Ahad, 7 Oktober 2012

Plat BKK 5010



Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama. Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan.
Kenapa Perak bermula dengan A ?
Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana ketika itu, penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan  kenderaan paling tinggi ketika itu. Ketika itu, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah.
Kebanyakannya kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah dari penduduk tanah melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British bertugas di Perak.
Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.
Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) di ikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D).
Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri.
Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.
Permulaan Huruf Pendaftaran Kenderaan Mengikut Negeri :
A = Negeri Perak
B = Selangor
C = Pahang
D = Kelantan
E = Sabah-Sebelum tahun 1980-an
EJ: Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu sejak 1968)
ES: Sandakan
ET: Tawau
ED: Lahad Datu
EU: Keningau
EK: Kudat
EL: Labuan
F = -tiada-
G = -tiada-
H = Teksi
I = -tiada-
J = Johor
K = Kedah
KV = Langkawi
L = Labuan
M = Melaka
N = Negeri Sembilan
O = -tiada-
P = Pulau Pinang
Q = Sarawak
QA dan QK: Kuching
QB: Sri Aman
QC: Samarahan
QL: Limbang
QM: Miri
QP: Kapit
QR: Sarikei
QS: Sibu
QT: Bintulu
R = Perlis
S = Sabah, dulu E
SA: Kota Kinabalu
SB: Beaufort
SD: Lahad Datu
SK: Kudat
SS: Sandakan
ST: Tawau
SU: Keningau
T = Terengganu
U = -tiada-
V = -tiada-
W = Kuala Lumpur
X = -tiada-
Y = -tiada-
Z = Tentera
Z: Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia
ZA ke ZD: Tentera
ZL: Tentera Laut Malaysia
ZU: Tentera Udara Malaysia
ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor

Sabtu, 6 Oktober 2012

surat kebenaran


Suami Tersayang
__________________________________________________________

Isteri Solehah
Bakal pemegang payung emas di syurga Allah

31 Februari 2020

Puan,


PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya . Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu , memandangkan masih ada 3 kekosongan , eloklah jika dapat dipenuhi secepat mungkin . 

Macam atom carbon bentuk 4 ikatan. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik ............ yang merupakan kenalan kita . Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan amat baik , eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita . Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan , yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis , terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakin an untuk mengemukakan permohonan ini . Kini, dengan rezeki yg melimpah ruah Allah kurniakan , saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga . Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak , manakan mung kin puan dapat menjadi seperti sekarang . Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar , rumah besar , rantai besar dan pakaian besar . Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat . Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan . Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga . Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi , pinggan-mangkuk , ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini . Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas ….. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini . Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata , saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian , Terima Kasih.

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”

Yang Ikhlas Memohon ,

Suami Terchenta


clash

Student Kimia : Saya banyak terdedah dgn bahan kimia, saya takut tak dpt beri zuriat. Kita berpisah eh? "

Student Fizik : "Saya belajar pasal fizik kuantum yg tak nampak, jadi saya tak nampak awak dlm diri saya. Kita clash"

Student Matematik : "Saya dah buat kira-kira guna limit function, mmg sampai sini saja limit perhubungan kita"

Student Biologi : Maaf, saya dah jatuh cinta dengan serangga dan tumbuh-tumbuhan. Bukan dgn awak lagi"

Student Pergigian : "Saya tahu yg cinta awak palsu sepalsu gigi palsu! Nyenyenye."

Student Perundangan : "Talk to the hand, see you in court!"

Student Seni : "Gaya awak tak cukup abstrak untuk menambat hati saya. Maaf" 


Student Perubatan : "Sy tak leh lah tgk muka awk lagi..muka awk dh sebijik cam mayat yg sy bedah masa belajar..kita putus..fullstop!!"


Student Sastera : "Awk tak cukup jiwang bg sy..kita putus ye"


Student Pengajian Islam : "saya solat istikharah malam tadi dan sorry, awak tak ada dalam petunjuk masa depan saya".

larian KAKOM KMS-hehdi 2012

set zoom

eye bird

kru kren

larian bermula

lari lari urat dawai tulang besi

boss balik

semangat kokam

shoot

tangki air

TTS teh tarik session

aiskrim wafi azli ithman

awek kedai beskal?

Jumaat, 5 Oktober 2012

Iktibar


Pada tahun 636 M seramai 41 ribu tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid al- Walid, berjaya menewaskan 70 ribu tentera Rom. Kekalahan tentera Rom pada waktu itu yang dikenali dalam perang Yarmouk, telah membuka peluang kepada umat Islam menguasai Baitul Maqdis.

Kerajaan Rom ingin menamatkan penjajahan mereka di Timur Tengah dengan menyerahkan Kota al-Quds kepada umat Islam. Bagaimanapun, Patriarch Sophronius seorang uskup gereja di al-Quds berkeras dan enggan menyerahkan Baitul Maqdis kepada umat Islam kecuali Amirul Mukminin, Umar Al Khattab datang sendiri menemui rakyat Illiya’ dan mengambil kunci daripada tangannya sendiri. Di sinilah hikayat agung pembukaan Kota al-Quds yang diukir Sahabat Rasulullah SAW yang digelar al-Faruq, Umar al-Khattab.
Setelah bermesyuarat, Umar pun berangkat dari Madinah ke Palestin dengan hanya menaiki seekor unta dan ditemani oleh seorang khadamnya sahaja.

Menurut riwayat, Umar dan khadamnya bergilir-gilir menaiki unta. Jika Umar menaiki unta, maka khadamnya yang akan memandu pedati unta tersebut. Mana kala jika khadamnya naik unta, Umar pula yang akan berjalan menjadi pemandu permusafiran itu. Setiap kali giliran dilakukan, mereka akan membaca surah Yassin sehingga tamat. Itulah yang dilakukan oleh Umar dan khadamnya sehingga tiba di Kota al-Quds.

Apabila Kota al-Quds semakin dekat, khadamnya memesan agar Umar terus mengambil kedudukan di atas pelana unta, sementara dia yang akan memandu unta tersebut. Tetapi Umar melarang dan mengarahkannya agar terus mengikut tempoh gantian yang telah disyaratkan sejak berada di Madinah. Dan kebetulan saat mereka berdua hampir ke gerbang Kota al-Quds, adalah giliran Umar memandu unta tersebut. Saat itu rakyat Illiya’ yang majoritinya beragama Nasrani memenuhi Jerusalem. Mata mereka tertumpu kepada seorang pemimpin yang tidak pernah mereka lihat sepanjang sejarah.

Lazimnya penguasa-penguasa Rom akan membawa bala tentera dan sejumlah kebanggaan diraja, permaisuri dan gundik-gundik yang sudah menjadi kemestian mereka. Tetapi Umar sebagai khalifah Islam, yang berjaya mengurus tenteranya menundukkan Rom, datang dengan baju yang lusuh dan bertampal, manakala kedua-dua kakinya dipenuhi debu pasir.

Pembesar-pembesar Kristian terpegun melihat kerendahan Umar sekalipun kuasa pemerintahan terbuka luas di tangannya. Mereka semua mengandaikan Umar akan tiba dengan satu rombongan yang besar, sehebat reputasi kerajaan dan namanya, sebaliknya Umar hanya ditemani oleh seorang khadam dan unta yang dipandunya Umar sendiri.

Mereka merasakan perbezaan yang sangat ketara antara peribadi Khalifah Umar dengan semua Raja Kaisar yang pernah menakluk Jerusalem sebelum ini. Lalu seluruh rakyat Iliya’ di Kota al-Quds itu memberikan penghormatan kepada Umar sambil menundukkan kepala. Kemudian Umar berteriak keras, “Angkat kepala kalian sesungguhnya kamu tidak perlu menundukkan kepala (sujud) seperti ini kecuali kepada Tuhan.”

Terpegun Sophronius melihat kesederhanaan Khalifah, lalu dia berkata, ”Jika beginilah pemimpin Islam, sesungguhnya kerajaan kamu (Umar) tidak akan tewas.”
Khalifah Umar kemudiannya menerima penyerahan kunci kota suci itu secara rasmi daripada Sophronius. Kemudian Umar mengikat jaminan aman kepada penganut Kristian Iliya’ yang ingin tetap tinggal di Jerusalem.

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Inilah perdamaian yang diberikan oleh hamba Allah Umar, Pemimpin Negara Islam kepada rakyat Iliya'. Islam menjamin keamanan rakyat Iliya’, keselamatan harta benda , gereja-gereja, salib-salib, mereka yang sakit mahupun yang sihat dan seluruh keyakinan aliran agama mereka. Tidak boleh mencerobohi gereja mereka mahupun memusnahkan, mengurangi (melakukan rampasan) mahupun menghilangkan sama sekali…”

Genap 10 hari Saidina Umar bersama tentera-tentera Islam yang kemudiannya masuk ke Kota al-Quds dengan aman. Kejayaan tersebut diraikan dengan doa kesyukuran kepada Allah Taala. Sewaktu berdoa, Umar tiba-tiba menangis.

Lalu salah seorang bertanya kepada Umar, “Wahai Umar adakah kamu menangis kerana kemenangan ini?”

“Iya, aku menangisi kemenangan ini. Aku teringatkan Baginda Nabi SAW pernah bersabda; “Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan terhadap diri kalian. Tetapi yang aku khuatirkan adalah kesenangan dunia yang dibentangkan pada kalian sebagaimana diperoleh oleh orang-orang sebelum kalian. Lalu kalian semua saling pintas-memintas untuk mendapatkannya sebagaimana mereka, sehinggalah harta tersebut membinasakan kalian seperti mereka dibinasakan.” (Sahih Muslim)

Setelah itu, Umar kembali bersama khadamnya menuju semula ke Madinah. Datang dan perginya Khalifah Umar, hanya berperawakan seperti musafir biasa dan rakyat jelata. Inilah sifat peribadi tokoh yang mampu membebaskan Palestin, mereka adalah orang yang zuhud (memanfaatkan dunia seadanya, tidak melampau atau berlebih-lebihan) dalam semua perkara.

Kisah Sultan Salahuddin Al Ayyubi

“…This is what the Lord Almighty says, ‘I will punish the Amalekites for what they did to Israel when they waylaid them as they came up from Egypt. Now go, attack the Amalekites anda totally destroy everything that belongs to them. Do not spare them; put to death men and women, children an infants, cattle and sheep, camels and donkeys’.” – Samuel I 15:3, International Version

Petikan itu adalah paragraf Bible yang diimani para tentera Salibiyyah ketika melumatkan penduduk Islam di Palestin pada 7 Jun 1099 M (493 H). Amalekites ataupun disebut ‘Amlaaq’ di dalam bahasa Arab, disifatkan sebagai golongan anti-Semitism. Mereka yang menanggung gelaran itu berhak dirampas haknya, dirosakkan bangunan dan penginapannya serta segala harta milik kaum Muslimin terutamanya dihancurkan, tidak kira sama ada mereka itu lelaki, wanita, kanak-kanak mahupun warga emas. Semuanya dibelasah, dibantai dengan jiwa rakus penuh kekejaman.

Ketika perang Salibiyah berlaku pada tahun tersebut, diangggarkan 40 ribu kaum Muslimin yang terbunuh, dan dengan megah Godfrey of Bouillon menegakkan Ordo Sion di bumi Palestin. Peranan yang dimainkan Godfrey telah berhasil mengangkat adiknya, Baldwin I sebagai Raja Jerusalem pertama setelah rampasan kota suci tersebut dari tangan Muslim. Berita kemenangan Godfrey itu dikhabarkan sehingga mereka terpaksa merenangi lautan darah apabila deretan gelumang mayat umat Islam dibunuh setinggi kaki kuda.

Keserakahan Salibiyyah di bumi Palestin kemudiannya dihentikan oleh Salahuddin Al Ayyubi (1169-1193 M) pada 583 H di dalam peperangan Hittin. Tentera Salibiyyah yang dibidak Guy The Lusignan dan Reynald The Chatillon mengalami kekalahan teruk dan sangat memalukan.

Namun, yang yang dilakukan oleh Salahuddin al-Ayyubi sangat berbeza dengan tindakan yang pernah dilakukan oleh Godfrey, peristiwa pembantaiannya terhadap penduduk Palestin 90 tahun sebelum ini. Setelah Jerusalem berjaya ditawan tentera Islam, Salahuddin diancam oleh Balian, Baron of Ibelin yang telah kalah dalam pertempuran itu untuk membunuh keluarga mereka sendiri, haiwan ternakan, membunuh 5,000 orang Islam yang ditawan, meruntuhkan kubah batu (Doom of the rock) dan juga Masjidil Aqsa.

Setelah Salahuddin mendengar hujjah dungu kekalahan Balian, seraya beliau bertanya kepadanya, “Adakah kaum wanita, kanak-kanak yang tidak berdaya hendak juga kamu bunuh?”

Melihatkan ancaman Balian itu, Salahuddin Al Ayyubi menawarkan kepada orang-orang Kristian di Palestin, “Jika tentera Salib menyerah, mereka dan seluruh keluarga termasuklah harta-harta mereka boleh meninggalkan Jerusalem dalam tempoh masa 40 hari.”

Hal itu mengejutkan Balian, walaupun sebelum ini tentera Salibiyyah yang pernah dipimpin Godfrey membunuh puluhan ribu orang Islam setelah berjaya merampas Palestin, tetapi Salahuddin tetap memberikan peluang kepada tebusan-tebusannya tanpa menaruh rasa dendam untuk membalas perbuatan Godfrey.

Salahuddin memberi peluang membebaskan mereka dengan wang tebusan bagi seorang lelaki sebanyak 10 dinar, wanita 5 dinar dan kanak-kanak 1 dinar. Wang tebusan itu adalah harga kemerdekaan yang paling murah pernah dilakukan, malah Salahuddin menetapkan bahawa seluruh jumlah wang tersebut akan digunakan untuk membangunkan semula Jerusalem yang telah musnah. Lalu berbondonglah para bangsawan dan panglima tentera Salib keluar dari Jerusalem, mereka keluar dari kota itu tanpa mempedulikan nasib yang menimpa kepada para pengikut mereka sebelum ini yang tidak mampu membayar wang tersebut walau dengan jumlah 1 dinar.

Apabila Salahuddin Al Ayyubi mengetahui masih ada yang tidak mampu membayar dengan jumlah yang ditawarkan itu, maka Salahuddin kembali mengumumkan bahawa sesiapa yang miskin akan dibebaskan tanpa bayaran. Keluarlah mereka beramai-ramai dari pintu St. Lazarus dari pagi sehingga ke malam bersaksikan keadilan yang dimiliki oleh Sultan yang beragama Islam itu.

Keluhuran akhlak dan kecintaan Salahuddin al-Ayyubi kepada kedamaian begitu mendalam walaupun beliau sendiri merupakan panglima perang, tetapi jalan peperangan bukanlah jalan yang ditagih, sebaliknya perang dilakukan adalah kerana cintanya untuk mempertahankan Islam.

Di Mesir, Salahuddin membina sebuah benteng tebal yang kukuh dan panjangnya lebih daripada satu kilometer. Di Dimashq, beliau telah mendirikan rumah pemeliharaan bagi orang-orang miskin. Demikian juga di Sudan, Yaman dan lain-lain negara yang pernah ditadbirnya terdapat banyak bangunan kebajikan untuk rakyat. Tetapi ketika akhir hayat Salahuddin, sultan yang pernah mengepalai negara dari Syam sehingga ke Afrika itu hanya meninggalkan 1 dinar dan 36 dirham. Tiada sebutirpun emas, sebidang kebun atau tanah yang mampu diwariskannya. Sehinggakan peruntukan untuk membeli kain kafanpun merupakan hasil sumbangan menteri kerajaannya. Ternyata Panglima besar ini, Salahuddin tidak memikirkan sama sekali harta untuk dirinya. Semua tenaga dan harta miliknya  dicurahkan untuk perjuangan di jalan Allah semata-mata.

Kisah Sultan Saifuddin Qutuz

Sejarah kembalinya Palestin ke tangan orang Islam diteroka dan ditinjau, sebenarnya diteraju oleh pemimpin yang terdiri dari orang yang terlebih dahulu berjaya membebaskan dirinya dari penghambaan kepada nafsu mahupun mana-mana perkara yang tidak selayaknya disembah melainkan Allah Taala. Hal ini kerana, bagaimana kita mampu menewaskan musuh yang nyata sekiranya kita sendiri kalah dengan musuh yang menghuni diri kita sendiri. Demikian itu, kita saksikan hari ini di Palestin, Israel terus menggasak kerana percaya bahawa umumnya dunia Islam masih belum berhijrah memperbaiki diri dan mudah diperbudakkan ibarat lembu yang dicucuk hidungnya.

“Perbaiki cela yang ada pada diri, baharulah kamu mampu memperbaiki cela orang lain...”; Inilah rumus kemenangan umat Islam ke atas tentera-tentera anak cucu Genghiz Khan (tentera Tatar) di Ayn Jalut, Palestin. Ketika seluruh peta Islam jatuh ke pesta pembunuhan yang dilakukan tentera-tentera Tatar, Sultan Saifuddin Qutuz telah berjaya menewaskan mereka yang kelaparan darah para mujahidin.

Apakah kaedah yang digunakan oleh Qutuz?

Sebelum Qutuz membawa bala tenteranya ke medan perang, beliau terlebih dahulu menyisihkan pemimpin yang korup dan memerangi penguasa umat Islam yang kecundang dengan nafsu.

Qutuz pernah melaungkan kata-katanya kepada penguasa yang bertuankan hawa nafsu, “Wahai pemimpin umat Islam! Kamu diberi gaji daripada baitul maal sedangkan kamu benci untuk berperang, kamu tidak mempertahankan maruah Islam! Aku ingin berhadapan kepada Allah dan Rasul-Nya dalam keadaan mempertahankan agama, maka sesiapa di antara kamu memilih untuk berjihad, temani aku. Dan sesiapa memilih untuk enggan berjihad, pulanglah ke rumah. Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan dosa kehormatan Muslimin yang akan ditanggungnya oleh orang yang tidak turut  berjihad...”.
Dari hal itu, Qutuz telah mendahulukan harta kerajaan untuk diinfaqkan ke medan jihad, sebelum meminta kerahan hasil baitul maal dan harta rakyat jelata disumbangkan.

Qutuz turut melakukan pengislahan terhadap politik negara yang ketika itu tidak stabil dengan ketamakan dan perebutan kuasa yang berlaku antara penyokong Turansyah (cucu Almarhum Sultan Salahuddin al-Ayyubi), penyokong Syajaratud Durr, penyokong Sultan an-Nasir Yusuf di Syam dan penyokong Sultan ‘Aizzudin Aibaq. Qutuz menghentikan permusuhan yang berlaku antara Mamluk Bahriyyah dan Mamluk Mu’izziah, serta mengeratkan hubungan Mesir dan Syam yang sebelum ini tegang dengan persengketaan di antara ‘kem’ Ayyubiyah dengan ‘kem’ Mamluk. Orang-orang Ayyubiyah menganggap orang Mamluk tidak berhak memerintah Mesir kerana mereka daripada golongan hamba.

Qutuz turut menjernihkan perbalahan antara penyokong Khawarizmiyyah dengan penyokong Abbasiyyah yang pernah dihangatkan dengan api permusuhan doktrin dan aliran.

Qutuz juga meninggikan institusi ulama’ sebagai organisasi tertinggi di dalam kerajaannya, di mana Sultanul Ulama’ Sheikh ‘Izziddin Abd Salam dijadikan penasihatnya dalam semua keputusan kerajaannya. Demikian itu, baharulah Allah Taala memberikan kemenangan kepada Qutuz di Ayn Jalut, bertepatan dengan syarat kemenangan-Nya :

“...Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; Sesungguhnya Allah akan membatalkan (kemenangan), adapun Allah tidak akan memberikan kebaikan (kemenangan) kepada orang-orang yang melakukan kerosakan. Dan Allah akan mengukuhkan kebenaran dengan ketetapan-Nya, walaupun orang-orang yang membuat dosa tidak menyukai.” (Surah Yunus: 81).

Allah akan membatalkan kemenangan dan memberikan kepalsuan kepada orang yang melakukan kerosakan. Dan kemenangan daripada Allah hanya akan diberi apabila syarat-syarat telah terpenuhi apabila syariat-Nya dijaga.

Khamis, 4 Oktober 2012

taubat


Dosa penghalang untuk taat kepada Allah. Sedangkan taat itu menjamin keselamatan kita di dunia & akhirat.
Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu beruntung."
(An-Nur, 24: 31)


"Taubat Itu Sukar Tetapi Tidak Bertaubat Itu Jauh Lebih Sukar."

Menyesal timbul bile kita kehilangan atau terlepas sesuatu yang sangat bernilai dalam hidup. Hilang kasut Bonia kat masjid. Hilang pencuci muke SK II kat asrama. Hilang rantai Zhulian dalam LRT.

Seseorang yang merasakan iPad nye adalah sesuatu yang sangat bernilai,
bile rosak dia akan menyesal.
Sebaliknya sesiapa yang menyesal apabila terlepas solat subuh ini adalah kerana dirasakan bahawa solat subuh itu sangat bernilai.

Ada 2 situasi:
1) Seorang ini meninggalkan solat Subuh dengan sengaja
2) Seorang ini pula kehilangan iPad canggihnya

Orang yang meninggalkan solat subuh tidak berasa menyesal sedikit pun atas kesalahannya biarpun ada hadith yang menyatakan bahawa orang yang meninggalkan solat Subuh dengan sengaja diancam dengan kekafiran. Sebaliknya, individu yang kehilangan barang berharganya pula yang berasa amat menyesal & terkilan.

Menyesal datangnya dari hati. Tak boleh dibuat-buat. Muncul secara automatik. Soal hati tidak boleh dipaksa atau dilakonkan. Try pura-pura menyesal. Pelik..

Menyesal adalah syarat-syarat bertaubat. Nampak mudah yakni dengan hanya perlu menysal, namun bukan senang, bukan mudah untuk melahirkan perasaan menyesal di dalam hati. Automatik perasaan menyesal timbul pabila hati & akal mempunyai ilmu & keyakinan sudah sebati & serasi. Jika hati seseorang tidak benar-benar yakin akan akibat dosa, maka tidak mungkin dia berasa menyesal.

UBAH SUASANA, CARI TEMAN SEALIRAN, AJAK KAWAN AGAR BERADA DI ATAS SATU SALIRAN
Untuk bertaubat akan menjadi payah walaupun hati nekad untuk berubah kalau suasana sekeliling tidak membantu & teman sealiran tiada. Sebaiknya, carilah suasana yang tidak menggoda atau mengingatkan kita kepada dosa-dosa silam yang pernah dilakukan di tempat tersebut.

Kita ambil contoh,
1) Ex peminum arak hendaklah menjauhi kedai kedai yang menjual arak jika benar dia sudah menyesal & bertaubat.
2) Ex penzina mesti menjauhi daripada segala elemen yang boleh menggodanya semula untuk berzina seperti tempat pelesiran, filem lucah, buku buku porno & etc.

Jauhi teman teman yang masih belum insaf & degil untuk terus hidup dalam maksiat walau sudah diajak bersama sama untuk melakukan suatu perubahan yang baik. Agama seseorang mengikut agama temannya.


Jika terpaksa memutuskan hubungan dengan individu yang berusaha untuk menyesatkan kita, jauhi dia. Jauhi dengan cara paling berhikmah. "Bakarlah jambatan" dengan semua perkara, tempat, suasana, & individu yang menggoda kita kembali menderhaka kepada Allah.
Inilah yang dilakukan Ka'ab bin Malik sewaktu pihak kafir menghantar surat untuk memujuknya kembali kafir ketika dipulaukan oleh Rasulullah SAW
AMALAN HATI & ANGGOTA
Setelah timbul penyesalan dalam diri, berada di dalam suasana yang kondusif & teman sealiran untuk bertaubat, hendaklah si dia yang ingin bertaubat berhenti serta-merta daripada melakukan dosa tersebut & berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Jangan sesekali dengan bangga, seghonok & meriahnya dok p ceghite kat jiran tetangga dosa yang pernah dilakukan di suatu masa dulu.

Bukan itu je. Si dia yang ingin bertaubat juga mesti melakukan 2 bentuk amalan baik iaitu:
1) AMALAN HATI
Fasa ini adalah fasa yang paling sulit. Maksiat terasa manis, disukai oleh hawa nafsu & bila dilakukan di khalayak ramai tidak timbul walau secebis rase malu. Malah bangga. Sesalilah dengan dosa yang dilakukan.
Kepada mereka yang bertaubat, hati itu juga perlu dijaga daripada sombong kerana mampu bertaubat. Jangan timbul perasaan riya', ujub & sum'ah atas kemampuan itu. 
Semailah rasa khauf iaitu takut-takut kalau taubat tidak diterima Allah & bajailah rasa raja' iaitu berharap agar Allah menerima taubat tersebut.

2) AMALAN PANCAINDERA
Banyak-banyakkan, rajin-rajinkan untuk melakukan sebanyak-sebanyak amalan kebajikan untuk bertaubat dari dosa. Contoh? Ini dia =)
* Berwudu' & menunaikan solat sunat taubat:
Abu Bakar r.a berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 'Tidaklah bagi seorang lelaki yang melakukan dosa akan bangun, membersihkan diri (berwuduk), menunaikan solat (solat sunat taubat 2 rakaat) & kemudian meminta ampun kepada Allah dengan beristighfar melainkan Allah akan memberikan keampunan baginya."
(Riwayat Imam Al-Tirmizi & Imam Abu Daud) 

* Memperbanyak istighfar:
"Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah & bertaubat kepada-Nya setiap hari lebih 70 kali."
(Riwayat Imam al-Bukhari)

Sedangkan Rasulullah s.a.w tidak berdosa & maksum, ini pula kita sebagai umat Baginda yang berdosa. Maka, tindakan ini wajib diikuti. justeru, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,

"Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah. Sesungguhnya, aku bertaubat kepada Allah sebanyak 100 kali setiap hari."
(Riwayat Imam Muslim)

* Melakukan amal kebajikan:
Tutupi dosa sejarah silam dengan kebajikan yang kita usahakan sekarang. Jangan diburu perasaan bersalah sehingga timbul rasa kecewa, murung & patah semangat untuk terus hidup & terus berusaha.

Syaitan ni kan licik sangatt. Syaitan bijak tipu manusia sehingga penyesalan atas dosa-dosa menjadikan seseorang itu berputus asa dari rahmat Allah. Jangan buat macam tu. Jadikan penyesalan sebagai dorongan untuk terus maju ke hadapan tanpa jemu & lesu. Bukan senang rasa menyesal tu nak timbul lepas buat dosa. Tak semua orang rase..

Saidina Umar r.a pernah berkata: "Aku telah melakukan pelbagai amalan soleh untuk menghapuskan kesalahanku."

Dapat kita lihat bahawa sudah tentu beliau sangat memahami maksud hadith ni,
"Sesungguhnya, perumpamaan orang yang melakukan kejahatan kemudian mengerjakan perkara kebaikan seperti seorang lelaki yang memakai baju perang besi yang sempit sehingga mencekiknya. Apabila dia melakukan amalan kebaikan, maka terbukalah satu lubang, kemudian dia melakukan kebaikan lain & terbukalah lubang lain sehinggalah terbuka kesemuanya & ia jatuh ke atas tanah."
(Rwayat Imam Al-Tabarani)

SUKAR NI INSYAALLAH SEKEJAP JEE
Taubat itu sukar jika tiada ilmu, iman & amal.
"Taubat yang dilakukan tanpa adanya pendahuluan akan terasa berat. Oleh sebab itu, dalam bertaubat terdapat 3 pendahuluan.
1) Menyedari bahawa dosa itu amat buruk.
2) Menyedari & ingat betapa kerasnya hukuman & kemurkaan Allah yang tidak dapat manusia hadapinya.
3) Menyedari kelemahan & kurangnya tenaga untuk menghadapi kesemuanya itu."
(Imam Al-Ghazali rhm)

Sedangkan jatuh katil, terhantuk signboard, terlanggar basikal, tersepit pintu kereta, terkena panahan sinar mentari yang sememangnya terik pun kita sudah tak mampu tahan,
bagaimana dengan seksa api neraka yang berganda-ganda dasyatnya?
InsyaAllah kalau kita ingat balik semua tu, mudahlah untuk kita bertaubat.

"Sesukar mana pun untuk kita bertaubat jauh lebih sukar menanggung akibat tidak bertaubat.."

Orang yang bijaksana tentunya sanggup menerima  sedikit kesusahan & sementara di dunia demi menempuh jalan taubat daripada terpaksa tanggung  kesusahan yang lebih sukar & berkekalan di neraka akibat tidak bertaubat..


Orang yang berdosa akan dibebani rasa bosan, malas, pahit & pedih untuk melaksanakan amal kebaikan. Tapi jangan sia-siakan bile bosan, malas, pahit & pedih datang singgah kat hati kita!
Sekurang-kurangnya hati kita masih lagi terketuk agar kita tersedar yang kita insan yang berdosa. Bukan sentiasa suci & lebih soleh solehah dari mereka yang lain. Jangan asyik menilai degree keimanan orang lain sampai degree iman kita jatuh, kita tak sedar. Jangan bangga, jangan selesa dengan orang lain tyme kita sedang buat baik. Kita tak tahu lagi nasib kita esok lusa tulat next week..

"Jika kami terhalang untuk solat malam & berpuasa sunat, itu petanda kami telah terbelenggu oleh dosa-dosa.."
(Ungkapan terkenal di dalam kalangan Muqarrabin iaitu orang yang hampir dengan Allah)

Kita??
Dosalah yang menjadi penghalang untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah yang diwajibkan apalagi ingin merasai kemanisannya.
Allahurabbi..

kopok utk anak



Rasanya semua org di Msia pernah terserempak dgn saudara seperti ini. I watched from inside McD's play place, saudara ni mengetuk BMW, Merc, Camry dan kereta2 mewah sewaktu dengannya yg beratur di Drive thru. SATU JAM berlalu, matahari maki perit, tak sorang pun sudi beli. 

Setelah pasang niat moga diberi kesempatan untuk membantu saudara ni sekadar yg mampu, I searched for him on my way out but 
couldn't find. Surprisingly he was near my car (on the other side of the drive thru lane) when I wanted to go home.

Kami berbual ringan, sambil diri ini terkial2 meletakkan anaqi di car seat, dan makanan tak habis McD di kaki seat. Dia terkejut sy boleh ckp kelantan, biarpun sy bukan dari kelantan. Keropok RM20/packet, kalau beli dua RM35 katanya. Sementara sy membuka purse nak keluarkan RM35, saudara ni sempat memberi nasihat, yg 'anak itu harto Allah bagi kat kito, keno jago memolek'. Dia mintak maaf bukan niat nak beri ceramah, sy kata tak perlu minta maaf, kita kena saling mengingatkan. Sy tanya abang ada anak? Anaknya 3 org di kampung. Dia merantau mencari rezeki.

Bila sy bgtau sy nk beli 2 paket, dia tunduk mencari2, sy perasan bajunya dah byk bertampal2. Kain jubahnya lusuh sekali. Maaf ckp, kalau dirumah sy dah jadi kain buruk. Hati ni tersentuh sgt2. Tetiba teringat Rasulullah saw, dan para sahabah. Agaknya mcm ni lah pakaian mereka (Sayidina Umar diriwayatkan ada 14 tampalan di bajunya). Sy melihat dlm purse, ada duit RM50 sekeping. Sy beri padanya, dan bila dia nak bagi balance sy kata 'tak po lah abe, sedeqah sayo untuk anok2 abe.'

Dia terduduk. Terus sebak teresak2. Sy tergamam. Passerby started staring. Dalam sedu dia kata 'timo kasihlah dik. susohnyo nok cari rezeki untuk anok2...make minum pun tak tentu'...sebak sendunya makin kuat...Allah sj yg tahu apa yg dia rasa. Berejam di tgh panas, minta belas org2 berada yg duduk dlm kereta aircond, tak sorang pun sudi membantu. Bukan minta sedekah, dia ikhtiar sekadar kemampuan dia.

Sy cuba beri seidikit peringatan buat dia dan diri sy.
'Jange sedih abe. Kito ado Allah, tak po lah kito miskin didunio pong, yg penting akhirat kito kayo. Biarlah kok oghre nok kato lagu mano pong, asalke Allah tok hino kito...sabar deh...Allah ado...cukuplah Allah buat kita abe...HasbiaAllah'

Dia masih sebak, sy tak tahan terus masuk kereta dan menangis sepuas2nya dlm kereta.

Anak2ku, kalau jumpa saudara kita yg berusaha keras mencari rezeki mcm pakcik ni, bantulah sekadar mampu. Biarpun kita tak makan keropok yg dia jual, boleh je sedekahkan kat jiran ke, saudara mara ke, pak guard ke, hatta tol booth operator pun kita boleh bersedekah (kalau dah tak suka apa yg dijual). Tak makan bukan alasan untuk tidak membantu. Janji kita bantu pulihkan semangat yg menjual, untuk berusaha lagi mencari rezeki dgn cara yg halal. RM10-20 is nothing to us, but it could mean with or without rice for the day for them. Rezeki Allah bg untuk kita agih2kan, bukan untuk disimpan sampai jadi gunung.

Berkongsi cerita bukan nak bermegah dgn RM15 yg sy sedekah, tapi untuk membuka mata hati diri ini 7 yg sudi membaca. Semoga Allah jauhkan diri ini, anak2, suami & semua umat dari sifat ujub & riak. Wallahua'lam.