Ahad, 30 Jun 2013

Dakwah

"Kenapa sekarang ana rasa dakwah kita lesu?"

"Bila kapal tidak berlayar.. Memilih untuk kekal di atas lautan yang tenang.. Wajarlah perjalanan itu akan lesu.."

"Kenapa ana tak rasa bahagia buat kerja dakwah seperti masa awal-awal ikut bersama dakwah?"

"Kebahagiaan yang sebenar bukanlah pada awal pelayaran walaupun memang ia membahagiakan, tapi benda tu terlalu sementara sebenarnya.. Semua orang seronok pada awalnya.. Tapi, bila diuji dengan cuaca panas, ombak kuat, tak ada ikan, ramai je yang tarik diri.. Ana cuma pesan satu je, antum kena ingat, kebahagiaan sebenar itu adalah apabila kita turun daripada kapal, di pantai destinasi syurga nanti.. Masa tu, antum akan rasa tak nak turun kerana terlalu bahagia! Sayang nak tinggalkan kapal ini.."

kubur

Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya orang yang mati itu akan menuju kubur. Adapun orang yang soleh, maka akan didudukkan dalam kuburnya tanpa perasaan takut ataupun kecut hati. Kemudian dikatakan padanya: "Dalam agama apa engkau dahulu berada?" Lalu dia menjawab: "Aku dahulu berada dalam agama Islam". Lalu dikatakan padanya: "Siapakah laki-laki ini?" Dia menjawab: "Muhammad Rasulullah s.a.w. Dia datang kepada kami dengan membawa keterangan-keterangan dari sisi Allah, lalu kami membenarkannya". Lalu dikatakan padanya:

 "Apakah engkau pernah melihat Allah?" Maka dia menjawab: "Tidak sepatutnya seorangpun melihat Allah". Lalu dibukakan baginya sebuah lubang menuju neraka, maka dia pun melihat ke dalamnya, sebahagian penghuninya menghancurkan sebahagian yang lain. Lalu dikatakan padanya: "Lihatlah pada sesuatu yang Allah telah menjagamu daripadanya". Kemudian dibukakan baginya sebuah lubang menuju syurga, maka dia pun melihat hiasan syurga dan segala isinya. Lalu dikatakan padanya: "Itulah tempatmu". Dan dikatakan padanya: "Dahulu engkau merasa yakin, dan engkau mati di atas keyakinan tersebut, dan di atas keyakinan tersebut engkau akan dibangkitkan insyaAllah".

Adapun orang yang jahat, maka akan didudukkan dalam kuburnya dalam keadaan takut dan kecut hati. Dan dikatakan padanya: "Dalam agama apa engkau dahulu berada?" Dia menjawab: "Aku tak tahu". Lalu dikatakan padanya: "Siapakah laki-laki ini?" Maka dia menjawab: "Aku mendengar orang-orang berkata, maka akupun mengatakannya". Lalu dibukakan baginya sebuah lubang menuju syurga, maka dia pun melihat hiasan syurga dan segala isinya. Lalu dikatakan padanya: "Lihatlah pada sesuatu yang Allah telah memalingkanmu daripadanya".


 Kemudian dibukakan baginya sebuah lubang menuju neraka, maka dia pun melihat ke dalamnya. Sebahagian penghuninya menghancurkan sebahagian yang lain. Lalu dikatakan padanya: "Itulah tempatmu. Dahulu engkau meragukan, dan engkau mati di atas keraguan itu dan di atas keraguan tersebut engkau akan dibangkitkan insyaAllah Ta'ala".

Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadith Nombor 4268

fikirlah sendiri

Hampir semua org celik IT,, Tapi asas Fardhu Ain kita TULI..

Grammar English boleh celah GIGI,, Tapi Hukum Tajwid gigit JARI..

Boleh cari duit untuk buat O.T HARI-HARI,, Tapi kuliyah agama 1 minggu 2 kali pun susah nak PERGI.

Boleh online, update fb, twitter sana sini dan HARI-HARI, Tapi 1 muka surat Al-Quran 1 hari susah nak MENGAJI..

Ilmu dunia sampai ke Degree, Master dan PhD,, Tapi Sirah Nabi sikit pun tak nak ambil PEDULI..

Tak salah nak HEBAT di Dunia ini,, Asalkan HEBAT juga untuk Akhirat yang KEKAL ABADI.

solat berjemaah

Ada Pengajaran Disebalik Kisah Ini.....

Suatu tgh malam. Dua jiran bersembang-sembang dari rumah masing-masing.

Shahrul Maizam:"Jiran sebelah tu, rumah hang ada lampu tak?"

Zulpadli: "Ada je. Apesal?"

Shahrul Maizam: "Rumah aku gelap gelita ni. Tarik lampu dari rumah hang boleh?"

Zulpadli: "Aku try ye."

Shahrul Maizam: "Cepat sket boleh tak?"

Zulpadli: "Sabaq naaa..ish aku dah try, tak bolehlah..dinding rumah hang ni tebal pelik je.."

Shahrul Maizam: "Pullak. Alamak, ada tetamu dtg la....satt...satt.."

"PANG PANG PANG!!"

Zulpadli: "Oit jiran sebelah, hang terlanggaq apa yang bising sangat tu..?"

Sayup-sayup bunyi di kejauhan. Halus je suara org kesakitan. Zulpadli digamit bimbang. Seketika kemudian, jirannya tu menyahut panggilan Zulpadli.

Shahrul Maizam: "Adoi..aku kena tibai dengan tetamu aku tadi dalam gelap..terperosok jauh aku tadi. Aku rasa semua tulang rusuk aku dah patah.." ( menangis kesakitan )

Zulpadli: "Hang ok ka? Risau aku. Aku datang tempat hang boleh?"

Shahrul Maizam: "Logikla sikit..mana boleh. Hang mana boleh masuk kubur aku dari kubur hang."

Zulpadli: "Eh ye tak ye gak. Rumah aku ni selesa sangat. Aku tak rasa macam duk dalam kubur plak..hehehe..sori..sori.."

Shahrul Maizam: "Aku menyesal hang tau tak. Aku ni takdala jahat sangat, aku malas solat je kat dunia..tapi ni lah natijahnya yang aku dapat..aku nak kembali ke dunia..aku nak kembali...!!"

Zulpadli: "Sabar...al-sobru minal iimaan..sabar itu dari iman..bawak bertenang..mengucap...ingat kat Allah..."

Shahrul Maizam: "Wei!! Aku tak tahan lagi..kat kaki aku penuh ular, lipan, kala jengking, hari-hari belit aku, sengat aku, patuk aku. Tiap-tiap hari aku 'mati' dan 'mati' over and over again..padahal aku memang dah mati! Aku nak kembali!!! Tolonglah akU!!"

Zulpadli tiba-tiba rasa sebak, teringat kata-kata Allah dalam al-Quran Surah al-Zumar ayat 58 yang bermaksud:

"..Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!"

Nadanya hampir sama dengan jeritan dan keluhan jiran kubur sebelahnya itu.

Seingat Zulpadli, apa yang beliau amalkan di dunia adalah konsisten solat berjemaah di masjid. Derma juga pada tabung masjid walaupun dirinya miskin hina. Tidak membantah kata parents dan guru. Ikut landasan al-Quran dan hadith.

Timbul rasa syukur dalam sebak rasa.

**
Shahrul Maizam: "Tak boleh ke hang try sekali lagi tarik lampu dari rumah hang? Please~~"

AES



Jumaat lepas, semasa dalam perjalanan ke KLIA, saya dapati polis sedang menjalankan pemeriksaan perangkap laju lebih kurang 2.5km dari KLIA. Tadi petang semasa pulang dari KLIA, saya lihat polis juga sedang menjalankan pemeriksaan perangkap laju. Saya tidak marah dengan tugas polis tersebut, tetapi saya memikirkan wajarkah polis melakukan perangkap laju di tempat yang menjadi jendela keluar masuk orang asing ke Malaysia ini? Bagi saya, pemeriksaan perangkap laju tidak sesuai dibuat dalam lingkungan 1-3km dari lapangan terbang.

Selepas memasuki Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, pemandu saya membawa saya ke Kuala Lumpur kerana saya ada temu janji yang perlu dipenuhi. Apabila sampai dekat dengan persimpangan tol Kajang, pemandu saya memperlahankan kenderaannya. Saya bertanya kenapa? Beliau menjawab kerana ada sistem perangkap laju AES di depan.

Saya langsung berkata kepada pemandu, tidakkah pada 18 Disember 2013 sebelum pilihan raya yang lalu, Peguam Negara mengumumkan prosiding saman kepada mereka yang terkena perangkap AES ini dibekukan sehinggalah beberapa aspek teknikal dan perundangan diselesaikan? Jadi, mengapa perlu takut dengan sistem AES ini? Pemandu saya memberitahu sistem AES ini dihidupkan semula dan telah ada kes pertama yang didakwa di mahkamah beberapa hari yang lalu setelah selesai pilihan raya. Timbul pertanyaan di hati saya: bila pula Peguam Negara mengumumkan pembekuan prosiding saman sistem AES ditarik balik? Jika ditarik balik, kenapa tidak diumumkan secara meluas untuk pengetahuan rakyat?

Seperti saya tentang AES ini, saya yakin rakyat juga tidak marah dengan sistem AES ini. Rakyat tahu tujuan merakam kenderaan yang memandu melebihi had laju adalah bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Rakyat tahu pemasangan AES ini akan membuatkan pemandu lebih berhati-hati semasa memandu. Rakyat tahu mereka yang membangkang AES ini adalah yang selalu melakukan kesalahan lalu lintas. Rakyat tahu tidak ada kerajaan dalam dunia ini yang buat tidak kisah sahaja kepada rakyat yang melakukan kesalahan.

Walaupun tahu, peliknya rakyat masih mempersoalkan penggunaan sistem AES ini? Mengapa? Ini kerana rakyat tidak setuju dengan penswastaan pemasangan sistem yang bernilai RM700 juta ini kepada dua syarikat sahaja, iaitu Beta Tegap dan Ates. Persoalan rakyat ialah mengapa diswastakan? Mengapa tidak dikendalikan oleh Polis atau JPJ?

Saya yakin rakyat tidak mempersoalkan pelaksanaan sistem AES ini jika sistem dikendalikan oleh pihak Polis dan JPJ. Tetapi apabila sistem AES ini dikendalikan oleh syarikat swasta yang dilaporkan akan mendapat RM16 dari setiap saman yang dikeluarkan, maka rakyat berasa tersinggung kerana merasakan penguatkuasaan sistem ini tidak lagi melibatkan soal keselamatan jalan raya, tetapi lebih kepada keuntungan.

Seperti juga dengan kisah saya tentang perangkap laju yang dibuat oleh polis dekat dengan lapangan terbang KLIA, rakyat juga marah dengan sistem ini kerana kedudukan kamera tersebut diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya seperti di kawasan menurun bukit dan jalan lenggang dengan had laju 80km sejam. Bagi rakyat, bila jalan lengang dan menurun bukit, takkan nak bersantai atas jalan raya sedangkan masa boleh dijimatkan? Bagi rakyat, takkanlah semata-mata hendak dapatkan semula kos sebanyak RM700 juta itu, mereka dibebankan dengan kompaun wajib RM300!

Bagi rakyat, kalau hendak kurangkan kemalangan jalan raya ada cara lain, bukannya dengan cara menggunakan poket mereka. Contohnya, baiki jalan yang rosak, bina lebih banyak jalan, buat lorong motorsikal dll. Jangan hukumi rakyat dengan sistem yang menguntungkan syarikat atau pihak luar. Jangan jadikan AES sebagai satu perniagaan!

Yakinilah, rakyat tidak mahu kerajaan yang mesra kapitalis. Yang rakyat mahukan ialah kerajaan yang mesra rakyat. Semoganya!

org gile ..

Menurut pengertian umum orang gila adalah orang yang sakit jiwa atau yang hilang ingatan disebabkan gangguan pada urat saraf. 

Biasanya, jika kita disebut tentang orang gila, maka terbayang di kepala kita seseorang yang kusut masai; tidak mandi; berpakaian lusuh; robek atau koyak disana sini; bahkan ada juga yang berkeliaran dalam keadaan telanjang bulat. 

Suka bercakap sendiri atau meracau sesuka hatinya; bahkan kadang-kadang ada juga suka marah dan mengamuk tanpa sebarang alasan yang musababnya.

Namun demikian ada juga orang gila yang penampilannya sama seperti manusia normal bahkan kadang kala sangat menarik dipandang.

Syaikh Abdullah Al-Ghazali dalam Risalah Tafsir menulis satu riwayat (hadis) seperti berikut:


“Pada suatu hari Rasulullah SAW berjalan-jalan melewati sekelompok sahabat yang sedang berkumpul. Lalu baginda bertanya kepada mereka:
“Mengapa kalian berkumpul disini”

Para sahabat tersebut lalu menjawab:
“Ya Rasulullah, ada orang gila yang sedang mengamuk. Oleh sebab itulah kami berkumpul disini.”

Menanggapi hal itu Rasulullah SAW lalu bersabda:
“Sesungguhnya orang ini tidaklah gila (al-majnun), tapi orang ini hanya sedang mendapat musibah. Tahukah kalian, siapakah orang gila yang sebenar-benarnya disebut gila (al-majnuun haqqul majnuun) “.

Para sahabat lalu menjawab: Tidak ya Rasulullah. Hanya Allah dan rasul-Nya jualah yang mengetahuinya.”

Kemudian Rasulullah SAW menjelaskan:
“Orang gila yang sesungguhnya gila (al-majnun haqqul majnun) adalah orang yang berjalan dengan penuh kesombongan; yang membusungkan dadanya; yang memandang orang dengan pandangan yang merendah-kan; lalu berharap Tuhan akan memberinya surga; padahal ia selalu berbuat maksiat kepada-Nya. Selain itu orang-orang yang ada di sekitarnya, tidak pernah merasa aman dari kelakuan buruknya. Dan di sisi yang lain, orang juga tak pernah mengharapkan perbuatan baiknya. Nah, orang semacam inilah yang disebut sebagai orang gila yang sebenar-benarnya gila (al-majnuun haqqul majnuun). Adapun orang yang kalian tonton ini hanyalah sedang mendapat musibah dari Allah.”
Mengikut Rasulullah s.a.w orang gila itu ialah orang yang sombong dan takabur serta memandang rendah kepada orang lain.

Saya tertarik satu difinasi tentang orang gila dari segi sainsnya ialah orang yang bercakap sendiri tanpa dia mengetahui apa yang diucapkannya. Sebab itu banyak filem-filem yang mengambarkan tentang orang gila ditunjukkan sifat bercakap sendiri tanpa dia tahu apa yang diucapkan.

Mengenai sembahyang pula. Kita sembahyang dalam bahasa Arab, tak ada orang sembahyang dalam bahasa ibunda dan tak ada perjuang bahasa mana-mana negara yang nak memperjuangkan sembahyang dalam bahasa ibundanya.

Bahasa Arab buka semua orang faham. Kita sembahyang tiap-tiap hari paling kurang 5 waktu. Ramai orang yang sembahyang tetapi dia tak tahu apa yang diucapkan dalam sembahyang. Mungkin dia boleh sebut dengan fasih dan betul tetapi belum tentu yang sebut dengan fasih dan betul itu faham makna sebenar apa yang disebut.

Untuk dapat khusyu' dalam sembahyang kita memerlukan kefahaman apa yang disebut dan dilakukan, ini bermakna bukan sahaja sebutan yang betul tetapi memahami makna sebutan tersebut dan lebih baik lagi kita mengerti maksud sebenar sebutan tersebut.

"Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya" (Surah Al-Mukminun : ayat 1-2)

Allah telah berfirman yang bermaksud: "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." (SurahAl-Ma'un : ayat 4-5)

Sembahyang tanpa mengetahui makna sebutan, rasanya sama seperti ORANG GILA yang bercakap sendiri tanpa dia mengetahui apa yang diucapkan.

Adakah kita ORANG GILA dalam sembahyang??


__________
http://laptoplama.blogspot.com/ 

Nasi



kami ingin berkongsi satu cerita ini kepada korang semua. Cerita mengenai amalan nasi kangkang isteri kepada suaminya.


Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya merasa terlalu seronok. ‘Eh, makin kurus nampak. Diet ke?’ kata saya setelah mempersilakannya duduk.

‘Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja.Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi tinggal tulang,’ balas Arifin. ‘Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,’ Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan. ‘Orang rumah saya sakitlah, ustaz’, kata Arifin.

‘Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak tak hendak. Sakit apa?’ saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

‘Entahlah.’ katanya perlahan.. ‘Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, paha, perut, dibelakang.. penuh dengan lepuh macam orang terkena air panas,’kata Arifin. Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak dapat melegakan penyakitnya. ‘Sakit apa, doktor pun tak tau,’tambahnya.

‘Dah pergi berubat kampung?’ saya bertanya.

‘Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh kawasan orang bunian, sampuk dan macam-macam lagi. Duit banyak habis, masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,’jelas Arifin. Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang cantik juga berubah murung, kusut.. ‘Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan berbintil-bintil macam katak puru,’ tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka. Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan. Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.

‘Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,’kata Arifin. Wajahnya sayu … ‘Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu’.

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan. ‘Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi,saya harap ustaz dptlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,’ tambah Arifin.

‘InsyaAllah. ‘ Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati. ‘Apa yang dia cakap masa meracau tu?’

‘Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? .. Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah , orang dah sakit memang macam tu,’kata Arifin. Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri.. Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya. ‘Datang ya, ustaz . Saya tunggu,’
katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak. ‘Jemput masuk ustaz,’Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

‘Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,’ bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan. Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

‘Za.. Ni Ustaz Nahrawi datang,’ kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;’Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung’. ‘Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,’ jawab Arifin.

‘Err,. dari mana datangnya bau yang.’ soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

‘Ooo. mmm, dari alat sulit dia,’kata Arifin perlahan. ‘Keluar lendir bercampur nanah’…

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukan Arifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal-hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

‘Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah saya pun sudah.’

‘Kalau macam tu, baguslah,’kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah. ‘Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,’ kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya. Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi. Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

‘Ustaz,’katanya.. ‘Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu’

‘Kenapa?’pantas saya bertanya….

‘Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya’ . Arifin menyambung ceritanya; Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya. Saya tanya ‘Kenapa?’

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain. ‘Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.’ Saya tanya, masa bila awak buat?’ Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki. ‘Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan. ‘Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan… ‘ Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok. ‘Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,’ kata saya. Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.’ Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi. ‘Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.’

‘Ampunkan dia?’ Arifin bertanya balik. ‘Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?’ tingkah Arifin dengan suara yang agak keras. Mungkin dia terkejut.

‘Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,’ jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah. ‘Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,’ jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali. ‘Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,’ kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

‘Tapi Alhamdulillah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun,tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.


‘Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.