Memang menjadi trend bila lahir anak buat majlis Aqiqah + berendoi beberapa tahun kebelakangan ni siap pelamin, marhaban, potong rambut bayi seorang sedikit buh dalam air (yang dinisbahkan pada nama bercukur). Lagi sakan orang buat macam ni bila ambil contoh yang dibuat oleh selebriti terkenal. Ha.. Nak ikut artis tu buat ni, buat itu.. Barulah 'Class' katanya....
Hmm.. Semua tu bukanlah ajaran Islam dan ini adalah budaya yang bercanggah dengan amalan yang Nabi ajarkan.. Untuk apa buat majlis habis duit, penat2 tapi pahala tidak diraih?? Silap hari bulan kalau x buat majlis macam ni boleh dianggap x sempurna pula..
Suami, mainkanlah peranan anda sebagai ketua keluarga. Bila lahir anak, tahniqkan sendiri.. Usah kejar ustaz2 nak tahniqkan anak, keberkatan ibu ayah itu sendiri lebih utama.
Di hari ketujuh cukurlah rambut anak, timbang rambut tu kemudian kita sedekah ikut harga semasa emas atau perak. Sedikit tips, lepas cukur lumurkan kepala anak dengan air za'faran agar rambut anak tumbuh sekata, ia juga sunnah. Tak perlu tunggu nak usung anak keliling orang kemudian orang potong rambut bayi selai dua helai buh dalam air. Amalan pelik apa tu??? Sunnah Nabi ajarkan cukur bagi habis terus, bukan dok bawa keliling orang suh potong rambut. Siap ketuk dengan daun kunyit ke apa ntah sebelum potong rambut, pastu tabur daun lagi. Ingat main masak-masak?
Kemudian, ada duit buatlah Aqiqah kambing untuk anak. Kambing, bukan lembu, ayam atau itik sebab Nabi kata kambing. 2 ekor untuk anak lelaki, seekor anak perempuan. Isytiharkan nama anak anda pada hari tersebut dan buat majlis makan kenduri tanpa perlu buat tahlil semua ni. Jemput orang datang makan, kalau orang nak tengok anak boleh tengok dan doakan kemudian angkat kaki beransur.. Mudah je.. Xperlu bazirkan duit buat pelamin untuk anak, anak tu bukan tau apa pun sebab yang dia tahu nak tidur je.. Asal kalau tak letak anak dalam katil tanpa letak atas pelamin cantik2 ni anak lambat membesar ke camana?
Percayalah bila anda buat ikut sunnah, keberkatan akan turun dalam hidup anak anda seperti air hujan mencurah-curah. Allah berkati usaha anda yang mengikuti amalan yang dilakukan oleh Nabi. Jika dulu kita tak buat ikut sunnah, semoga Allah ampuni dosa kita. Ada anak lagi kita perbetulkan bagi ikut sunnah. Itu jam kalau orang lain pelik pasal kita tak buat majlis macam anak sebelum ni jangan rasa malu pula. Kita patut bangga kita mengikuti ajaran sunnah Nabi, dan kita nak majlis itu menjadi sebagai salah satu ibadah. Kalau penat pun, lega ikut sunnah...
Baca juga cara hadapi cabaran untuk buat majlis Aqiqah mengikut sunnah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan