Sabtu, 4 Ogos 2012

Puasa



Sempena bulan puasa nie.... kita disarankan agar pesan berpesan.... Nasihat menasihati.... Supaya sumernye mendapat keberkatan.... Aku tau ramai yang berpuasa... Tak makan dari subuh sampai la maghrib.... Tapi aku pernah dengar orang mengajar pasal puasa yang sia-sia.... Ramai di kalangan dari kita nie....Berpuasa tapi sia-sia....puasa yang kosong.... Camner ek? 

Berpuasa tapi tak solat - Nie kes berat.... Ibarat korang buat rumah... tapi tak pacak tiang... Rumah tanpa tiang.... Atau pun korang nak pegi ke KL nak naik LRT.... Tapi train LRT tu takde! Haa....macam tu la... Puasa nie memang sangat sia-sia...

Berpuasa tapi tak jaga mulut - Perut dah kosong dah nie....tapi mulut pulak penuh dengan gosip dan umpat mengumpat..... Orang tu macam tu macam nie.... Orang nie macam tu macam nie.... Yang orang tengah bercakap tu camner pulak? Tampal mulut.... istighfar bebanyak....

Berpuasa tapi tak jaga mata - Mata tu duk lilau-lilau tengok aurat.... "Eh...mana ada! Aku puasa la!"... Puasa la sangat..... Tak semestinya tengok aurat orang kat bazar....atau kat shopping mall... atau dekat parking lot... Dekat televisyen tu haaa.....dekat komputer tu haaa... dekat henset tu haaa.... Sila la ikhlas berpuasa... :)

Berpuasa tapi tak jaga telinga - Mata dah tutup dengan kain hitam dah... mulut dah ditempel selotape dah nie.... telinga pulak duk dengar lagu-lagu hiburan yang melalaikan..... Lagi teruk kalau duk dengar lagu yang ada lirik mencarut tu... Lagu raya nak masukkan jugak tak? he he...Tepuk dada tanya iman....Kurangkan la... sempurnakan puasa dulu....

Berpuasa tapi tak jaga hati - Anggota luar nie dah sempurna ditutup ngan kain dah nie...dah macam hantu bungkus dah sebab nak jaga punya pasal.....Tapi hati pulak duk dengki sana....dengki sini.... hati pulak duk mengumpat sana...mengumpat sini.... hati pulak duk marah sana marah sini..... Nie pun termasuk puasa yang sia-sia....

Secara kesimpulannya.... puasa bukan dimaksudkan berlapar dahaga je..... Puasa nie adalah menjaga segenap segi... Dari mata ke hati... Waah...dah macam cinta pulak kan....dari mata turun ke hati.... Dan sememangnya macam tu pun....Sebab kalau sempurna puasa kita...maknanya kita ke arah menyempurnakanCINTA KEPADA ALLAH... Ye dak? :)

Sama-sama la perbaiki.... Yang paling penting....SOLAT JANGAN TINGGAL..... Segala amalan tidak dikira jika korang meninggalkan solat... Sempurnakan solat dulu... Maka baru ibadat lain menuju ke arah kesempurnaan....memang takkan sempurna....tapi kita cuba yang terbaik.... Ni tidak... baru bertatih dah tepuk dada kata sudah cuba yang terbaik.... Sudah rasa cukup dengan hanya merangkak... Tapi bila urusan dunia... Berlari laju pun rasa tak cukup.... Sehinggakan terbang pun masih belum puas... Masih sangat jauh lagi.... Masih mentah lagi sebenarnya kita nie....

Isikan mulut kita dengan istighfar, tahlil, tasbih dan tahmid..... Isikan mata kita melihat ayat-ayat suci... Isikan telinga kita dengan alunan ayat-ayat suci.... suburkan hati dengan perkara-perkara yang suci... Itu baru BERPUASA..... dan lebih baik jika perkara yang dilakukan di bulan puasa nie diteruskan sehingga ke akhir hayat...

P/S: Sekarang aku sedang mengisi kebaikan dijari jemari dengan menaip entri pesanan macam nie... Korang pun boleh join jugak....dengan menge "SHARE" kan kepada kawan-kawan.....:D

Luahan suami


Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isteri saya bekerjagai juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun, wajahnya secantik ibunya dan hidungnya matanya dan pipinya mirip saya. Dialah buah hati saya dunia dan akhirat.Semuanya terjadi pada dua tahun lepas selepas hari raya haji. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Dah lebih 10 tahun kami bersama takkan saya tak dapat kesan perubahan sikapnya. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya. Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba nak mintak dan nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Dalam fikiransaya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu.

Kalau dulu, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak ceritakan belum habis lagi, tapi kini,setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya. Itu baru soal sosial, belum lagi soal atas katil. Kalau dalam sebulan tu, dalam 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam buat dengan patung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyataberbeza.Sampailah satu hari, mungkin tuhan kabulkan setiap doa saya dalamsolat supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi macam ini. Isteri saya pergi mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci didalam bilik. Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi mesej diterima. Terus saya buka laci dan capai handphonenya dan buka peti mesejnya. Tiada nama yang terpapar,cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone yangtertera ke dalam organizer. Kemudian saya baca isi mesejnya.Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya. Ianya berbunyi begini. “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”. Hati saya mulabergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan dan cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu ditempatnya. Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.

Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan bersama-sama saya. Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing. Sebelum itu, saya bawa bersama viewcam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.Anak saya bertanya kenapa saya membawa view cam ketika saya menghantarnya ke sekolah. Saya terpaksa berbohong kepadanya dengan mengatakan bahawa saya perlukannya untuk merakam aktiviti syarikat.Pada waktu petang, waktu yang dinantikan telah tiba. Saya menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja dengan menunggu di sekitar hadapan pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam dari rakan. Saya tidak boleh gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan.Sebelum itu, saya telefon rumah saya untuk pastikan anak saya selamat pulang dari sekolah, orang gaji saya memberitahu anak saya sedang membuat kerja sekolah. Sejuk hati saya mendengar berita itu. Tetapi hati saya bergelora kembali apabila terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke arah kereta yang tidak saya kenali. Nampaknya kereta tersebut telahpun menunggu isteri saya sebelum saya sampai.

Saya perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri saya. Dengan berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang selamat. Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon saya. Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya. Saya jawab panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu bahawa pada hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya. Bila saya tanya dia berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati saya melihat isteri saya berbohong di hdapan saya sendiri. Saya kuatkan semangat ingin membongkar apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri saya. Saya ekori hingga ke sebuah restoran yang terkenal. Saya lihat isteri saya keluar dari kereta dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari isteri saya. Mereka kemudiannya masuk dan saya nampak mereka memilih meja makan yang memudahkan untuk saya memerhatikan mereka. Hampir 3 jam saya lihat kemesraan mereka berdua. Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti membetulkan tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa kecil. Entah apa yang mereka bualkan saya pun tidak tahu. Berdosa saya pada hari itu kerana telah meninggalkan solat Asar dan Maghrib semata-mata mencari kebenaran.

Saya menunggu di dalam kereta sampai lenguh seluruh badan saya.Sekali sekala saya rakam perbuatan mereka di dalam view cam.Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka keluar dari restoran dan menuju ke arah kereta tadi. Saya rakam segala perbuatan mereka. Kemudian mereka bergerak menuju ke arah yang saya tidak pasti. Saya ekori lagi hinggalah saya tahu kemana tujuan mereka. Mereka kembali ke pejabat isteri saya tetapi melalui lorong belakang yang gelap dan sempit itu. Saya tidak dapat ikut kerana takut mereka sedar akibat lampu yang saya pasang. Saya akhirnya mengambil keputusan untuk berjalan menyusup dan menyelinap ke tempat-tempat yang tersembunyi untuk saya merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat yang gelap itu setelah saya meletakkan kereta di tempat yang sesuai. Suasana di tempat itu amat gelap. Yang kedengaran hanya deruman bunyi kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan enjinnya. Saya cari tempat yang sesuai dan tersembunyi agar tidak disedari mereka. Saya cuba zoom view cam tetapi tidak nampak apa-apa kerana gelap. Kemudian saya hidupkan fungsi tangkapan gambar dalam gelap yang mana saya dapat lihat setiap sesuatu walaupun dalam keadaan yang amat gelap melalui view cam saya. Saya amat terkejut bila mendapati mereka sedang berasmara.

Saya lihat mulut mereka bercantum dan setelah agak lama, saya lihat lelaki itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya. Apa yang saya agak mereka pasti sedang berbaring bersama. Saya terpaksa berdiri lebih dekat di tempat yang selamat untuk merakam apa yang mereka lakukan. Hati saya hancur lulur pada ketika itu. Saya sedar, syaitan mula berbisik menyuruh saya menamatkan sahaja riwayat kedua-dua makhluk yang sedang berzina itu disitu juga, tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam setiap perbuatan mereka. Saya sedar, tuhan menyebelahi saya. Kebencian saya meluap-luap. Terus saya padamkan view cam dan dengan berhati-hati saya berjalan kembali ke kereta. Saya sampai di rumah selepas memulangkan kembali kereta rakan saya dan memandu kereta saya pulang. Saya lihat kereta isteri saya masih lagi tidak ada di garaj. Bermakna dia belum balik lagi. Saya masuk rumah, mandi dan solat.

Dalam solat saya menangis dan berserah kepada Allah untuk menegakkan jalan bengkang bengkok yang dicipta oleh isteri saya itu. Kemudian saya pergi ke bilik anak saya. Saya lihat anak saya sedang lena tidur. Sekali lagi saya menangis melihat anak saya yang tidak berdosa itu. Pada ketika itu saya terfikir, apakah dosa saya sehingga begini hebat dugaan tuhan kepada saya. Kedengaran bunyi kereta isteri saya tiba di garaj. Saya lantas keluar dari bilik anak saya dan menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya isteri mudah masuk ke dalam. Isteri saya terkejut melihat saya masih belum tidur. Dia cuma tersenyum dan mengatakan banyak perkara-perkara berbangkit ketika mesyuarat yang membuatkan dia pulang lewat. Dalam hati saya bergetus sendirian, perempuan laknat. Berani kau menipu hidup aku dan anak aku. Tetapi saya menyembunyikan perasaan itu dengan tersenyum dan saya lihat pakaian dan tudungnya tidak ada yang tidak kena. Semuanya rapi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dasar perempuan jalang, tahu sahaja menyembunyikan tahi yang diberakkan di tengah jalan tadi.

Dan pada malam itu saya biarkan isteri saya tidur sendirian. Saya tidur menemankan anak saya didalam bilik anak saya walau pun pada malam itu, selepas isteri saya mandi, dia minta disetubuhi. Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya, untuk menyembunyikan angkara perbuatannya tadi. Manalah tahu jika ianya membuahkan hasil, sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil itu adalah dari benih saya. Sudahlah, saya dah menjangkakan semua kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.Pada keesokkannya, hari sabtu. Saya dan isteri tidak bekerja. Saya ambil kesempatan itu untuk memasukkan apa yang saya rakamkan malam tadi ke dalam CD menggunakan laptop saya secara sembunyi – sembunyi. Saya lakukannya di dalam kereta agar tidak diketahui oleh sesiapa. Kemudian, pada sebelah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di dalam bilik. Saya bertanyakan adakah dia sudi jika saya menceraikannya jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya.

Dia menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan dia meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan saya sorang. Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti yang menunjukkan bahawa dia berbohong. Pada ketika itu air muka isteri saya mula berubah. Tetapi dia sengaja mengalihkan cerita. Saya yang sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari itu juga. Isteri saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian dia mula menanyakan berbagai soalan.Dari nada suaranya saya tahu, dia sedang dalam keresahan. Dia takut saya dapat menghidu perbuatannya. Saya terpaksa meninggikan suara akibat terdorong rasa marah yang teramat sangat. Tak pernah saya bersikap sebegitu selepas kawin cuma pada hari bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar. Kemudian saya meminta anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke kampung. Bukan main gembira anak saya, dapat berjumpa atuk dan neneknya yang dirindui. Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah anak saya. Seorang anak kecil yang mash tidak mengerti erti hidup. Anak saya seakan mengetahui hati saya. Tiba-tiba dia berhenti melompat kegirangan dan dia terus menuju kepada saya sambil bertanya kenapa dengan saya. Kenapa saya nampak sedih. Saya berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu. Dia seboleh-boleh minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti biasa.

Saya menjadi teramat sebak. Seorang anak kecil menjadi terlalu perihatin dengan papanya. Mengalir air mata saya. Saya peluk anak saya, saya cium dia. Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan tahu. Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk kebiliknya mengemas pakaian selepas diminta oleh saya. Dalam perjalanan kami tidak banyak berbual. Saya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya dan hilang selera saya untuk berbual bersama isteri. Isteri saya tidak habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak bercakap. Tetapi saya hanya diam. Cuma celoteh anak saya yang membuatkan saya kadang-kadang tertawa kecil. Sampai di rumah mertua saya, mereka sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya pulang. Terasa seperti tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya kepada mereka. Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor saya meminta kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk membincangkan satu perkara. Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu, itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk dari apa yang saya alami sekarang. Saya suruh anak saya masuk ke bilik mak usunya bermain komputer bersama mak usunya. Kemudian bapa mertua saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya memanggil mereka. Apakah perkara yang hendak dibincangkan. Saya seperti hendak menangis ketika saya bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka jika saya pulangkan kembali isteri saya kepada mereka.

Mereka terkejut, begitu juga isteri saya. Kemudian mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya ingin mengambil keputusan sebegitu rupa. Begitu berat saya hendak meluahkan. Saya terdiam tidak terkata. Setelah berkali-kali dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya mengatakan bahawa isteri saya sudah ada yang lain dan telah pun berzina dengan disaksikan oleh mata saya sendiri.

Mengucap panjang mertua saya. Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu, isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan bermesra dengan orang lain. Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu kepada saya dan isteri saya sehinggalah saya sudah tidak dapat bersabar terus saya pergi ke kereta, mengambil CD dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang tamu.

Mertua saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa yang ditayangkan dihadapan mata mereka. Rakaman kecurangan anak mereka bermain di hadapan mata mereka. Isteri saya hanya menundukkan kepala sambil menangis teresak-esak. Kemudian isteri saya bangun mendapatkan saya dan dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta ampun dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.Pada ketika itu, saya tidak sedar anak saya dan adik ipar saya keluar daripada bilik akibat terdengar raungan isteri saya. Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami sedari dan mereka melihat tayangan kecurangan isteri saya. Kemudian saya terdengar suara anak saya bertanyakan kenapa mamanya memeluk lelaki lain dan bukan papanya di dalam television itu dan kenapa mamanya memberi lelaki itu memegang buah dadanya.

Saya yang menyedari anak saya berada di ruang tamu dengan pantas menutup television. Saya lihat wajah anak saya yang kehairanan akibat terlihat tayangan tersebut dan juga setelah melihat mamanya meraung-raung dikaki saya. Wajah adik ipar saya juga dalam keadaan terkejut. Tangannya menutup mulutnya dengan matanya yang terbeliak akibat terkejut setelah mengetahui perbuatan kakaknya itu. Terus sahaja diamenarik tangan anak saya masuk ke bilik. Kedua-dua mertua saya tidak dapat berkata walau sepatah kata pun.Seminggu selepas kejadian itu, saya dan isteri saya pergi ke mahkamah syariah dan memohon perceraian. Selepas perbicaraan dan bukti-bukti yang kukuh, saya mendapat hak penjagaan anak saya.Kemudian saya meminta bekas isteri saya supaya menikah dengan lelaki yang saya nampak pada hari itu dengan disaksikan oleh hakim dan orang-orang pejabat agama.

Selepas kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan sebulan sekali bekas isteri saya datang melawat anaknya. Sehinggalah selepas beberapa bulan, saya tidak nampak lagi batang hidungnya menjengok anaknya dan dari cerita yang saya dengar dari orang-orang tempat dia bertugas, selepas bekas isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut, dia memakan hati kerana lelaki tersebut ada hubungan sulit dengan perempuan lain. Mungkin itulah balasan Allah kepadanya. Sehinggalah pada hari raya puasa yang lalu, saya berziarah ke rumah bekas mertua saya atas desakan anak saya. Di sana saya berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya. Saya lihat, dirinya tidak lagi seperti dahulu. Tubuh yang dahulunya montok dan menawan kini semakin kering. Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang benar-benar makan hati dengan suami barunya yang dicintai dan diberahikan itu.

Tapi hati saya sudah tertutup rapat untuk menerimanya lagi. Saya lihat suami barunya agak tampan tetapi umurnya masih muda jika nak dibandingkan dengan isteri saya. Biarlah, Allah sudah pun temukan mereka berdua. Bahagia atau tidak itu bukan kerja saya, itu kerja tuhan. Yang penting, saya kini memulakan hidup baru dengan anak kesayangan saya. Dialah harta yang tidak ternilai untuk saya di dunia dan akhirat. Saya akan pastikan anak saya melalui jalan hidup yang betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran Allah yang sebenar.

wasiat jihad

Salah seorang pemuda yang berasal dari Saudi, Muhammad Salim El-Harbi yang dikurniakan syahid di bumi Syria dalam satu pertempuran dengan askar dan talibarut Basyar di Lazaqiyah, Syria pada 7 Ramadhan 1433 bersamaan 26 Julai 2012. Beliau sempat menulis sepucuk surat berupa wasiat buat keluarganya:


“Kepada bonda yang tercinta, kepada ayahanda dan sekalian keluarga. Demi Allah! Saya tidak mengharapkan sesuatu kecuali redha Tuhan, bantuanNya buat agama kita, cintakan kepada jihad dan menuntut syahid. Dengan izin Allah, saya akan memberikan syafaat buat kalian semua. Ketahuilah! Bahawa mati itu tidak dapat ditolak sesiapapun walaupun kalian cuba menghalang kematian daripada saya, jika dia (mati) datang maka saya tidak dapat keluar. Ketahuilah! Bahawa jihad itu tidak akan dapat mempercepatkan atau melewatkan kematian seseorang. Firman Allah (Setiap umat itu mempunyai ajal, apabila datang ajal mereka tidak akan disegerakan atau dilewatkan walau satu saat.)

Wahai ibu! Bersabarlah! Bukannya saya seorang bahkan ramai dari kalangan pemuda-pemuda yang telah mendahului saya ke bumi jihad, dari kalangan mereka ialah Abdul Majid Mohammed, Himad dan ramai lagi. Ramai dikalangan mereka yang memperolehi nikmat di akhirat dan dikurniakan syahid. Ketahuilah wahai ibu! Bahawa kehidupan tidak lagi bermakna buat saya, saya tidak mampu hidup lagi sedang saya melihat umat Islam dihina. Saya juga tidak dapat lagi mendengar tentang kehidupan ini sedang saya melihat saudara-saudara saya mendahului berjihad serta memperoleh syahid. Maka tidak dapat tidak perlu berjihad, maka tiada kehidupan melainkan dengan jihad. Akan tetapi jalan Allah tidak pernah menyempitkan jalan saya kepadaNya.”

Ditulis oleh Muhammad Salim El-Harbi.

Semoga Allah menerima beliau dari kalangan syuhadaNya.

Imam Abu Hanifah

AL IMAM ABU HANIFAH DAN ATHEIS

Soalan Pertama

“Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lalu menjawab :

“Allah taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak”

Soalan Kedua

“ Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”

Al-Imam Abu Hanifah seraya menjawab :

“ Allah taala itu wujud sebelum adanya zaman, Sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya , mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya”

Soalan Ketiga

“ Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?"

Al-Imam Abu Hanifah menjawab :

“ Kamu pandai mengira?”

Kelompok Atheis itu menjawab :

“ Tentu sekali kami pandai mengira”

Al-Imam Abu Hanifah meneruskan ucapannya:

“Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor 4?”

Mereka menjawab : “ Nombor 3”

Al-Imam Hanifah : “ Nombor sebelum 3?”

Mereka menjawab : “Nombor 2”

Al-Imam Abu Hanifah : “Nombor sebelum 2?”

Mereka menjawab : “Nombor 1”

Al-Imam Abu Hanifah : “ Nombor sebelum 1?”

Mereka menjawab : “Tiada”

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lalu memberikan penerangan :

“Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sendiri sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada Nombor itu sendiri?”

Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada al-Imam Hanifah. Ternyata mereka silap perkiraan bilamana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Persoalan diteruskan.

Soalan Keempat

“Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”

Al-Imam Abu Hanifah : “ Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”

Mereka menjawab : “ Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah”

Al-Imam Abu Hanifah menjawab : “ Jika cahaya yang diciptakannya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik cahaya langit dan bumi ini sendiri?”

Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada al-Imam Abu Hanifah bersorak kegembiraan . Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.

Soalan Kelima

“Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?"

Al-Imam sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh Sang Anak Muda.

Al-Imam Abu Hanifah menjawab : “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”

Mereka menjawab : “ Tentu sekali”

Al-Imam meneruskan : “ Bilamana orang sakit tadi mati. Bolehkah kamu bercakap dengannya?”

Mereka menjawab : “ Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”

Al-Imam meneruskan : “ Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya , namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”

Mereka tertawa lalu memberikan jawapan: “ Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana ruhnya telah terpisah daripada jasadnya.”

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa ruhnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk ruh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”

Tertunduk kesemua Atheis tersebut bilamana mendengar persoalan al-Imam Abu Hanifah tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.

Mereka menjawab dengan keadaan penuh malu : “ Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya”

Al-Imam Abu Hanifah lalu meneruskan bicaranya: “ Jika makhluknya seperti ruh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku. Bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Ruh serta sekalian alam ini?”

Soalan Keenam

“ Dimanakah Tuhan kamu duduk sekarang?”

Al-Imam Abu Hanifah kembali bertanyakan soalan kepada mereka : “ Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?"

Mereka menjawab : “ Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”

Al-Imam Abu Hanifah seraya berkata : “ Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya , masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini”

Soalan Ketujuh

“ Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya ( iaitu selepas dihisab oleh Allah taala di padang Mahsyar) namun bilamana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya ( maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)??”

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lagi lalu menjawab : “ Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor . Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”

Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.

Al-Imam tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan. Kemudian Beliau menyambung bicaranya : “ Nah , kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu”

Soalan Kelapan

“ Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal”

Al-Imam Abu Hanifah tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab : “ Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”

Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini. Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh al-Imam Abu Hanifah dengan penuh berhikmah.

Baghdad kembali berseri selepas peristiwa tersebut. Anak muda itu semakin dikenali malah terus menerus namanya disebut orang sehinggalah ke hari ini. Walau sudah hampir ribuan tahun beliau meninggalkan kita. Namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita. Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit radhiyallahu anhu serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang amsih hidup atau yang telah wafat. Al-Fatihah.
*******

Ada juga kisah yang saya dengar bahawa soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok tersebut kepada Sang Imam bilamana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan : “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”

Maka al-Imam menjawab dengan tenang.

“ Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah.Jawapan hanya boleh diberikan bilamana aku berada di atas mengambil alih tempatmu”

Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan al-Imam tersebut. Lalu mereka bertukar tempat. Al-Imam naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.

Bilamana al-Imam sudah berada di atas . Terus beliau menjawab : “ Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan al-Imam ke atas ) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan Atheis tersebut ke bawah)

Jumaat, 3 Ogos 2012

puasa dulu2

Ramadan zaman dulu-dulu tak sama dengan Ramadan hari ini. Dahulu, apabila masuk bulan puasa, agak kurang meriahnya berbanding hari ini. Iyalah, zaman dahulu mana ada bazaar Ramadan, mana ada jualan mega raya dan mana ada iklan di tv dan radio serta akhbar yang gila-gila seperti hari ini. Zaman dulu, orang sambut kedatangan Ramadan dengan satu ingatan sahaja, nak berpuasa di siangnya dan bertarawih pada malamnya.

Kadang kala, rasanya sambutan Ramadan hari ini dari satu segi jauh lebih baik berbanding zaman dulu. Dulu, masuk sahaja bulan puasa, saya tak rasa sangat aura Ramadan. Tiada banner ucapan digantung bagi mengucapkan ihya Ramadan dan sebagainya. Majlis iftar di masjid pun kurang. Iktikaf 10 malam terakhir pun tak pernah dibuat orang. Pendeknya, ia berbeza dengan sekarang.
Sekarang ini di Bandar besar, misalnya Kuala Lumpur dan Shah Alam, setiap malam di bulan Ramadan, kebanyakan masjid dan suraunya melimpah ruah. Imam dijemput khas, sama ada imam hafiz tempatan mahu pun luar Negara. Ada masjid yang solat tarawihnya sampai dua jam.

Dahulu, solat tarawihnya selalunya laju. Imam akan buat 20 rakaat; tetapi lajunya minta ampun. Sekarang, selalunya orang suka buat lapan rakaat; tetapi siap ditambahkan dengan tazkirah. Pendeknya, pengisiannya lebih bermanfaat.

Dahulu, moreh menjadi kemestian. Ada orang (selalunya tukang masak masjid) tak solat tarawih, sebab nak siapkan moreh. Tapi sekarang, orang lebih berebut nak taja majlis iftar, sampai sesetengah masjid penuh jadual sebulan ditempah orang.

Dahulu, qiyamullail di bulan Ramadan agak jarang dibuat orang. Jika ada pun, lebih bersifat individu. Sekarang, qiyamullail dah jadi macam tradisi, khususnya pada 10 malam terakhir bulan Ramadan. Bahkan, ada orang ambil cuti 10 hari terakhir itu untuk memudahkannya beriktikaf di masjid. Bahkan, ada orang kaya yang ambil trip ke Mekah menunaikan umrah di hujung Ramadan.

Dahulu, bila musim Ramadan, amalan sedekah hanya berlegar di sekitar rumah dan jiran terdekat. Kini, amalan sedekah di bulan Ramadan dah jadi hebat, sampai ke luar Negara, Kemboja, Palestin dan sebagainya. Hebat sungguh sedekah zaman sekarang.

Dulu, orang sambut Ramadan dengan penuh kesederhanaan, makannya ala kadar, rasanya kurang pembaziran. Sekarang, orang jadikan Ramadan peluang mengaut keuntungan, makanan tidak sedap pun tidak mengapa, asalkan habis dibeli orang. Akhirnya, Ramadan jadi pesta makanan dan banyak terjadi pembaziran.

Inilah sedikit sebanyak perbezaan Ramadan antara dahulu dan sekarang…

http://www.hamizul.com/

Khamis, 2 Ogos 2012

salam Lebaran 1433H


Salam Lebaran                         
Daripada :
Mohamad Shehdi bin Ragiun
Norhana bte Yahya
Muhammad Shakir Zufayri bin Mohamad Shehdi
 Nur Izzah Athirah binti Mohamad Shehdi
Nur Izzah Umairah binti Mohamad Shehdi
 













Telah datang pada kalian bulan dengan Allah membawa berkat, rahmat dan maghfirah.
Bulan yang paling mulia di sisi Allah.
Hari-harinya adalah hari-hari paling utama.
Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama.
Jam demi jam, detik demi detik nya adalah saat dan ketika paling utama.
Inilah bulan kamu diundang menjadi tetamu Allah dan kamu dimuliakan-Nya.

Di bulan ini segala nafas-nafasmu menjadi tasbih,
tidurmu adalah ibadah,
amal-amalmu diterima,
dan doa-doamu diijabah
.

Wahai manusia aka anak Adam!
Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu,
maka
mintalah kepada Tuhanmu agar tidak akan pernah menutupkannya bagimu.
Pintu-pintu neraka tertutup,
maka
mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu.
Syaitan-syaitan terbelenggu,
maka
mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.
Agar dapat berjumpa lagi dengan mu Ramadhan
Pada tahun yang hadapan... Amin. Insya Allah

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas

sah puasa


Assalamualaikum

Ustaz, adakah sah puasa seseorang sekiranya dia masih belum mandi wajib sehingga terbenam matahari??

Assalamualaikum,Ustaz.

Jika bersetubuh pada malamnya dan mandi wajib di pagi hari (kerana tertidur), adakah sah puasanya?

JAWAPAN

Puasa bagi orang yang terlibat dalam kedua-dua soalan di atas adalah sah sekiranya ia telah berniat untuk puasa di malam hari sebelum azan Subuh.

Kesohihan puasa orang yang belum mandi wajib ini adalah berdasarkan kepada apa yang pernah berlaku kepada Nabi s.a.w sebagaimana diriwayatkan iaitu :-

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ كان يُدْرِكُهُ الْفَجْرُ وهو جُنُبٌ من أَهْلِهِثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ

Ertinya : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w  dalam keadaan berjunub hasil bersama dengan isterinya semasa sampai waktu fajar (Subuh), kemudian baginda s.a.w mandi dan berpuasa pada hari tersebut " (Riwayat Al-Bukhari, Bab As-Soim Yusbihu Junban, 2/679 ; Muslim, 2/779)

Disebutkan juga bahawa isteri Nabi s.a.w iaitu Ummu Salamah r.a pernah ditanya adakah sah puasa orang yang tatkala masuk waktu subuh berpuasa sedangkan ia belum mandi hadas.

Ummu Salamah menjawab:-

كان رسول اللَّهِ يُصْبِحُ جُنُبًا من جِمَاعٍ لَا من حُلُمٍ ثُمَّ لَايُفْطِرُ ولا يَقْضِي

Ertinya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sendiri pernah masuk Subuh dalam keadaan ia berjunub hasil 'bersama dengan isterinya' dan bukan dari mimpi, kemudian baginda tidak berbuka dan tidak pula mengganti puasanya (menunjukkan puasanya sah)" (Riwayat Muslim, 2/780 ; sohih)

Dalil di atas amat jelas menunjukkan puasa adalah sah. (al-Majmu', An-Nawawi, 6/309)  Demikian jugalah dengan keadaan wanita yang kering haidnya sebelum Subuh dan belum mandi wajib. Puasa adalah sah jika ia telah berniat. Kesemua ini adalah pendapat yan paling tepat dan merupakan pegangan majoriti ulama Fiqh silam dan terkini . Ini adalah kerana tidak termasuk dalam syarat sah puasa adalah anda berada dalam keadaan suci dari hadas besar. (Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusyd Al-Hafid, 1/215)

Tetapi ingat, jangan hanya sibuk bertanya hukum puasa sahaja, jangan lupa wajib mandi sebelum tamat waktu Subuh kerana anda perlu solat Fardhu Subuh.

Sekian

http://www.zaharuddin.net/