YANG TERSURAT ADALAH ‘WAJAH’ MELAYUNYA,
YANG TERSIRAT ADALAH AJARAN ISLAMNYA
Orang Melayu kata biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.
Islam mengajar untuk memegang amanah rahsia.
Orang Melayu kata alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Islam mengajar untuk mengurus sesuatu perkara sesempurna mungkin.
Orang Melayu kata bapa borek anak rintik.
Islam mengajarkan bahawa anak umpama kain puteh, ibu bapanyalah yang mencorakkannya.
Orang Melayu kata melentur buluh biar dari rebung.
Islam mengajar kita untuk mendidik anak sedari umurnya kecil lagi
Orang Melayu kata jangan bercermin di air keruh.
Islam kata mengambil ilmu biarlah dari guru yang benar.
Orang Melayu kata bumi mana tidak ditimpa hujan.
Islam mengajar kita bahawa dunia ini ada masa Allah akan menguji hamba-hambaNya.
Orang Melayu kata habis akal baru bertawakal.
Islam mengajar kita untuk berikhtiar dahulu, kemudian baru bertawakal.
Orang Melayu kata meludah ke langit terkena muka sendiri.
Islam kata jgb buka 'aib orang.Hari ini kamu buka 'aib org, esok lusa Allah buka 'aib kamu
Orang Melayu kata cubit peha kiri peha kanan terasa.
Islam kata ummah itu spt sebadan, sakit satu anggota, sakit semua.
Orang Melayu kata ikut resmi padi, makin berisi semakin tunduk.
Islam kata semakin berilmu, semakin bertawadhu'.
Orang Melayu kata 'bagai menarik rambut di tepung, rambut dapat, tepung tidak berselerak".
Islam sangat menekankan perkara adab, akhlak dan hikmah.
Org Melayu kata biar lambat asal selamat.
Islam kata bersabar, di hujung kesabaran adalah kejayaan.
Orang Melayu kata sebab pulut santan binasa, sbb mulut badan merasa.
Islam kata berapa ramai orang yang binasa disebabkan lisannya.
Orang Melayu kata bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.
Islam mengajar kelebihan mesyuarah dan muafakat.
Org Melayu kata yg berat sama dipikul, yg ringan sama dijinjing.
Islam sangat memberatkan semangat ukhwah dan tolong menolong dlm jemaah.
"Kembali Melayu pada jatidiri kemelayuannya, sebagai bangsa yang berjatidiri Islam"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan