Ramai minta aku ulas pasal keadaan di Ukraine.
Aku tak berapa nak ulas sebab:
(1) konflik Ukraine-Russia ini tak akan membawa kepada WW3 seperti tanggapan orang ramai, so bukanlah isu besar sangat
(2) Backgrounder kepada isu ini sangat panjang. Tulis panjang panjang kat medsos ni orang bukan nak baca. Boleh baca dalam siri Dunia Tanpa Tembok.
Basically punca masalah utama antara Ukraine dan Russia ialah: NATO.
NATO merujuk kepada North Atlantic Treaty Organization, iaitu satu pakatan yang diasaskan oleh US pada tahun 1949.
Tujuan asal penubuhan NATO adalah untuk mengekang Soviet Union atau USSR (Union of Socialist Soviet Republics), satu kesatuan negara-negara komunis yang menggabungkan Russia, Ukraine, Belarus, Georgia, Kazakhstan dan 10 buah negara yang lain.
Untuk counter balik NATO, USSR juga menubuhkan pakatan Warsaw Pact yang dianggotai negara komunis Eropah Timur seperti Poland, Czechoslovakia, Hungary dan Romania.
Dengan itu wujud satu "buffer zone" antara NATO dan USSR yang menjamin keselamatan USSR. Kalau NATO nak serang USSR, negara-negara ni yang akan kena dulu. USSR ada ruang dan masa untuk defend.
Pada tahun 1991, USSR dibubarkan akibat pelbagai masalah ekonomi dan politik dalaman. Russia, Ukraine, Belarus, Georgia dan lain-lain jadi negara yang merdeka.
Tapi US tak bubarkan NATO, malah siap masukkan bekas ahli Warsaw Pact dan juga bekas negara USSR seperti Estonia, Latvia dan Lithuania ke dalam NATO.
Maksudnya apa? Maksudnya NATO ni memang nak target Russia, tak kisah lah Russia ni komunis ke tak komunis.
Dalam sejarah, Russia pernah diserang oleh Poland-Lithuania (1609), Perancis (1812), Poland (1920) dan Jerman (1941) dari barat. Serangan 1609 dan 1941 cukup traumatik dalam memori orang Russia. So Russia memang mementingkan buffer zone yang diwujudkan pada zaman USSR.
Dengan NATO yang semakin besar ini, "buffer zone" Russia semakin mengecil. So Putin mula nak fight back.
Pada tahun 2008, apabila Georgia mengumumkan deme nak masuk NATO, perang meletus antara Russia dan Georgia.
Tapi perang tak lama (12 hari), tujuan Russia lebih kepada bagi warning, secure kawasan separatis pro-Russia (Abkhazia dan South Ossetia), pastu blah.
Sampai sekarang Georgia tak masuk-masuk NATO lagi. Bukan Georgia takut, kuasa besar NATO yang kecut. Macam Jerman yang bergantung kepada bekalan gas Russia. Nanti kang Putin potong bekalan gas, mampuih Jerman.
Selepas Georgia, Ukraine pula gatal nak masuk NATO. Pada tahun 2014, geng pro-NATO di Ukraine menggulingkan kerajaan Yanukovych yang pro-Russia.
Berbanding Georgia, Ukraine lagi kritikal kepada Russia sebab Crimea di selatan Ukraine adalah tempat terletaknya pengkalan tentera lautnya.
Zaman USSR, Russia boleh park tentera dan kapal dia kat situ macam tu saja. Selepas Ukraine merdeka daripada USSR, Russia kena bayar sewa kepada Ukraine untuk akses Crimea.
Kalau Ukraine masuk NATO, bukan saja Russia tak boleh pakai Crimea lagi, malah kapal perang NATO boleh memasuki Laut Hitam dan menyekat laluan Russia. Kapal Russia tak boleh keluar. Mampuih Russia.
So Putin tak boleh duduk dan tengok Ukraine bergolak saja. Selepas Yanukovych digulingkan, Putin terus menakluk ("annex") Crimea. Crimea jadi milik Russia sampai ke hari ini.
Selepas secure Crimea, Russia bagi bantuan kepada separatis pro-Russia di Donbass (Donetsk dan Luhansk) di timur Ukraine untuk kacau dan pressure Ukraine. Gaduh punya gaduh, MH17 jadi mangsa.
Selepas Zelensky jadi presiden pada tahun 2019, ketegangan Russia dan Ukraine reda sikit sebab Zelensky ni bukan dari blok pro-NATO macam Yushchenko, Tymoshenko atau Poroshenko. Tapi dia juga tak pro-Russia macam Yanukovych. So dalam isu NATO dia samar-samar.
Putin tak nak samar-samar, dia nak Ukraine bagi jaminan tak akan masuk NATO, baru Russia boleh berdamai dengan Ukraine.
So Russia selang beberapa bulan akan hantar tentera ke sempadan Ukraine untuk psiko Zelensky. Cuma kali ini dia punya hype lain macam.
Terutamanya US dan UK, tak relax langsung. Tak habis-habis cakap Russia nak serang, Russia nak serang. Tapi tuan punya badan (Zelensky) pula kata dia tak tau pun Russia nak serang. Siap suruh Biden relax.
Pemimpin negara NATO yang lain berbondong-bondong jumpa Putin pujuk Russia jangan serang Ukraine. Macam Macron (presiden Perancis).
Sebenarnya negara-negara NATO ni walaupun duduk dalam satu pakatan tapi, kepala masing-masing tak sama. Perancis terutamanya tak suka kena dictate dengan halatuju US dan UK. US-UK ke kiri, maka Perancis ke kanan. US-UK duk propa pasal perang, maka Perancis propa damai.
Samada Russia betul-betul nak serang Ukraine kali ini, hanya Putin dan penasihatnya tahu. Tapi Putin ni suka psiko orang, mungkin asalnya dia tak nak serang Ukraine pun, tapi dia tengok ramai sangat orang nak dia serang, so dia serang je lah. Orang Russia ni makan beruang.
Tapi serangan terhadap Ukraine tidak menguntungkan Russia sebenarnya. Sebab long-term objective Russia adalah untuk memastikan Ukraine tak masuk NATO. Kalau serang, itu akan menguatkan hujah pro-NATO bahawa Ukraine memerlukan NATO untuk melindungi diri daripada Russia.
Penaklukan seluruh Ukraine juga tidak menepati kepentingan Russia sebab itu akan membuat Russia bersambung secara langsung dengan sempadan NATO. Padahal Russia nak elak NATO.
So kesimpulannya:
1. Ketegangan kali ini tak akan membawa kepada perang (60% kemungkinan)
2. Dan sekiranya perang (40% kemungkinan), ia hanyalah perang yang singkat dan terhad, lebih kepada secure posisi Russia di timur Ukraine
Dan 99% kepastian bahawa serangan Russia terhadap Ukraine tidak akan mencetuskan WW3.
Sebab Ukraine belum jadi ahli NATO. Kalau Ukraine bukan ahli NATO, ahli NATO (US, UK, Perancis dan Jerman) tak wajib mempertahankannya.
Paling-paling pun deme condemn Russia dan suruh Russia menarik keluar tenteranya bla bla, bagi bantuan intel dan logistik saja.
So kalau kuasa besar tak bertembung secara langsung, maka bukan World War namanya.
WW1 berlaku sebab Russia isytiharkan perang terhadap Austria (yang merupakan sekutu Jerman). WW2 berlaku sebab Jerman serang Poland (sekutu UK dan Perancis). Ukraine bukan sekutu siapa-siapa.
Ada lah negara NATO macam Estonia, Latvia dan Lithuania jadi batu api nak bantu Ukraine. Deme ni bekas negara USSR dan anggap Russia sebagai penjajah. Tapi deme ni kira bilis dalam NATO, tidak mewakili pendirian NATO.
Jadi, tak perlu risau, WW3 belum (dan tak akan) bermula dalam masa terdekat. Tuan-puan masih perlu kerja, bayar bil, ambik anak kat sekolah dan fikir masak apa untuk dinner.