Khamis, 29 September 2022

Solat

 _*Kalam Sufi...*_


 _*Solat mempunyai 13  rukun iaitu;*_

_*1- Berniat*_

_*2- Berdiri lurus bagi yang kuasa. Jika tidak mampu, boleh duduk. Jika tidak mampu duduk, boleh berbaring.*_

_*3- Membaca takbiratul ihram*_

_*4- Membaca Fatihah*_

_*5- Ruku' serta tuma'ninah (berhenti sebentar) padanya*_

_*6- I'tidal (bangkit dari ruku') serta tuma'ninah*_

_*7- Sujud serta tuma'ninah*_

_*8- Duduk antara dua sujud serta tuma'ninah*_

_*9- Duduk yang akhir ( ketika membaca tahiyyat akhir)*_

_*10- Membaca tasyahud pada duduk akhir rekaat*_

_*11- Selawat keatas Nabi s.a.w. selepas tasyahud akhir*_

_*12- Mengucapkan salam yang pertama kesebelah kanan*_

_*13- Tertib.*_


_*Dalam 13 rukun solat itu terdapat 3 rukun khusus iaitu;*_

_*i- rukun qalbi (diingat didalam hati) ada 2 iaitu niat dan tertib.*_

_*ii- rukun qauli (diucap dengan lidah) ada 5 iaitu membaca takbiratul ihram, membaca fatihah, membaca tahiyat yang akhir, membaca selawat atas Nabi s.a.w. pada tahiyat yang akhir dan mengucapkan salam yang pertama. kesebelah kanan.*_

_*iii- rukun fi'li (perbuatan) ada 6 iaitu berdiri lurus, ruku', i'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan duduk yang akhir ketika membaca tahiyat yang akhir.*_


_*Ramai yang solat tetapi ramai juga yang solat ikut ikutan dan tidak berapa faham cara solat yang sebenar yang boleh menjejaskan sah atau batal solat kita.*_


_*Mejoritinya ramai dari kita faham dan lulus 2 rukun pertama iaitu Rukun Qalbi dan Rukun Fi’li dan ramai yang melanggar Rukun Qauli terutamanya ke atas mereka yang menjadi makmum dalam solat.*_


_*Kesalahan rukun qauli yang selalu dilanggar dalam solat samada ketika bersolat sendirian mahupun ketika berjemaah kita selalu membaca bacaan-bacaan dalam solat didalam hati. Kita ingat dengan bersolat begitu kita rasa kita sah tapi dikhuatiri ianya tidak sah.*_

_*Ada juga yang seperti membaca di bibir tetapi rupa-rupanya hanya bunyi angin yang keluar dari mulut yang tidak mengeluarkan bunyi bacaan (Hanya bunyi angin sahaja).*_


_*5 Rukun Qauli yang selalu kita langgar di dalam solat:*_

_*1- Tidak mengucap lafaz takbir ‘Allahu Akbar’ dengan menyebut atau melafaz jelas di bibir*_

_*2- Tidak membaca surah Al Fatihah secara lafaz*_

_*3- - Tidak membaca Tahiyat Akhir secara lafaz*_

_*4- Tidak membaca selawat secara lafaz di rakaat terakhir*_

_*5- Tidak memberikan salam, ‘Assalamualaikum Warahmatullah’ dengan secara lafaz.*_


_*Apa Maksud “Menyebut Dan Melafaz?*_

_*Dalam Rukun Qauli kita perlu menyebut atau melafaz bacaan yang perlu kita sebut dan lafazkan sehingga terdengar pada telinga kita sendiri.*_

_*Cukup sekadar untuk telinga kita sendiri dan tidak wajib ke atas semua bacaan solat tetapi pada 5 tempat:*_

_*1- Semasa Takbiratul Ihram*_

_*2- Semasa membaca Al Fatihah*_

_*3- Semasa Tahiyat Akhir*_

_*4- Semasa membaca selawat pada rakaat terakhir*_

_*5- Semasa lafaz salam yang pertama kekanan.*_


_*Oleh itu, perbaiki segera 5 Rukun Qauli ini untuk menjadikan solat kita sah dan sempurna.*_ 

_*Jika solat yang selama ini kita lakukan tidak sempurna atau tidak sah, perlulah kita segera:*_

_*1- Taubat mohon keampunan dari Allah dan jangan di ulangi lagi kesalahan yang sama.*_

_*2- Tuntut ilmu, belajar, ulangkaji, jangan melenting apabila di tegur, perbaiki diri dan kesilapan lalu.*_


_*Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.*_

_*Carilah ilmu yang sebenar dan beramal dengannya agar tidak rugi di dunia apatah lagi di  akhirat nanti.*_

_*Sama-samalah kita mahasabah diri demi untuk kebaikan didunia dan diakhirat..*_


*الَهِى اَنْتَ مَقْصُوْدِي*

*وَرِضَاكَ مَطْلُوْبِيْ*

*اعطني محبتك*

*ومعرفتك*


_*renungan dhuha..*_


   🌹abuya.bp.

.

Rabu, 28 September 2022

Qardhawi

 *Beberapa Fakta Berkait Professor Dr Yusuf Al Qardhawi*


1. Lahir di Mesir pada tahun 1926 dalam keluarga yang miskin dan membesar sebagai anak yatim sejak usia 2 tahun selepas kematian bapanya. Namun dalam kesusahan dan serba kekurangan berjaya menghafal 30 juzuk Al Quran ketika berusia 9 tahun dan menjadi pelajar terbaik di seluruh Mesir ketika dibangku sekolah.


2. Menyambung pengajian di peringkat Ijazah, Master dan PhD di Universiti Al Azhar. Tesis PhD beliau yang mengkaji Fiqh Zakat mendapat anugerah tesis cemerlang oleh Universiti Al Azhar. Walaupun baru tamat pengajian di peringkat master, beliau telah dihantar oleh Al Azhar untuk berkhidmat sebagai Pengarah Institut Pengajian Islam di Qatar pada tahun 1962. 


3. Beliau mengasaskan Fakulti Pengajian Islam di Qatar University dan menjadi dekan di fakulti tersebut selama 13 tahun (1977-1990). Selain itu beliau pernah berkhidmat di Algeria sebagai Pengerusi  Scientific Council of Islamic University and Higher Education. Di Malaysia, UIA menganugerahkan tokoh akademik antarabangsa kepada Al Qardhawi serta anugerah yang sama diperolehi oleh Sultan Brunei, Jordan dan King Faisal Saudi. 


4. Al Qardhawi menulis 120 buah buku akademik sepanjang hayatnya. Di antara yang masyhur dan menjadi rujukan dunia ialah Fiqh Zakat, Fiqh Jihad, Fiqh Kenegaraan, Fiqh Kesederhanaan dan Halal Haram dalam Islam. Rancangan televisyen beliau di TV Al Jazeera berkait Syariah dan Kehidupan ditonton oleh 40 hingga 60 juta orang di seluruh dunia.


5. Di peringkat antarabangsa pula, beliau mengasaskan Kesatuan Ulama-Ulama Islam Se-dunia dan menjadi pengerusinya selama 14 tahun. Beliau juga menubuhkan Majlis Fatwa Eropah pada tahun 1997 yang berjasa besar dalam mengeluarkan fatwa-fatwa sebagai panduan kepada minoriti Muslim yang berada di benua tersebut. 


6. Ketika remajanya, beliau pernah mengikuti siri-siri syarahan pengasas pertubuhan Ikhwanul Muslimin Syed Hasan Al Banna. Penglibatan beliau dengan gerakan tersebut menyebabkan beliau pernah di penjara di usia mudanya sebanyak 4 kali iaitu sekali di zaman Raja Farouk dan 3 kali di bawah pentadbiran Presiden Jamal Abdul Naser. 


7. Pengaruh beliau yang besar dan mengancam pemerintah diktator Mesir menyebabkan beliau tidak dibenarkan untuk pulang ke Mesir selama hampir 50 tahun sehinggalah Hosni Mubarak digulingkan dalam revolusi Arab Spring pada tahun 2011. Hanya beberapa hari selepas kejayaan revolusi tersebut, Qardhawi pulang ke Mesir buat kali pertamanya dan memberi ucapan di hadapan jutaan rakyat Mesir yang masih berhimpun di Dataran Tahrir. Ia menjadi detik bersejarah apabila solat jumaat terbesar di dataran tersebut yang beliau imamkan turut dihadiri oleh ribuan penganut agama Kristian yang berkhidmat membantu menjaga keselamatan orang Islam yang bersolat. 


8. Apabila kerajaan demokratik Morsi digulingkan oleh tentera pada tahun 2013, Qardhawi kembali disenaraikan sebagai pengganas oleh kerajaan tentera Mesir. Malah nama beliau dihantar kepada Interpol untuk ditangkap bagi dibicarakan atas tuduhan yang tidak wujud. Kes beliau dibicarakan di mahkamah tentera Mesir tanpa kehadiran beliau dan Mesir menjatuhkan hukuman mati pada tahun 2015 terhadap Al Qardhawi. 


9. Malah anak perempuan beliau Ula Qardhawi dan menantunya telah ditangkap oleh pihak Mesir pada tahun 2017 dan dipenjarakan walaupun tidak ada sebarang keputusan mahkamah dibuat. Namun selepas 4 tahun di penjara, Ula telah dibebaskan selepas pendakwa gagal membuktikan sebarang pertuduhan terhadap beliau. 


10. Pada tahun 2017, Arab Saudi pula menyenaraikan Qardhawi sebagai pengganas. Beliau tidak dibenarkan memasuki Saudi untuk menunaikan umrah dan haji serta namanya sekali lagi dihantar ke Interpol sebagai individu dikehendaki. Dalam tuntutan 4 negara yang diketuai oleh Saudi, UAE, Mesir dan Bahrain ketika mengenakan sekatan terhadap Qatar, keempat empat negara menuntut Qatar menghalau keluar Qardhawi dari negara tersebut. Namun ia tidak diterima oleh Qatar.


11. Semalam Professor Dr Yusuf Al Qardhawi telah meninggal dunia buat selama-lamanya di usia 96 tahun. Walaupun dimusuhi oleh beberapa negara, tetapi beliau pergi meninggalkan jutaan anak murid yang belajar secara langsung dengan beliau, atau menjadi penonton di rancangan TV beliau. Walaupun jasadnya sudah tidak ada, khazanah ilmu beliau berupa lebih 100 kitab-kitab kekal akan menjadi rujukan zaman berzaman. 


12. Pengajaran bermakna untuk kita ialah, siapapun asalnya kita walaupun daripada keluarga yang miskin tidak menjadi halangan untuk berjaya dengan cemerlang dalam kehidupan. Qardhawi telah buktikan sebagai anak yatim dari keluarga miskin, beliau telah menjadi tokoh akademik dunia sehingga pernah disenaraikan oleh Majalah Foreign Policy sebagai Top 20 tokoh akademik paling berpengaruh di dunia. 


13. Keduanya, keilmuan dan keberanian dalam mengangkat kebenaran tidak boleh dipisahkan. Qardhawi memilih untuk berkata benar terhadap pemerintah sehingga beliau dimusuhi, dipenjarakan, dihalau keluar dari tanah air sendiri, malah dihukum bunuh. Namun, disebabkan 'keberanian' mengangkat kebenaran itulah menyebabkan pengaruhnya, ilmunya dan kitab-kitabnya menjadi rujukan dan ikutan kepada jutaan manusia. 


14. Ia pengajaran cukup bermakna untuk kita. Sama-samalah kita doakan setinggi keampunan buat beliau serta ditempatkan bersama hamba hamba yang soleh.

Khamis, 22 September 2022

Harta

 Mempamerkan kemewahan dan kekayaan adalah satu sifat kesombongan..walaupun sifu marketing hang ajaq mcm tu tapi Nabi hang tak pernah ajaq macamtu..Hang tengok orang yg lagi kaya pd hang...sebagai contoh Syed Mokhtar Bukhori..hang pernah tngk dia update status cerita mengenai kekayaan dia...

Betul hang kata apa yg hang buat tu marketing...lepas tu hang ingat Syed Mokhtar Bukhori tak gheti marketing ka..hanya sifu hang shja ka yg pandai Marketing...

Aku kenai ramai kawan² yg kaya raya..depa tak pernah tonjol dan tunjuk kekayaan depa...depa sorok kekayaan depa supaya orang tak tau.. jadi kaya bukan utk jadi sombong dan angkuh..jadi kaya lebih tawadhu dan merendahkan diri sesama manusia...


Aku ada kawan pakar saham.. cukup jaga halal dan haram..selalu jumpa mesti belanja...kalau bercuti mesti ajak aku dgn keluarga sekali... tp hidup sederhana.. mak dia pesan jangan nak pakai kereta mahai² sngt sbb nanti orang kampung terasa hati...

Rabu, 21 September 2022

Silibus

 Tak puas hati...


1. Bagi yang tak puas hati, bila aku kata DSKP kita tinggi dan padat, termasuk subjek Sains dan Maths, sila teruskan membaca. Aku juga dah merujuk silibus Preston dan Cambridge.


2.  Ketahuilah bukan sahaja Spore, Jepun, Korea Selatan, malah Australia juga memulakan subjek sains di Tahun / Year 3, bukan Tahun 1.


Misalnya pada Year 1 dan 2 di Australia hanya ada subjek core (foto)

- BI

- Maths

- Art 


Thinking process merentasi disiplin ditekankan di Australia pun bermula Year 4, wpun memang proses berfikir tetap wujud, mereka tidak tergila2kan KBAT. STEM memang tak disebutkan dalam silibus mereka.


3. Bagi Singapore, ini pula pecahan ikut topik subjek sains....

# Singapore 

Year 1: -

Year 2: -

Year 3: 4 Topics

Year 4: 5 Topics

Year 5: 7 Topics

Year 6: 6 Topics

SUM = 22 Topics


# Malaysia 

Tahun 1: 10 Topik

Tahun 2: 10 Topik

Tahun 3: 10 Topik

Tahun 4: 10 Topik

Tahun 5: 10 Topik

Tahun 6: 12 Topik

JUMLAH = 62 Topik


Tak tahulah nak kata macamana, Singapore boleh nombor 1 dalam TIMSS dan PISA wpun belajar topik yang sikit tapi dapat menguasai Sains. Mereka tak kecoh2pun dgn inferens, definisi operasi, PM, PB dll, sama spt Australia, Korea Selatan, Jepun dan Switzerland.


4. Semua negara2 di atas juga adalah negara top penilaian antarabangsa dalam numeracy dan literacy juga reasoning skills. 


5. Korea Selatanpun sama dgn Korean Language dan Maths sebagai 2 subject core di Tahun 1 dan 2. Sains pula hanya bermula di Tahun 3.


6. Ini bermakna, masa murid Tahun 1 dan 2 di negara maju pendidikannya lebih santai utk diisi dengan pembentukkan karektor murid yg masih naive tanpa tertekan dgn banyaknya subjek dan tingginya konten.


7. Topic Maths di Switzerland di Tahun 1 pula spt berikut 

a. Numbers 1 to 9

b. Counting numbers 1 to 9

c. Using and applying number 11 to 20

d. Reasoning - Simple addition up 10

e. Reasoning - Simple addition up to 20

f.  Subtraction by Comparison

g. Subtraction up to the number 10 to 20

h. Multiplication using equal groups

i. Multiplication using repeated addition

j. Calculation-multiplication 

k. Calculation sharing/division 

l. Length - Using informal units of measurement

m. Weight/mass - Introducing the concept of mass

n. Time, days of week - Days of the week

o. Time, duration

p. Time, months and seasons of the year

q. Time, quarter to, quater past

r.  O’clock and half past on the analogue clock


8. Maths Tahun 1 Msia lebih advanced dgn nombor 1 -100, dgn bundar dan nilai tempat serta nilai digit dan strategi pengiraan yang aku tengokpun pening (foto). 


9. Aku boleh pastikan permulaan di sekolah negara maju pendidikannya santai kerana mereka mempunyai empathy dan strategi membina asas yang kukuh dahulu, sambil mengurus psychosocial murid yg masih fragile . 


10. Jika nak tahu lebih lanjut, dan tak puas hati  pergilah sendiri ke negara2 tersebut dan lihatlah kegembiraan di mata anak2 di sana yg melompat2 utk dtg belajar sambil bertemu rakan2 tanpa memikul beg berat selain mbawa lunch box..


Selamat beradu...


OT

Kwsp

 Sekadar perkongsian..

.

KISAH BENAR KWSP 🌿

.

Ramai isteri fikir bila suami dah letak nama mereka sebagai penama KWSP, jika apa-apa berlaku pada suami semua duit dalam akaun KWSP adalah milik isteri.

.

Sebenarnya harta tadi perlu dibahagi mengikut kaedah faraid. Penama KWSP hanya sebagai pemegang amanah.

.

1) Ayah si mati - 1/6

2) Ibu si mati - 1/6

3) Isteri - 1/8

4) Baki akan dapat pada anak-anak. Anak lelaki dua bahagian dan anak perempuan satu bahagian.

5) Jika tiada anak lelaki, maka baki harta akan ke ayah. Dan sekiranya ayah tiada, makan adik beradik seibu sebapa atau sebapa turut layak dlm bahagian pusaka.

.

Contoh :

.

Suami tinggalkan RM100,000 duit KWSP. Ada seorang anak lelaki dan perempuan.

.

1) Ayah = RM16,666

2) Ibu = RM16,666

3) Isteri = RM12,500

4) Anak lelaki = RM36,112

5) Anak Perempuan = RM18,056

.

Jadi apa guna ada penama?

.

Penama KWSP ini akan bertindak menjadi wasi/pentadbir yang berkeupayaan untuk mengurus pengeluaran dan pembahagian KWSP. Pembahagian seharusnya mengikut faraid.

.

Mudah-mudahan selepas ini kita faham yang duit dalam KWSP bukan milik isteri atau pasangan kita sepenuhnya.

.

Pahit Tp Benar. Ramai yang ingat benda nie tak akan berlaku. Tp realiti sebaliknya.