yang melangit, tetapi dengar hanya sekadar dengar. Disimpan dalam otak tetapi tidak di hati. Kepalanya makin membesar dengan ilmu yang sarat tetapi hatinya dipenuhi kotoran pelbagai penipuan. Mereka pakar berbicara dalam pelbagai bidang, aqidah mahupun akhlak, tasawuf juga barangkali tetapi hanya lidah menuturkannya sedangkan hati menafikan. Katanya pejuang Islam tetapi lagaknya berlainan.

Orang yang bersih hati pula, kata-kata mereka mungkin tidak membawa mesej keilmuan yang tinggi, tetapi apabila mereka berbicara, ia mengusik jiwa yang mendengar. Apabila dia menyebut soal dosa, yang mendengar akan terbayangkan neraka. Apabila dia menyebut tentang perjuangan, orang akan rindukan jihad. Apabila dia menyentuh soal ibadat, orang semakin rindukan waktu malam untuk bertahajud. Mereka tidak perlu berbicara.

Kerana akhlak mereka sudah berbicara sebelum lidah mereka bergerak. Apabila mereka ingin berucap, maka seluruh hati orang mula terusik dan menanti-nantikan mutiara kata yang terbit daripada lidahnya. Sekali orang mendengar, rindu akan bertapak dalam diri mereka. Alangkah mereka rindukan kata-kata orang yang bersih jiwanya yang mana mungkin ilmunya tidak banyak tetapi ia sangat memberi kesan.

Orang yang kotor sebaliknya. Berbuih mulutnya berbicara, namun orang hanya endah tidak endah, dengar tidak dengar. Orang mungkin rindukan pidatonya yang bersemangat, tetapi orang tidak rindukan mutiara kata darinya. Sekadar mendengar menambahkan semangat dalam satu atau dua jam, kemudian hilang berciciran di tengah jalan. Orang yang bersih hatinya, mungkin pidatonya tidak menarik tetapi jiwa sentiasa dibuai dan terusik.

Al-Hijr
Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (orang-orang yang ikhlas beribadah kepada Allah)  di antara mereka.” ( Al-Hijr: 39-40 )

fire

salam. teman shehdi. Teman mempunyai pemadam api second hand yang dibeli dengan harga yang mahal. Teman sayang pemadam api Teman. Hari hari Teman instagram gambar pemadam api Teman

Satu hari jiran Teman Rusuli bergaduh laki bini. Sampai rumahnya terbakar. Teman dalam dilema, nak tolong ke tak. Yelah, taknak campur rumahtangga orang kan. Apa yang patut Teman lakukan?

A ) Padam api rumah Rusuli guna pemadam api Teman.
B ) Simpan pemadam api Teman sehingga api itu merebak ke rumah Teman baru Teman pakai.
C ) Duduk rumah, bersyukur rumah Teman tak kena api. hahah sarcarsm
D ) Menjerit dari dalam rumah "Woi api! Padamlah dirimu sendiri dengan segera !"
E ) Ambil gambar rumah Rusuli yang terbakar dan sebar ke pesbuk. Sila Share kalau nak api di rumah rusuli terpadam.

sila jawab dengan jujur... sapa tipu2 kena panah petir dalam mimpi... 




Sabtu, 24 Ogos 2013

wahai pelajar matrik KPM-ku

Wahai anak! Nasihat itu mudah, yang sukar adalah menerima; kerana terasa pahit oleh hawa nafsu yang menyukai segala yang terlarang. Terutama dikalangan penuntut ilmu yang membuang-buang waktu dalam mencari kebesaran diri dan kemegahan duniawi. Dia mengira didalam ilmu yang tak bersari itulah terkandung keselamatan dan kebahagiaan, dan dia menyangka tak perlu beramal. Inilah kepercayaan ahli falsafah-ahli falsafah.

Dia tidak tahu bahawa apabila ada pada seseorang ilmu, maka ada yang memberatkan, seperti disabdakan Rasulullah s.a.w: "Orang yang berat menanggung seksa pada hari kiamat ialah orang yang berilmu namun tidak mendapat manfaat dari ilmunya itu."
Wahai anak! Janganlah engkau hidup dengan kemiskinan amal dan kehilangan kemahuan kerja. Yakinlah bahawa ilmu tanpa amal semata-mata tidak akan menyelamatkan orang. Jika di suatu medan pertempuran ada seorang yang gagah berani dengan persenjataan lengkap dihadapkan dengan seekor singa yang galak, dapatkah senjatanya melindungi dari bahaya, jika tidak diangkat, dipukulkan dan ditikamkan? 
Tentu saja tidak akan menolong, kecuali diangkat, dipukulkan dan ditikamkan. Demikian pula jika seseorang membaca dan mempelajari seratus ribu masalah ilmiah, jika tidak diamalkan maka tidaklah akan mendatangkan faedah.
Wahai anak! Berapa malam engkau berjaga guna mengulang-ulang ilmu, membaca buku, dan engkau haramkan tidur atas dirimu. Aku tak tahu, apa yang menjadi pendorong. Jika yang menjadi pendorong adalah kehendak mencari material dan kesenangan dunia atau mengejar pangkat atau mencari kelebihan atas kawan semata, maka malanglah engkau.
Namun jika yang mendorongmu adalah keinginan untuk menghidupkan syariat Rasulullah s.a.w dan menyucikan budi pekertimu serta menundukkan nafsu yang tiada henti mengajak kepada kejahatan, maka mujurlah engkau. Benar sekali kata seorang penyair, "Biarpun mengantuk menyiksa mata, akan percuma semata-mata jika tak kerana Allah semata".
Wahai anak! Hiduplah sebagaimana mahu mu, namun ingat! bahawasanya engkau akan mati. Dan cintailah siapa yang engkau sukai, namun ingat! engkau akan berpisah dengannya. Dan berbuatlah seperti yang engkau kehendaki, namun ingat! engkau pasti akan menerima balasannya nanti.

24

Gambar di bawah merupakan 24 jam di dalam satu hari yang dihasilkan jurugambar Fong Qi Wei yang berasal dari Singapura




Laporan asal Fong Qi Wei

Jumaat, 23 Ogos 2013

Esok Ringgit

FEBRUARI lalu, seorang kawan menghantar wang kepada anaknya yang menuntut di sebuah pusat pengajian terletak di sebuah kawasan pedalaman Jepun.

Oleh kerana wang tersebut hanya boleh dihantar ke satu-satunya bank kerajaan dan bukan komersial yang terdapat di pekan Tottori, 670 km dari Tokyo, maka ia perlu dilakukan dengan menghantar wang menerusi sebuah bank pelaburan Amerika Syarikat berpejabat di Kuala Lumpur.

Dalam lain perkataan, prosesnya melibatkan penukaran mata wang ringgit kepada dolar Amerika sebelum akhirnya di tukar ke yen Jepun.

Untuk memendekkan cerita, bagi satu amaun dalam ringgit yang dikirimkan pada bulan Februari, si anak telah memperolehi kira-kira 34,000 yen. Namun pada akhir Mei, ketika kawan itu menghantar amaun sama dalam ringgit, jumlah dalam yen diperolehi oleh si anak jauh lebih rendah dengan kerugian kira-kira RM100 bagi penghantaran bersamaan RM1,000.

Apa yang berlaku tentulah agak memeranjatkan. Setiap hari kerajaan Umno-BN menerusi Perdana Menterinya merangkap Menteri Kewangan, anggota Kabinet lain dan agensi kerajaan yang berhubung-kait dengan ekonomi membuat kenyataan tentang prestasi ekonomi Malaysia yang cukup memberangsangkan atau setidak-tidaknya mampu bertahan tatkala keadaan ekonomi global dilanda krisis.

Sebagaimana diketahui umum, prestasi ekonomi negara bergantung kepada banyak faktor. Apabila terdapatnya penurunan dalam mana-mana faktor, seperti eksport misalnya, maka prestasi ekonomi secara keseluruhannya turut terjejas,

Namun sementara para menteri dan agensi berkenaan sibuk memanupulasi perkataan bagi menggambarkan ekonomi Malaysia kebal dan kalis krisis-global, sejak Mei lalu ringgit Malaysia rupa-rupanya jatuh ke paras terendah dalam tempoh tiga tahun akibat daripada kemorosotan nilai eksport, kelembapan ekonomi serta trend pelabur asing yang lebih memilih dalam menanam modal terutama dengan wujudnya pasaran aset baru yang lebih menjanjikan.

Sejak 9 Mei lalu, ringgit telah susut 8.8 peratus berbanding dolar Amerika dan menjadikan mata wang negara sebagai antara mata wang paling buruk prestasinya tatkala pelabur global menarik diri daripada melabur berlatar belakangkan ura-ura kerajaan Amerika Syarikat akan menghentikan rangsangan mata wangnya.

Begitupun cerita yang diselindungkan oleh kerajaan pimpinan Umno-BN tidak berakhir di situ. Kecuali kebanyakan pengundi Umno di kawasan-kawasan luar bandar yang kurang pendedahan kepada arus perdana ekonomi dunia dan mudah ditemberangkan oleh pemimpin Umno-BN, apa yang berlaku ke atas ekonomi Malaysia sebenarnya jauh lebih buruk daripada apa yang diperhebohkan.

Selain daripada penarikan diri pelabur global yang mengakibatkan kemorosotan nilai ringgit berbanding dolar Amerika, Malaysia juga berdepan dengan permasalahan ekonominya sendiri. Unjuran pertumbuhan ekonomi yang disemak dan dikurangkan kepada angka yang lebih rendah menandakan ada yang tidak kena dengan ekonomi Malaysia di sebalik kisah-kisah indah daripada lidah para menteri dan kenyataan agensi kerajaan dan media terkongkong.

Realitinya, ekonomi Malaysia ‘menyiput’ untuk sukuan pertama tahun ini dengan kadar terendah dalam masa tempoh tiga tahun. Sementara jumlah eksport merudum pada kadar terburuk dan menjejaskan imbangan dagangan dan tukaran wang asing, kerajaan pula terhutang sekian banyaknya dengan pihak asing. Menurut seorang pakar ekonomi Asia, hutang kerajaan Malaysia kepada pihak asing ialah dalam kiraan 49.5 peratus daripada jumlah keseluruhan hutang.

Tidak lama dulu, Fitch Ratings, sebuah agensi pengkadaran global menurunkan pengkadaran-kredit Malaysia daripada ‘stabil’ kepada ‘negatif’ dengan menamakan pengurusan kewangan awam sebagai ‘kelemahan utama pengkadaran’.

Para penganalisis utama di seluruh dunia pula, termasuk Bank Dunia mengatakan Malaysia sedang berdepan dengan risiko mencatatkan defisit akaun semasa untuk pertama kalinya sejak 1997. (Beberapa minggu lalu, Bank Dunia telah menurunkan angka ramalan pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk tahun 2013 ini dari 5.6 kepada 5.1 peratus).

Di sebalik senyuman ‘saya-tahu-apa-yang-perlu-dilakukan’ yang dipamerkan oleh Najib Tun Razak, ramai sangsi beliau benar-benar memiliki kemampuan, teknikal mahupun politik, dalam memperbetulkan keadaan yang melanda kini.
Dalam keadaan pengurusan ekonomi yang jauh daripada berhemah dan cermat serta dibumbui pula oleh pelbagai sogokan tunai yang tidak memberikan apa-apa impak kepada prestasi ekonomi negara, semakin jelas slogan ‘transformasi ekonomi’ Najib bukan sahaja jauh panggang dari api tetapi tidak lebih sekadar angan-angan seorang Menteri Kewangan.