Ahad, 28 Julai 2013

ithar

a.
Mencari-cari kisah di dalam kitab Hayatussohabah (kehidupan para sahabat رضي الله عنهم) untuk diterjemahkan & dikongsikan di sini. Akhirnya saya jumpa kisah ini. Walaupun ianya kisah yang seringkali didengar, namun setiap kali baca tentangnya seolah-olah itu kali pertama baca. Kisahnya benar-benar hidup, Allahu Robbi 
------------------------------------

Seorang lelaki yang sangat berhajat & dalam kesusahan telah datang menemui Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Lalu Baginda صلى الله عليه وسلم menyuruhnya ke rumah isteri-isterinya.

Kesemua isteri Rasulullah صلى الله عليه وسلم memberitahu hal yang sama: "Demi yang mengutuskanmu dengan kebenaran, aku tidak punya apa-apa (makanan) kecuali hanya air sahaja."

Akhirnya Baginda صلى الله عليه وسلم berkata: "Siapakah yang mahu menjadikan lelaki ini sebagai tetamunya untuk malam ini, semoga Allah merahmatinya."

Maka seorang lelaki daripada kalangan Ansar bangun & berkata:"Aku wahai Rasulallah."

Lelaki Ansar رضي الله عنه itu pun membawa tetamu tersebut ke rumahnya. Tiba di rumah, dia bertanya isterinya: "Ada sesuatu yang boleh dimakan tak?". Isterinya رضي الله عنها menjawab: "Tidak ada. Jika ada pun, sedikit makanan buat anak-anak kita."

Lelaki Ansar berkata lagi: "Lengahkan mereka dengan sesuatu, bila mereka mahu makan malam maka kamu tidurkanlah mereka. Bila je tetamu kita ini masuk untuk makan bersama, kamu padamkan sahaja pelita itu agar dia menyangka kita juga makan bersamanya."

Abu Hurairah رضي الله عنه menyambung kisah ini.

Mereka pun makan bersama pada malam itu. Seorang kenyang (tetamu) manakala dua orang lagi (suami isteri) itu tidur dalam kelaparan.

Apabila menjelang pagi keesokan harinya, Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Sesungguhnya Allah kagum dengan layanan kalian berdua terhadap tetamu semalam."

Ditambah di dalam riwayat yang lain sehingga turun ayat ini, al-Hasyr: 9.

"Mereka itu mengutamakan orang lain daripada diri mereka sendiri walaupun mereka juga memerlukannya ketika itu."

Jilid 2, m/s: 264.
-------------------

*Itulah didikan Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Menanamkan rasa ITHAR (mengutamakan orang lain) di dalam diri para sahabatnya. Ia berjaya kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلم sendiri insan yang paling mengutamakan orang lain.

Sahabat, jom kita berusaha mencontohi akhlak ini. Semoga kita dapat bertemu dengan mereka kelak di samping Baginda صلى الله عليه وسلم, amin. Salawaaaat ...

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

haram

TEKA TEKI HARAM

Ustaz : Banyak-banyak haram, haram apa yang ramai buat terang-terangan sampai masuk TV dan tak masuk lokap.

Lelaki : Perempuan tak pakai tudung. Haram buka aurat.
Perempuan : Gulp!

Ustaz : Banyak-banyak haram, haram apa yang telah fatwa haram, masih ramai buat terang-terangan. Masih tak masuk lokap.

Perempuan : Hisap rokok ustaz. Fatwa JAKIM haram, depa dok hisap juga.
Lelaki : Gulp!

Ustaz : Banyak-banyak haram. Haram apa yang lebih mudharat tetapi semua orang tak kisah. Kerajaan pun buat tak tau.

Lelaki dan perempuan : Tak tau Ustaz!
Ustaz : Riba.

tandas

Kassim, 15, menjemput sahabat-sahabat ke rumahnya. Rumah Kassim selalu berselerak dan tidak teratur. Tapi kerana sahabat-sahabatnya ingin datang, Kassim meminta ibunya untuk mengemaskan rumah supaya dia tidak perlu berasa malu dengan keadaan rumahnya.

“Sim, yang paling penting ialah kebersihan tandas. Sim bersihkan tandas, mak bersihkan ruang tamu, lap lantai dan sediakan makanan,” kata ibu Kassim.

Terdengar kata-kata maknya, Kassim berang.

“Mak. Mereka sudah nak sampai. Nanti mereka lihat Sim cuci tandas, malulah Sim. Sim pelajar paling tinggi ilmu antara mereka, kalau mereka nampak Sim cuci tandas, malulah Sim,” kata Kassim.

Mendengar Kassim memuji dirinya “tinggi ilmu” membuatkan ibu Kassim sedih dan geram. Ibunya ingin menyedarkan Kassim mengenai kesombongannya. Ibunya bimbang Kassim, yang selalu menerima pujian di sekolah atas kecemerlangan lemas sehingga melupakan perkara yang asas iaitu merendah diri.

“Sim kata Sim tinggi ilmu. Mak nak bertanya pada Sim, di luar sana, Sim bayar berapa untuk gunakan tandas?” tanya ibu Kassim.

“30 sen untuk buang air, 50 sen untuk mandi,” jawab Kassim dengan angkuh.

“Bersih tak, tandas di luar sana walau dibayar?” tanya ibu Kassim lagi.

“Biasanya berbau dan kotor. Ada kesan jijik di mangkuk tandas. Tapi biasalah tandas awam,” jawab Kassim sambil menyindir.

“Agak-agaknya mengapa tandas yang perlu dibayar 30 sen seorang itu kotor?” tanya ibu Kassim.

“Manusia tak bertamadun guna macam itulah,” jawab Kassim.

“Selain itu?” tanya ibu Kassim lagi.

“Tak ada orang cuci atau orang yang digaji cuci itu sambil lewa,” jawab Kassim.

“Agaknya mengapa orang yang mencuci itu sambil lewa?” tanya ibu Kassim.

“Mak ini tanya banyak. Sebab gajinya kecillah. Dan itu bukan tandas di rumah dia. Orang bayar tak rasa selesa dia peduli apa?” jawab Kassim yang kini terasa rimas dengan pertanyaan ibunya.

“Sim renungkan. Kalau tempat sejijik itu, Sim perlu bayar 30 sen untuk masuk. Berapa bayaran agaknya Sim perlu sediakan untuk memasuki Syurga Allah yang bersih lagi suci?” tanya ibu Kassim.

Kassim tergamam dan tidak terjawab soalan ibunya.

“Bagaimana nak sediakan bayaran ke syurga mak?” tanya Kassim yang ingin mengetahui.

“Pertama, mulakan dengan membuang ego, kesombongan dan air mukamu yang tidak bernilai itu dengan mencuci tandas sebelum kawan-kawan Sim datang. Itulah bayaran Sim kena bayar – dan apabila kawan-kawan Sim selesa menggunakan tandas kerana kebersihannya, bayaran Sim dikira diterima.

Kawan-kawan Sim guna tandas ini dengan percuma, puas hati kerana ia bersih dibersihkan oleh seseorang yang tidak dibayar gaji, malah seseorang itu membayar dengan rendah dirinya sebagai mengumpul dana ke syurga Allah. Itu bezanya Sim yang membersihkan tandas di rumah ini dengan orang yang membersihkan tandas awam di luar sana,” terang ibu Kassim.

Kassim terus mengambil peralatan dan membersihkan tandas rumahnya sebelum sahabat-sahabatnya tiba selepas mendengar penerangan ibunya.

Wahai anakku,
Bilamanamu terasa dirimu angkuh, sombong dan semakin hilang diri, cepat-cepatlah kamu pergi membersihkan bilik air secara diam-diam. Cara itu amat mujarab untuk membuang ego diri. Jika setiap manusia sanggup membersihkan tandas di masjid untuk membuang ego diri, wahai anakku, nescaya semua tandas di semua masjid akan jadi bersih-sebersihnya.

Aku sengaja ceritakan ini supaya engkau memastikan tapak kakimu sentiasa bertapak di atas bumi. Aku bimbang kamu diperdaya oleh pujian berlebihan sehingga kamu mudah terasa hati bila menerima kritikan lalu kamu menutup segala saluran untuk memperbaiki dirimu. Jika cerita ini bermanfaat padamu, janganlah engkau baca sahaja, jadilah pembaca yang memberi manfaat kepada orang lain.

Jumaat, 26 Julai 2013

giler...

Seorang penduduk dikatakan gila, tetiba pergi ke surau pada pukul 10 pg, lalu melaungkan azan...

Penduduk kg mendgr azan tu rasa pelik lalu semuanya bergerak ke masjid utk siasat... Selepas melihat org gila itu azan, ketua kg menjerit....!!

"hoi, pukul 10 pg ni, azan solat apa..? Gila ke..??"

Org gila menjawab:

" td waktu azan yg betul pukul 6 pg ada 5 org je yg dtg..,
nii azan yg salah, sekampung plak datang..?"

Siapa gila...?

hanya tengkorak

Insaflah Wahai Diri

Jangan kita berbangga dengan pakaian kita yang cantik dan mahal,
Kerana pakaian terakhir kita nanti adalah kain kapan yang berwarna putih.

Jangan kita berbangga dan angkuh dengan kenderaan kita yang mewah,
Kerana kenderaan terakhir kita nanti adalah van jenazah dan papan keranda.

Janganlah kita terlalu seronok dengan tempat tidur kita yang empuk dan nyaman,
Kerana tempat tidur terakhir kita adalah di liang lahat.

Janganlah kita ego dan sombong kerana mampu memiliki rumah yang mewah seperti istana,
Kita mesti ingat bahawa rumah terakhir kita nanti adalah kubur bertiang dua.

Janganlah kita bermegah dengan pangkat dan darjat,
Kerana bila kita sudah tiada nanti kita akan mendapat gelaran Al-Marhum.

Janganlah kita terlalu berlagak dengan wajah kita yang kacak atau cantik,
Kerana bila kita telah mati nanti, wajah kita akan berubah menjadi tengkorak...

Lailatul Qadar


->Panduan Ulama Dalam Mengesan Malam Lailatul Qadar
Berkata Imam al-Ghazali dan lainnya:

"Lailatul Qadar pd malam yg gasal (ganjil) di dlm 10 yg terakhir dan berkata mereka itu sesungguhnya diketahuikan dia (Lailatul Qadar) dgn hari yg awal drp bulan. Maka jika:

Hari pertama Ramadhan hari Ahad/RABU: Lailatul Qadarnya MALAM 29
Hari pertama Ramadhan hari Isnin: Lailatul Qadarnya malam 21
Hari pertama Ramadhan hari Selasa/Jumaat: Lailatul Qadarnya malam 27
Hari pertama Ramadhan hari Khamis: Lailatul Qadarnya malam 25
Hari pertama Ramadhan hari Sabtu: Lailatul Qadarnya malam 23

[Petikan drp kitab Mathla'ul Badrin Wa Majma'ul Bahrin karangan Muhammad B Ismail Daud Patani di bwh tajuk Kitabul Iktiqaf]

Sumber: Majalah Q&A SIRI 19 

P/S: Sekadar panduan, tetapi lebih baik kita isi kesemua 10 malam terakhir dgn banyakkan amalan sunat sprt tadarus, iktikaf dan solat malam.

"Ya Allah, terimalah amalan kami. Golongkan kami dlm golongan org yg memperoleh lailatul Qadar, dan dlm golongan org yg berjaya dlm madrasah Ramadhan yakni dgn memperoleh ketaqwaan." Amin
 — 

manusia buruh

Oleh Hariz Zuan

Kekusutan polemik kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) berakar jauh lebih awal sebelum kenyataan yang dicetuskan oleh Ahli Parlimen Kampar, Dr Ko Chung Sen baru-baru ini.

Perkara pertama yang wajib difahami adalah isu ini bukan tiba-tiba dan terbit begitu sahaja, tetapi isu ini memiliki latar panjang dan berbagai dimensi yang harus dicernakan dahulu agar dapat dihadam seluruhnya.

Jika tidak, rasa mual dan memulas yang tersorok dalam hempedu masing-masing itu pasti akan tersilap diagnosis akan puncanya.

Sebenarnya jika kita memahami latar ini, kita tidak akan mudah melatah dengan kenyataan Dr Ko Chung Sen, sebagaimana yang terjadi kepada Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA), malah kita pasti akan segera memaafkan kenaifan Ahli Parlimen Kampar tersebut, malah bersimpati terhadapnya.Seseorang berhak diberi ijasah dokter,dianggap sebagai orang terpelajar,tanpa diuji pengetahuannya akan keadilan.Dan bila ada tirani merajalela,ia diam tidak bicara, kerjanya cuma menyuntik saja.

Pertamanya kerana amalan pendidikan negara ini telah semakin jauh dengan falsafahnya. Jika kita mengambil sedikit waktu untuk membaca Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pastinya kita akan mendapati bahawa tujuan pendidikan negara ini jelas holistik – yang bukan semata-mata melayakkan seseorang itu mendapat ijazah tetapi yang lebih utama adalah proses pendidikan berterusan untuk mengembangkan potensi diri setiap warga bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani agar dapat menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara.  Indah!

Malangnya, amalan pendidikan negara ini tidak sejalan dengan falsafahnya. Situasi ini berlaku kerana Malaysia pada suatu ketika (1980an-1990an) merupakan negara membangun yang sedang berkembang dan bercita-cita besar untuk menjadi negara industri dengan pantas. Ketika itu, kemasukan modal asing sangat pesat, FDI mencurah-curah dan banyak kilang-kilang didirikan.

Kilang-kilang ini memerlukan pekerja mahir dan separa mahir yang ramai. Maka, orientasi pendidikan negara ini pun – entah secara sedar mahupun tidak –  dihalakan kepada menyediakan pekerja bagi kilang ini, bukan lagi membina insan sempurna.

Dr Mahathir yang ketika itu berikan jolokan arkitek dan CEO Malaysia benar-benar menjadikan negara ini sebagai sebuah syarikat. Dasar pembangunan Mahathir sangat mudah, pembangunan bererti bangunan – segala-galanya berbentuk fizikal – sehingga menjadikan orientasi sosial dan politik negara ini berteraskan developmentalism – teori pembangunan yang berteraskan pembangunan fizikal dan kemasukan modal yang besar. Maka, sumber tenaga kerja negara ini harus dipersiapkan untuk developmentalism ini.

Pada ketika itu, malah sehingga kini, mata pelajaran Sains dan teknikal adalah jauh lebih terhormat daripada mata pelajaran Sastera dan Kemanusiaan. Mana-mana anak sekolah yang cerdas fikirannya dikerah mengambil jurusan Sains, sehingga menerbitkan stigma bahawa sastera hanya untuk pelajar dungu dan culas belajar.

Manakala di peringkat universiti, kebanyakkan kursus juga dipastikan selaras dengan kehendak ‘pasaran’ dan ‘industri’. Kursus teknikal dan iktisas diberikan keutamaan dan kursus Sains dan Sastera tulin dianggap tiada masa depan kerana tiada prospek cerah dalam industri. Malah, kebanyakkan kursus Sains Kemanusian (Social Sciences) juga seakan diwajibkan memiliki elemen industri, umpamanya sosiologi industri dan psikologi industri. Maka, perlahan-lahan kemanusiaan terpinggir.

Selain itu, kursus di universiti juga disingkatkan daripada empat tahun untuk Ijazah pertama kepada hanya tiga tahun. Malaysia seakan tidak mampu untuk menunggu lama. Jumlah universiti digandakan, malangnya tumpuannya hanya lebih kepada bidang teknikal sehingga mencacatkan makna di sebalik istilah universiti itu sendiri – yang seharusnya mengajarkan ilmu yang universal dan holistik. Buktinya, sehingga kini, tiada satu pun jabatan falsafah di universiti di negara ini, apatah lagi fakulti falsafah.

Lebih daripada itu, mulai tahun 1996 penyertaan swasta dalam pendidikan tinggi mula berkembang melalui pengenalan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996. Kini pihak swasta menjadi pemain utama untuk menghasilkan buruh-buruh ‘terpelajar’ untuk industri.

Tambahan pula pihak swasta pastinya menjadikan pendidikan sebagai satu komoditi untuk diperdagangkan dengan mengenakan yuran yang bukan sedikit.
Bagi mengoptimumkan pasaran universiti dan kolej swasta ini, Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diperkenalkan setahun kemudian, iaitu pada tahun 1997.  Kini, tugas mendidik telah diserahkan sebahagiannya kepada swasta yang berteraskan keuntungan dan hanya berminat untuk memasarkan ‘produk’ keluaran mereka kepada industri secepat mungkin.

Mahasiswa yang sebelum ini bebas daripada hutang, kini menanggung hutang besar pada usia muda. Maka, mereka juga terdesak untuk memastikan mereka diterima masuk ke dalam pasaran kerja (baca: industri) secepat mungkin, setidaknya diterima masuk kerja kerajaan!

Apakah Strategi ini Berjaya?
Jelas strategi Mahathir ini tidak berjaya! Buktinya semakin banyak rungutan daripada industri berhubung dengan ‘produk’ yang dihasilkan oleh universiti negara ini. Pastinya kita sedia maklum berkenaan rungutan kualiti graduan negara ini yang gagal untuk berdepan dengan situasi sebenar bidang pekerjaan.

Rungutan utama pastinya kegagalan komunikasi termasuk dalam bahasa Melayu, tidak mampu bekerja tanpa pengawasan dan arahan spesifik serta takut membuat keputusan.

Jelas ini merupakan hasil daripada pendidikan negara ini yang mementingkan kemampuan menghafal rumus dan mengikut arahan semata-mata – daripada mana datangnya arahan dan  apakah tujuan sesuatu pelajaran tidak penting.
Maka sibuklah para ‘pemikir’ negara ini menyelesaikan masalah ini. 

Malangnya, mereka tidak mahu kembali kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan sebaliknya memperkenalkan pula beberapa kursus tambahan (elektif) di universiti, termasuk teknik berfikir! Setelah lebih 20 tahun barulah diajar bagaimana untuk berfikir dan hanya beberapa jam dalam satu semester!

Strategi ini juga melahirkan graduan yang hanya berfikir dalam kerangka bidang mereka sahaja – mudahnya, mereka gagal menghubungkan antara disiplin ilmu yang pelbagai dengan bidang masing-masing. Sebagai contoh, jika graduan farmasi, mereka hanya tahu mengeluarkan diskripsi ubat kepada anak yang kekurangan zat tetapi gagal menjelaskan kenapa kanak-kanak ini tidak mendapat zat.

Demikian juga dengan arkitek yang membina bangunan yang kering sejarah dan budaya, graduan ekonomi yang hanya tahu mengira untung dan rugi tetapi tidak memahami untuk siapa keuntungan ini. Akhirnya, graduan yang kita hasilkan adalah mereka yang mati budaya atau uncultured.

Oleh yang demikian satu lagi kursus diperkenalkan untuk memberikan kefahaman latar budaya dan ketamadunan kepada mahasiswa kita yang antaranya kita kenali sebagai TITAS ini. TITAS ini niatnya baik, namun tidak mampu untuk menyelesaikan masalah paling asas sistem pendidikan kita. Umpama pokok yang hampir mati kekeringan, hanya dibasahkan daun-daunnya, bukan disiram pada akarnya.

TITAS bukanlah kursus berkenaan teologi Islam atau mana-mana agama tetapi adalah pengajian tamandun yang turut juga meliputi tamadun Asia – China dan India.

Malangnya, Dr Ko, sebagaimana kebanyakkan lain yang terperangkap dalam pendekatan pembangunan Mahathir, gagal untuk melihat kepentingan subjek kemanusiaan dalam sesuatu pengajian profesional seperti perubatan.

Mana Puncanya?
Kekeliruan yang ditimbulkan angkara TITAS ini merupakan manifestasi kebebalan dan kecamukan sistem pendidikan yang diwarisi negara ini. Bagi memahami daripada mana datangnya kebingungan dalam isu TITAS ini kita harus menaiki mesin masa untuk pulang sekitar 30 tahun dahulu – tepatnya 1971. 

Ya, semua daripada kita tahu bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dikuatkuasakan sejak 1971 sebelum diperketatkan pada 1974 oleh Dr Mahathir yang pada ketika itu Menteri Pelajaran. Apa kaitannya AUKU dengan TITAS ini? Jangan silap, celaka AUKU ini bukan hanya menyekat aktivism mahasiswa sahaja, malah yang lebih merosakkan adalah hilangnya autonomi universiti.

Tanpa autonomi, pihak eksekutif bukan sahaja boleh campur tangan dalam soal pentadbiran dan pengurusan universiti, malah sebagaimana yang dibuktikan dalam kes TITAS ini, eksekutif boleh campur tangan dalam membentuk subjek akademik dalam universiti.

Mengapa situasi ini tidak sihat? Pertamanya kerana universiti sebagaimana sifatnya merupakan korpus ilmu yang wajar dihormati akan kedudukannya. Maka silibus dan keputusan yang dibuat dalam universiti harus dibiarkan kepada kaki tangan akademik berdasarkan bidang keilmuan mereka, bukan kerana kepentingan sesiapa. Keduanya, bagaimana kaki tangan pentadbiran kerajaan yang tidak terlatih dalam disiplin ilmu yang khusus membuat keputusan untuk mewajib atau tidak sesuatu mata pelajaran?

Tanpa ada niat untuk meremehkan pegawai Kementerian dan barisan kabinet kerajaan, pastinya tidak masuk akal mereka yang mungkin memiliki ijazah komunikasi atau pengurusan pejabat untuk menentukan silibus di universiti. Bukankah lebih afdal jika perkara ini ditentukan oleh para profesor di dalam universiti tersebut?

Kesimpulannya di sini, isu TITAS ini jauh lebih kompleks daripada apa yang dapat kita sangkakan. Perdebatan berkenaan TITAS ini seharusnya membuatkan kita kembali merenung sistem pendidikan negara ini, ke manakah ingin di bawa anak bangsa ini? Menjadi insan atau menjadi buruh?
Kita juga harus berani dan teguh untuk keluar daripada kerangka pendidikan dan pembangunan yang dibina oleh Mahathir. 

Beliau punya sumbangannya kepada Malaysia dan segalanya akan diadili oleh sejarah. Cuma yang tinggal adalah kita untuk meluruskan kembali arah tuju bangsa Malaysia ini.