Sabtu, 26 Mei 2012

warkah


















pakailah kopiah!

Kelebihan2 pakai kopiah:

- sunnah or syiar Islam

- dapat pahala, insyaAllah

- nampak macam orang masjid, so kenalah rajin ke masjid solat. jangan 'nampak' je.

- mencegah mata dari melihat awek-awek seksi or mengurat tak tentu hala. ingatlah kopiah di kepala. ingatlah Allah melihatmu jua.

- mencegah dari masuk ke tempat-tempat tak sepatutnya seperti karaoke, disko, gigs, konsert2 dll.

- mengingatkan diri supaya sentiasa jadi baik, praktis mek perfek.

- prioriti tinggi untuk dijadikan calon menantu dan calon suami.

- muka lebih jernih wlpn tak ensem, insyaAllah.

singgit

Wang RM 100 & RM1.00 sama2 terbuat dr kertas, sama2 dicetak & diedarkan oleh BNM. Ketika bersamaan mereka keluar dan berpisah dari Bank dan beredar dimasyarakat.

4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tdk sengaja didlm dompet seorang pemuda. Kemudian diantara kedua duit tsb terjadilah percakapan. Yg RM100 bertanya kpd RM1.00, "Knp badan km begitu lusuh, kotor dan bau busuk?" RM1.00 menjawab, "Kerata Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang2 bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis" Lalu RM1.00 Bertanya balik kpd RM100, "Knp km kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall & jg hotel2 berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet"

Lalu RM1.00 bertanya lg, "Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?" Dijawablah, "tidak pernah" RM 1.00 pun berkata lg, "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1.00, tetapi aku selalu singgah di rumah TUHAN dan ditangan anak2 yatim, bahkan aku selalu bersyukur kpd TUHAN. Aku tdk dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"

Akhirnya menangislah RM 100 Kerana sombong dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tdk begitu bermanfaat selama ini. Jd janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai utk memuliakan TUHAN. Kerana kekayaan bukanlah utk kesombongan!!

Bantulah anak kecil ini...amin!


(Adik Nurliyana menghidap sakit jantung yang luar biasa)


(Adik Nurliyana menghidap sakit jantung yang luar biasa)
KUALA LUMPUR: Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Namun, Md Azhar Ehwan terus tabah dalam menghadapi ujian yang sedang ditempuhinya apabila anak ke-4 beliau Nurliyana 6 bulan, terlantar di hospital kerana masalah jantung.

Adik Nurliyana yang disahkan mengidap penyakit jantung ALCAPA di mana kes ini jarang berlaku di negara ini.

Nurliyana kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) sedang menunggu keputusan dari IJN, sejak seminggu yang lalu. (gambar bawah)
Di Malaysia, setakat ini hanya empat orang kanak-kanak dilaporkan mengidap penyakit ini termasuk adik Nurliyana.

Ketika dihubungi, Azhar memberitahu Nurliyana mula menunjukkan perubahan negatif sebaik sahaja anaknya dilahirkan.

"Sejak bayi, Liyana kerap demam, kerap menangis. Waktu itu, kami tidak syak apa-apa cuma menganggap mungkin alahan susu," katanya.

Bagaimanapun, selepas menjalani ujian imbasan X-Ray dan ujian MRI, Azhar amat terkejut apabila doktor memberitahu jantung anaknya membengkak.

Lebih mengejutkan, Azhar turut dimaklumkan doktor, pesakit yang mengidap penyakit itu hanya dapat bertahan selama setahun.

Bagi mengubati penyakit anaknya itu, Azhar perlu mendapatkan sejumlah RM30,000 untuk pembedahan anaknya di Institut Jantung Negara (IJN).

Beliau yang bekerja di sebuah kilang di Johor dengan gaji yang tidak seberapa, mustahil baginya untuk mendapatkan peruntukan sebanyak itu.

Justeru, beliau memohon jasa baik orang ramai yang berkemampuan dapat membantunya untuk mempercepatkan proses pembedahan Nurliyana yang perlu dibedah dengan segera.

"Bagi yang kurang berkemampuan, sudilah kiranya mendoakan Adik Nurliyana agar selamat serta berjaya semasa pembedahan tersebut," ujarnya.

Orang ramai yang bermurah hati bagi membantu adik Nurliyana sihat seperti anak-anak yang lain bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 151043012835 milik Md Azhar bin Ehwan.

Ataupun boleh menghubungi beliau di talian 019-7527378, untuk berkongsi pengalaman atau memberi kata-kata semangat kepadanya.

Jumaat, 25 Mei 2012

daging sedap


Kisah seorang paderi dengan Kassim.

Paderi : Makanlah babi ni. sangat sedap. Rugi anda tidak merasanya.

Kassim : Saya orang Islam. Babi itu haram bagi orang Islam.

Paderi : Anda amat rugi kerana tidak dapat merasa daging paling sedap didunia.

Kassim : Adakah anda sudah berkahwin??

Paderi : Paderi tidak boleh berkahwin.

Kassim : Sebenarnya andalah paling rugi. Babi bukanlah daging paling sedap didunia. Ada daging lain yang paling sedap didunia. 

Perhiasan yang diharamkan


Rumah memang penting untuk kita semua, bayangkan jika kita tidak mempunyai rumah, dah tentu banyak perkara yang sukar dilakukan terutama untuk berehat dan sebagainya..Oleh itu, kita hendaklah bersyukur mempunyai rumah dan hendaklah menjaga rumah itu agar ‘bersih’ tanpa mewujudkan barang-barang yang boleh membawa kemusyrikan kepada kita..

Dlm hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, Rasulullah SAW bersabda: “Empat unsur yang membawa kebahagian iaitu isteri solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang menyenangkan hati

Manakala dalam surah an-Nahl (80), Allah SWT. berfirman :”Allah menjadikan untuk kamu rumah-rumah kamu sebagai tempat yang menyenangkan”

Oleh itu, dalam menghias rumah, tidak harus wujudnya unsur-unsur berbentuk syirik seperti patung. Ini kerana, dalam mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya malaikat rahmat masuk ke dalam rumah, kerana malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang mengandungi patung.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim, Rasulullah SAW bersabda:“Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada patung

Begitu juga dengan rumah-rumah yang dihiasi dengan gambar yang berbentuk lucah, wanita tidak berpakaian dan seumpamanya.

Kadang kala, terdapat rumah yang mempunyai kawasan yang luas dan pada zahirnya kelihatan tenang dan cantik tetapi malangnya tidak dimasuki malaikat sebab wujudnya gambar-gambar berunsur kemaksiatan, patung-patung hiasan dan seumpamanya..

Cacatkan anggota patung
-Sekiranya terdapat perhiasan berbentuk patung di dalam rumah, maka hendaklah dicacatkan anggotanya seperti patahkan kepala patung tersebut dan yang sewaktu dengannya.

Ini berdasarkan sebuah hadis yg menceritakan tentang keengganan Jibrail a.s memasuki rumah Rasulullah s.a.w. kerana di pintu rumahnya ada sebuah patung. Hari berikutnya pun Jibrail tidak mahu masuk, sehingga dia mengatakan kepada Nabi Muhammad “Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu”. Maka dipotonglah ia sehingga keadaannya menjadi sepertt sepohon pokok (Riwayat Abu Daud, Nasai & Termizi & Ibnu Hibban)

Dengan kecacatan tersebut, tiada kemungkinan patung itu akan diagungkan. Bagaimanapun, patung-patung permainan yang digunakan oleh anak-anak perempuan dibolehkan dalam Islam kerana permainan sebegini ini sekurang kurangnya boleh mengajar anak-anak untuk masa akan datang cara mendidik anak-anak mereka.

Tidak Bernyawa
- Menyentuh isu perhiasan yang dibolehkan dalam Islam, adalah seperti ayat-ayat suci Al-Quran, pokok, gambar pemandangan/benda yang tidak bernyawa.

Tidak salah dalam Islam membuat perhiasan daripada gambar berbentuk pemandangan laut, perkampungan, pohon di hutan, sungai dan sebagainya yang selari dengannya.

Cuma, yang tidak dibenarkan oleh Islam antaranya ialah gambar artis yang memperagakan auratnya unttk tatapan umum, gambar orang kafir (org bkn Islam) yang melakukan musyrik terhdp Allah SWT. Islam tidak menggalakkan gambar-gambar seperti ini kerana ia melambangkan keagungan atau timbul perasaan memuja mereka.

Menggantungkan gambar-gambar orang alim dibenarkan sebab ia dilihat dari sudut ketokohan dan kelebihan ilmunya dan Islam mengharuskan gambar sebegini untuk dijadikan contoh.

Begitu juga dengan gambar-gambar keluarga, haiwan yang diambil secara fotografi dibenarkan kerana boleh menjadi kenangan.

Seksaan Hari Kiamat
- Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yang diperbuat daripada emas dan perak kerana bilamana adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan besar akan menimbulkan perasaan / sifat sombong, riak dan ingin menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada padanya.
Larangan ini adalah utk menjaga hati fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri / wujudnya perbezaan / jurang yang berlebihan antara golongan kaya dan miskin.

Manakala bekas-bekas acuan kuih-muih yang berbentuk haiwan, ia dibolehkan kerana acuan-acuan ini akan dibuat dalam bentuk makanan yang akhirnya yang akan di makan, tidak disimpan dan tidak kekal maka ia dibolehkan. Begitu juga halnya dengan permaidani yang ada gambar binatang, tidak haram diletakkan di dalam rumah sebab ia diletakkan di dalam kedudukan rendah. Permaidani akan dipijak dan ia akan tidak membayangkan ia diagungkan.

Islam juga mengingatkan, org yg mengukir dan memahat patung akan menerima azab yang dahsyat pada hari kiamat. Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya org yang paling berat berat seksaannya pada hari kiamat ialah orang yang membuat ukiran / memahat patung ini. Dalam 1 riwayat diterangkan: Org yg menandingi kuasa ciptaan Allah”. (Riwayat Bukhari & Muslim)

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membuat patung, pada hari kiamat nanti dia akan dipaksa untuk meniupkan roh padanya, pada hal dia selamanya tidak dapat meniupkan roh itu…

Maksud hadis ini ialah, Allah akan menyuruh orang yang membuat patung itu meniup roh sehingga boleh & ini tentu sahaja merupakan 1 seksaan & peghinaan kerana bukan kerja manusia meniupkan roh. Wallahu a’lam

Khamis, 24 Mei 2012

syarat2 taubat

ULAMAK ada mengatakan bahawa taubat dari perbuatan dosa adalah wajib. Apabila perbuatan dosa itu tidak menyangkut dengan sesama manusia maksudnya hanya dosa antara seseorang dengan Allah maka harus memenuhi tiga syarat iaitu:

1) Menghentikan perbuatan dosa.
2) Menyesal atas perbuatannya itu.
3) Berketetapan hati untuk tidak mengulangi lagi perbuatan dosa itu selama-lamanya.

Apabila tidak memenuhi perbuatan dosa itu menyangkut dengan sesama manusia maka harus memenuhi empat syarat iaitu tiga syarat yang disebut di atas ditambah dengan satu lagi syarat iaitu harus menyelesaikan urusannya itu kepada yang bersangkutan.

Jika itu ada kaitan dengan harta atau yang serupa maka ia harus mengembalikannya. Jika itu ada kaitannya dengan sumpah, tuduhan dan yang serupa maka ia harus minta maaf. Jika ia ada kaitan dengan mengumpat maka ia harus dihalalkannya.

Seseorang yang berbuat dosa harus segera bertaubat, bila ia bertaubat hanya dari sebahagian dosa saja maka yang diampuni juga hanya sebahagian dari dosanya saja dan yang lain masih tetap tidak diampuni.

Firman Allah swt yang bermaksud ;

”Bertaubatlah kamu semuanya kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu sekelian berbahagia,” An-Nur 24;31

1) Dari Abu Hurairah ra berkata : ”Saya mendengar Rasulullah saw bersabda : Demi Allah, sesungguhnya saya membaca istighfar dan bertaubat kepadaNya lebih dari tujuh puluh kali setiap hari,” riwayat Bukhari

2) Dari Abu Musa Abdullah bin Qais al-Asyari dari Nabi saw, beliau bersabda : Sesungguhnya Allah sentiasa membentangkan tanganNya pada waktu malam untuk menerima taubat orang yang berbuat jahat pada waktu siangnya, dan membentangkan tanganNya pada waktu siang untuk menerima taubat orang yang berbuat jahat pada waktu malamnya. Yang demikian itu berlangsung terus sampai matahari terbit dari sebelah barat (sampai hari kiamat). Riwayat Muslim

3) Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda : Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari sebelah barat (sebelum ajal datang) maka Allah menerima taubatnya,” Riwayat Muslim.

4) Dari Abu Abdul Rahman Abdullah bin Umar bin Khattab ra dari Nabi saw beliau bersabda : Sesungguhnya Allah Maha Mulia lagi Maha Agung akan menerima taubat seseorang sebelum nyawanya sampai di tenggorok (sebelum ia sekarat). Riwayat al-Tirmizi.

5) Dari Ibn Abbas dan Anas bin Malik ra, bahawasanya Rasulullah saw bersabda : Seandainya seseorang itu mempunyai satu lembah dari emas nescaya ia ingin mempunyai dua lembah : dan tidak ada yang dapat memenuhi mulutnya kecuali tanah (ia tidak akan merasa puas terhadap dunia ini sebelum mati. Dan allah akan sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat. Riwayat Bukhari dan Muslim.

6) Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya Rasulullah saw bersabda : Allah tertawa gembira manakala ada dua orang bunuh-membunuh yang kedua-duanya masuk syurga. Yang seorang berjuang pada jalan Allah dan terbunuhlah dia: kemudian yang membunuh itu bertaubat kepada Allah lantas masuk Islam dan terbunuh di dalam berjuang (mati syahid). Riwayat Bukhari dan Muslim.