Jumaat, 8 Mac 2013

Tentera Belalang



(Allah berfirman) : "Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka" - Surah Al A’raf, Ayat 133.

Hebatnya Kuasa Allah. Janji Allah Itu Adalah Pasti Bagi Mereka Yang Mempercayai Dan Akui Kebesaran-NYA... Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!!

"Tentera" Belalang Serang ISRAEL

6 Mac 2013 - Penduduk haram Israel terpaksa melawan serangan belalang ke atas tanaman yang sangat banyak di perkampungan Khym (mereka namakan Kemehin) yang datang daripada Mesir.

Khym terletak di daerah Barsheeba (bawah Gaza, rujuk pada peta). Pemandangan awan hitam yang sebenarnya terdiri daripada kumpulan-kumpulan belalang memenuhi langit selama 3 minggu, sebelum hari Jewish Passover yang mengingati 10 kemusnahan dalam kitab mereka, antaranya adalah belalang.

Serangga ini hampir mememuhi kawasan padang pasir seluas 800ha (hektar). Pegawai mereka menyembur pestisid drp udara pada awal pagi menggunakan pesawat ringan sbg usaha membunuh belalang-belalang itu.











 
 Sebarkan dengan KLIK button Share on Facebook. KATAKAN SUBHANALLAH!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan