Khamis, 29 September 2011

La Taqrabuz Zinaaaaa!!!

Allah swt MENGUJI kita diatas KELEMAHAN yg kita ada,
Kerna ALLAH SWT nak menyuruh kita menjadi HAMBA yang lebih baik dan berterusan bertaubat..

teruskan bermujahadah di zaman fitnah ni!
yakinlah allah bersama kamu!




Batas Pergaulan lelaki & wanita


Pergaulan diantara lelaki dan wanita yang bukan mahram pada prinsipnya tidak dilarang didalam Islam. Akan tetapi ia hendaklah berlaku di dalam lingkungan batasan-batasan yang telah ditetapkan.
Berikut kami paparkan di antara batassan pergaulan lelaki dan wanita yang bukan mahram yang di gariskan oleh Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi didalam fatwa Mu'asyirah :
1. Menahan padangan dari dua belah pihak.
Maksudnya tidak boleh melihat aurat, tidak boleh melihat dengan pandangan syahwat dan tidak memandang lama tanpa ada sebarang keperluan. Firman Allah yang bermaksud :
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka ......" (Surah al-Nur : 30-31)
2. Pihak wanita hendaklah memakai pakaian yang sopan menurut syara', iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuhnya selain dari wajah/muka dan tapak tangannya. Tidak boleh memakai pakaian yang nipis dan yang menampakkan sosok badannya.
Firman Allah yang bermaksud :
"....dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka...." (Surah al-Nur : 31)
Pakaian tersebut juga dapat membezakan diantara wanita yang baik dan wanita yang tidak baik.
3. Hendaklah menjaga adab2 sebagai seorang muslimah didalam semua keadaan, terutama apabila bergaul dengan lelaki :
  1. Perkataan - elak dari menggunakan perkataan yang merayu, menggoda dan membangkitkan rangsangan.
  2. Berjalan - jangan memancing pandangan orang.
  3. Pergerakkan - tidak melenggang-lenggok.
4. Elak dari memakai bau-bauan yang wangi dan warna-warna yang menarik perhatian.
5. Jangan berdua-duaan diantara lelaki dan wanita tanpa disertai oleh mahram.
6. Pergaulan itu di dalam batas-batas keperluan sahaja, tidak berlebih-lebihan.

Berikut pula adalah batasan-batsan yang dinyatakan oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah :
1. Khalwah - perempuan dan lelaki berdua-duan disuatu tempat yang tidak ada orang yang nampak.
2. Perhiasan wanita - wanita tidak menutupi apa yang Allah perintah ke atas tubuhnya, atau memakai minyak wangi, perhiasan barangan kemas atau percakapan yang boleh menarik minat lelaki ke arah perkara-perkara yang tidak baik atau perasaan mereka.
3. Sentuhan fizikal - bersentuh lelaki dan perempuan.
Menurut Majlis Fatwa Eropah bahawa jika 3 perkara ini dapat dielakkan, maka tidak ada bantahan bagi mereka menyertai apa-apa majlis terebut.

Syiekh Muhammad al-Munajjid juga ada mengariskan beberapa batasan2 yang tertentu didalam pergaulan tersebut, diantaranya :
1. Elakkan dari berkata-kata perkara yang diluar topik.
2. Tidak membuat lawak atau melembutkan suara.
3. Tidak bertanya mengenai perkara peribadi seperti umur dan seumpamanya.
4. Berhenti bercakap jika berlaku keinginan di dalam hati.
Kesimpulannya, lelaki dan wanita bukan mahram dibenarkan bergaul dengan mematuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Islam. Pertemuan tersebut hanya berlaku berdasarkan keperluan, contohnya : keperluan belajar, berdakwah, merawat pesakit dan 

INSEP

"DI MANA PERUNTUKAN KAMI? 28 Sep 2011 – Assalamualaikum, Saya merupakan graduan yang mengikuti Skim Latihan Graduan Menganggur (INSEP - Industrial Skills Enhancement Program Scheme) di sebuah IPTA di Johor.


 
Semasa sesi taklimat saya difahamkan KERAJAAN TELAH MEMPERUNTUKAN SEJUMLAH WANG UNTUK SEGALA PROGRAM KAMI SEPANJANG 7 BULAN.
 
Ini termasuk elaun dan aktiviti2 yang berkaitan dengan kursus. Kami digalakan menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan kursus seperti lawatan industri dan sebagainya.
 
Namun setelah kami menjalankan kursus, sebaliknya yang berlaku di mana aktiviti yang kami jalankan terutamanya lawatan industri tidak mendapat kelulusan dan peruntukan secara tunai untuk kegunaan kami seperti hotel dan peruntukan makan kami.
 
Apa yang lebih tidak kami jangkakan sebilangan besar tenaga pengajar tidak diberikan seperti yang dijanjikan. Malah aktiviti yang dijalankan oleh pihak ITPA berkenaan untuk kami tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan dan menganggu perjalanan pembelajaran dan jadual latihan industri kami.
 
Kad Hijau yang pada mulanya dijanjikan kepada semua graduan pada asalnya tidak diberikan sebaliknya hanya beberapa kursus sahaja namun setelah beberapa bulan difahamkan masih tidak diperolehi.
 
Terlalu banyak birokrasi untuk kami perolehi peruntukan yang sememangnya kerajaan berikan kepada kami.
 
Terus terang saya katakan, saya sememangnya kecewa dengan apa yang berlaku ke atas kami dan tenaga pengajar.
 
DIHARAP PIHAK BERKUASA DAPAT MENJALANKAN SIASATAN SUPAYA PERKARA INI TIDAK BERULANG PADA MASA AKAN DATANG.
  
27 Sep 2011 - ADUAN TENTANG SKIM LATIHAN GRADUAN MENGANGUR YANG DIANJURKAN OLEH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (PSMB) DENGAN KERJASAMA KNOWLEDGECOM CORPORATION SDN BHD.
 
Program yang saya jalani iaitu ” Cisco Specialized Traning and Advancement Recruitment (STAR) ” dimana terdapat 20 orang peserta diwajibkan menjalani kelas teori 3 bulan di Knowledgecom dan diserapkan ke syarikat-syarikat dalam bidang ” Information Technology (IT) ” untuk tujuan latihan selama 2 bulan. Program bermula pada  Mac 2011 – July 2011.
  
Walau bagaimana pun, setelah selesai menjalani latihan selama 3 bulan di knowledgecom hanya sebahagian dari kami sahaja dihantar/diserapkan ke syarikat IT bagi menjalani latihan praktical.
 
Bagi mereka yang tidak diserap seperti diabaikan. Untuk makluman, pihak PSMB dan Knowledgecom yang menentukan tempat untuk kami praktikal sebagaimana yang disyaratkan ketika kami di terima masuk ke program ini.
 
Lebih malang lagi, elaun hanya dibayar bagi 3 bulan pertama sahaja (RM500/bln). Pihak PSMB dan Knowledgecom seolah-olah “lepas tangan”.
 
PADA PENDAPAT SAYA SKIM LATIHAN INI TIDAK MEMBANTU DALAM MENGURANGKAN MASALAH PENGANGURAN DI NEGARA KITA.
 
IA SEAKAN-AKAN HANYA MEMBERI PELUANG KEPADA PUSAT LATIHAN (KNOWLEDGECOM) DALAM MENGAUT KEUNTUNGAN. AKHIRNYA YANG MENJADI MANGSA PARA GRADUAN DAN JIKA PERKARA INI TIDAK DI PANTAU DENGAN SERIUS ISU PENGANGURAN TERUS BERLAKU.
 
Saya berharap pihak aduan rakyat meneliti masalah ini dan membantu kami supaya tidak ada lagi pusat latihan yang hanya pandai membuat keuntungan tanpa memikirkan nasib orang lain.

POLIS LEBIH STRES BERBANDING GURU


Berita Harian
27 Sep 2011 

Kerap bertugas luar waktu pejabat punca ramai anggota alami tekanan 
KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba. 

Lambakan beban kerja termasuk kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi.
 
Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan.
 
Kajian pada tahun 2007 hingga 2009 itu mendapati 53.7 peratus daripada 453 sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan, dipercayai mengalami stres di tempat kerja.

Angka itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas mengatasi enam organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus), jururawat (42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus). Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus. 

Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah individu. 

Bekerja tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan panggilan on call pada bila-bila masa, selain perlu mengikut arahan pegawai lebih tinggi boleh mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis.

Malah, sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau yang membabitkan golongan berpengaruh ada kalanya memberikan tekanan terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga, katanya.  

Akhbar berkata, ANGGOTA POLIS YANG MENGALAMI STRES BOLEH MENGHADAPI MASALAH SAKIT JIWA BERPANJANGAN DAN MENGAKIBATKAN BANYAK PERKARA TIDAK DIINGINI BERLAKU, TERMASUK PEMBUNUHAN SESAMA RAKAN ATAU BUNUH DIRI SERTA SALAH GUNA KUASA SEHINGGA MENYEBABKAN NYAWA ORANG LAIN TERANCAM. 

Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan atau sebarang aktiviti jenayah termasuk rasuah, katanya. 

Rabu, 28 September 2011

Ingat Allah susah dan senang


Oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat

NABI s.a.w. bersabda menjelaskan; bahawa amalan yang terbaik sekali ialah orang yahttp://dinmerican.files.wordpress.com/2010/04/nik-aziz.pngng mati keadaan lidahnya masih basah dengan menyebut nama Allah SWT.
 
Ertinya zikrullah semasa hayatnya hingga berada di ambang ajalnya.Janganlah hanya semasa atau selepas solat berwirid zikrullah dengan rancak, tetapi aktiviti kehidupan selepas itu tiada bezanya antara halal dan haram.

Orang berzikrullah waktu senang atau susah, waktu sihat atau sakit hampir ajal pun lidah basah menyebut nama Allah SWT. Siapa yang mampu beramal begitu bererti beramal dengan amalan yang paling afdal.
Insan di ambang maut tidak mudah menyebut nama Allah SWT, kecuali membiasakan zikrullah ketika dirinya masih sihat.

Ketika itu meskipun di saat sakaratul maut, detik yang paling kritikal, insya- Allah lidah akan terus bergerak menyebut nama Allah dengan Taufik-Nya.
Meskipun Islam anjur agar ditalkin kepada orang sedang menghampiri ajalnya dengan menyebut kalimah “Lailaha illallah,” ketika yang genting itu tidak mudah bagi orang yang menghampiri ajal itu untuk turut walaupun dibimbing, kecuali dengan rahmat Allah SWT.

Orang yang sihat segar pun jika enggan mengikut seruan Nabi dan nasihat ulama, belum pasti boleh menuruti walau dibimbing. Inikan pula orang yang berada di pinggir ajalnya, kecuali bagi mereka yang melazimkan berbuat demikian.

Lantaran ingatannya kepada Allah SWT terlalu mendalam semasa hayatnya, insya-Allah akan digerakkan lidah dan hatinya dengan rahmat Allah SWT.
Tidak mudah untuk mendapat “husnul khatimah”, jangan fikir disebab ada orang yang membimbingnya lalu mudah untuk menyebutnya.

Malah ramai orang yang gelengkan kepalanya ketika ditalkinkan (diajar) menyebut kalimah Toyyibah. Kerana ketika yang sama syaitan yang menjadi musuh manusia sejak zaman nabi Adam a.s., dengan gigih ambil peluang terakhir untuk menyesatkan manusia.

Syaitan datang menjelma dengan menyerupai ibu bapanya atau siapa sahaja, yang telah mati dengan pelbagai dorongan yang salah.
Antara hasutan syaitan ialah jika hendak selamat daripada api neraka, hendaklah menyatakan sesuatu yang bercanggah dengan akidah tauhid.
Jika hasutan syaitan yang menyerupai ibu dan bapanya itu dipatuhi, jelaslah mereka menjadi tawanan syaitan dan menjadi temannya dalam neraka. Wal’iyazabillah.

Hanya orang mukmin yang sebenar akan dapat menyelamat imannya daripada hasutan syaitan laknatullah itu, ketika itu dia boleh lawan syaitan dan boleh hujjah kembali bahawa perkara didakwa itu amat bercanggah dengan yang telah dipelajari dari Islam sepenuh keyakinan.

Telah berfirman Allah SWT dengan hadis Qudsi yang bermaksud: “Apabila seorang hamba mengingati-Ku dalam dirinya, Aku pun ingat akan dirinya. Apabila dia dalam ramai mengingati- Ku, maka Aku pun mengingati dia serta jemaahnya pada khalayak ramai (para malaikat) dengan lebih baik lagi.”

Menyebut nama Allah SWT di hadapan orang ramai suatu fadilat, terutama bagi mereka yang terlibat di lapangan mengajar berceramah dan berdakwah, apabila mengajar tanpa menyebut nama Allah SWT dianggap amat rugi.
Bukan guru agama sahaja bahkan guru akademik pun mempunyai peluang untuk menyebut nama Allah SWT jika mereka kreatif.

Misalnya guru matematik yang berjiwa Islam ketika menyebut angka angka tertentu, seperti angka satu boleh dieksploitasi dengan menyatakan bahawa Allah SWT itu Maha Esa iaitu satu atau tunggal tiada bandingan.
Begitu juga angka tujuh, bolehlah guru tersebut ambil peluang dengan menyatakan bahawa langit ciptaan Allah SWT juga mempuinyai tujuh petala (tingkat).

Setiap tingkat mempunyai pintu yang dikawal rapi oleh malaikat tertentu, untuk mengawasi amalan manusia sama ada layak dibawa mengadap Allah SWT atau sebaliknya.

Dengan menyebut nama Allah SWT di khalayak ramai, berdasar janji-Nya dalam hadis Qudsi itu akan melayakkan dirinya diingati oleh Allah SWT pula di hadapan para malaikat-Nya.
Dengan ingatan yang lebih baik kerana guru tersebut mengingati- Nya di hadapan manusia, tetapi Allah SWT mengingati dia di hadapan halayak para malaikat yang lebih setia kepada-Nya.

Seorang tabi’in yang masyhur bernama Hasan al-Basri berkata yang bermaksud: “Zikir itu ada dua kedudukan, ingatan manusia kepada Allah SWT sama ada ketika beribadat atau berzikir, justeru alangkah banyaknya pahala.”
Tetapi ada satu lagi zikir yang lebih baik, iaitu zikir kepada Allah SWT ketika Dia menjelaskan sesuatu yang hukumnya “haram”.

Dengan sebab ingatan yang kuat kepada Allah SWT menyebabkan dia tidak berani melanggar sesuatu yang hukumnya haram itu.
Sekadar berzikir dengan bertasbih dan istighfar belumlah teruji kerana tiada cabaran, ujian dianggp berat ketika berdepan dengan hukum haram. Lebih lebih lagi terhadap sesuatu yang ada kepentingan diri.
Jika berjaya menolak perkara yang diharamkan Allah SWT itu, barulah dia terbukti sebagai mukmin yang sebenar.

Berjaya menolak sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT, sedangkan perkara tersebut merupakan kepentingan buat dirinya. Maka inilah yang sebenarnya “Zakir lilLah” iaitu ingat kepada Allah SWT yang sebenar jujur dan ikhlas. Itulah zikir yang paling baik, iaitu zikir yang mampu menyekat manusia, daripada perkara yang dibenci oleh Allah SWT

18 perkara


pandangan ulama berhubung faktor yang menyebabkan penentangan manusia terhadap Allah SWT selaku Pencipta mereka.

1. Alpa terhadap matlamat sebenar penciptaan manusia di muka bumi ini.
2. Iman yang amat lemah terhadap rukunrukun iman yang enam.
3. Jahil mengenai Allah, suruhan dan larangan-Nya, pahala dan dosa serta syurga dan neraka. 
4. Tidak waspada terhadap bisikan syaitan yang sentiasa mengajak untuk melakukan kejahatan.
5. Tertipu dengan habuan dunia hingga tidak mahu memohon ampun dan bertaubat kepada Allah.
6. Berputus asa daripada rahmat Allah (kasih sayang-Nya).
7. Tidak mempercayai qada dan qadar Allah malah mempertikainya.
8. Berbangga dengan maksiat dan tidak memperakui dosa besar yang dilakukannya.
9. Panjang cita-cita (banyak berangan-angan dalam perkara dunia).
10. Berlebihan cinta kepada dunia hingga tidak menjalankan tugas utama sebagai manusia bernama Islam.
11. Tersungkur dengan mengikut hawa nafsu yang rosak.
12. Terlibat dalam perkaraperkara syubhat yang menjurus kepada kemurkaan Allah SWT.
13. Ego dan sombong diri terhadap Allah, Rasul dan manusia seluruhnya.
14. Suka bergaul (bercampur) dengan ahli maksiat dan menolak untuk bersama golongan yang salih.
15. Suka melakukan fitnah dalam masyarakat hingga memporak-perandakan hubungan sesama mereka.
16. Merosakkan gambaran Islam dengan penggunaan istilah yang menyalahi konsep sebenar seperti melabelkan orang Islam yang berjanggut dengan pengganas dan lain-lain.
17. Bergelumang dengan ada-adat yang menyalahi hukum Syariat Islam.
18. Meninggalkan tugas utama amar ma’ruf dan nahi munkar.

Apabila individu Muslim mampu mengelakkan diri daripada 18 perkara di atas, pasti mereka akan meniti kejayaan sebenar

Pengakuan Raja Heraclius Tentang Muhammad Saw


Potret Hereclius pada syiling lama

Pada masa Perjanjian Hudaibiyah atau gencatan senjata antara kaum muslimin dan musyrikin Quraisy, Rasulullah saw mengutus beberapa sahabat. Mereka dikirim kepada raja-raja bangsa Arab dan bukan Arab untuk menyeru agama Islam. Salah satu sahabat yang diutus adalah Dihyah bin Khalifah Al-Kalbi. Ia ditugaskan untuk menyampaikan surat dakwah kepada Heraclius, Raja Rom.

Kedatangan Dihyah diterima oleh Heraclius dengan sangat baik. Kemudian Dihyah menyampaikan surat dakwah dari Rasulullah saw kepada Raja Rom tersebut. Setelah Heraclius membaca surat Rasulullah saw, Heraclius segera menyuruh pengawalnya untuk mencari orang-orang yang mengenal Muhammad. Ketika itu Abu Sufyan berada di sana bersama serombongan kafilah dagang Quraisy.

Surat Rasulullah kepada Herclius

Para pengawal kerajaan pun melaporkan keberadaan Abu Sufyan dan teman-temannya kepada Heraclius. Kemudian dipanggilnya Abu Sufyan yang masih membenci Islam bersama teman-temannya ke hadapan Raja Rom tersebut.

Abu Sufyan dan teman-temannya datang menghadap Heraclius. Dengan didampingi seorang penerjemah, Heraclius memulakan pembicaraan dengan bertanya, "Siapa di antara kamu semua yang paling dekat dengan garis keturunannya dengan orang yang mengaku sebagai nabi ini?"

Abu Sufyan menjawab, "Saya, Tuan!"

Kemudian terjadilah dialog di antara keduanya di hadapan para petinggi istana Rom. Berikut adalah dialog yang diceritakan oleh Abu Sufyan dan diriwayatkan kembali oleh Bukhari.

Heraclius : "Bagaimana kedudukan keluarganya di antara kamu?"

Abu Sufyan : "Dia berasal dari keturunan bangsawan."

Heraclius : "Adakah di antara keluarganya mengaku Nabi?"

Abu Sufyan : "Tidak."

Heraclius : "Adakah di antara nenek moyangnya yang menjadi raja atau pemerintah?"

Abu Sufyan : "Tidak ada."

Heraclius : "Apakah pengikut agamanya itu orang kaya ataupun orang kebanyakan?"

Abu Sufyan : "Pengikutnya adatah orang lemah, miskin, budak, dan wanita muda."

Heraclius : "Jumlah pengikutnya bertambah atau berkurang?"

Abu Sufyan : "Terus bertambah dari waktu ke waktu."

Heraclius : "Setelah menerima agamanya, adakah pengikutnya itu tetap setia kepadanya ataupun merasa kecewa, lalu meninggalkannya?"

Abu Sufyan : "Tidak ada yang meninggalkannya."

Heraclius : "Sebelum dia menjadi nabi, adakah dia suka menipu?"

Abu Sufyan : "Tidak pernah."

Heraclius : "Pernahkah dia mengingkari janji atau mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepadanya?"

Abu Sufyan : "Tidak pernah. Kami baru saja melakukan perjanjian gencatan senjata dengannya dan menunggu apa yang akan diperbuatnya."

Heraclius : "Pernahkah engkau berperang dengannya?"

Abu Sufyan : "Pernah."

Heraclius : "Bagaimana hasilnya?"

Abu Sufyan : "Kadang-kadang kami yang menang, kadang-kadang dia yang lebih baik daripada kami."

Heraclius : "Apa yang dia perintahkan kepadamu?"

Abu Sufyan : "Dia hanya memerintahkan kami untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan-Nya dengan apapun, meninggalkan tahyul dan kepercayaan nenek moyang kami, mengerjakan solat, membayar zakat dan berbuat baik kepada fakir miskin, bersikap jujur, memelihara apa yang diamanahkan kepada kita dan mengembalikan dalam keadaan yang baik, memelihara silaturrahim dengan semua orang, dan yang paling penting dengan keluarga sendiri."

Lalu, seperti dikisahkan oleh Abu Sufyan r.a, Heraclius memberikan tanggapan sebagai berikut melalui penerjemahnya.

Heraclius : "Aku bertanya kepadamu tentang salasiah keluarganya dan kau menjawab dia adalah keturunan bangsawan terhormat. Nabi-nabi terdahulu pun berasal dari keluarga terhormat di antara kaumnya.

Aku bertanya kepadamu apakah ada di antara keluarganya yang menjadi nabi, jawabannya tidak ada. Dari sini aku menyimpulkan bahwa orang ini memang tidak dipengaruhi oleh sesiapa pun dalam hal kenabian yang diikrarkannya, dan tidak meniru sesiapa pun dalam keluarganya.

Aku bertanya kepadamu apakah ada keluarganya yang menjadi raja atau pemerintah. Jawapannya tidak ada. Jika ada nenek moyangnya yang menjadi penguasa, aku beranggapan dia sedang berusaha mendapatkan kembali kekuasaan keturunannya.

Aku bertanya kepadamu adakah dia pernah berdusta dan menurutmu, dia tidak pernah menipu. Orang yang tidak pernah berdusta kepada sesamanya tentu tidak akan berdusta kepada Allah.

Aku bertanya kepadamu mengenai golongan orang-orang yang menjadi pengikutnya dan menurutmu pengikutnya adalah orang miskin dan hina. Demikian pula halnya dengan orang-orang terdahulu yang mendapat panggilan kenabian.

Aku bertanya kepadamu adakah jumlah pengikutnya bertambah atau berkurang. Jawapanmu, terus bertambah. Hal ini juga terjadi pada iman sampai keimanan itu lengkap.

Aku bertanya kepadamu apakah ada pengikutnya yang meninggalkannya setelah menerima agamanya dan menurutmu tidak ada. Itulah yang terjadi jika keimanan sejati telah mengisi hati seseorang.

Aku bertanya kepadamu apakah dia pernah ingkar janji dan menurutmu tidak pernah. Sifat dapat dipercaya adalah ciri kerasulan sejati.

Aku bertanya kepadamu apakah engkau pernah berperang dengannya dan bagaimana hasilnya. Menurutmu engkau berperang dengannya, kadang-kadang kamu yang menang dan kadang kala dia yang menang dalam urusan duniawi.

Para nabi tidak pernah selalu menang, tetapi mereka mampu mengatasi masa-masa sukar dalam perjuangan, pengorbanan, dan kerugiannya sehingga akhirnya mereka memperoleh kemenangan.

Aku bertanya kepadamu apa yang diperintahkannya, engkau menjawab dia memerintahkanmu untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan-Nya, serta melarangmu untuk menyembah berhala, dan dia menyuruhmu solat, bercakap benar, serta penuh perhatian. Jika apa yang kau katakan itu benar, dia akan segera berkuasa di tempat aku memijakkan kakiku ketika ini.

Aku tahu bahawa orang ini akan lahir, tetapi aku tidak tahu bahwa dia akan lahir dari kaummu (orang Arab). Jika aku tahu aku dapat mendekatinya, aku akan pergi menemuinya. Jika dia ada di sini, aku akan membasuh kedua kakinya dan agamanya akan menguasai tempat dua telapak kakiku!"

Selanjutnya, Heraclius berkata kepada Dihyah Al-Kalbi, "Sungguh, aku tahu bahawa sahabatmu itu seorang nabi yang akan diutus, yang kami tunggu-tunggu dan kami ketahui berita kedatangannya dalam kitab kami. Namun, aku takut orang-orang Rom akan melakukan sesuatu kepadaku. Kalau bukan kerana itu, aku akan mengikutinya!"

Untuk membuktikan kata-katanya tersebut, Heraclius memerintahkan orang-orangnya untuk mengumumkan, "Sesungguhnya Raja Heraclius telah mengikuti Muhammad dan meninggalkan agama Nasrani!" Seluruh pasukannya, lengkap dengan senjata serentak menyerbu ke dalam ruangan tempat Hereclius berada, lalu mengepungnya.

Kemudian Pemerintah Rom itu berkata, "Engkau telah melihat sendiri bagaimana bangsaku. Sungguh, aku takut kepada rakyatku!"

Heraclius meleraikan pasukannya dengan menyuruh pengawalnya mengumumkan berita, "Sesungguhnya raja lebih senang bersama kamu semua. Tadi beliau sedang menguji kamu semua untuk mengetahui kesabaran kamu semua dalam agama Nasrani. Sekarang pergilah!"

Mendengar pengumuman tersebut, terbubarlah pasukan yang hendak menyerang Hereclius tadi. Raja Hereclius pun menulis surat untuk Rasulullah saw yang terkandung, "Sesungguhnya aku telah memeluk Islam." Herclius juga menyelitkan hadiah beberapa dinar kepada Rasulullah saw.

Ketika Dihyah menyampaikan surat Raja Heraclius kepada Rasulullah saw, beliau berkata, "Musuh Allah itu berdusta! Dia masih beragama Nasrani."
Rasulullah saw pun membagi-bagikan hadiah berupa wang dinar itu kepada kaum muslimin.