Iya..☝✔ *Perkongsian*
Kalaulah kita adalah seorang ahli masjid dan surau yang istiqamah, tentulah pada setiap selepas maghrib kita akan mendengar kuliah-kuliah maghrib daripada penceramah yang berlainan-lainan dengan pelbagai tajuk- tajuk yang juga berlain-lainan.
Walaupun pada setiap hari kita mendengar kuliah agama dengan cara begitu, itu bukanlah berguru namanya.
Tidak ada istilah murid dan guru di sini.
Kita hanyalah seorang pendengar. Dan dia pula hanyalah seorang penceramah.
Kalau kita mahu berguru, bukan begitu caranya.
Kita perlu menekuni dengan seseorang yang kita yakini atas syarat-syaratnya, mentalaah kitab -kitab yang dikupas olehnya, menekuni ilmunya, menghalusi segala selok- belok agama dengannya sehingga anda MEMAHAMI AGAMA melaluinya.
Bukan hanya kebetulan kita, mendengar seminggu sekali kuliahnya kerana kita memang rajin ke masjid.
Memahami agama ertinya memahami hakikat Islam, Iman dan Ihsan dalam Rukun Agama pada jalan Syariat,Terekat, Hakikat dan Makrifat yang meliputi semua dimensi fardhu ain ilmu.
Disanalah nantinya wujudnya baiah dengannya yang bersanad sampai kepada Rasulullah SAW yang memungkinkan kita, dipimpin tangan olehnya sehingga dibawa ke syurga......
Kalau tidak dengan cara berguru, bertalaki dan berbaiah dengan seorang insan yang bernama GURU, kita,
carilah sendiri jalan untuk kembali kepada-Nya kerana semua GURU adalah BERGURU...
adalah BERGURU sambung menyambung sehingga kepada GURU TERAGUNG RASULULLAH SAW.....
Sama saling ingat mengingatkan diantara kita, selebihnya ku menegur hati sendiri...
keep zikir...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan