Selasa, 5 Mac 2013

kembalilah kepada Islam!!!




New York – Kejam. Beberapa keping gambar yang menunjukkan bagaimana seorang pemuda berusia 23 tahun, berasa bangga dengan menayangkan kepala ibunya selepas dia memotong kepala wanita itu dengan gergaji dalam satu kes bunuh yang mengejutkan banyak pihak di Bronx.

Bahsid McLean, 23, bergambar di depan cermin bilik air rumahnya sambil memegang kepala ibunya, Tanya Byrd, 45, seolah-olah dia menjulan sebuah piala.

Dia merakamkan gambar berkenaan melalui telefon bimbitnya, namun gambar tersebut berjaya diperolehi oleh New York Post.

McLean didakwa membunuh ibunya selepas mereka berdua bergaduh kerana Tanya mahu anaknya itu keluar daripada apartmen yang mereka duduki dan belajar berdikari.

McLean yang mengalami sakit mental itu bagaimanapun mendakwa dia tidak melakukan sebarang perbuatan salah ketika dihadapkan di mahkamah.

Dia memberitahu mahkamah bahawa ibunya itu sakit tenat dan dia hanya membantu ibunya.
McLean kini diletakkan dalam pemantauan ketat, bimbang dia akan membunuh diri.

Dalam pada itu, ibu saudaranya yang juga adik kepada Tanya, Cassandra memberitahu, Tanya pernah melihat McLean melayari internet bagi mencari tips untuk menutup pembunuhan.

Selain itu, McLean juga telah membuka akan dalam MySpace dengan nama ‘Kill the b**** Tanya.’
Menurut Cassandra, anak saudaranya itu berdendam dengan ibunya selepas dia ditempatkan di rumah anak-anak yatim ketika wanita tersebut berdepan dengan masalah penagihan dadah.

“Dia memang merancang pembunuhan ibunya itu. Dia patut dihukum mati,’’ kata Cassandra.
McLean hanya kembali menetap bersama ibunya ketika berusia 18 tahun dan pemuda itu juga dipercayai telah mendera adik lelakinya berdasarkan lebam-lebam di badan budak berkenaan.

Dalam pada itu, rakan McLean, William Harris, 26, didakwa membantu pemuda itu membuang mayat ibunya, yang dipotong kepada beberapa bahagian.

Bahagian badan Tanya ditemui di empat kawasan, kira-kira setengah batu daripada kediamannya.
Ia termasuk kepala, kaki kanan dan kirinya yang ditemui di dalam sebuah beg berzip di dalam tong sampah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan