Ahad, 26 Ogos 2018

Unta

KAEDAH SEMBELIHAN UNTA

Unta adalah haiwan yang unik, di dalam surah Al-Ghasyiah ayat 17-20 Allah  memerintahkan kepada kita agar memperhatikan 4 besar ciptaannya, iaitu unta, langit, gunung dan bumi.

Kaedah penyembelihan unta juga ada disebut di dalam Al-quran.

⚫ AN-NAHR

وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُمْ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ ۖ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ ۖ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar ugama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.

Al-Hajj:36

Para ulama menjelaskan bahawa kaedah an-Nahr (menusuk pada bahagian leher) adalah teknik sembelihan khusus bagi unta.

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَصْحَابَهُ كَانُوا «يَنْحَرُونَ الْبَدَنَةَ مَعْقُولَةَ الْيُسْرَى قَائِمَةً عَلَى مَا بَقِيَ مِنْ قَوَائِمِهَا

“Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabatnya me-nahr (menyembelih) unta dalam keadaan kaki depannya yang kiri diikat dan dibiarkan berdiri dengan baki tiga kakinya yang lain.”

[Sunan Abi Daud, no. 1767]

⚫ AZ-ZABH

Az-zabh adalah kaedah penyembilhan yang biasa (memotong leher sehingga terputus saluran makanan dan saluran pernafasan) dilakukan ke atas haiwan berleher sederhana panjanga dan pendek seperti ayam, lembu dan kambing.

Ulama berbeza pendapat tentang penggunaan kaedah az-zabh ke atas unta. mazhab Maliki tidak membenarkannya utk dilakukan ke atas unta, manakala 3 mazhab yang lain mengharuskan ‘zabh’ ke atas unta.

*Muhammad Reza Amin Bin Reza Adnan*
*Timbalan Presiden Ikatan Siswazah Selangor*
*26 ogos 2018*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan