Rabu, 6 Mac 2013

Pasang Bendera Salah


Hishamuddin Rais
Pada Jun 2001 saya telah dibawa ke Kamunting sebagai tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Di Kamunting saya bertemu, bersuai kenal dan bercerita panjang dengan tahanan-tahanan dari kumpulan Al-Maunah. Anggota Al-Maunah ini telah ditahan lebih awal dari saya.

Biar saya ingatkan kembali kenapa lebih dari 20 orang warga Al-Maunah ini telah ditahan di Kamunting. Mereka ini ditahan kerana berlaku apa yang dikatakan rompakan bersenjata Bukit Jenalik pada 2 Julai 2001. Sebanyak 5 tan senjata telah diangkut masuk ke dalam 3 buah Pajero. Senjata ini dibawa ke Bukit Jenalik - tempat perkhemahan kumpulan Al-Maunah - satu kumpulan silat.

Ketika kejadian ini berlaku dunia masih ini belum melihat blog, twitter atau facebook. Hanya ada laman Mahazalim dan Malaysiakini. Laman-laman ini, terutama Laman Mahazalim telah ‘menembak' kisah dongeng ini sehinggakan tidak ada sesiapa pun dalan negara akan percaya versi United Malays National Organisation.

Lawak seram Al-Maunah ini menjadi bodoh kerana senjata lima tan boleh dimasukkan ke dalam Pajero dalam masa 15 minit. Najib Razak yang ketika itu menteri pertahanan bersungguh cuba membuktikan cerita kentut kerbaunya.

Maka sandiwara ‘rompakan' ini diulang pementasan sekali lagi di kem askar di Kuala Lumpur untuk disaksikan oleh media. Sandiwara kentut kerbau ini sebenarnya dipentaskan kerana Orang Melayu pada ketika itu telah turun ke jalan raya untuk menyingkirkan Mahathir keturunan Iskandar Kutty.

Rompakan di Sauk ini bertujuan untuk menakut-nakutkan Orang Melayu agar jangan berani turun berdemo. Hujahnya amat senang - jika Orang Melayu turun berdemo maka akan berlaku kacau bilau. Ada kumpulan-kumpulan sulit yang akan ambil kesempatan untuk menambah kacau. Justeru, kumpulan silat Melayu bernama Al-Maunah dijadikan mangsa - dituduh hendak melawan Yang di-Pertuan Agong.

Dari perbincangan saya dengan ahli Al-Maunah dalam kem Kamunting semuanya menerima hakikat bahawa mereka telah diperangkap untuk datang ke Sauk. Ada yang dipanggil kerana ada program ceramah agama. Ada yang dipanggil kerana hendak buat latihan silat.

Ada yang dipanggil untuk jumpa-jumpa. Tidak timbul hal rompakan senjata. Tidak timbul agenda nak lawan Yang di-Pertuan Agong. Jelas Kes Al-Maunah ini adalah sandiwara Mahathir keturunan Iskandar Kutty.

Al-Maunah ini kes terbaru. Saya mahu membawa pembaca kepada ke Zaman Konfrantasi: 1963-1965. Mengikut buku tulisan Said Zahari bekas Ketua Pengarang Utusan, Tunku telah memberitahu dia bagaimana pegawai tentera British telah meminta soldadu Malaysia mengebom kapal HMS Eagel yang sedang berlabuh di Selat Melaka. Tulisan Said ini telah disahkan oleh Yap Chin Kwee Setiausaha Politik, Tunku Abdul Rahman.

Rancangan British untuk meletupkan kapal perangnya sendiri bertujuan untuk menyalahkan Indonesia dan Sukarno. Jika ini berlaku maka Malaysia boleh mengistiharkan perang terhadap Indonesia. Dan kuasa imperialis Anglo-Amerika akan masuk campur sama.

Dalam istilah politik kes Bukit Jenalik dan HMS Eagel ini dipanggil ‘memasang bendera salah'. Konsep ini bermula kerana lanun dalam laut sering menggunakan bendera kapal orang lain ketika menjalankan rompakan. Dalam kes Bukit Jenalik bendera itu adalah bendera Al-Maunah. Dengan satu perancangan licik Orang Melayu dan rakyat Malaysia telah ditakut-takutkan dengan kemungkinan berlakunya kacau bilau.

HMS Eagel gagal diletupkan kerana Tunku menolak rancangan jahat ini. Tetapi dalam surah strategi ‘memasang bendera salah' ini dunia tidak akan melupakan kes Telok Tonkin. Telok Tonkin menjadi contoh terbaik sebagai rujukan dan kajian memasang bendera salah.

Pada 2 Ogos 1964 dunia telah gempar dengan berita bagaimana kapal perang Amerika USS Maddox yang berlabuh di Telok Tonkin telah diserang oleh tentera laut Vietnam Utara. Satu dunia heboh. Warga Amerika bangun pagi terperanjat melihat induk berita akhbar - Amerika diserang. Warga Amerika bingung memikirkan bagaimana negera sekecil Vietnam Utara berani menyerang kuasa tentera terbesar dalam dunia.

Dewan Senat dan Dewan Kongres telah mengadakan sidang tergempar. Dengan sebulat suara elit politik Amerika telah meluluskan: Gulf of Tonkin Resolution. Dengan lulusnya ketetapan ini maka Amerika telah menghalalkan diri untuk memerangi Vietnam Utara. Hari ini kajian fakta telah membuktikan bahawa TIDAK ada serangan ke atas USS Maddox pada 2 Ogos 1964. Apa yang berlaku hanyalah satu sandiwara.

Kes dan kejadian memasang bendera salah ini saya timbulkan kerana pada ketika saya menulis ini, ada Satu Bendera Sedang Tercacak di Lahad Datu. Bendera Lahad Datu ini pelik lagi memelikkan. Pertamanya, media antarabangsa tidak diibenarkan untuk membuat laporan. Wartawan Al-Jazeera telah ditangkap dan dihalau keluar. Rakyat Malaysia ibarat cendawan - disimpan dalam gelap dan dibajai tahi lembu.

Mengikut laporan awal bendera yang tercacak di Lahad Datu ini bersangkutan dengan Yazid Sufaat yang baru kena tahan dibawah undang-undang ISA Baru. Apa sangkut paut Yazid dengan Lahad Datu tidak jelas. Tetapi berita ini hilang bagitu saja. Pada awalnya umum telah diberitahu ada 100 gerila lengkap bersenjata telah mendarat di Lahad Datu. Tetapi tidak diketahui pula dari busut jantan mana Sang Gerila ini datang. Tetiba, beberapa hari kemudian laporan mula beralih.

Jumlah 100 kini menjadi 40 orang. Ke mana 60 orang lagi menikus walah hu alam bissawab. Media Malaysia pada awalnya melapor bahawa gerila ini lengkap bersenjata. Tetiba berita diubah. Sang Gerila hanya datang dengan penggali dan cangkul.Setelah beberapa hari, muncul pula berita yang melaporkan Sang Gerila ini ingin bertemu dengan seorang personaliti. Mengikut laporan - sesudah bertemu dengan ‘personaliti ‘ ini Sang Gerila akan pulang. Siapa personaliti yang ingin ditemui ini?

Apakah Sang Gerila ini hendak berjumpa Ziana? Atau personaliti yang dimaksudkan ialah Psy Gangnam Style? Sampai hari ini tidak diketahui siapa personaliti itu.

Terakhir media memaparkan gambar Hishammuddin Hussein meneropong dari jauh untuk melihat Bendera Lahad Datu yang sedang tercacak. Perangai meneropong dari jauh telah menjadi tabiat menteri dalam negeri semenjak dia diberi teropong untuk melihat cara polis membelasah penunjuk perasaan di Bersih 3 tahun lalu.

Apakah teropong ini hadiah hari jadi dari Ziana atau dari adik Ziana. Ini masih tidak jelas.

Apa yang jelas ialah orang ramai semakin marah kerana rakyat Malaysia tidak diberitahu apa yang sebenarnya berlaku. Mengikut laporan akhbar Filipina - jumlah gerila ini bukan 40 orang, bukan 100 orang tetapi 400 orang. Gambar dari akhbar Filipina memperlihatkan bahawa gerila ini dililit oleh peralatan senjata moden. Gerila ini datang untuk mengancam.

Maka timbul persoalan hakiki. Apa tujuan memasang bendera ini? Siapa di belakang bendera ini?

Untuk memahami ini kita wajib mengambil kira PRU13 yang akan berlaku tidak lama lagi. Kita wajib mengambil kira bagaimana Suruhanjaya DiRaja Sabah tentang kad pengenalan palsu sedang bersidang di Kota Kinabalu. Kita juga wajib menyedari bagaimana ‘kilang undi haram dari Sabah' kini telah runtuh.

Kita juga wajib mengambil kira kepulangan Balasubramaniam. Kita juga wajib ambil kira saman Deepak terhadap Najib. Kita juga wajib ambil kira serangan Mahathir keturunan Iskandar Kutty terhadap Najib. Kita juga wajib ambil kira bagaimana Muhyiddin sedang merancang untuk menyahkan Najib dari kerusi PM.

Setelah mengambil kira semua ini maka jika Bendera Tercacak di Lahad Datu ini berterusan maka ianya pastilah baik untuk Najib. Bendera ini amat cemerlang untuk United Malays National Organsiation. Pada tahap ini tidak penting untuk kita mengetahui siapa yang memasang bendera ini. Yang penting bendera ini telah terpasang. Dan orang yang merancang untuk memasang bendera ini akan meraih keuntungan.

Bendera yang sedang terpasang di Lahad Datu ini cukup molek untuk dijadikan sebab musabab oleh Najib untuk menggantung pemilihan di Sabah. Memasang bendera saperti ini bukan sesuatu yang baru. Salah bendera ini telah digunakan untuk menjatuhkan PBS dan Pairin dalam tahun 1982.

Pada 1978 sejarah telah membuktikan bagaimana United Malays National Organisation memasang bendera salah di Kelantan. Kacau bin Bilau telah melompat-lompat berdemo di Kota Bahru. Akhirnya Dewan Undangan Negeri Kelantan di gantung dan Parti Pas tersingkir.

Bendera yang tercacak di Lahad Datu ini telah hampir tiga minggu. Dalam laporan Bernama pada 24 Februari yang lalu, Najib telah menerangkan bahawa dia menangguhkan PRU13 sehingga rancangan ‘transformasi' memperlihatkan hasil. Apakah Najib ini bodoh?

Apakah Najib sudah nyanyuk? Biji durian akan mengeluarkan hasil setelah lima tahun ditanam. Padi boleh dituai setelah tiga bulan ditanam. Jagung yang berbuah satelah empat bulan ditanam.

Mustahil ‘transformasi' ini akan memperlihatkan hasil dalam masa dua bulan. Sesuatu dasar akan dilihat ketrampilan dan kejayaan dalam masa 10 atau 15 tahun. Mungkin lebih lama. Rancangan Felda yang dirancang oleh pada tahun 1956 hanya berhasil 15 tahun kemudian.

Justeru soalan wajib ditanyakan: Apakah salah pasang bendera di Lahad Datu bertujuan untuk menimbulkan huru hara di Sabah? Dengan huru hara ini pilihan raya di Sabah di tangguh. Jika pilihan raya Sabah ditangguhkan maka Najib dapat menyelamatkan diri. United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya dapat selamat dari gelombang ombak rakyat yang tidak sabar-sabar untuk menghumbankan mereka semua ke dalam tong sampah sejarah


link asal: http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=25072

Selasa, 5 Mac 2013

kembalilah kepada Islam!!!




New York – Kejam. Beberapa keping gambar yang menunjukkan bagaimana seorang pemuda berusia 23 tahun, berasa bangga dengan menayangkan kepala ibunya selepas dia memotong kepala wanita itu dengan gergaji dalam satu kes bunuh yang mengejutkan banyak pihak di Bronx.

Bahsid McLean, 23, bergambar di depan cermin bilik air rumahnya sambil memegang kepala ibunya, Tanya Byrd, 45, seolah-olah dia menjulan sebuah piala.

Dia merakamkan gambar berkenaan melalui telefon bimbitnya, namun gambar tersebut berjaya diperolehi oleh New York Post.

McLean didakwa membunuh ibunya selepas mereka berdua bergaduh kerana Tanya mahu anaknya itu keluar daripada apartmen yang mereka duduki dan belajar berdikari.

McLean yang mengalami sakit mental itu bagaimanapun mendakwa dia tidak melakukan sebarang perbuatan salah ketika dihadapkan di mahkamah.

Dia memberitahu mahkamah bahawa ibunya itu sakit tenat dan dia hanya membantu ibunya.
McLean kini diletakkan dalam pemantauan ketat, bimbang dia akan membunuh diri.

Dalam pada itu, ibu saudaranya yang juga adik kepada Tanya, Cassandra memberitahu, Tanya pernah melihat McLean melayari internet bagi mencari tips untuk menutup pembunuhan.

Selain itu, McLean juga telah membuka akan dalam MySpace dengan nama ‘Kill the b**** Tanya.’
Menurut Cassandra, anak saudaranya itu berdendam dengan ibunya selepas dia ditempatkan di rumah anak-anak yatim ketika wanita tersebut berdepan dengan masalah penagihan dadah.

“Dia memang merancang pembunuhan ibunya itu. Dia patut dihukum mati,’’ kata Cassandra.
McLean hanya kembali menetap bersama ibunya ketika berusia 18 tahun dan pemuda itu juga dipercayai telah mendera adik lelakinya berdasarkan lebam-lebam di badan budak berkenaan.

Dalam pada itu, rakan McLean, William Harris, 26, didakwa membantu pemuda itu membuang mayat ibunya, yang dipotong kepada beberapa bahagian.

Bahagian badan Tanya ditemui di empat kawasan, kira-kira setengah batu daripada kediamannya.
Ia termasuk kepala, kaki kanan dan kirinya yang ditemui di dalam sebuah beg berzip di dalam tong sampah.

Moh kite syahid!!!

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).

Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Rasulullah saw bersabda;

    “Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)

    Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
    QS. ar-Rahman (55) : 58

    Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
    QS. ar-Rahman (55) : 70

    (Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
    QS. ar-Rahman (55) : 72

    Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.
    QS. ar-Rahman (55) : 74

‘Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga.

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain.

Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.

Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjaganya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..

Ainul Mardhiah adalah bidadari yang paling cantik di syurga, kita hanya la manusia biasa takkan mampu kita membayangkan nikmat-nikmat di syurga Allah.

Isnin, 4 Mac 2013

Wira negara



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ



JASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG:

SAMA-SAMA KITA SEDEKAH AL-FATIHAH KEPADA YANG BERUGAMA ISLAM SEMOGA ROH MEREKA DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN......

Barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.

Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

oymyakon



OYMYAKON, Rusia - Sebuah kawasan perkampungan terpencil di Rusia yang merupakan kawasan penempatan manusia paling sejuk di dunia itu kini semakin sejuk dengan suhu mencecah -71 ° Celsius (C), lapor akhbar Daily Mail kelmarin.


Keadaan cuaca sejuk ekstrem itu menyebabkan pesawat tidak dapat mendarat di kawasan tersebut pada musim sejuk.




Perkampungan Oymyakon yang terletak di timur laut Rusia itu juga dikenali sebagai Kutub Beku dengan suhu purata sepanjang Januari lalu berada pada takat - 50°C.

Sebelum ini, pada tahun 1924, perkampungan tersebut pernah mencatat rekod suhu mencecah -71.2°C.



Tidak banyak hidupan terdapat di situ. Selain beberapa spesies ikan air sejuk, penduduknya banyak bergantung kepada makanan daripada daging rusa kutub dan daging kuda sebagai sumber makanan.



Namun, mereka tidak pernah menderita kekurangan nutrien.

Penduduk tempatan juga terpaksa menghidupkan enjin kenderaan mereka sepanjang hari kerana bimbang enjin itu rosak kerana membeku dan tidak boleh dihidupkan lagi. - Agensi 

Ahad, 3 Mac 2013

SY


DALAM BANYAK BANYAK VIDEO PELAKON HANDALAN NI SI NABIL, . JADI KALAU SESIAPA YANG RASA BERTANGGUNGJAWAB NAK BOIKOT SI NABIL, . ELOK ELOK HANTAR MESEJ AWAL AWAL DIA SUDAH LEBIH......

NAK CARI MAKAN PUN BUAT LAWAK MURAHAN YANG SUDAH TENTUNYA MENYENTUH HATI BANYAK RAKYAT. TAK BACA KA APA KA DEPA NI. TAK BUAT KAJIAN KA APA KA ? 

MUDAH SAJA ..HANTAR PADA PENGARAH,PENERBIT,STESEN TV.......MANA-MANA YANG AMBIL DIA BERLAKON, PESAN KE ANAK-ANAK,CUCU CICIT, MAK BAPAK, TOK NENEK,SELURUH PENDOKONG KEADILN SEMUA BANGSA SUPAYA JANGAN AMBIL DIA BERLAKON. SEMUA TAK LAKU......

BAGI DIA BERLAKON HARI-HARI DENGAN PENERBIT BERSIRI BANGKANG DARI LONGKANG...... 

Siri Bangkang dari Longkang turut membarisi pelawak Afdlin Shauki, Sathiya, Harun Salim Bachik, Adlin Aman Ramlie, Sharifah Shahira, Harith Iskander, Douglas Lim, dan Johan Raja Lawak yang menyentuh pelbagai isu semasa termasuklah isu Buku Jingga, Gaji Minimum, dan BERSIH.





Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob, 52, dilaporkan oleh Utusan Malaysia mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dunia hiburan ekoran penyebaran sketsa pendek berjudul Buku Jingga di laman YouTube.

Sketsa tersebut merupakan satu daripada video yang diterbitkan dalam siri Bangkang dari Longkang.

Sketsa pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.




Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.

"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.





TENGOK HEBATNYA SI NABIL BEDAL PAKATAN. KALAU NAK CARI MAKAN KUTUK PAKATAN, BUATLAH MACAM KARTUNIS ZUNAR. HARI-HARI KUTUK BN/UMNO DAN MENGHASILKAN KARYA KARTUNIS POLITIK YANG PROLIFIK.BELAKON HARI-HARI BUAT VIDEO HARI-HARI KUTUK PAKATAN.BARU PROFESIONAL.




Siri Bangkang dari Longkang turut membarisi pelawak Afdlin Shauki, Sathiya, Harun Salim Bachik, Adlin Aman Ramlie, Sharifah Shahira, Harith Iskander, Douglas Lim, dan Johan Raja Lawak yang menyentuh pelbagai isu semasa termasuklah isu Buku Jingga, Gaji Minimum, dan BERSIH.


LAKU LAGI KA NAMA-NAMA YANG DISEBUT NI 

fikirlah


Ok.....aku terbaca di satu page di Facebook pasal Freemason di Malaysia.....Depa mengaitkan Freemasonnie dengan satu-satu parti di mana mereka mengaitkan dengan lambang-lambang dan warna manifesto.... Wow.....boleh jadi isu yang panas nie kan... Sangat hebat mereka mengeksploitasikan lambang dan warna.... Aku pi la komen.....aku cakap....jangan memfitnah...sekadar bukti sama lambang dan kod warna.... Bagi aku semua manifesto boleh dikaitkan dengan lambang-lambang atau simbol Freemason tu.... Tak sampai seminit komen aku dipost... kene delete dah! Ha ha ha.... nampak sangat si pembuat tu sekadar memperjuangkan parti politik yang dia suka...sampai sanggup nak fitnah memfitnah.... Nama page bukan main warak dan islam.......haih.....Golongan nie la sebenarnya memburukkan Islam di mata kaum-kaum lain....

Aku komen jugak.... katalah parti yang satu lagi pun ada jugak orang samakan LOGO partinya tu sama denganciri-ciri logo Freemason... Uiiih....tak nak baca terus kot....DELETE on da spot...hehehe... Taksub sampai macam tu sekali... Itu yang aku terfikir dulu-dulu...dan jugak sekarang....yang sistem parti nie sama je dengan sistem kabilah masa zaman jahiliyah arab dulu.... Kan....:) Adakah kita nie sama je kalau dibandingkan dengan zaman jahiliyah tu?

Baik....tinggalkan dulu yang tu...sama-sama fikirkan.....Sebenarnya apa itu FreemasonFreemason nie seangkatan atau adik beradik dengan Illuminati... Satu gerakan bawah tanah yang menyokong dan menyembah ajaran syaitan laknatullah.. Salah satu nya ialah...ZIONIS....Agenda depa... nak memperjuangkan hak-hak yang dituntut oleh bos depa nie iaitu syaitan.... Apa dia? Ok.... segala apa yang dilarang Allah la kan senang citer.... Contohnya... tidak percaya kepada Allah yang satu... melakukan seks bebas... judi dan arak... tak tutup aurat dan sebagainya... Itu yang diperjuangkan mereka... Nak meruntuhkan kesatuan sesuatu umat dengan melemahkan iman dan kepercayaan dalam agama..... Tak kira apa agama sekalipun! Yess... Itulah agendanya..

Ok..... memang ada ke kat Malaysia nie? Yes... memang ada... Dan aku tak berani nak tuduh kepada mana-mana parti sebab aku takda bukti...Aku tak nak MEMFITNAH... so....Kenapa aku cakap memang ada? Ada pada setiap individu secara tak langsung dan secara langsung.... Apa maksudnya? Begini.....

Yang secara langsung nie.....golongan yang memang memuja dan menyembah si syaitan laknatullah nie dengan cara menjadi ahli rasmi Freemason... Freemason nie tak ambek si miskin atau seorang yang suka pegi masjid dan menyembah kepada Allah yang Esa nie... Depa ambek yang sejenis dengan depa je la kan... golongan yang kaya raya...ada kuasa...dan tidak beriman kepada Allah.... Sanggup buat apa sahaja demi kuasa memerintah... iaitu sanggup MENIPU...BERTINDAK ZALIM... Dan lain-lain..

Ini dipanggil golongan-golongan elit.... Aku yakin kat Malaysia nie ada... Cara nak tengok senang je.... Golongan elit nie adalah golongan yang mempunyai kuasa besar dalam sesuatu negara masing-masing... Di Malaysia nie...Sape yang mempunyai ramai pengaruh dan menunjukkan ciri-ciri seperti yang diterangkan di atas? Merekalah yang berkemungkinan mempunyai hubungan dengan Freemason... Kalau tak nampak dekat dia...tengok isterinya... tengok kecenderungannya... Nak memperjuangkan islam ke tak... kalau asyik nak mengelat je....Ada la tu tak kena kat mana-mana.... Tu jer.... tak perlu nak mencanangkan fitnah secara membabi buta.. Tengok yang mana lebih disukainya... majlis agama ke..atau majlis sosial... Tengok, perhatikan, dan fikirkan....

Ok....golongan yang tak langsung nie pulak....kita-kita la... yang takda contact dengan Freemason...tapi mempunyai kecenderungan menghala atau menyokong pihak depa.. Contohnya.... TAK NAK TUTUP AURAT... SUKA MEMFITNAH... SUKA MEMECAH BELAHKAN KESATUAN UMAT... Dan lain-lain... Tak perluFreemason nak mendoktrinkan minda kita dah kalau kita sendiri yang dungu jadi macam depa tu.... sebab kita secara automatiknya dah jadi pencacai-pencacai depa nie.... Kalau ikut hierarki nyer...kita nie asas-asas struktur pemerintahan piramid depa... Yang kat bawah sekali...golongan penggerak yang dijadikan bahan gelak dan gurauan bodoh depa je...Yang tolong menggerakkan ajaran dan agenda depa TANPA DISURUH..... 

Nampak? Faham? Sesetengah tu kononnya nak memperjuangkan hak Islam dengan guna page bercirikan Islam...tapi pengisian hampeh.... status page asyik duk berpolitik je...kalau berdirikan Islam tanpa menyokong atau memberatkan diri kat mana-mana pihak ok ler....Nie nampak sangat sehingga kan sanggup menyebarkan benda yang tak pasti kepada pihak umum.....haih... Tipikal Malaysian... Suka bergaduh sesama sendiri dari bersatu memperjuangkan hak yang sepatutnya dituntut....

Senang citer... Freemason menyerang kepada individu... Individu yang mempunyai kuasa... Yang lemah imannya... yang sanggup membuat apa sahaja demi periuk nasik dia... bukan untuk kita nie... tapi untuk depa sendiri... Golongan yang mahu mengekalkan geng kaya supaya kekal kaya dan makin kaya... geng miskin supaya kekal miskin dan tetap miskin... Golongan yang menyokong dasar British - Pecah dan perintah... Golongan yang mahu melihat negara Malaysia nie kekal dengan keruntuhan akhlak yang semakin meruncing nie.... Golongan yang sangat suka mendengar statistik kelahiran anak zina seramai hampir setengah juta di Malaysia nie (yang tercatat, yang tak sempat catat yang dibuang tu belum kira ok...).... Golongan yang suka melihat anak-anak muda terloncat macam beruk di pub-pub dan disco tanpa setitik keimanan pun dalam hati... Golongan yang suka melihat anak-anak muda bergaul secara bebas berkepit sana-sini tanpa segan silu... Itulah yang diinginkan musuh Islam ini....

Ada aku cakap mana-mana parti? Tak...sebab aku takde bukti kukuh...dengar-dengar citer tu ada... tapi dari duk dengar khabar angin...baik kita sendiri yang menilai dengan apa yang sudah terjadi... Melihat sendiri ciri-ciri pemimpin setiap parti yang ada... menilai sendiri sejauh manakah kebenaran perjuangan depa... Kita ada akal dan fikiran... kita ada iman dan amal.... Gunakanlah untuk mendapatkan kebenaran dan kepastian... Kita dah ada internet.. sumber info dah banyak... yang mana suka menipu sana sini... yang suka memburuk-burukkan orang... suka menghasut.. suka menzalimi orang lain... Semua kita dapat tahu dah... Tepuk dada tanya iman masing-masing je... Betul ke kita nie sayangkan agama? Atau sekadar melepaskan batuk di tangga sambil menggaru-garu daki-daki yang sudah ada?

Insya Allah ....Allah akan bagi petunjuknya... Jangan taksub...jangan jadi buta... Jadilah seorang yang bijak... jadilah seorang yang berfikir secara ilmiah...yang berpandukan ajaran Al-Quran dan Sunnah... We are Malaysian... Dari sejarah kita tahu... kita pernah menjadi yang terbaik di dunia nie...Apa salahnya kalau kita menuju ke arah menjadi yang terbaik sekali lagi...Terbaik dari segi ekonomi, teknologi, akhlak dan sahsiah diri...;)

P/S: Entri pencerahan minda... sebarkan jika sayangkan negara kita... Jangan jadi macam anak patung...ikut sahaja apa yang disuruh tuan patung... Jadilah seorang manusia yang berguna...