Ahad, 24 Februari 2013

Panda

Rizab Haiwan Liar Wolong, di provinsi Sichuan. Di rizab haiwan ini panda diternak didalam kurungan dan setakat ini program mereka berjaya melahirkan beberapa anak panda. Untuk memudahkan panda kembali ke habitat liar, penyelidik di Wolong cuba mengurangkan interaksi diantara manusia dan panda. Mereka memakai kostum panda sepanjang masa ketika memeriksa anak panda.



Haji






bala Allah



























Seindah cinta Ali KWJ




Dipendamkan di dalam hatinya, yg tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya... hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah s.a.w. Itulah Fatimah az-Zahra, puteri kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. srikandi yang berperibadi mulia.

Dia sedar dirinya tidak punyai apa-apa untuk meminangi puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merialisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar as-Siddiq, melamar Fatimah.

"Allah mengujiku rupanya".... begitulah batin Ali... Ia merasa diuji kerana merasa siapalah dia dibandingkan dengan Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi ?? Abu Bakar lebih utama. Mungkin Abu Bakar bukanlah kerabat terdekat Nabi, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan Rasulnya tak tertandingi.... Lihatlah Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara Ali bertugas menggantikan beliau untuk menggantikan maut di ranjangnya. Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berdakwah. Lihatlah berapa ramai tokoh bangsawan dan saudagar Mekkah yang masuk Islam kerana sentuhan Abu Bakar.. seperti Uthman, Abdurrahman ibn Auf, Thalhah, Zubair, Sa'd ibn Abi Waqqash, Mush'ab. Ini yg tak mungkin dilakukan oleh kanak-kanak kurang pergaulan seperti Ali. Lihatlah berapa ramai budak muslim yg dibebaskan dan faqir yang dibela Abu Bakar seperti Bilal Khabbab, keluarga Yasir, 'Abdullah ibn Mas'ud. Dan siapa budak yg Ali bebaskan?? hmm....

Dari segi kewangan, Abu Bakar saudagar, InsyaAllah... lebih mampu membahagiakan Fatimah. Ali hanya pemuda miskin dari keluarga yg miskin....

"Inilah persaudaraan dan cinta" gumam, Ali..
"Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku... aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.."

Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterimanya.... Umar al-Khattab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh Islam dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yg terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yg dilanda ketakutan oleh tentangan kafir Quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yg membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, al-Farouq... sang pemisah antara yg hak dengan batil itu juga datang melamar Fatimah... Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata... "Aku datang bersama Abu Bakar dan Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan Umar." .... Betapa tingginya kedudukan Umar disisi Rasul.. Ali redha kerana dia tahu Umar lebih layah daripadanya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka tatkala perkhabaran diterimanya bahawa pinangan Umar juga ditolak baik oleh Nabi. Bagaimana sebenarnya menantu pilihan Nabi ?? Sedangkan dua sahabat baginda ditolak pinangannya??

Pada suatu hari, Abu Bakar, Umar, dan Sa'ad bin Mu'adz bersama-sama Rasulullah duduk di dalam masjid.  Pada kesempatan itu dibincangkan antara lain persoalan puteri baginda. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar, "apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Talib??"

Abu Bakar menyatakan kesediaannya, dia beranjak untuk menghubungi Ali. Sewaktu Ali melihat datangnya Abu Bakar dengan tergopoh-gopoh, dia terperanjat lalu menyambutnya.. dia bertanya "Anda datang membawa berita apa??"

Setelah duduk beristirahat sejenak, Abu Bakar segera menjelaskan persoalannya :

"Hai Ali, engkau ialah orang pertama yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan berbanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasulullah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk meminangi Fatimah, namun, larangan itu semua baginda tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi, hai Ali, apa sebab sehingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri ? Kuharap semoga Allah dan Rasul-Nya akan menahan puteri itu untuk mu"....

Mendengar perkataan Abu Bakar itu, berlinang air mata Ali. Menanggapi kata-kata itu, Ali berkata.. 

"Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang diawalnya tenang. Anda telah mengingatkanku sesuatu yg telah kulupakan. Demi Allah, aku memang menghendaki Fatimah, tetapi, yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa."

Abu Bakar terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membersar dan menguatkan hati Ali, Abu Bakar seraya berkata... 

"Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu..Bagi Allah dan Rasul-Nya, dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!"

Setelah berlangsung dialog seperlunya, Abu Bakar berhasil mendorong Ali untuk melamar puteri Rasulullah.

Beberapa waktu kemudian, Ali datang menghadap Rasulullah yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah, "Siapakah yg mengetuk pintu?" , Rasulullah menjawab: "Bangunlah dan bukakan pintu baginya, dia orang yg dicintai Allah dan Rasul-Nya... dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya".

Jawapan Baginda masih belum memuaskan hati Ummu Salmah. Dia bertanya lagi... 

"Iya, tetapi siapakah itu?"

"Dia saudaraku, orang kesayanganku!" jawab Rasulullah.s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa, Ummu Salmah dikemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai mengunjungi kunjungan Ali kepada Rasulullah... itu : "Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka, ternyata orang yg datang itu ialah Ali bin Abi Talib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk dan mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasulullah. Dia dipersila duduk didepan baginda. Ali menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasulullah mendahului berkata : 

"Hai Ali, nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yg ada dalam fikiran mu. Apa sahaja yg engkau perlukan, akan kau perolehi dariku!"

Mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. yg demikian itu lahirlah keberanian Ali Bin Abi Talib untuk berkata : "Maafkan aku ya Rasulullah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcik mu Abu Talib dan makcik mu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa. Sesungguhnya Allah telah memberikan hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasulullah adalah tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga, hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda, Fatimah. Ya Rasulullah, apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?"

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya : "Saat itu kulihat wajah Rasulullah nampak berseri-seri, sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali : "Hai Ali, apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?"

"Demi Allah" jawab Ali dengan terus terang... "Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku, tak ada sesuatu tentang diriku yang tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi, sebilah pedang dan seekor unta."

"Tentang pedangmu itu" kata Rasulullah menanggapi jawapan Ali, "engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan unta mu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu, aku hendak engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali, engkau wajib bergembira sebab Allah azza wajalla yg sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!" Demikian riwayat yg diceritakan Ummu Salmah r.a.

Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dengan disaksikan oleh para sahabat. Rasulullah mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya : "Bahawasanya, Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau dengan Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu."

"Ya Rasulullah, itu ku terima dengan baik." jawab Ali bin Abi Talib r.a. dalam pernikahan itu.

 Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.

 Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti Ali, ia mempersilakan.
Yang pertama adalah pengorbanan, yang kedua adalah keberanian.

Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan , bahawa suatu hari, Fatimah berkata kepada Ali : "Maafkan aku kerana sebelum menikah denganmu, Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda." Ali terkejut.... dan berkata : 

"Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah dengan ku?... dan siapakah pemuda itu?"

Sambil tersenyum, Fatimah berkata : "Ya, kerana pemuda itu adalah dirimu"..

Gambar hiasan
# Sungguh indah percintaan yang diaturkan oleh Allah. Biar hati sentiasa dahagakan cinta itu, namun imam lebih kuat menguasai sehingga hawa nafsu terpaksa tunduk. Inilah cinta yang terbaik :).

Sabtu, 23 Februari 2013

tipah tipu linda



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Untuk mulakan bicara, biar aku cerita serba sedikit bagaimana aku boleh kena tipu. Aku seorang anak muda muslim yang tekad untuk buat bisnes sendiri. Sejak dulu lagi memang aku minat dalam dunia bisnes ni. Nak dijadikan cerita, aku telahpun mendaftar sebuah syarikat berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Tujuannya adalah supaya pelanggan lebih yakin untuk berurus niaga dengan aku. Aku buka syarikat untuk menjual telefon bimbit dan aksesori telefon bimbit.

Disebabkan aku ni baru nak berjinak-jinak dalam dunia perniagaan ‘secara formal’, aku buntu nak cari pembekal barang untuk dijual. Siang malam aku mengadap komputer untuk mencari pembekal. Sebelum ni aku ambik smartphone di KL, tapi harganya agak mahal. Jadi, aku mencari pembekal lain yang lebih murah. Lalu, aku meminta pandangan kawan aku, kat mana boleh aku cari pembekal telefon bimbit yang murah? Lalu kawan aku tu pun mencadangkan aku untuk melayari sebuah laman web (dirahsiakan).

Aku pun mula meneroka dunia perniagaan web tersebut. Cari punya cari, akhirnya aku jumpa iklan yang menawarkan penjualan telefon bimbit dengan harga murah. Aku menelefon nombor tertera. Aku pelik juga, kenapa murah sangat telefon yang dia jual ni? Aku pun tanya pengiklan tu, lalu dia menjawab dia menjual hanya kepada dealer, dan biasanya dealer beli dalam jumlah yang banyak. Aku pun mintak quotation supaya urus niaga yang dijalankan adalah tidak meragukan, lebih formal, dan teratur.

Beberapa hari berikutnya, aku hantar SMS kepada pengiklan tersebut, lalu dia menyatakan bahawa dia agak sibuk dan suruh aku menghubungi seorang perempuan secara terus, sebab perempuan ni lah yang merupakan pengedar telefon bimbit ni. Tanpa berlengah, aku pun segera menelefon perempuan tu, tapi tak berjawab. Kemudian dia menghubungi aku semula dan menyatakan dia tak dapat jawab panggilan aku sebab dia ada mesyuarat. Kemudian, dalam perbualan telefon, kami berbincang pasal harga dan sebagainya. Lalu, tempat untuk berjumpa ditetapkan. Sebelum kami berjumpa, hari-hari dia hubungi dan SMS aku dan asyik bertanya, “adik, jadi jumpa tak?”. Soalan ni lah yang asyik dia tanya.

Kemudian, hari yang dijanjikan telahpun tiba. Kami berjumpa di sebuah restoran di Subang Perdana. Quotation dan agreement pon ada. Mula-mula aku memang ragu-ragu dan bagi duit kat dia. Dia kata dia memang takde ready stock. Bila orang order baru dia pergi ambik order. Dalam agreement tu, lepas aku bayar deposit sebanyak RM1000 untuk setiap unit, aku akan dapat dalam masa seminggu. Mula-mula memang aku ragu-ragu. Tapi memandangkan cara dia cakap tu berkesan dan siap ada dokumen dan syarikat berdaftar, aku jadi yakin.

 Lalu, aku bank-in RM3000 untuk membeli Samsung Galaxy Note II dengan harga dealer, yakni RM1700 seunit.
Nak dijadikan cerita lagi, ada pelanggan mintak Galaxy S III kat aku. Masa tu, memang stok fon aku dah habis. Aku agak terdesak untuk dapatkan fon. Lalu, aku hubungi perempuan ni. Katanya, Galaxy S III RM1300. Kalau aku bank-in full payment, aku dapat malam esok pukul 9. Dia siap cakap “Confirm dapat esok. Confirm!”. Dan ditakdirkan Allah, aku hanya dapat bank-in RM1000 sahaja. Tapi aku kaw-tim dengan dia. Dia kata boleh dapat esok malam sebab dia dahulukan RM300 dia.

Keesokan malamnya, pukul 8.20pm dia mesej aku, dia tak dapat hantar barang sebab runner dia takde. Dia suruh aku tunggu sampai pukul 3pm esok. Dalam pukul 1.45pm aku mesej dia pasal status barang aku. Dan dia jawab dia nak pergi ambik stok. Sampai pukul 3 aku tunggu, Galaxy S III yang dijanjikan masih tak muncul-muncul. Pukul 4 aku SMS dia lagi. Dia kata pukul 5 pulak. Pukul 5 aku hubungi dia, dia kata pukul 6 pulak. Pukul 6, aku hubungi dia, dia kata lagi 15 minit. Masa ni memang aku dah menyirap. Sampai 6.15 pun barang aku tak sampai ke tangan aku lagi. Keesokan harinya, aku follow-up tentang status barang aku. Hari-hari dia ‘game’ aku macam ni. Mula-mula cakap petang, lepas petang malam, lepas malam esok pulak. Memang ini lah cara dia mengelak daripada bagi barang kat aku hari-hari dengan menggunakan cara yang sama.

ohtidak-scam-smartphones-linda-2

Kemudian, setelah aku rasa tertipu, aku google nombor IC dia. Ternyata memang keluar nombor IC di dalam ruangan komen sebuah blog. Masa tu tangan aku terketar-ketar tahu aku dah kena tipu RM4000. Untuk pengetahuan, dia bagi nombor IC dia lepas aku bank-in duit berserta tanda tangan dia pada surat perjanjian. Kalau dia bagi sebelum aku bank-in, memang aku boleh google lah nombor IC dia. Dan beberapa hari kemudian, keluar gambar dia di facebook yang menyatakan dia telah menipu orang dengan jumlah yang ditipunya bernilai RM340k. Nampaknya bukan aku sorang yang dah kena tipu, tapi ramai lagi sebenarnya. Dan dia pun tahu bahawa poster ni telah tersebar di facebook.

Kemudian, setelah tiba tempoh seminggu untuk aku dapatkan Galaxy Note II aku, aku hubungi dia. Seperti biasa, cara dia mengelak adalah sama. Memang aku menyirap dan menyumpah seranah perempuan ni. Dia siap guna nama Allah untuk membenarkan tindak-tanduknya serta menggunakan kisah peribadinya untuk menagih simpati. Setelah aku marah-marah dia, dia kata bagi dia tempoh sampai Isnin depan untuk dia dapatkan stok. Sampai Isnin depan, dia cakap hubungi dia pukul 6.30. Pukul 6.30 aku hubungi dia, dia tak jawab dan dia SMS aku untuk menyatakan dia tengah pergi ambik stok. Aik? Dari hari Rabu sampai Isnin, hari Isnin baru kau nak pergi ambik stok? Lepas tu, dia kata malam baru boleh jumpa dia. Tiba waktu malam, aku hubungi dia, dia kata tak boleh bagi sebab dia sibuk, jadi kena tunggu esok. Memang aku menyirap tahap gaban. Mintak duit balik tak dapat, mintak barang pun tak dapat.

Lalu, aku berpakat dengan kawan aku untuk jerat dia. Kawan aku ni berbangsa India dan dia tak mengesyaki apa-apa, sebab semua mangsanya adalah orang Melayu. Tempat diorang jumpa adalah di sebuah restoran di Taman Sri Muda, betul-betul bersebelahan dengan Balai Polis Sri Muda. Setelah perempuan tu datang, kawan aku ni pun bincang dengan dia. Setelah beberapa minit bincang, aku masuk mencelah. Muka dia memang terkejut beruk. Nak bayar duit aku kau mengelat, tapi bila nak ambik duit orang lain laju je dia datang. Dia memang tamak. Walaupun dia tahu gambar dia dah tersebar di facebook, dia masih bergiat aktif menjalankan penipuan ni.

ohtidak-scam-smartphones-linda-laporan-polis

Setelah lama berbincang, kami menangkap perempuan durjana ni masuk ke balai polis. Dia menangis-nangis diminta diberikan peluang. Aku nak dia ditahan di dalam lokap sebab sebelum ni aku dah buat laporan polis pasal kes ni. Dari pukul 12am – 6am kami beradi di Balai Polis Sri Muda. Tapi sayang perempuan durjana ni tak dapat ditahan kerana terlalu banyak kerenah birokrasi. Kata pihak polis yang berjawatan tinggi, dia tak boleh ditahan sebab polis tak bukak kes sebab dalam laporan polis aku yang sebelum ni, aku buat keputusan untuk bincang dengan perempuan ni untuk dapatkan balik duit aku. Lepas tu aku tanya, “habis tu, kan dah ramai yang buat report pasal perempuan ni?”. Polis tu jawab, “ini bukan kes saya, saya tak boleh tahan dia”. Lihat, betapa banyaknya kerenah birokrasi. Aku ada hubungi sorang mangsa, katanya dia ditipu lebih daripada RM33k tapi dia tak nak buat laporan polis sebab dia tak nak duit dia hangus bila dia buat laporan polis. Dan sampai sekarang dia masih bergiat aktif dalam penipuan ni. Buktinya, sorang kawan aku ni hantar mesej melalui Whatsapp, dia jawab dan masih melakukan aktiviti menipu ni.

Pengajaran daripada kes ni:
1. Jangan tergopoh-gapah untuk mendapatkan barang dengan harga yang murah
2. Pastikan ada barang, baru bayar. Kalau setakat bayar deposit RM50, itu masuk akal. Tapi deposit RM1000 tu tak masuk akal
3. Mempunyai syarikat berdaftar bukan jaminan untuk orang itu tak menipu. Bahkan ia digunakan supaya ia menjadi satu nilai untuk orang percaya dan tak terpedaya kepada si penipu
4. Beberapa identiti penipu didedahkan kepada umum supaya orang tak mengesyaki bahawa dia adalah penipu. Contohnya memberikan nombor IC dan meletakkan gambar profil pada Whatsapp, facebook, dan sebagainya

ohtidak-scam-smartphones-linda-1
Biodata penipu:
Nama: Norazlinda bt. Abu Othman
Lokasi: Bangi
Asal: Pulau Pinang
No. IC: 800426075364
No. telefon: 0175890072
No akaun: 157139644430 (Maybank)
Syarikat: Galaxytel Marketing & Services (NS-0103541)
Link iklan: http://www.majalah.com/?classified:mega-sale-handphone-very-cheap-all-items-original-factory-hurry:8T5GDNT9GJ

sedey nyer..


Tadi saya pergi ambil wang rm 500 tu atas nama bapa saya…. setelah bapa saya dapat mesej daripada ketua cawangan umno kawasan umah saya ni semalam supaya datang didewan serbaguna hari ni pukul 3 petang untuk ambil duit rm 500 tu.. dan hari ini saya pun pergi ke dewan tersebut tepat pukul 3 petang saya sudah sampai ke dewan tu… mewakili bapa saya yang lumpuh dan sakit dirumah…
Apabila sampai saya trus ambil baucer tu dan saya ada tanya kakak kat kaunter diluar dewan tu boleh ke saya ini nak ambil brim tu atas nama bapak saya kakak tu kata boleh tak ada masalah… dan saya pun trus beratur hampir sejam setengah baru tiba giliran saya.. bila sampai ke kaunter didalam dewan untuk menerima wang itu tetiba kakak yang jaga kaunter dipercayai puteri umno kerana mereka pakai tudung warna pink memberitahu saya tidak boleh ambil wang itu dia kena umpunya dri jugak datang baru boleh ambil wang itu.. Saya kata bapa saya lumpuh tak sihat tak boleh datang tadi kakak kat luar dewan kata boleh ambil kalau ada wakil yang merupakan anak2nya… Dia berkeras jugak… lepas tu pegawai bank yang duduk sebelah kkak tu pun menyampuk dan trus tinggi kan suara tak boleh dik dah tu peraturan yang ditetapkan nak buat macam mana.. kalau bapak kamu lumpuh sekali pun tak boleh jugak.. kena datang ke dewan ni tak kira la apa cara sekali pun.. saya kata la umah saya tak ada kereta ada motor je macam mana nak datang dengan keadaan bapa saya begitu.. Pegawai bank tu kata pandai2 kamu la pinjam kereta jiran ke…Dah nak duit orang kena la ikut peraturan yang orang tetapkan…
Saya mengucap panjang apabila kiri kanan orang mula tengok saya dan saya terasa amat malu sangat dengan layanan begitu rupa… Dan saya pun trus keluar dari dewan tu…
Saya anak tunggal Umur 23 tahun ibu dengan ayah saya dah tua tak berapa sihat… Saya bekerja di sebuah pasaraya gaji cukup2 je sebulan.. Sanggup saya ambil cuti tadi samata2 nak ambil brim untuk bapa saya tu… tetapi sedih sangat dengan duit brim semua tak dapat.. kerja pun tak pergi… saya sebenarnya tak berparti pun dua2 page saya ada like pro pr dengan pro bn… saya tak tau la ada orang lain kena macam saya ke tak…
Perasaan malu tadi hanya ALLAH Sahaja yang tau dah la beratur sejam lebih bukan ke duit brim tu duit hasil cukai ke jugak… Inshaallah setelah kejadian tadi saya dah tekad kami satu keluarga tidak akan sesekali undi kerajaan yang melayan rakyat sebegitu rupa… Maaf kalau susunan ayat tak betul saya belajar sampai SPM Je…
kisah ini berlaku di kawasan parlimen batu dewan serba guna taman melewar pukul 3 petang tadi.. maaf saya tak ingat nama kakak dan pegawai bank itu tak sempat pulak nak tengok name tag tadi sebab orang terlalu ramai dan malu teramat sangat.. saya bawa bukan setakat ic fotostet ic ori yang bapa saya pun ada saya bawa sekali.. tetapi tak dapat juga.. dia nak kena umpunya diri sign katanya..saya tak terfikir pun nak ambil gambar atau video saya pergi dengan niat nak ambil duit bukan nak buat provokasi.. saya belajar sampai SPM pun sebab ada kekangan masalah kewangan dan terpaksa jaga ayah dan ibu yang sudah uzur.. bukan saya malas inshaallah kalau ada kesempatan dan peluang saya akan sambung belajar lagi.. tak apa la duit itu mungkin bukan rezeki bapa saya..

baru tau

1 - Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2 - Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3 - Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4 - Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5 - Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa
tambahan pada makanan.

6 - Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan
penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7 - Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

8 - Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah' flutterby' ..

9 - Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk hanya dikaburi
dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.

10 - Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang-kurangnya 6
kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush
tandas.

11 - Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan mendapat jawapan
12345678987654321.

12 - Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13 - Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14 - Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15 - Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16 - Jika dikangkangkan kaki dan baring secara terlentang, kita tidak akan tenggelam di dalam
pasir jerlus.

17 - Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18 - Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900
barulah seluar dalam diperkenalkan.

19 - Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20 - Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21 - Mengikut statistik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia
mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk
makanan.

22 - Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23 - Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk - penduduknya.

24 - Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari
sekuat hati. Buaya akan melepaskan anda serta merta.

25 - Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan
turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-
lambung.

26 - Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan
lukisan agungnya iaitu Monalisa (10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

27 - 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang
telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui
dari atas kemusykilan minda kita