#الشحوم / Lemak
كذبوا علينا وقالوا إنها ضارة
Mereka menipu kita dgn mengatakan bhhw ianya memudharatkan
أرجو النشر على نطاق واسع
Mohon share sebanyak-banyaknya/
يعنى فيتامين A ، D ، E ، K
Sebenarnya ia adalah Vitamin A,D,E dan K
قنبلة صحية كانت مخفية
Roket kesihatan yang sengaja disembunyikan /
فوائد شحوم المواشي الغنم والإبل والبقر المُغيّبه عنا قصداً
Faedah lemak binatang ternakan seperti kambing, unta , lembu disorok dari kita secara terancang
حسبنا الله ونعم الوكيل: إنها والله مفاجأه من العيار الثقيل وغير متوقعة لجميع الناس .
Maha Suci Allah dan Dia adalah Sebaik-baik tempat kita bergantung: Ianya demi Allah adalah satu kejutan dalam skala yang tinggi dan tidak disangka sama sekali oleh semua orang
تأملوا معي هذه الآيه : -
Cuba perhatikan ayat ini
قول الله تعالى : -
{ وَعَلَى الَّذِينَ هَادُوا حَرَّمْنَا كُلَّ ذِي ظُفُرٍ وَمِنْ الْبَقَرِ وَالْغَنَمِ حَرَّمْنَا عَلَيْهِمْ شُحُومَهُمَا ........
إلى قوله تعالى ....ذَلِكَ جَزَيْنَاهُمْ بِبَغْيِهِمْ وَإِنَّا لَصَادِقُون ) الأنعام: 146)
لقد حرم الله عز وجل شحوم المواشي على اليهود عقوبة لهم !!!
Allah telah haramkan lemak binatang kepada yaudi sebagai balasan keingkaran mereka
والسؤال المهم ؟؟؟؟
Persoalannya
ما أهمية هذه الشحوم للإنسان ؟؟
Apakah kepentingan lemak ini kepada manusia
وما هو الخير العظيم الموجود فيها حتى يصبح تحريمها على اليهود عقوبة ربانيه على كفرهم ؟؟؟
Apakah kebaikan hebat yang ada dalamnya sehingga Allah mengharamkannya ke atas yahudi sebagai balasan ketuhanan terhadap kekufuran mereka
وهل صحيح ماهو مشاع منذ سنين طويله الئ أن اصبح ألامر المتعارف عليه بين الناس وهو : -
Adaka benar apa yang tersebar sejak bertahun lamanya sehingga menjadi perkara yang diketahui ramai iaitu:
أن الشحوم مسؤولة تماماً عن زيادة الكولسترول في جسم الأنسان بل وأنها السبب الرئيسي فيه ؟؟؟
Lemak binatang bertanggungjawab sepenuhnya kpd penambahan kolestrol dalam tubuh manusia bahkan ianya menjadi sebab utama kepadanya.
الإجابة المهمة تجدها هنا :
في مؤتمر عالمي للقلب بمحافظة الإحساء بالمملكة العربية السعودية نظمه مركز الأمير سلطان(( ففجّر قنبلة مدوية )) البروفيسور الأمريكي : -( بول روش ) رئيس المعهد الأمريكي لأبحاث التوتر العصبي بواشنطن مفاجأة من العيار الثقيل جدا" حين أعلن
أن الكولسترول : -هو أكبر خدعة قام بها اليهود في السنين الماضية ..
Jawapan penting di sini: Dalam seminar antarabangsa tentang jantung di Daerah Ihsa Saudi Arabia yang dianjurkan oleh Pusat Raja Mud Sultan (Maka terbongkarlah rahsia yang meletup ini) oleh Prof Amerika Paul Rush, President American Institute of Nervous Tension, Washington yang mengejutkan ramai dengan mengatakan bahawa kolestrol adalah penipuan terbesar yang dilakukan oleh Yahudi pada tahun2 yang lalu..
ولكن الحقيقه هي : - أن الطعام الدسم بشحوم الأغنام والأبل وتناول دهون الأبقار ( سمن البقر (هو من يقوم بإخراج جميع السموم من جسم الأنسان بإذن الله تعالى وإعطاء الليونة والمرونة للشرايين والجلد وتغذية الكبد والأمعاء وكافة الأجهزة بالجسم والدفع بالطاقة لأعلى مستوياتها ... والشحم برئ من كلسترول الدم أو الإصابة بالنوبات القلبية ...
Tetapi hakikatnya: Makanan berlemak dari binatang seperti kambing, unta dan pengambilan lemak lembu adalah sebenarnya berfungsi mengeluarkan racun dari tubuh manusia dengan izin Allah taala dan menjadikan keliutan serta kelembutan pada saluran dan pembuluh darah dan kulit serta memberi zat kepada hati perut dan seluruh anggota badan melonjakkan tenaga hingga ke paras tertinggi… Lemak sebanranya tidak bersalah dalam hal kolestrol darah atau kelajuan tekanan darah….
والمتهم الحقيقي في ذلك هي : -الزيوت المهدرجة بجميع أنواعها مثل :
نوار الشمس والذرة والسمن الصناعي من المارجرين وأنواع الزبدة وغيرها ()
Yang bersalah hakikatnya ialah: Minyak yang terbit dari jenis yang lainnya seperti, bunga matahari, jagung, minyak tiruan sprt margerin dan berbagai jenis butter.
وقال : إنها الدعايات المضللة والخطط القذرة الممنهجة واللا أخلاقيه للشركات الغربية واليهودية ...
Dia amenambah dan berkata: Ianya adalah dakwaan sesat dan perancangan kotor yang terancang dan tidak bermoral oleh syarikat barat dan yahudi
بدءاً من شركات صناعة الزيوت المهدرجه التي تباع على الأرفف لتتعطل أجسام البشرية وتصاب الوظائف الحيوية من قلب ودم وأوردة وشرايين لتفتك بالكبار والأطفال المساكين
Bermula dengan syarikat minyak masak yang dijual di rak-rak di supermarket untuk merosakkan jasad manusia dan menyebabkan anggota yang memberikan kehidupan spt jantung juga darah, urat saraf terkena berbagai penyakit bagi org dewasa atau pun kanak-kanak.
ثم تتدخل شركات الأجهزة الطبية لتسويق أجهزة فحص الدم ...ثم شركات العقاقير بما يسمى الأدوية الخافضة ثم شركات الأغذية الخاصة بصناعة الأطعمة قليلة الدسم ...
ثم شركات الأجهزة الرياضية ... وانتهاءاً بشركات الدايت ونوتريشن .
((مراكز التخسيس إجمالا))
Kemudian masuk pula syarikat peralatan kesihatan untuk memasarkan alat2 spt menyukat tekanan darah, kemudian syarikat ubat atau pharmacceutical mengeluarkan ubat merendahkan tekanan darah, kemudian syarikat pemakanan membuat makanan rendah lemak…kemudian syarikat peralatan sukan…dan berakhir dengan syarikat diet dan nutrisi.
والدافع المشترك والهدف الحقير لكل هذه الشركات هو :
الربح المادي والأضرار بالمسلمين والدول المستهدفة 56 دولة إسلامية بشكل أكثر تركيزاً من باقي الدول !!!
Faktor bersaama dan tujuan busuk kesemua syarikat ini adalah: Keuntugan kewangan dan kemudharatan bagi orang islam dan negara yang menjadi target adalah 56 negara Islam secara khusus berbanding negra lain.
وأضاف بأن العلماء القادرين على رفع أصواتهم لكشف هذا الخداع سيكونون عرضة لخسارة الدعم لأبحاثهم ...
Beliau juga menambah bahawa bijak pandai yang menyuarakan pandangan mereka untuk membongkar perkara ini akan terdedah kepada penarikan semula dan pembatalan geran penyelidikan mereka
حسبنا الله ونعم الوكيل
يا مسلمين كم من الكنوز القرآنية غائبة عنا .
شارك ولا تحرم أصدقائك من هذه المعلومة الطيبة .
Maha Suci Allah dan Dia adalah sebaik-baik tempat bergantung;
Wahai muslimin! Betapa khazanah Quran hilang dari kita
Sharelah! Dan jangan biarkan rakanmu tercicir dari maklumat yang baik ini.
بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Khamis, 30 Ogos 2018
Ahad, 26 Ogos 2018
Unta
KAEDAH SEMBELIHAN UNTA
Unta adalah haiwan yang unik, di dalam surah Al-Ghasyiah ayat 17-20 Allah memerintahkan kepada kita agar memperhatikan 4 besar ciptaannya, iaitu unta, langit, gunung dan bumi.
Kaedah penyembelihan unta juga ada disebut di dalam Al-quran.
⚫ AN-NAHR
وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ ۖ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ ۖ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar ugama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.
Al-Hajj:36
Para ulama menjelaskan bahawa kaedah an-Nahr (menusuk pada bahagian leher) adalah teknik sembelihan khusus bagi unta.
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَصْحَابَهُ كَانُوا «يَنْحَرُونَ الْبَدَنَةَ مَعْقُولَةَ الْيُسْرَى قَائِمَةً عَلَى مَا بَقِيَ مِنْ قَوَائِمِهَا
“Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabatnya me-nahr (menyembelih) unta dalam keadaan kaki depannya yang kiri diikat dan dibiarkan berdiri dengan baki tiga kakinya yang lain.”
[Sunan Abi Daud, no. 1767]
⚫ AZ-ZABH
Az-zabh adalah kaedah penyembilhan yang biasa (memotong leher sehingga terputus saluran makanan dan saluran pernafasan) dilakukan ke atas haiwan berleher sederhana panjanga dan pendek seperti ayam, lembu dan kambing.
Ulama berbeza pendapat tentang penggunaan kaedah az-zabh ke atas unta. mazhab Maliki tidak membenarkannya utk dilakukan ke atas unta, manakala 3 mazhab yang lain mengharuskan ‘zabh’ ke atas unta.
*Muhammad Reza Amin Bin Reza Adnan*
*Timbalan Presiden Ikatan Siswazah Selangor*
*26 ogos 2018*

Sabtu, 25 Ogos 2018
Aqiqah
Memang menjadi trend bila lahir anak buat majlis Aqiqah + berendoi beberapa tahun kebelakangan ni siap pelamin, marhaban, potong rambut bayi seorang sedikit buh dalam air (yang dinisbahkan pada nama bercukur). Lagi sakan orang buat macam ni bila ambil contoh yang dibuat oleh selebriti terkenal. Ha.. Nak ikut artis tu buat ni, buat itu.. Barulah 'Class' katanya....
Hmm.. Semua tu bukanlah ajaran Islam dan ini adalah budaya yang bercanggah dengan amalan yang Nabi ajarkan.. Untuk apa buat majlis habis duit, penat2 tapi pahala tidak diraih?? Silap hari bulan kalau x buat majlis macam ni boleh dianggap x sempurna pula..
Suami, mainkanlah peranan anda sebagai ketua keluarga. Bila lahir anak, tahniqkan sendiri.. Usah kejar ustaz2 nak tahniqkan anak, keberkatan ibu ayah itu sendiri lebih utama.
Di hari ketujuh cukurlah rambut anak, timbang rambut tu kemudian kita sedekah ikut harga semasa emas atau perak. Sedikit tips, lepas cukur lumurkan kepala anak dengan air za'faran agar rambut anak tumbuh sekata, ia juga sunnah. Tak perlu tunggu nak usung anak keliling orang kemudian orang potong rambut bayi selai dua helai buh dalam air. Amalan pelik apa tu??? Sunnah Nabi ajarkan cukur bagi habis terus, bukan dok bawa keliling orang suh potong rambut. Siap ketuk dengan daun kunyit ke apa ntah sebelum potong rambut, pastu tabur daun lagi. Ingat main masak-masak?
Kemudian, ada duit buatlah Aqiqah kambing untuk anak. Kambing, bukan lembu, ayam atau itik sebab Nabi kata kambing. 2 ekor untuk anak lelaki, seekor anak perempuan. Isytiharkan nama anak anda pada hari tersebut dan buat majlis makan kenduri tanpa perlu buat tahlil semua ni. Jemput orang datang makan, kalau orang nak tengok anak boleh tengok dan doakan kemudian angkat kaki beransur.. Mudah je.. Xperlu bazirkan duit buat pelamin untuk anak, anak tu bukan tau apa pun sebab yang dia tahu nak tidur je.. Asal kalau tak letak anak dalam katil tanpa letak atas pelamin cantik2 ni anak lambat membesar ke camana?
Percayalah bila anda buat ikut sunnah, keberkatan akan turun dalam hidup anak anda seperti air hujan mencurah-curah. Allah berkati usaha anda yang mengikuti amalan yang dilakukan oleh Nabi. Jika dulu kita tak buat ikut sunnah, semoga Allah ampuni dosa kita. Ada anak lagi kita perbetulkan bagi ikut sunnah. Itu jam kalau orang lain pelik pasal kita tak buat majlis macam anak sebelum ni jangan rasa malu pula. Kita patut bangga kita mengikuti ajaran sunnah Nabi, dan kita nak majlis itu menjadi sebagai salah satu ibadah. Kalau penat pun, lega ikut sunnah...
Baca juga cara hadapi cabaran untuk buat majlis Aqiqah mengikut sunnah

Rabu, 22 Ogos 2018
Nafi dan isbat
iya... ☝✔ *Perkongsian*
SEPUTAR KEFAHAMAN TENTANG NAFI DAN ISBAT YANG DIBENTANGKAN OLEH AYAHANDA WALID AL MALIK
Kalimah syahadah La ilaha iLLah mengandungi dua komponen; nafi dan isbat. Nafi ialah kalimah la ilaha yang bermaksud tiada tuhan dan isbat ialah illaLLah yang bererti melainkan Allah.
Sementara Allah adalah nama bagi dzat, sifat , asma' dan af'al.
Justeru kalimah nafi isbat terkandung di dalamnya penafian akan dzat, sifat, asma' dan af'al dan mengisbatkannya hanya pada Allah.
Nafi dan isbat pada dzat ialah kita menafikan wujud yang sebenarnya melainkan Allah. Wujud selain dari Nya hanya lah wujud yang diciptakan yang berada dalam genggaman kekuasaan Nya.
Juga kita menafikan adanya wujud yang qadim, baqi, mukhalif lil khalqi, qaim bi nafsih melainkan wujud Nya yang wahdaniy (tunggal).
Manakala nafi dan isbat pada sifat pula ialah dengan kita menafikan adanya sifat lain melainkan Allah. Sifat-sifat yang lain itu tiada bercerai (kam munfasil) dan tiada bersatu (kam muttasil) dengan ketunggalan sifat Allah.
Tiada yang bersifat dengan qudrat, iradat, ilmu, hayat, sama', basar dan kalam melainkan Allah. Apabila kita melihat kita nafikan penglihatan itu milik kita dan kita isbatkan hanya milik Nya.
Sementara penglihatan kita tiada berpisah dan tiada bersatu dengan sifat basar Allah.
Jika kita perhatikan penglihatan mata kita, kita akan memahami akan hakikat ini, bagaimana kita dapat melihat?
Kita akan jawab mata..mata dijadikan oleh Allah..mata semata-mata tiada akan dapat melihat melainkan adanya cahaya adanya imej adanya retina dan sebagainya. Siapakah yang menciptakan semua ini jika tidak Allah.
Pada masa yang sama penglihatan tersebut tiada berpisah dan tiada bersatu dengan sifat basar Allah. Hanya Allah yang bersendirian bersifat dengan sifat basar dan juga sifat-sifat lain.
Roh ketika belum bercantum dengan jasad amat arif akan hakikat ini, namun apabila diuji dengan diberikan jasad dia terhijab dengan jasad tanah tersebut.
Sehingga apabila dia mendengar dia sandarkan pendengaran itu pada telinganya di sinilah berlakunya syirik jali apabila pada iktikadnya dia meyakini bahawa telinga yang menyebabkan dia mendengar bukan Allah. Na'uzu biLLah min dzalik.
Maka nafi dan isbat di sini ialah dengan dia menafikan "bukan telinganya yang mendengar melainkan Allah yang memperdengarkan”.
Seterusnya nafi dan isbat pada asma' @ nama contohnya tiada yang memberi rezeki melainkan Allah Ar Razzaq, tiada yang menghidupkan melainkan Allah al Muhyi dan sebagainya..apabila dia melihat segala yang bernama maka dia menafikan yang bernama itu dan mengisbatkan nama tersebut hanya pada Allah.
Nafi dan isbat pada af'al ialah kita menafikan segala yang bergerak melainkan kita isbatkan Allah yang menggerakkannya. Tiada bergerak sesuatu zarah melainkan Allah yang menggerakkannya.
Tiada tergugur sehelai daun melainkan dengan izin Allah. Maknanya segala apa yang berlaku adalah qada' dan qadar Nya.
Inilah nafi dan isbat pada af'al yakni setiap perbuatan berlaku tiada berpisah dan bersatu dengan kelakuan Allah.
Segala perbahasan tentang nafi dan isbat adalah merupakan tauhid iktikadiyah yang sewajibnya seorang muslim meyakininya.
Ia bagi memastikan bahawa kepercayaan kita terhadap Allah adalah sama seperti yang diyakini oleh RasuluLLah saw dan para sahabat.
Jika tidak kepercayaan kita terhadap Allah mungkin seperti kaum Yahudi dan nasar ni yang sesat dan dimurkai oleh Allah.
Maka yang menjadi pembeza antara aqidah yang benar dan aqidah yang menyeleweng ialah sifat salbiah atau lebih tepat lagi sifat "laisa kamis lihi syaiun.."
Namun kepercayaan ini belum sempurna kerana ia hanyalah semata - mata pengetahuan yang boleh berbolak balik apabila didatangi was - was di dalam hati.
Kepercayaan ini wajib ditingkatkan kepada martabat ihsan yang menjadi kesempurnaan agama yang merupakan perjalanan kalimah Muhammad Rasulullah saw.
Menurutnya lagi, perjalanan Muhammad Rasulullah itu ialah adab, akhlak dan syariat yang merupakan buah makrifat atau la ilah illaLLah.
Rasulullah saw mengambil masa 13 tahun untuk menanamkan keimanan sehingga mencapai ihsan semasa fasa dakwah baginda di Mekah.
Justeru proses tazkiyah yang dijalankan oleh baginda di kalangan para sahabat bukan membersihkannya hati dari sifat mazmumah tetapi proses menajamkan mata hati sehingga keimanan mereka pada rukun iman yang enam itu mencapai martabat ihsan.
Ihsan ialah martabat di mana seorang muslim meyakini rukun iman sehingga dia menyaksikan dengan mata hati akan kebenaran rukun - rukun iman tersebut sehingga tiada sedikit pun keraguan padanya.
Dari sinilah terbit sifat - sifat mahmudah seperti takut dan harap yang membuahkan adab yang halus dan akhlak yang indah dengan Allah dan sesama mahkluk.
Apabila ketuhidan seseorang itu benar - benar mencapai darjat ihsan baharulah jiwanya benar- benar suci. Jiwa suci itu ialah jiwa yang bertali dengan Allah yang mana jika lahir sifat mazmumah sekalipun ia adalah mahmudah kerana ia bertali dengan Allah cuma namanya berbeza.
Menyucikan jiwa bukan bermakna kita membuang sifat mazmumah dalam batin kerana ia sememangnya wujud seiring dengan perkembangan wujud kita.
Ia bermaksud kita membetulkan tauhid kita sehingga mencapai syuhudiyah. Natijahnya segala sifat yang ada pada kita akan bertali dengan Allah yang membuahkan akhlak mulia.
Credit Untuk Ustaz Abi Dasuki
☝✔

Isnin, 20 Ogos 2018
Nabi musa as
Korg tau x sapa yang teman Nabi Musa cari Nabi Khidir?
Nama dia Yusha' dia juga adalah anak murid Nabi Musa.
Korg tau x matahari pernah berhenti?
Matahari pernah terhenti di tangan Nabi Yusha' as
Ketika menjelang mghrib.
Korg tau x sape Qorun?
Qorun ni sorg yg kaya bijak lagi tampan
Dia jgk sepupu Nabi Musa
Korg tau x apa yg mmbuat Qorun berpaling?
Zakat adalah punca utama Qorun berpaling dari Nabi Musa.
Korg tau x Qorun?
Dia mati bersama askar dan harta2 nya kerana menfitnah nabi musa berzina.
Dia ditelan bumi sikit demi sedikit.
Korg tau x sape Firaun?
Firaun ni bapak angkat Nabi Musa
Suami wanita teragung dunia Asiah.
Korg tau x asal nama Nabi Musa?
Nama Nabi Musa di ambil sempena nama pokok (mu) dan air (sa)
Ketika di hnyut kan bekas itu tersangkut di situ(Sungai Nil). Di dlam istana firaun.
Korg tau x Nabi Musa duk langit ke berapa?
Nabi Musa as dduk di langit yg ke 6
Korg tau x Firaun?
Firaun pernah membina menara setinggi 15km
Semata2 utk tgk tuhan Nabi Musa.
Di sini lah dia mengaku dia Tuhan.
Surah An-nazi'at ayat 24.
Korg tau x Firaun ni?
Di xpernah sakit xpernah bersin x pernah menguap.
Senang cite yg melemahkan ni smua dia xpenah rse.
Korg tau x firaun pernah bertaubat?
Ketika di hampir tenggelam di laut merah, dan roh telah sampai ke halkum, ketika itu taubat tak lagi diterima.
Kerana taubat itu penyesalan, firaun taubat kerana takut.
Korg tau x piramid di mesir?
Piramid tu kubur org2 kanan firaun.
Tu kubur. Agak2 rumah besar mne?
Allah tngal kan sikit2 utk kita amik pngajaran.
Korg tau kan firaun pernah mengaku dia tuhan.
Pada hari firaun mengaku dia tuhan, pengsan dan
Lari lah iblis dari berdamping dgn firaun kerana takut kemurkaan Allah. Iblis lari dalam kehairanan.
Korg tau x knapa iblis xpernah mengaku dia tuhan?
Surah al-a'rf ayat 12
Iblis tau Allah swt yang ciptakan dia (daripada api) mana mgkin dia nk mgku dia tuhan.
Korg tau x kenapa iblis x mintak hidup selama² nya?
Al hijr ayat 36
Iblis tahu perbendaharaan Allah. Iblis ni dlu alim, ahli ibadah. Dia ada ilmu
Iblis yakin dunia akan kiamat. Sbb tu dia mtk tmpoh smpi situ je. (hari kiamat)
Korg tau x lps iblis mtk tmpoh tu apa Allah buat?
Allah swt terus memperkenankan doa IBLIS ketika itu jugak.
Iblis ni musuh Allah dan manusia.
Dah kalau doa iblis di hari dia menderhakai Allah pon Allah perkenan.
Kita ni? manusia di tambahkan lg umat kekasih Dia.
Antara umat yg paling Dia syg mengatasi umat2 terdahulu..Bakpe la yang mls sgt nk doa tu.
ckup dah ke apa yg Allah bg harni smpi sombong sgt xnak mtk dah..
Doa lah In Sha Allah akan Allah perkenankan.
Doa ye kwn2..
Korg tau x nabi nuh?
Beliau adalah cicit nabi idris
Korg tau x nabi nuh?
Beliau hidup 950 tahun
Surah al ankabut ayat 14
Korg tau x nabi nuh?
Beliau ada 4 org anak
Semua lelaki.
Korg tau x nabi nuh?
Beliau di tentang hebat oleh kaum dan juga ahli keluarga nya. Terutama dari isteri dan anak sulung.
Korg tau x nabi nuh?
Allah sebut nama beliau 43x dalam al quran
Korg tau x nabi nuh?
Beliau antara nabi ulul azmi sebelum
Nabi Ibrahim as
Nabi Musa as
Nabi Isa as
Nabi Muhammad saw
Korg tau x nabi nuh?
Beliau pernah berasa malu kepada Allah.
Beliau hanya ada 83 org pengikut setelah berdakwah beratus ratus tahun.
Korg tau x nabi nuh?
Di sgt2 malu dan kesal kerana mendoakan kecelakaan utk umat dia, umat yg ingkar arahan dia
Surah Nuh ayat 26.
Korg tau x nabi Nuh?
Syirik bermula sejak zaman beliau.
Surah Nuh ayat 23 dan 24
Mohon download apps 'Al Quran Melayu'
Dlm google apps. Sgt friendly user.
Senang nk semak surah2 di atas.
Jgn hanya ada game dan media social apps je.
Bnyk sgt dah ni Allah bg nikmat.
Xperlu amik wuduk nk baca alquran
Surah ar rahman ayat 13
X takot ke Allah tnya?
Korg tau x nabi nuh?
Kaum dia yg ingkar Allah bala kan dgn banjir dan taufan. Dan akan di masukan ke dalam neraka.
Surah Nuh ayat 25.
Korg tau mana nabi nuh buat bahtera?
Surah Hud ayat 37
Allah mewahyukan kpda nabi nuh akan perihal kapal tersebut.
Korg tau x nabi nuh?
Panjang kapal itu 1200 hasta
Lebar kapal itu 600 hasta
Mempunyai 3 dek atau 3 tingkat.
Korg tau x nabi nuh?
Tingkat pertama kapal di penuhi haiwan liar
Tingkat kedua utk nabi nuh dan kaum nya
Tingkat ketiga utk burung² dan ungas²
Korg tau x nabi nuh?
Utk beliau mengutuskan burung gagak utk memeriksa keadaan bumi mase itu. Tp terlupa, kemudian nabi nuh mendoakan burung gagak itu akan terus di benci manusia.
Korg tau x nabi nuh utus burung apa lpstu?
Beliau mengutuskan burung merpati. Merpati td bwk balik di paruh nye pohon zaiton di kaki nya pohon tinn.
Kemudian nabi nuh mendoakan merpati tadi agak di senangi oleh manusia.
Korg tau x nabi nuh?
Percaya lah bumi yg korg pijak skrg ni penah di banjiri air
Surah Nuh ayat 27 dan 28.
Amik la kisah² Al quran atau nabi utk di jd kan hero kepada anak2.
Ckup² cerita frozen mauna marvel utk di jadi kan bed time story.
Antara sikap imam al syafie ialah..
Semakin aku tahu akan sesuatu ilmu.
Maka semakin itu aku berasa aku tidak tahu apa2..

Langgan:
Catatan (Atom)