بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Isnin, 11 November 2013
Ahad, 10 November 2013
maaf Mi-C
MAAF DARI SEORANG JURURAWAT
UNTUK SUAMIKU
Maafkan ayang jika setiap 2minggu kita tak dapat tidur sama kerana syif malam.Kadang2 abang yang tolong masak.Tolong jaga anak.Bertuahnya ayang mendapat suami seperti abang.Maaf juga cuti ayang tak menentu,bukan macam cikgu cuti Sabtu Ahad,kita keluar makan angin pun masa bukan musim cuti sekolah..tak meriah kan.......
UNTUK ANAK-ANAKKU
Maafkan mama yang tak banyak masa untuk anak2 mama.Balik sekolah mama pulak kerja petang.Kena tinggal dengan pengasuh kala papa pun kerja.Seawal 6pagi sebelum budak2 lain bangun, mama dah kejutkan anak mama untuk ke rumah pengasuh sebab syif pagi mama bermula seawal 7am, kesian kan...bukan seperti pekerja ofis pukul 8am
UNTUK IBU BAPAKU
Maafkan anak mu ini kerana tatkala anak2 mu yang lain berkumpul pada Sabtu Ahad anak mu seorang ini tidak dpt bersama kerana tugas kami yang tak tentu cuti.Pada hari raya pula kami berkerja, selepas habis suasana raya baru la muka kami kelihatan....Kami cium tanganmu bukan dipagi raya pertama......
UNTUK SAUDARA MARAKU
Maafkan ku kerana tidak dapat hadir jika ada kenduri kendara saudara mara kerana tugas kami tak seperti orang lain,masa orang cuti kami berkerja,masa orang lain berkerja kami cuti, mana ada orang yang nak buat kenduri masa hari berkerja awam...
UNTUK PENGASUH ANAK ANAKKU
Maafkan kami kerana terpaksa mengganggu tugas harian dengan kerenah anak2 kami. Kami minta pula tolong faham kerjaya kami yang tak boleh cuti dengan tiba2,mana kami nak letak anak2 kami jika tiada anda...tolong faham juga kakak pengasuh bukan mengasuh anak cikgu yang boleh cuti panjang2 sampai sebulan dua..kami jururawat yang bekerja syif yang membuat pengasuh ngeri utk bersetuju untuk menerima tawaran mengasuh...ramai kata anak misi ni aktif2..terlebih ubat kot...entah aku tiada jawapan..terima kasih kerana sanggup jadi pengasuh anak misi......
Itulah luahan AKU seorang jururawat...maafkan

Sabtu, 9 November 2013
30 tahun
NOV 8 — Bagaimaknakah sekolah 30 tahun akan datang? Apakah peperiksaan nasional masih ada?
Bagaimanakah komputer digunakan di dalam kelas? Bagaimanakah cara kita mengajar anak-anak membaca? Apakah televisyen akan digunakan sebagai alat bantu mengajar? Menurut Neil Postmandi dalam ‘The End of Education’, ini adalah soalan-soalan yang perlu kita tanyakan untuk membuat jangkaan bagaimana sistem pendidikan yang akan membentuk anak-anak dan masyarakat kita pada masa hadapan.
Saya percaya yang akan memacu sistem pendidikan kita sehingga 30 ataupun 60 tahun ke hadapan adalah guru, yang masih dan tetap akan menjadi ‘epicentre’ di dalam kelas. Oleh yang demikian, perhatian perlu diberi kepada bagaimana sistem latihan guru dijalankan pada masa kini untuk menyediakan guru sekurang-kurangnya sehingga 30 tahun akan datang.
Malaysia mempunyai sehingga 27 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), sebuah pusat pengajian tinggi yang berfungsi untuk melatih bakal guru sebelum mereka diserap masuk ke dalam sistem pendidikan negara. Tulisan ini akan ditulis di dalam tiga bahagian, setiap satunya akan cuba menganalisis dan melihat dengan kritikal bagaimana pusat latihan guru ini akan mempengaruhi sistem pendidikan nasional pada masa hadapan.
Bahagian Pertama ini akan fokus terhadap pelajar, mahasiswa atau pelatih guru, Bahagian Kedua pula akan fokus terhadap tenaga pengajar iaitu pensyarah dan Bahagian Ketiga pula nanti akan fokus kepada pentadbiran, hala tuju dan falsafah IPGM.
‘Guru Pelatih’ atau Mahasiswa?
Umumnya di IPG, para pelajar akan dipanggil dengan gelaran ‘Guru Pelatih’ dan bukannya mahasiswa. Mereka dikehendaki untuk meletakkan kad pelajar di pondok kawalan jika mahu keluarmasuk, walaupun hanya untuk membeli surat khabar di kedai yang jaraknya hanya 50 meter.
Urusan keluar masuk asrama terhad sehingga jam 11 malam sahaja. Rutin hidup mereka dipenuhi dengan kelas seawal jam 8.00 pagi membawa ke 5.00 petang dengan Perhimpunan Mingguan, menjadikan hidup mereka tidak lebih dari sekolah asrama (dengan surat merah jika pulang lewat dari jam 11 malam).
Saya percaya, para pelajar ini sendiri masih tidak tahu dan faham makna menjadi guru pelatih yang sebenar-benarnya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu mengapa golongan ini tidak dipanggil dengan gelaran ‘Mahasiswa’ tetapi sebaliknya ‘Guru Pelatih’.
Saya kira beza makna di antara ‘mahasiswa’ dan ‘guru pelatih’ itu cukup besar sehingga memberi petunjuk kepada masyarakat kini mengapa sebahagian besar ‘guru pelatih’ ini kurang responsif terhadap masyarakat dan isu pendidikan yang amat rapat dengan mereka. Mereka tidak rasa beratnya makna mahasiswa ke dalam diri mereka dan hanya menganggap diri mereka hanyalah seorang guru pelatih yang sedang menunggu giliran untuk dihantar mengajar di sekolah.
Majlis Perwakilan Pelajar
Untuk sebuah pusat pengajian tinggi, tenaga yang menjana kuasa kepada budaya pemikiran dan intelektualisme pelajar adalah gabungan kesatuan pelajar. Di Malaysia gabungan ini selalunya hadir dalam bentuk Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP).
Malangnya kewujudan JPP yang melalui proses pilihanraya dalaman ini tidak lebih dari kewujudan pengawas di sekolah. Tugas mereka tidak lebih dari membantu jabatan Hal Ehwal Pelajar menguruskan isu kebajikan serta mengendalikan program dan ritual tahunan tanpa ada sumbangan serius untuk membentuk ideologi dan sudut pandang pelajar untuk melihat dunia pendidikan dengan lebih realistik.
Fungsi JPP yang hanya terhad untuk mengendalikan Perhimpunan Mingguan dan hebahan tarikh keluar elaun menyebabkan mereka hampir tiada tenaga untuk memacu mentaliti pelajar. Ini diburukkan lagi dengan ribuan isu kebajikan seperti harga kafetaria, kelengkapan kelas yang serba kekurangan serta pelbagai isu lain yang masih tidak dapat diselesaikan menyebabkan fokus JPP terhadap isu kebajikan semata-mata.
Pelajar hampir tidak ada saluran untuk menyuarakan sesuatu. Istilah seperti hak pelajar tidak dapat dibincangkan memandangkan wacana seperti ini adalah sesuatu yang asing untuk didebatkan secara umum. Lebih-lebih lagi jika ada yang ingin membuat perubahan mereka akan ditakut-takutkan dengan Akta 174, sebuah akta yang akan dimomokkan daripada awal tahun pengajian untuk memastikan mereka tidak menimbulkan masalah kepada pihak pengurusan IPG.
Walaupun AUKU sudah dibuat bacaan semula dengan Pindaan (2012) berkaitan Perenggan 15(2)(c), sehingga hari ini masih belum kedengaran ada JPP daripada 27 IPG seluruh negara yang membuat permohonan untu bacaan semula Akta 174.
Indoktrinasi vs Jiwa Merdeka
Jadi, apakah harapan yang kita ada untuk guru pelatih, bakal guru yang akan mendidik anak cucu kita pada masa hadapan?
Saya melihat panggilan ‘Guru Pelatih’ ini adalah sebahagian dari usaha konsisten untuk melemahkan daya pemikiran dan intelektual para pelajar agar boleh menjadi kakitangan yang efisien apabila dihantar masuk ke dalam sistem nanti. Hasilnya, graduan IPG akan keluar sebagai pelaksana yang tidak punya kemampuan untuk meneliti dan mengkritik dasar secara konstruktif.
Indoktrinasi ini boleh dilihat apabila sehingga dua bulan pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, hampir tiada diskusi dan analisa kritikal dijalankan samada oleh JPP atau gabungan guru pelatih, di dalam IPG atau di luar IPG, sedangkan mereka adalah golongan paling rapat dengan isu tersebut. Bahkan sehingga jumlah 54.6 bilion diumumkan untuk disalurkan kepada sektor pendidikan di dalam Bajet 2014, juga tidak kedengaran analisa, perbincangan mahupun diskusi berkaitan dijalankan secara ilmiah oleh golongan ini.
Suara pelatih guru sebagai mahasiswa pendidikan perlu diangkat semula. Mereka perlu segera keluar dari zon selesa dan mula mengambil tanggungjawab intelektual yang terbeban di atas bahu mereka. Sebagai pelaksana dasar pada masa hadapan, golongan ini adalah ‘front-liner’, golongan yang paling sesuai untuk menghidupkan semula wacana pendidikan, bahas dasar serta kritik ke atas perubahan kurikulum dan amalan yang semakin kerap berlaku kini.
Sekian banyak isu pendidikan dari SPPBS sehingga kepada isu wajib lulus subjek Sejarah dan Bahasa Inggeris perlu diberi perhatian oleh golongan ini. Sebagai anak muda dan mahasiswa, mereka perlu memastikan setiap perubahan dasar dan amalan yang akan memberi kesan kepada sistem pada masa hadapan perlu mengambil pendapat dan suara mereka terlebih dahulu.
Untuk itu, JPP perlu diupayakan semula bukan sahaja sebagai badan untuk menjaga kebajikan, tetapi lebih dari itu agar ia berfungsi untuk memimpin ideologi, sudut pandang dan budaya intelektualisme di kalangan warga guru pelatih. Ini adalah sangat penting terutamanya untuk memastikan setiap graduan IPG ini nanti adalah pemimpin muda yang akan memimpin anak-anak Malaysia di dalam kelas ke arah masyarakat yang lebih baik.
Tempoh masa belajar di IPG sehingga 5 tahun adalah tempoh waktu yang paling baik untuk membentuk ideologi, sudut pandang serta makna diri sebagai pendidik ke dalam anak muda ini. JPP perlu berfungsi untuk menghidupkan semula seminar, kolokium serta bahas isu pendidikan bermula di IPG masing-masing. Anak muda di dalam IPG harus digerakkan untuk cakna dengan dasar dan falsafah pendidikan serta kaitannya dengan realiti masyarakat dan masalah pendidikan yang masih belum dapat diselesaikan walaupun negara sudah 56 tahun merdeka.
Serentak dengan perkembangan teknologi yang pesat tatkala negara seperti India dan China berlumba-lumba menghantar misi ke planet Marikh; sudah pasti kita tidak mahukan guru yang mempunyai jiwa hamba, sekadar menurut dan mengangguk dengan dasar yang disediakan oleh Putrajaya pada masa hadapan. Ritual tahunan dan budaya yang tidak mampu menggerakkan budaya intelektualisme seperti membaling topi ketika habis minggu orientasi harus segera ditukar kepada penerbitan kajian akademik merentas pedagogi sehingga falsafah pendidikan terutamanya idea baharu menjelang perubahan teknologi masa hadapan.
Guru masih dan tetap menjadi ‘epicentre’ di dalam kelas. Sistem pendidikan berpusatkan kelas, bukan Putrajaya walaupun dasar berubah setiap tahun. Oleh yang demikian yang kita perlukan kini adalah anak muda berwawasan, pemimpin muda yang kelak di dalam kelas akan memacu pemikiran anak bangsa dengan ideologi. Mereka harus dilengkapkan bukan sahaja dengan kemahiran pedagogi yang pelbagai, tetapi juga kebolehan untuk adaptasi dengan teknologi dan kurikulum secara dinamik dan konstruktif.
Dan sudah tentu, ini tidak dapat dilakukan jika mereka masih mempunyai jiwa hamba.
Azizi Hj Abdullah di dalam buku beliau, Jiwa Hamba, menulis; “orang yang berjiwa besar akan menjauhkan daripada bersikap jiwa hamba. Orang yang menafikan sikap berjiwa hamba ialah orang yang melihat ke kanan dan ke kiri. Berapa ramai orang di dunia ini terbaring dan lemah hanya kerana bersikap positif dan menyerah; dan berapa ramai pula yang berjaya kerana mereka positif dalam segala hal. Berapa ramai antara mereka sekarang, dipenjarakan hanya kerana tidak rela berjiwa hamba. Akhirnya mereka menjadi orang yang menang dalam merdeka, bebas dari segala ikatan. Orang yang positif ialah orang yang tidak menghambakan jiwanya kepada pengaruh dan sistem perhambaan walaupun ia berselindung di sebalik perutusan atau protokol,”
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/opinion/zul-fikri-zamir/article/institut-pendidikan-guru-dan-guru-pelatih#sthash.s7v4G3da.dpuf
Jumaat, 8 November 2013
GST
Pentadbiran Obama mahu mengenakan Cukai Nilai Tambah atauValue-added Tax (VAT) atau nama lainya GST (Goods and Services Tax) ke atas rakyat Amerika bagi menangani beban defisit dan hutang negara yang semakin membesar. Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi dalam satu temubual televisyen dalam bulan Jun 2009 memberitahu bahawa pengenalan VAT merupakan sebahagian daripada pelan untuk merombak sistem cukai negara Amerika.
Bahagian lain daripada pelan rombakan itu termasuklah pemotongan secara beransur-ansur kadar cukai pendapatan personal dan permansuhan cukai korporat (cukai ke atas keuntungan perniagaan).
Keputusan Dewan Senat melegakan rakyat Amerika. Namun, mereka mahukan jaminan teguh dari Presiden mereka bahawa sesungguhnya "a VAT is not on the table". Bagi rakyat biasa Amerika, peningkatan beban cukai sudah sampai ke kerongkong
Analisis Dr Rosli Yaakop, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia dan AJK PAS Pusat.
Bahagian lain daripada pelan rombakan itu termasuklah pemotongan secara beransur-ansur kadar cukai pendapatan personal dan permansuhan cukai korporat (cukai ke atas keuntungan perniagaan).
Memang diakui bahawa pengenaan VAT meluaskan asas pencukaian kerana setiap rakyat adalah pengguna dan dengan VAT kesemua pengguna menjadi pembayar cukai, tidak kira kaya atau miskin. Bilangan pembayar cukai di bawah sistem cukai pendapatan (korporat dan individu) adalah terhad kerana hanya rakyat yang melepasi thresholdpendapatan yang ditetapkan yang membayar cukai.
Ini bermakna VAT mampu menaikan hasil cukai pada kadar yang cukup besar. Oleh itu, sekiranya VAT adalah tambahan (top-up) ke atas cukai-cukai yang sedia ada dan tindakan serentak tidak dilaksanakan untuk mengurangkan kadar cukai pendapatan dan lain-lain cukai atau memansuhkan sama sekali cukai-cukai yang ada, sudah pasti pengenaan VAT menambahkan hasil kerajaan dengan lumayan.
Kesan Buruk VAT
Walau bagaimana pun, kesan buruknya ialah - sekiranya VAT bersifat top-up - peningkatan ketara beban cukai ke atas rakyat. Sebaliknya, sekiranya pengenaan VAT dibuat secara serentak dengan penurunan cukai pendapatan, maka ianya membawa kesan memindahkan beban cukai daripada golongan kaya dalam masyarakat kepada golongan berpendaptan rendah dan miskin. Kedua-duanya tidak baik.
Adalah menjadi impinan orang kaya Amerika (termasuk sesetengah yang tidak berapa kaya) sejak tahun 1913 lagi mahu cukai pendapatan dimansuhkan dan digantikan sepenuhnya dengan cukai penggunaan (seperti VAT). Kajian yang dijalankan mendapati bahawa pengenaan VAT pada kadar 23 peratus mampu menjana hasil cukai yang sama banyaknya dengan hasil cukai yang dijana dari cukai pendapatan, cukai payroll dan lain-lain cukai Persekutuan yang wujud sekarang.
Dengan VAT yang sudah sedia dikenakan di negeri-negeri, ini bermakna pengenalan VAT di peringkat Persekutuan (Federal level) pada kadar 23 peratus menyebakan setiap rakyat Amerika bakal membayar cukai pada kadar keseluruhan tidak kurang dari 30 peratus.
Walaupun Obama memahami bahawa VAT menambahkan kesengsaraan ke atas rakyat Amerika yang miskin dan memewahkan lagi orang kaya, tetapi kerana hasilnya besar bagi kerajaan ditambah lagi bahawa kerjaannya dalam keadaan terdesak untuk menjana hasil tambahan bagi menampong perbelanjaan yang semakin meningkat khanya berikutan pengenalan manfaat jagaan kesihatan Obamacare, maka beliau yakin VAT adalah penyelesaiannya.
Beliau melihat bahawa: "A Federal value-added tax (VAT) is today’s magic bullet for slaying the federal budget deficits. A federal VAT would be a veritable cash cow, obviating the need for painful measures like serious spending reduction and middle-class income tax hikes".
Namun, setelah idea ini diapungkan beberapa ketika, rakyat Amerika menolaknya.
Rakyat Amerika Tolak VAT
Pada 15 April 2010, Dewan Senat menolak cadangan pengenaan VAT ke atas rakyat Amerika dengan majoriti85-13. Kenapakah ianya ditolak? Hujahnya, antara lain, adalah seperti berikut: VAT tidak adil. VAT adalah regresif, iaitu, semakin rendah pendapatan seseorang maka semakin tinggilah beban cukai yang ditanggungnya. Sebagai perbandingan cukai pendapatan adalah progresif, iaitu, semakin tinggi pendapatan seseorang makan semakin tinggilah beban cukai yang ditanggungnya.
Oleh yang demikian, VAT adalah cukai yang tidak adil. Darjah regresivitinya (ketidakadilanya) akan menjadi semakin teruk bila pengenaan VAT dikuti secara serentak dengan pengurangan atau pemasuhan cukai pendapatan dan cukai-cukai yang bersifat progresif yang lain.
Sesetengah ahli ekonomi berpandangan "VAT is designed to shift most of the tax burden from income to consumption, or in reality, from wealthier Americans to poorer ones".
VAT bukan penyelesaian kepada masalah pelebaran defisit penimbunan hutang negara. Majoriti Senator tidak yakin bahawa peningkatan besar hasil cukai berpunca dari pengenaan VAT boleh membawa kepada pengecilan defisit belanjawan dan penguncupan hutang negara kerana bukti empiris (hasil kajian) secara jelas (convincingly)menunjukkan bahawa semakin besar hasil cukai maka semakin besar kerajaan berbelanja menyebabkan semakin melebarnya defisit belanjawan dan semakin meningkatnya hutan negara.
Ahli-ahli senat melihat bahawa jalan berkesan untuk menangani kegawatan fiskal ialah dengan kerajaan yang ada mematuhi fiscal disciplines secara tegas.
Saiz Kerajaan Semakin Besar
Pelaksaanaan VAT hanya akan membesarkan lagi saiz kerajaan Amerika. Seorang Senator Amerika berhujah: "The contention that implementing a VAT would make our government more fiscally responsible is a dog that just won’t hunt. The purpose of a VAT would not be to shore up deficits and pay down debt, but to expand the government into new areas backed by an all new source of funding".
Kajian menunjukkan bahawa negara-negara yang mengamalkan VAT saiz kerajaannya mengalami pembesaran sebanyak 29 peratus. Data siri masa (time siries data) pelbagai negara juga menunjukkan bahawa cukai yang semakin pelbagai dan kadar cukai yang semakin tinggi membawa kepada hasil yang lebih tinggi menyebabkan saiz kerajaan semakin besar.
Kos pelaksanaan VAT, di pihak pembayar cukai dan dipihak kerjaan adalah adalah besar. Kajian oleh Jabatan Belanjawan Kongres (Congress Budget Office) menunjukkan bahawa pengurusan VAT di pihak kerajaan (Inland Revenue Service – IRS) memerlukan penambahan seramai 20,000 kakitangan dan penguatkuasaan VAT pula bakal menelan belanja RM700 juta setahun.
Pengenaan VAT akan menyukarkan golongan peniaga khasnya peniaga-peniaga kecil dalam urusan penyediaan dan penyimpanan rekod. Ini adalah kerana VAT adalah pengenaan cukai ke atas setiap barang dan perkhidmatan pada setiap fasa pengeluarannya bermula dari bahan mentah di hantar ke kilang, kemudian kepada pemborong, peruncit dan akhirnya ke pungguna terakhir. Sebagai perbandingan, urusan cukai pendapatan jauh lebih mudah, iaitu, atas satu angka sahaja – pendapatan atau keuntungan.
VAT adalah "lesen untuk mencuri". VAT adalah cukai yang "tidak dapat dilihat" (a hidden tax) kerana ia dirangkumkan sekali di dalam harga setiap barangan dan perkhidmatan menyebabkan pengguna tidak tahu bahawa kerajaan telah mengambil sebahagian daripada wang mereka.
Lesen Untuk Mencuri
Pada perkiraan mutakhirnya, penggunalah yang membayar keseluruhan cukai itu. Namun, mereka tidak sedar dan tidak tahu akan hal ini sebab cukai dikenakan pada setiap fasa pengeluaran barang berkenaan. Sebab itulah VAT disifatkan oleh sesetengah ahli ekonomi sebagai license to steal (lesen untuk mencuri).
Sekali VAT sudah dilaksanakan, maka kerajaan boleh menaikkan kadarnya bila ia kehendaki. Kadar VAT di negara- negara Eropah sudah dinaikkan berkali-kali. Misalnya, kadar VAT di Perancis adalah 21peratus dan Sweden 25 peratus sekarang. Dengan cukai pendapatan dan lain-lain cukai terus dikenakan, beban cukai yang ditanggung rakyat adalah tinggi.
Pengenaan VAT di peringkat Persekutuan bertindan dengan VAT atau cukai jualan yang di kenakan oleh negeri-negeri. Setiap negeri di Amerika memungut cukai jualan dan VAT. Ini membebankan lagi rakyat negeri masing-masing. Lagi pun, negeri-negeri mahu biarlah mereka sahaja yang mengenakan VAT atau cukai jualan dan pihak Persekutuan menumpukan perhatian kepada cukai pendapatan.
Setelah Obama menyatakan bahawa the VAT is on the table dan penasihat ekonomi beliau, Paul Volcker menyatakan imposing a VAT was not as toxic an idea, Jurucakap Rumah Puteh akhirnya terpaksa menyatakan bahawa "White House in not considering a VAT".
Analisis Dr Rosli Yaakop, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia dan AJK PAS Pusat.
7 sebab
7 SEBAB KENAPA TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN JIN DALAM RAWATAN
Perubatan tradisional dan komplementari (PTK) di Malaysia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2004 menunjukkan 56% rakyat Malaysia menggunakan PTK sebagai alternatif kepada perubatan moden. Manakala kajian oleh World Health Organisation (WHO) pula menunjukkan 80% daripada populasi negara membangun dan 65% populasi negara maju bergantung kepada PTK untuk perkhidmatan kesihatan mereka. Maka tidak hairanlah banyak pusat-pusat rawatan alternatif wujud ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan.
Malangnya, dalam keghairahan menawarkan khidmat PTK ini, terdapat segelintir pengamal perubatan Islam menggunakan kaedah yang bertentangan syara’. Antaranya ialah menggunakan khidmat makhluk halus dari kalangan jin, sama ada sebagai khadam, pendamping atau sahabat dalam proses merawat pesakit. Mereka mendakwa, jin yang digunakan adalah jin Islam dan hukumnya harus. Dakwaan sebegini bukan sahaja boleh mengelirukan masyarakat, malah boleh membawa kemudaratan yang lebih besar. Jika dikaji, ada 7 sebab utama kenapa Islam tidak membenarkan penganutnya menggunakan khidmat makhluk ini, khususnya dalam merawat penyakit.
Hujah Pertama: Kemudaratan yang Timbul Akibat Meminta Tolong Jin
Allah SWT telah mengingatkan manusia tentang akibat yang akan menimpa mereka sekiranya meminta pertolongan dan perlindungan dari makhluk jin. FirmanNya dalam surah Al-Jin ayat 6:”Dan bahawa sesungguhnya ada beberapa orang dari manusia meminta perlindungan kepada ketua-ketua golongan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.” Menurut Ibnu Taimiyyah dalam kitab Al-bayān al-mubīn fi Akhbār al-jinni wa al-shayāṭin, halaman 58, jin dan syaitan yang dijadikan sekutu atau sahabat akan berasa bangga apabila diminta tolong dan mereka akan segera datang. Jin dan syaitan sangat mengetahui bahawa manusia itu lebih mulia dan lebih berkuasa dari mereka. Maka apabila manusia tunduk kepada jin dan meminta perlindungan dari mereka, ianya ibarat seorang raja yang melutut di kaki seorang hamba untuk meminta ditunaikan hajatnya.
Lebih menakutkan lagi ialah apabila Allah SWT memberi amaran bahawa azab neraka bakal menimpa orang-orang yang bersahabat dan meminta bantuan dari jin melalui firmanNya dalam surah Al-An’am ayat 128: ”Dan (ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): "Wahai sekalian jin! Sesungguhnya kamu telah banyak pengikut-pengikut dari manusia". Dan berkatalah pula pengikut-pengikut mereka dari golongan manusia: "Wahai Tuhan kami, sebahagian kami (manusia) telah bersenang-senang (mendapat pertolongan) dengan sebahagian yang lain (jin-jin), dan telah sampailah kepada masa kami (hari kiamat) yang Engkau telah tentukan bagi kami". (Allah berfirman): "Nerakalah tempat kediaman kamu, kekal kamu di dalamnya, kecuali apa yang dikehendaki Allah".
Hujah Kedua: Nabi Muhammad SAW dan para sahabat tidak pernah meminta pertolongan jin
Dalam sirah Nabi Muhammad SAW dan sirah para sahabat Baginda, tidak ada satu riwayat pun yang menunjukkan bahawa Nabi SAW pernah meminta pertolongan dari kalangan jin. Apatah lagi menggunakan jin bagi tujuan rawatan mahupun dalam kehidupan harian sebagai manusia biasa. Menurut Imam Al-Alusi dalam tafsirnya, jilid ke 19, halaman 83, terdapat 6 pertemuan antara jin dan Nabi SAW atas urusan dakwah dan penyampaian ilmu. Tiada langsung unsur meminta bantuan bagi urusan duniawi atau merawat pesakit. Hatta bagi menghadapi peperangan pun, Nabi SAW sendiri tidak pernah meminta bantuan dari malaikat, apatah lagi dari jin. Bala tentera malaikat turun membantu tentera Islam atas arahan Allah SWT, bukannya atas permintaan Nabi.
Hujah Ketiga: Melihat dan Menguasai jin adalah salah satu mukjizat khusus untuk para Nabi dan Rasul
Manusia biasa tidak mungkin boleh melihat jin dalam bentuk yang asal, apatah lagi menguasainya. Ini adalah berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Al A’raf, ayat ke 27: “Sesungguhnya ia (jin) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari satu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka”. Imam Syafi’i r.a., sebagaimana yang dipetik dalam Kitab Fathul Bari karangan Ibn Hajar al Asqalani, turut menegaskan bahawa sesiapa yang mendakwa dapat melihat jin nescaya terbatal penyaksiannya, kecuali dia seorang Nabi. Memang ada ulama’ yang mengatakan kemungkinan melihat jin itu ada, tetapi bukan dalam rupanya yang asal, sebaliknya dalam jelmaan seperti ular atau anjing. Keupayaan melihat dan menguasai jin merupakan satu keistimewaan dan juga mukjizat yang dikhususkan kepada para Nabi dan Rasul yang terpilih. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan kebolehan menguasai jin dan syaitan. Kebolehan ini tidak diberikan kepada mana-mana manusia sesudah Baginda sebagaimana doa Baginda dalam surah Ar Shad ayat 35: ”Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seseorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemberi”.
Namun, kebolehan Nabi Sulaiman memerintah jin telah dijadikan dalil oleh syaitan untuk mengharuskan manusia lain untuk berbuat demikian. Maka, timbullah dakwaan dari para perawat kononnya mereka boleh menangkap, memenjara serta menyembelih jin. Bagi menolak dakwaan batil seperti ini, Imam Muslim meriwayatkan satu hadis dalam kitab Shahihnya: “Satu ketika ketika Rasulullah hendak bersolat, tiba-tiba syaitan datang mengganggu Baginda. Lalu Baginda berjaya menangkapnya dan dicekik leher syaitan sehingga Baginda dapat merasa sejuk lelehan liurnya. Lalu Baginda bersabda: “Kalau bukan kerana aku teringat doa saudaraku Sulaiman (yang berdoa agar Allah tidak memberikan lagi kerajaan dan kebolehan menguasai jin atau syaitan kepada selainnya-rujuk ayat 35 surah Sad) pasti akan ku ikat syaitan itu pada tiang masjid supaya menjadi mainan kanak-kanak di Madinah.” Berdasarkan hadis ini, Nabi SAW dikurniakan kebolehan untuk melihat, menangkap dan merantai jin. Akan tetapi, Baginda SAW menghormati doa dan permintaan Nabi Allah Sulaiman a.s. Justeru, sayugia kita sebagai umatnya turut mengikuti contoh tauladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Oleh yang demikian, perbuatan menangkap dan mengurung jin jelas bertentangan dengan sunnah yang ditunjukkan oleh Nabi SAW. Sekiranya orang yang mempunyai kebolehan tersebut bukannya seorang Nabi, berkemungkinan beliau melakukan istidraj (perkara luarbiasa yang terhasil melalui tipudaya syaitan) tanpa beliau sedari.
Hujah Keempat: Tipu daya jin sangat licik
Makhluk jin adalah makhluk yang penuh tipu daya dan helah. Jin-jin yang menjadi pengikut syaitan akan menggunakan pelbagai cara, sama ada halus atau kasar bagi tujuan menyesatkan manusia. Allah mengingatkan hal ini melalui firmanNya dalam surah Al A’raf, ayat 16-17: “Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) telah menyesatkan aku, maka aku akan menghalang anak-anak Adam dari melalui jalanMu yang benar. Kemudian aku akan mendatangi mereka dari hadapan mereka, dari belakang mereka, dari kanan mereka, dari kiri mereka, dan Engkau tidak akan dapati melainkan hanya sedikit sahaja dari mereka yang bersyukur.”
Jika dilihat kepada sejarah, Nabi Sulaiman a.s., yang diberikan kebolehan untuk menguasai jin dan syaitan, juga pernah diperdaya oleh jin bernama Sokhel sehingga Baginda hilang kerajaan selama 40 hari 40 malam. Begitu juga dengan kisah Abu Hurairah r.a. yang telah ditugaskan oleh Rasulullah SAW untuk menjaga stor yang menempatkan kurma zakat. Stor tersebut telah diceroboh oleh makhluk jin selama 3 malam berturut-turut. Setiap kali ditangkap, jin tersebut mencipta pelbagai helah dan memberikan pelbagai janji palsu. Akhirnya apabila ditangkap kali ketiga, jin tersebut dapat juga meloloskan diri setelah mengajarkan Abu Hurairah satu ayat yang dapat menghalangnya dari memasuki stor tersebut. Kisah di atas diriwayatkan Imam Bukhari dalam Shahihnya, kitab Al-Wakalah, hadis no. 2311. Ini menunjukkan bahawa makhluk jin dan syaitan mempunyai seribu helah dan tipu daya yang licik serta seringkali menggunakannnya untuk memperbodohkan manusia. Kalau kita manusia biasa yang bukan bertaraf Nabi mahupun sahabat, sudah tentu lebih mudah untuk ditipunya.
Hujah Kelima: Hanya orang jahil bersahabat dengan jin
Para ulama-ulama turut melarang sebarang persahabatan dan perjanjian dengan makhluk jin dan menganggap itu adalah perbuatan orang jahil. Syeikh Abdul Wahhab Asy-Sya’rani menegaskan di dalam kitabnya Yawaqitu wal Jawahir, bahawa bersahabat dan bersekutu dengan jin itu sangat keji. Beliau mengatakan: “Barangsiapa memilih dan melebihkan persahabatan dengan jin berbanding bersahabat dengan para ulama, maka orang itu sangat jahil. Kerana menjadi tabiat jin untuk berlebih-lebih dalam perbuatan dan perkataannya, dan selalu berdusta sebagaimana tabiat orang fasik. Maka orang yang berakal harus mengelakkan diri dari bersahabat dan bersekutu dengan jin, sepertimana dia perlu mengelak dari bersahabat dan bersekutu dengan manusia yang fasik.” Beliau menambah lagi : “Aku tidak pernah melihat seseorang yang bersahabat dengan jin itu mendapat kebaikan, kerana asal kejadian jin itu dari api dan api itu sangat banyak geraknya, maka perbuatan dan perkataan orang itu hanya berlebih-lebihan.”
Syeikh Muhyiddin Ibnu al-Arabi turut menegaskan perkara ini di dalam kitabnya al-Futuhat: “Adapun orang yang bersahabat dengan jin itu tiada beroleh ilmu Allah, kerana jin itu sangat jahil akan Allah dan akan sifat-Nya. Dan terkadang orang yang bersahabat dengan jin itu menyangka bahawa segala perkara (ghaib) yang dikhabarkan oleh jin itu itu adalah karamah daripada Allah Ta’ala baginya. Maka sangkaannya itu adalah batil”. Tambah beliau lagi: “Sesetengah yang telah terjawab bahawasanya banyak orang bersahabat dengan jin itu jadilah takabbur atas segala manusia itu dan barangsiapa takabbur dimurkai Allah Ta’ala akan dia dan dimasukkan ke dalam neraka seperti yang tersebut dalam beberapa ayat Quran dan Hadis Nabi s.a.w.”
Hujah Keenam: Jin tidak akan rela melakukan kerja-kerja khadam
Bagi mereka yang mendakwa jin yang digunakan adalah khadam yang dikuasainya, maka sesungguhnya orang tersebut telah tertipu dengan helah jin. Seorang khadam ialah orang yang patuh kepada perintah tuannya dalam setiap keadaan tanpa sebarang bantahan. Malangnya, jin yang kononnya menjadi khadam ini hanya membantu dalam perubatan sahaja. Selalunya dengan menampilkan perkara-perkara ajaib seperti memberitahu lokasi barang hilang, scan penyakit, mengubati pesakit dari jarak jauh, membongkar isi hati pesakit. Sekiranya khadam jin ini disuruh melakukan kerja-kerja harian sebagai khadam seperti membersih rumah, membasuh pakaian, memasak, menjaga anak, membeli barangan di pasar, membasuh kereta, nescaya mereka tidak akan melakukan. Bagi mereka, pekerjaan tersebut adalah suatu yang menghinakan. Hal ini telah diterangkan oleh Allah SWT dalam surah Saba ayat 14: “Maka tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya itu kecuali anai-anai yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia telah tersungkur, tahulah jin itu bahawa kalau sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak tetap dalam seksa yang menghinakan.” Ayat ini menunjukkan bahawa khidmat yang diberikan oleh makhluk jin dan syaitan kepada Nabi Sulaiman adalah dalam keadaan terpaksa. Apabila nabi Sulaiman wafat, mereka merasakan mereka baru terlepas dari perhambaan yang menyeksa lagi menghinakan. Jika suruhan Nabi sulaiman pun mereka buat dalam keadaan terpaksa, apa lagi suruhan manusia biasa. Tanpa disedari, manusia pula yang menjadi khadam kepada jin tersebut kerana menuruti segala kehendak dan syarat jin itu.
Hujah ketujuh: Bersahabat dengan jin adalah evolusi kepada upacara menurun
Penggunaan jin dalam rawatan adalah bentuk satu fotokopi kepada ’upacara menurun’ dalam bentuk moden. Kaedah ini sebenarnya sama sahaja dengan kaedah merawat menerusi resapan mahkluk tersebut ke dalam tubuh perawat seperti dalam upacara tok bageh, main putri, ulek mayang dan sebagainya. Apabila umat Islam telah menyedari kaedah resapan roh menyalahi ajaran Islam, maka syaitan memperkenalkan kaedah terbaru iaitu menggunakan jin sebagai sahabat. Melalui strategi baru ini, makhluk tersebut tidak lagi meresap masuk ke dalam tubuh perawat, sebaliknya mengilhamkan sesuatu melalui bisikan, memperlihatkan sesuatu yang terselindung dan yang ghaib dari pandangan, serta pelbagai lagi perkara-perkara luar biasa. Kehebatan yang ditunjukkan ini menyebabkan orang di sekeliling menganggapnya sebagai wali yang keramat. Sebenarnya, kedudukan jin yang menyampaikan maklumat kepada pengamal melalui bisikan atau ilham ini adalah sama dengan kedudukan syaitan yang berusaha untuk menyesatkan manusia. Firman Allah dalam surah Al An’am ayat 112: ”Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan yang terdiri dari kalangan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain dengan kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu."
Oleh itu, para pembaca harus berhati-hati dan jangan tertipu dengan helah makhluk ini. Walaupun apa yang ditampilkan kelihatan sangat baik, kita tidak seharusnya menjadikan mereka sebagai sahabat. Jika difikirkan, manusia yang mempunyai jasad fizikal yang dapat dilihat secara kasar ini pun banyak melakukan penipuan, apatah lagi jin yang langsung tidak dapat dilihat. Bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa kepada permainan licik syaitan, maka umat Islam diseru menjauhkan diri dari bersahabat dengan makhluk ini. Allah SWT berfirman dalam surah Fathir ayat 6:“Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah Dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.”
Cadangan penyelesaian
Bagi memastikan umat Islam tidak terus diperdayakan oleh makhluk jin, maka insititusi-institusi pentadbiran dan perundangan Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), jabatan-jabatan agama Islam negeri (JAIN) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) perlu mengambil langkah bagi memberi kesedaran kepada pengamal rawatan alternatif Islam tentang tipu daya dalam dunia perubatan, sama ada melalui penganjuran kursus, seminar dan juga sebaran am. Ini kerana ada sebahagian perawat menyangka apa yang mereka amalkan tidak salah dan bertepatan dengan ajaran Islam.
Selain itu, dicadangkan juga agar sijil tauliah Amalan Perubatan Islam dijadikan sebagai syarat kepada pusat rawatan Islam yang ingin menjalankan rawatan Islam. Pensijilan ini adalah salah satu bentuk pemantauan oleh pihak berkuasa bagi memastikan ianya tidak menyeleweng dari syariat Islam. Ketiadaan pemantauan ini menyebabkan sesiapa sahaja boleh menjalankan rawatan dan mendakwa rawatannya adalah rawatan Islam. Melalui cara ini, kaedah yang digunakan oleh pusat rawatan tersebut akan dinilai dan ditelitikan sebelum sijil tauliah dikeluarkan. Hasilnya, masyarakat akan merasa lebih yakin dan secara tidak langsung dapat menyelamatkan akidah mereka. Sekiranya perubatan moden mensyaratkan para doktor untuk memiliki sijil amalan, maka peraturan-peraturan tersebut juga patut digunapakai kepada perawat-perawat alternatif. Dengan usaha ini, diharap taktik syaitan untuk memperdaya anak Adam melalui perubatan yang terseleweng dapat dipatahkan.

solat
Hari ini adalah tugas setiap PEMIMPIN kena pastikan orang bawahan dia tidak mengamalkan amalan orang munafik, kena pastikan orang bawahan dia tidak
MENINGGALKAN SOLAT JEMAAH!!!
So, jika korang seorang Ketua Menteri/PM/Menteri Besar..., korang kena pastikan wakil rakyat korang tak miss solat berjemaah, kalau tak rosak rakyat nanti..huh! ada benarnya Wakil rakyat yang tak datang solat jemaah mungkin tertidur kerana sibuk bertahajud…, so pemimpin kena pastikan betul ke solat tahajjud atau benda lain?, kena check.., ini tugas pemimpin, dan saidina Umar sendiri tidak teragak agak untuk memecat Wakil Rakyat beliau bila ada rakyat mengadu, malahan beliau pernah memecat ketua perang dalam medan pertempuran. (rujuk sejarah)
Dan yang kena pecat relaks sajer, takdelah nak tunjuk perasaan nak bantah ke apa walaupun zaman tu takde ISA, sebab diorang bertugas kerana Allah, dan sangat takut dengan soalan tentang pucuk pimpinan di akhirat kelak, maka bila di pecat, ok lah tu..
----------------------------------------------------------------------------------------
Antara amalan orang munafik di zaman Nabi SAW adalah meninggalkan solat jemaah, kemudian ada pulak satu hari tu Salman RA selaku Menteri bahagian pentadbiran pasar, telah tidak datang solat subuh berjemaah, maka Khalifah Umar RA terus pergi ke rumah Salman dan bertanya kenapa tak datang solat berjemaah wahai WAKIL RAKYAT?
Maka kata ibunya, Salman telah bertahajjud sepanjang malam, dan bila dah dekat-dekat nak subuh, mengantuk telah menguasai dirinya, maka legalah saidina umar mendengar jawapan itu kerana ternyata Salman RA bukan seorang yang munafik, Cuma tak sengaja tinggal solat jemaah, namun Umar RA sempat menegur salman bahawa beliau lebih baik solat subuh berjemaah daripada bersolat tahajjud sehingga tinggal solat jemaah!!!

Langgan:
Catatan (Atom)