Ahad, 26 Jun 2022

Fight back

 https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/06/21/cikgu-fadli-tuduh-pegawai-ppd-little-napoleon-tutup-isu-silibus-aras-tinggi-sedia-diambil-tindakan/


 

Cikgu Fadli tuduh pegawai PPD ‘Little Napoleon’ tutup isu silibus aras tinggi, sedia diambil tindakan


Zeanaaima Mohd Yusof - June 21, 2022 



Guru berpengaruh di media sosial, Mohd Fadli Salleh tidak menolak kemungkinan dikenakan tindakan tatatertib kerana bersuara mengenai isu silibus aras tinggi di Facebook.



PETALING JAYA: Sistem pendidikan negara rosak disebabkan kewujudan “Little Napoleon” di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang “menyorok” kebenaran isu silibus aras tinggi yang dibebankan ke atas guru dan pelajar sekolah rendah.


Pandangan lantang itu ditegaskan guru berpengaruh di media sosial, Mohd Fadli Salleh, yang sering mengupas keluhan guru dan ibu bapa mengenai standard silibus pendidikan negara.


Fadli atau lebih dikenali Cikgu Fadli mendakwa, pegawai PPD tertentu cuba mengunci mulut guru yang meluahkan pandangan mereka mengenai isu silibus aras tinggi untuk murid Darjah 1 hingga 6.


“Sepatutnya suara cikgu ini, PPD yang bawa. PPD bawa ke JPN (Jabatan Pendidikan Negeri). JPN bawa kepada Kementerian Pendidikan (KPM). Ini apa PPD buat? Dia diamkan guru. Dia tak mampu buat, dia hubungi JPN, suruh diamkan guru (yang mengkiritik silibus).


“JPN tak mampu, dia hubungi KPM, KPM pula diamkan guru ini dengan tindakan ugutan dan sebagainya. Itu yang berlaku dalam sistem pendidikan kita sebenarnya,” kata beliau yang mempunyai kira-kira 600,000 pengikut di Facebooknya.


“Sudahlah PPD tak perjuangkan (isu silibus terlalu laju). Orang (guru) tolong perjuangkan, kau (PPD) pula nak tutup (mulut guru). Itulah perangai yang merosakkan. Itulah Little Napoleon,” katanya dalam sesi secara langsung di laman Facebooknya semalam.


“Little Napoleon” merujuk kepada pegawai yang sombong dan berlagak dengan kuasa.


FMT telah menghubungi pejabat Menteri Pendidikan, Radzi Jidin untuk mendapatkan respons.


Fadli sebelum ini konsisten mempersoalkan kewajaran silibus Matematik, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 yang didakwanya terlalu sukar dan “laju” bagi tahap kefahaman pelajar berumur tujuh hingga 12 tahun.


Ujarnya, silibus yang “dibanggakan” pihak tertentu tidak disokong dengan fasiliti dan kemudahan secukupnya di sekolah, termasuk capaian internet dan khidmat guru pembantu.


Malah, pembelajaran subjek Matematik di sekolah kerajaan hanyalah lima waktu seminggu, katanya.


Ini berbeza dengan di China yang memperuntukkan 20 waktu untuk subjek itu, manakala 15 waktu di Singapura, kata beliau.


Fadli berkata, semakin ramai guru Matematik mengeluh tidak mempunyai masa mencukupi untuk mengajar dan memastikan pelajar memahami apa yang diajar.


Malah katanya, ada guru yang tidak sempat menghabiskan silibus tahunan.


Merujuk kepada ungkapan “little Napoleon”, Fadli berkata, beliau pernah ditekan oleh pegawai pendidikan hanya kerana mempersoalkan kewajaran silibus Matematik dalam kursus orientasi buku teks baharu pada 2019.


“Penerangan diberi oleh pegawai PPD dan JPN Gombak. Saya bangun dalam kursus tersebut, saya persoalkan kenapa silibus begitu, begini. Dia nak bersilat dengan saya, tentang kepakaran saya. Jadi sampai mereka tak boleh jawab.


“Orang (pegawai) PPD mengaku kalah. (Mereka) panggil orang JPN suruh jawab, pun sama. (Mereka) panggil pegawai…dari Putrajaya turun tiga hingga empat orang, mereka ini panel penggubal silibus.


“Berdebat dengan saya, tapi sampai sudah tak nak mengaku kesalahannya. Dia kata dia paling betul. (Dia dakwa) cikgu yang tak pandai mengajar menyebabkan murid tak faham,” ceritanya.


Beliau berkata, pandemik Covid-19 yang memaksa sekolah ditutup membawa hikmah tersendiri dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai kesusahan pembelajaran dan pengajaran silibus aras tinggi.


“Syukurnya hikmah PKP (perintah kawalan pergerakan), sangat ramai ibu bapa mula buka mata betapa susahnya silibus anak-anak mereka. Mereka terpaksa belek buku untuk ajar anak ketika PDPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah), baru mereka sedar tingginya

Ahad, 19 Jun 2022

Rasuah

 *RASUAH KEGEMARAN MENTERI2 MELAYU, KAKITANGAN2 KERAJAAN BANGSA MELAYU* . 




 *Sungguh kronik permasalahan rasuah ini di Malaysia. Dari PM, menteri2, Timb. menteri, KSU, Ketua Pengarah, Pengarah negeri, timb negeri, Pegawai Daerah, kakitangan teknikal jabatan2 kerajaan,kakitangan pengutkuasaaan, kakitangan Jbatan Agama, Jabatan Baitul Mal, Jakim ramai yg terlibat rasuah. Dah jadi barah teruk tahap lapan. Semua yg mnjawat jawatan awam pusat & negeri ramai yg terlibat rasuah, makan duit tepi, makan komisyen, makan bulan2, makan komisyen dari kontraktor2 yg diberi projek. Malaysia ni dah jadi lubuk rasuah, dah terbendung manakan tidak menteri2 terlibat rasuah, didakwa akhirnye semua lepas sebab hakim pun terlibat rasuah, pesuruhjaya SPRM terlibat rasuah, kakitangan SPRM ramai yg didakwa terlibat rasuah.*


 *Sempadan negara, perairan negara, pintu masuk negara semua bocor, semua mudah dibolosi olih sendiket2 kerana meraka tau diMalaysia ada sogokan, ada duit untuk penguasa2 kerajaan bertugas semua bolih lepas. Itu sbb apepun masalah termasuk pendatang asing ikut laut ikut darat bolih lepas masuk, APMM pun dkhabarkan senang dibolosi dengan duit, Jabatan Laut & marine semua mudah dibocori. habis tu nak cakap apa lagi. Memang kerajaaan yg ada mmg tiada iltizam nk benteras rasuah sebab mereka sendiri terlibat rasuah, menteri2 kaya raya, tak padan dengan gaji tak sampai setahun jadi menteri dah kaya luar biasa.* 


 *Apa yg dikatakan olih Pengarah Nakortik Bukit Aman Dato Aiyub Khan itu adalah realiti dalam jabatan polis sendiri. Bukit Aman itu lubuk duit bagi penjenayah, ketua2 sendiket haram, dadah, judi maksiat. Mereka membayar pegawai2 polis  satu bintang, dua bintang, tiga bintang, empat bintang semua dibayar. Cuba tengok Ketua Polis Ketua Polis Negeri, Ketua Polus Daerah mana yg tak kaya mana yg tak hidup mewah, rumah besar yg dinilai tak mammpu dibeli jika menggunakan duit gaji mereka. Kereta2 mereka semua mewah2 & bharga ratusan ribu. Mana mereka ambik duit jadi kaya jadi senang sebagai penjawat awam.*


 *Aiyub Khan mgkin ditamatkn perkhidmatan lebih awal kerana mmbuka pekung pegawai2 besar pol8s ramai yg rasuah. Aiyub khan adalah baki manusia berjawatan dlm.polis yg masih ada iman,ada pegangan agama, tahu takut ALLAH sedangkan yg lain dah lebih teruk dari kafir,dari yahudi hidup makan duit hasil haram, bagi anak bini makan hasil haram, pergi melancung duit haram, pergi haji duit haram serba serbi duiy haram.* 


 *Aiyub khan berkata mcmana dadah nak dihapuskan di Malaysia kerana dia memerangi dadah sendirian, pegawai2nye sendiri ramai yg terlibat dgn sendiket dadah, mnjadi talibarut sendiket dadah, menjadi pengkhianat kepada bangsa & negara.* *Pegawai2 Nakortik sendiri yg melindungi sendiket dadah, serbuan gagal rahasia bocor awal kerana pegawai polis sendiri melindungi mereka* .


 *Bekas IGP Hamid Bador pun berkata yg sama seperti Aiyub khan. Pegawai2 besar bebintang2 dibukit Aman di bela, di suap olih ketua2 sendiket haram. Hinggakan Hamid Badur mencadangkan  supaya diteruskan IPCMC  yg bertujyan untuk mnyiasat salahlaku anggota polis.*


 *Negara Malaysia telah masuk ranking negara kedua didunia yg termasuk dlm indek paling kuat mengamalkan rasuah. Itu sebab PM, menteri2 Malaysia tiada negara yg ingin berkawan dengan mereka, mereka dipandang hina macam kita pandang babi. Menteri2 PM kita tidak dilayan, tidak dihormati.olih negara luar kerana nama2 mereka ada dalam senarai orang2 yg terlibat rasuah.*


 *Apakah kita patut buat? Kita kena pastikan negara ini bertukar kerajaan yg tidak korup, kita perlu humbankn pemimpin2 umno sekarang kerana mereka lah yg memmbenarkan rasuah ini berleluasa, mereka2 lah yg mnguasai SPRM, Polis & Tentera. Kita kena pastikan anak2 kita, saudara mara kita mnjauhi mengundi umno. Kerana undi umno itu bermakna memilih kecelakaan, memilih kehancuran & memilih  kerosakan.*


 *Anak2 muda yg melebihi umor 22 tahun keluarlah mengundi PRU15 nanti, Ramai2lah bantu kluar mengundi menumbangkan kerajaan yg ada, tumbangkn muka2 menteri yg ada sekarang ini. Kerana mereka tidak akan berbuat baik kepada negara & rakyat. Mereka telah digelapkn hati mereka dengan hasil2 haram.*


 *Kita cuma ada satu pilihan ditangan kita sekarang. Jika kita tumbangkan muka2 menteri yang ada sekarang ini, kita tumbangkan umno, Pejuang,Bersatu & Pas maka kita bol8h ubah undang2 negara ini. Kita bolih memilih kerajaan yang akan membenteras rasuahsecara total, kita mintak dijalankan hukuman mati kepada pesalah rasuah seperti di Indonesia , China & Korea Utara. Selagi umno menerintah, muka2 menteri2yg ada ini jadi menteri jadi kerajaan, negara ini tak akan berubah, tak akan dapat bersaing dgn negara lain, tak kan dihormati olih negara2 yg maju.* 


 *Marilah kita pastikan kerajaan yg ada ini tumbang dalam PRU15 nanti. Usaha kita adalah untuk anak cucu cicit kita dimasa depan. Supaya mereka hidup dalam negara yg makmur & berpendapatan tinggi, disanjung olih negara luar.* 



# **hancurnalaysia* #

# *hancurmelayu* #

# *hancurundang2** #

Jurutera

 Masa dekat universiti saya kayuh dengan laju supaya setiap semester dapat dekan. Tujuannya bila saya grad saya dapat bekerja dengan syarikat MNC dalam industri berat. Dekat universiti juga saya ambil subjek bahasa kedua adalah bahasa arab. 


Bila saya grad dari universiti dengan ISM kelas pertama dalam bidang kejuruteraan mekanikal.  Saya kerja dulu apa yang ada di depan mata sebelum dapat tawaran kerja. Dalam masa yang sama saya tingkatkan lagi kemahiran komunikasi dengan belajar bahasa mandarin. Maka sebelum jadi jurutera saya persiapkan diri dengan 4 bahasa iaitu melayu, inggeris, arab dan mandarin. 


Bila saya dapat kerja dekat industri shipbuilding. Saya tak jadi jurutera terus tapi jadi technician dulu. Selama 3 tahun saya jadi mechanical technician banyak saya lengkapkan diri dengan certificate dalam kerja mechanical. Seperti Advanced Semi - Automatic Plasma Cutting, Advanced Arc Semi - Automatic Welding dan NDT (UT & RI). Ketika ini  baru saya daftarkan diri sebagai graduate engineer. 


Selepas 3 tahun saya jadi technician saya lompat pula ke posisi mechanical engineer melalui proses rundingan bersama HRM dan Engineering Manager. Bila saya diterima mereka bayar gaji saya bermula Rm 7100. 5 tahun pertama saya jadi mechanical engineer saya lengkapkan diri  dengan banyak certificate. Seperti Project Management Professional (PMP) dan Automated Robotic Welding Systems. 


5 tahun pertama bekerja sebagai jurutera sudah miliki banyak certificate. Kemudian saya lompat pula ke industri oil n gas (downstream). Maka ketika ini gaji saya saya makin tinggi sebagai senior mechanical engineer. Kenapa saya tak minat sangat buat kelayakan professional engineer sebab gaji murah. Macam saya kerja dekat industri shipbuilding dulu saya graduate engineer dibayar gaji Rm 7100 dan professional engineer dibayar gaji Rm 4800. Maka baik lengkapkan diri dengan kemahiran di tangan secara kompeten. Saya bela kelayakan graduate engineer selama 12 tahun bekerja sebagai mechanical engineer. 


Saya tak tunggang sijil degree semata2 sepanjang jadi jurutera. Tapi tunggang 5 kemahiran utama Technical, Communication, Problem-solving, Critical thinking dan Leadership.


Dekat universiti saya berusaha bina 4 perkara.


1. Academic

2. Soft skill

3. Creativity

4. Leadership 


Dekat industri saya berusaha bina 3 perkara.


1. Hand on skill

2. Competency

3. Motivation


Maka dapatlah gaji yang saya impikan pada zaman sekolah.


Nasihat kepada yang baru dapat keputusan SPM. Jika nak sambung belajar bidang kejuruteraan disebabkan menganggap kerjanya mudah dan gaji mahal. Lupakan...


Ramai-ramai orang teknikal kena ambil alih politik negara, baru ada perobahan. Agaknya....

Sabtu, 18 Jun 2022

Beradab guru

 *ZAMAN DAH BERUBAH : Pendidikan - Dulu vs Sekarang* 


Dulu : 

Murid tunggu cikgu kat pagar. Cikgu masuk pagar, murid bagi salam, berebut nak angkat beg dan barang cikgu.


Sekarang : 

Guru tunggu murid kat pagar. Murid sampai, guru senyum ucap tahniah. Kadang murid tak balas senyuman, muka ketat. Konon moody kena bangun awal pagi. Cikgu terkulat-kulat tengok murid berlagak depan mata, depan mak ayah dia.


Dulu : 

Murid langgar peraturan, ponteng sekolah, cikgu denda. Cikgu kejar sampai berpeluh. Cikgu serbu rumah sewa dan tempat lepak pelajar ponteng.


Sekarang : 

Murid langgar peraturan, rambut panjang, cikgu disuruh panggil barber gunting rambut anak dia. Cikgu tak kejar dah pelajar ponteng. Nanti mak ayah salahkan cikgu balik.


Dulu : 

Mak ayah hantar anak ke sekolah bagi rotan hadiah kat cikgu. 'Cikgu didik lah dia. Denda dan rotan la jika dia degil. Asal anak saya tak cacat sahaja'.


Sekarang : 

Mak ayah datang sekolah bawa anak siap mention, 'Kami ada peguam keluarga. Cikgu jangan sentuh anak kami. Sedikit kesan, saya report polis dan jumpa kat mahkamah'.


Dulu : 

Tak siap kerja kena salin 1,000x 'Saya akan siapkan kerja karangan'. Buku habis, beli buku lain, sambung tulis. Lenguh tangan usah dikata. Bagi tahu mak ayah, mak ayah padan muka kan kita. Siap dapat hanger tambahan dari ayah. 


Sekarang : 

"Kenapa cikgu bagi kerja rumah banyak sangat kat anak saya? Anak saya sekolah agama lagi. Malam dia penat, tidur awal".


Dulu : 

Pelajar cemerlang dirai. Buat majlis, panggil mak ayah. Bagi hadiah atas pentas. Semua murid lain saksikan kawan-kawan mereka yang berjaya.


Sekarang : 

Pelajar cemerlang tak boleh rai. Kena jaga emosi pelajar gagal dan result rendah. Kena jaga hati mereka.


Zaman telah mengubah banyak benda dalam pendidikan kita. Ada sesetengah bagus, namun ada sesetengah tak bagus (pada aku).


Entah kenapa, aku lebih suka cara didikan zaman dulu... Keras. Tegas. Disiplin ketat. Penuh rasa hormat. Penuh adab ketimuran. Sesuai dengan budaya Melayu.


Zaman sekarang macam terlalu manjakan pelajar... Murid dah jadi tuan... ADAB BERGURU KE ADAB BERMURID...? Dunia dah terbalik...😇


Wallahualam...

Sabtu, 11 Jun 2022

Sajak kobit

 Kobit


Kehadiranmu 

Memporak-perandakan kehidupan

Membawa seribu duka nestapa 

Manusia berbalah kerana mu Putus saudara putus sahabat


Angkaramu

Manusia hilang punca 

Manusia alpa

Manusia rakus

Menyeleweng kuasa

Berasa kuasa boleh bawa ke mati

Hilang sudah nilai manusiawi

 

Kami di kurung

Kami diasing

Kami dipulau 

Kami hilang kawan 


Engkau sebenarnya 

Membuka mata dan hati 

Siapakah manusia 

Yang berpura-pura 

Siapa Kawan 

Siapa lawan 


Kita bukan kawan

Kita bukan lawan


Ayuh 

Bangkitlah 

Bangunlah 

Wahai manusia bebaskan dirimu 

Dari pseudo sains 

Walaupun kita golongan minoriti 

Jangan undur walau selangkah

Selagi hidup selagi berjuang


Pada tanggal 30 April 2022 

Golongan terasing

Kembali menikmati 

Kebebasan dan kemenangan

Yang direnggut secara rakus 

Oleh para penguasa 

Yang Terkesima 

Dengan kilauan palsu


Hidup bermaruah

Mati mulia