Sabtu, 14 Jun 2014

panda bi

PANDA & BABI

"Untunglah hang, Panda. Dapat layanan first class. Sangkar ja dah 25 juta. Dok dalam aircond. Aku ni ... mana nak dapat layanan camtu. Orang jijik dengan aku ni," rungut seekor babi.

🐼"Aku ni binatang yang dah nak pupus, Babi woi!" jawab Panda.

"Hang pun panggil aku Babi? Kecik hati aku."

🐼"La ... dah memang hang Babi kan? Takkan nak panggil Babun lak?"

"Gunalah panggilan yang manja sikit ... Khinzir ka. Taklah terasa sangat."

🐼"Erm ... macam-macam la hang ni. Aku rasa, hanglah haiwan paling glamer la ni. Rata-rata orang dok sebut pasai hang. Dalam FB, paper, blog ... jeles aku!"

"Takda maknanya, Panda woi. Depa tu dok marah kat aku ja. Depa kata aku ni pandai-pandai pi masuk dalam coklat. Habis aku kena marah," kata si Babi dalam nada sebak.

🐼"Sabaq, Bi... ni semua ujian. Walaupun kat dunia hang kena kutuk macam-macam, tapi kat akhirat nanti kita tak masuk neraka. Yang masuk neraka ni manusia dan jin. Binatang macam kita ni tak kena hukum." Panda cuba mententeramkan Babi.

"Aku taulah aku ni najis mughallazah. Haram dimakan. Kalau manusia sentuh aku, depa kena sertu."

"Tapi aku tengok page Dr. Maza, dia kata takyah sertu. Cuma bilas ja."

🐼"Erm... dia ada fatwa dia sendiri. Biaq pi kat dia lah."

"Sat aku nak tanya. Tapi, hang jangan kecik hati lak."

"Tanya ja."

🐼"Dulu, aku ada dengaq. Kat badan hang ni ada kuman. Kalau hang bersentuh dengan manusia, kuman tu akan berpindah ke badan depa. Satu-satunya cara nak matikan kuman tu, kena cuci dengan tanah. Betoi ka?"

"Taktaulak aku. Aku tak ngaji medic. Try hang GOOGLE. Kot-kot ada jawapan. Manusia pun la ni mudah ja. Semua jawapan cari kat Google ja," jawab Babi dengan rileks."Hang pulak, pasaipa depa bawak mai hang dari China?"

🐼"Erm... depa kata nak perbaiki hubungan. Kan, China marah kat Malaysia kes MH370 tu. So, aku ni jadi alat diplomatik la."

"Oh... kalaulah Malaysia jadikan aku alat diplomatik jugak kan baguih."

🐼"Pala hotak hang. Mana boleh. Hang tu tak layak!"

"Huhu. Kecik hati aku."

🐼"Alahai... touching la pulak. Hrm."

"Mana tak touching, Da. Manusia ni, kalau nak maki ... nama aku gak yang depa guna. Kenapa tak maki guna nama hang?"

🐼"Aku haiwan suci. Sentuh takyah sertu. Haha," jawab Panda dengan bangganya.

"Tapi, sebab hang ... negara dah habis berjuta ringgit. Padahal ramai rakyat miskin. Depa nak makan apa?"

🐼"Kalau darurat sangat, makan hang pun boleh. Haha." Panda bergurau. "Sebenarnya, ramai orang taktau... Aku adalah haiwan yang akan pupus. Tak banyak dah spesis Giant Panda macam aku ni. Sebab tu, kalau aku depa letak kat zoo, jumlah pengunjung akan meningkat dan jualan tiket bertambah. Ini dapat menjana ekonomi negara."

"Tapi, teori tu perlukan masa untuk dibuktikan. Bukan mudah rakyat nak faham."

"Sebenarnya, dalam dunia ni cuma ada 12 buah zoo saja yang ada Giant Panda. Semua panda tu mai dari China. Negara lain depa minta kat kerajaan nak bela Panda. Tapi, untuk Malaysia, China yang offer," jelas Panda.

"Malaysia, kot mana pun terpaksa terima jugak. China kan tengah marah kat Malaysia. Kalau Malaysia taknak ambik hang, lagilah parah. Sedangkan hubungan China dan Malaysia sangat penting. Takkan nak alih arah ke Amerika pulak."

🐼"Pandai jugak hang no bab-bab ekonomi ni," puji Panda. "Ingatkan bodo."

"Aku pun baca kat Google. Haha."

🐼"Weh, Bi. Kes DNA hang dalam coklat tu apa citer? Rugi mampuih kilang Cadbury. Tang mana depa nak buang semua coklat tu?"

"Bagi kat hang makan la, mau?"

🐼"Aku okey ja. Binatang tak berdosa makan coklat ada babi. Manusia ja yang berdosa."

"Pandai jugak hang bab hukum ni ek?"

🐼"Aku pun baca Google gak. Haha. Mana la ada masa nak pi jumpa ulama tanya. Asyik terkurung ja dalam sangkaq. Mujur ada smart fon."

"Aku nak tanya satu soalan. Kalau ada kambing terminum susu aku, kiranya manusia halal tak makan kambing tu?"

🐼"Begini. Macam aku cakap. Kambing tak berdosa minum susu hang, Bi. Jadi, ikut hukum Fekah, kambing tu halal dimakan. Tapi, MAKRUH. Dan, ada ulama fatwa MAKRUH TANZIH, MAKRUH TAHRIMI dan ada juga yang fatwa HARAM."

"Kalau manusia taktau dalam makanan depa ada DNA babi, berdosa tak?"

🐼"Dah taktau, takpala. Kalau dah tau, tak kuar fatwa pun depa dah takmau makan."

"Huhu. Jijiknya aku ni."

🐼"Sedaq diri takpa. Haha. Tapi, manusia yang tak bersolat lebih jijik daripada hang, Bi. Umat zaman dulu, kalau langgaq perintah Tuhan, terus ditukaq jadi babi dan kera. Umat akhir zaman ni, Tuhan bagi peluang. Tu pun depa tak sedaq. Bab coklat ada DNA babi, bukan main lagi melatah. Rasuah makan. Aurat dedah. Solat tinggai. Mengumpat, memfitnah ... tu macam makan daging manusia hidup-hidup tau. Manusia tak sedaq semua tu. Bagi depa, yang haram ni BABI ja. Sampai nak sebut dan tulis babi pun, orang akan kata mencarut. Terpaksa sebut khinzir. Padahal sama ja, kan?"

"Aku terpaksa mengaku, ya. Walaupun aku pun rasa sama ada sebut babi atau khinzir, aku tetap jijik."

🐼"Okaylah, Bi. Aku nak logout dulu. Next time kita Whatsapp lagi. Bye."

Sekadar selingan.....mintak maaf

berangan

Ketika aku membuka lembaran-lembaran fail pegawai yang telah pencen, kutemui catatan berikut ini:

Dahulu aku berangan2..
Andai aku menjadi seorang pegawai kerajaan…
Dan memang benar, akhirnya aku pun bekerja sebagai pegawai
Sehingga aku pun terobsesi untuk segera menikah.

👰Dahulu aku berangan2…
Kiranya aku dapat menikah..
Dan memang benar, aku pun menikah.
Akan tetapi hidup ini sangat sepi tanpa kehadiran anak-anak.

👪Akupun berangan2…
Kiranya aku dikurniakan anak
Dan memang benar, aku pun diberikan kurnia anak-anak.
Akan tetapi, tidak beberapa lama akhirnya aku bosan dengan dinding2 apartmenku sendiri.

Akupun kembali berangan2...
Andai aku memiliki rumah sendiri.
Terdapat halaman dan tamannya…
Dan memang benar, setelah berusaha keras aku pun memiliki rumah itu
Akan tetapi… anak anak ku pula sudah pun dewasa..

Akupun kembali berangan2..
Duhai kiranya aku dapat menikahkan mereka…
Dan memang benar, akhirnya merekapun telah menikah.
Tapi aku bosan dengan pekerjaanku dengan segala kesulitannya, semuanya terasa sangat memenatkanku.

Akupun kembali berangan2...
Andai aku segera pencen agar aku dapat beristirehat.
Memang benar, aku pun akhirnya bersara.
Akan tetapi aku kini tinggal seorang diri sama seperti baru lulus kuliah dahulu.

Akan tetapi ketika baru lulus kuliah dahulu, saat itu aku tengah menyongsong kehidupan, sementara saat ini aku sedang menyongsong akhir kehidupan.

Namun meskipun demikian, aku masih saja memiliki sebuah angan-angan…

Kini aku berangan2...
Untuk menghafal Al Qur’an.
Tapi… ingatanku telah mengkhianatiku (cepat lupa).

🍮Aku juga berangan2..
Untuk berpuasa mendekatkan diri kepada Allah
Tapi kesihatanku tidak lagi membantuku.

🌓Aku juga berangan2..
Untuk bangun solat malam
Tapi kakiku tak mampu lagi menahan beban tubuhku.

Sangat benarlah sabda Rasulullah al-Musthafa,
“Pergunakanlah sebaik-baiknya 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara:

Masa mudamu sebelum datang masa tuamu

Masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu

Masa kayamu sebelum datang masa miskinmu

Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu

Masa hidupmu sebelum datang kematianmu...

Ya Allah!
Bantulah kami untuk sentiasa mengingat-Mu, bersyukur pada-Mu dan melakukan ibadah sebaik-baiknya kepada-Mu...

Saudaraku..

Jika dalam aktiviti harianmu tidak terdapat;

Dua rakaat Solat Dhuha,

Atau 1 hizb bacaan Qur’an,

Atau solat Witir di malam hari,

Atau ungkapan kalimat baik yang kau ucapkan,

Atau sedekah yang dapat memadamkan kemurkaan Allah,

Atau amalan rahsia yang tidak diketahui manusia melainkan Allah...

Maka masih adakah nikmat hidup yg masih ada untukmu?

Jumaat, 13 Jun 2014

raya

Assalamulaikum dan selamat sejahtera, menurut blog yang mendakwa memetik kata-kata pendakwah bebas Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz yang disiarkan dalam sebuah tabloid, individu yang membela hantu raya boleh dikenal berdasarkan beberapa kriteria. Antaranya seperti di bawah ini 

1. Takut bertentang mata apabila bercakap
2. Gementar dan keluh kesah apabila berjumpa dengan orang alim
3. Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh apabila berada dalam majlis ilmu
4. Gemar makan bubur kacang merah dan suka menjamu orang makan pada malam Jumaat
5. Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luar biasa apabila melakukan kerja-kerja berat
6. Apabila keluar rumah, orang itu tidak akan memberitahu ahli keluarga terutama isteri tentang hal itu
7. Kerap membawa berpuluh-puluh telur rebus ke dalam hutan
8. Apabila ada mesyuarat, orang ramai akan patuh dan tunduk dengan keputusan yang dibuatnya
9. Mempunyai tenaga seks luar biasa ketika bejimak dengan isteri. 
10.Kerap bersetubuh. 

Ustaz Abu Bakar berkata undividu yang bersahabat dengan hantu raya memperolehi apa hajat dengan bantuan makhluk itu. 


Wallahua’lam

Isnin, 9 Jun 2014

ilmu

Kelebihan ilmu

Ali ibnu Abi Thalib r.a berkata kepada Kumail; "Hai Kumail! Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau sedangkan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) sedangkan harta itu terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan sedangkan ilmu itu bertambah jika dibelanjakan."

Berkata lagi Ali r.a; "Orang berilmu lebih utama dari orang yang selalu berpuasa, solat dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapatlah satu kekosongan di dalam Islam yang tidak dapat ditutup selain orang penggantinya."

Berkata Ibnu Abbas r.a; "Disuruh pilih pada Sulaiman bin Daud a.s antara ilmu dan, harta dan kerajaan. Maka dipilihnya ilmu, lalu dianugerahkan kepadanya harta dan kerajaan bersama ilmu itu."

Berkata Ibnu Abbas r.a; "Bertukar fikiran tentang ilmu sebahagian dari malam, lebih aku sukai daripada berbuat ibadah di malam itu."  Begitu juga menurut Abu Hurairah r.a.

Berkata Al-Hasan r.a; "Ditimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada, maka beratlah timbangan tinta ulama itu dari darah para syuhada."

Berkata Al-Hasan r.a tentang firman Allah Ta'ala yang maksudnya; "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan pula di akhirat nanti." [Surah al-Baqarah : ayat 201],  bahawa kebaikan di dunia itu ialah ilmu dan ibadah, sedangkan kebaikan di akhirat itu ialah syurga.

Berkata Ibnu Mas'ud r.a; "Hendaklah engkau berilmu sebelum ilmu itu diangkat. Diangkat ilmu adalah dengan kematian perawi-perawinya. Demi Tuhan yang jiwaku di dalam kekuasaanNya, sesungguhnya orang yang syahid dalam perang sabil, lebih suka dibangkitkan oleh Allah nanti sebagai ulama.  Kerana melihat kemuliaan ulama itu. Sesungguhnya tidak ada seorang pun yang dilahirkan berilmu. Kerana ilmu itu adalah dengan belajar."

[Imam al-Ghazali - Ihya' Ulumuddin, Jilid 1, Kitab ilmu: Kelebihan ilmu]


Keutamaan belajar

Berkata Abu Darda' r.a; "Lebih suka aku mempelajari satu masalah, daripada mengerjakan solat satu malam."

Dan ditambahnya pula; "Orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu, bersekutu pada kebajikan. Dan manusia lain adalah jahil, tidak ada kebajikan padanya."

Dan katanya lagi; "Hendaklah engkau menjadi orang berilmu, atau belajar, atau mendengar ilmu, dan jangan lah engkau menjadi orang yang keempat (tidak termasuk salah satu yang tiga tadi) maka binasalah engkau."

Berkata Abu Darda' lagi; "Barangsiapa berpendapat bahawa pergi menuntut ilmu itu bukan jihad, maka adalah dia orang yang kurang fikiran dan akal."

Berkata Umar ibnu al-Khattab r.a; "Meninggalnya seribu 'abid (ahli ibadah) yang malamnya mengerjakan solat dan siangnya berpuasa, adalah lebih mudah, daripada meninggalnya seorang alim yang mengetahui yang dihalalkan dan yang diharamkan oleh Allah."

[Imam al-Ghazali - Ihya' Ulumuddin, Jilid 1, Kitab ilmu: Keutamaan belajar]


Keutamaan mengajar

Berkata Umar r.a; "Barangsiapa menceritakan suatu hadits, lalu diamalkan orang, maka baginya pahala seperti pahala yang diperolehi oleh orang yang mengamalkannya."

Berkata Ibnu Abbas r.a; "Orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramai, nescaya diminta ampun dosanya oleh segala sesuatu, hingga ikan di dalam laut."

Berkata Al-Hasan r.a; "Kalau tidak ada lah orang yang berilmu, nescaya jadilah manusia itu seperti haiwan. Ertinya, dengan mengajar, para ahli ilmu itu mengeluarkan manusia dari batas kehaiwanan, kepada batas kemanusiaan."

[Imam al-Ghazali - Ihya' Ulumuddin, Jilid 1, Kitab ilmu: Keutamaan mengajar]

zalim


Jika anda semua membaca kisah ini pasti anda merasa terkejut. Kisah seorang pemuda yang mengkhianat negara sendiri. NILAH NASIB YANG MENIMPA ORANG YANG BERSUBAHAT MEMUSNAHKAN PEJABAT IKHWAN DI MESIR SEBELUM RAMPASAN KUASA KEATAS PRESIDEN DR MURSI. Jom kita ikuti plot kisah ini di bawah


Muhammad Ahmad 'Isawa seorang pemuda berusia 28 tahun yang terkenal dengan kekuatan tubuh badannya kerana pernah membunuh singa, boleh memikul bebanan ribuan kilo dan boleh menarik lori serta kenderaan berat.

Dia juga boleh memakan serpihan kaca dan tak lut tikaman pisau.

Muhammad Ahmad 'Isawa juga terlibat dengan kegiatan merusuh dan memusnahkan pejabat Ikhwan sebelum rampasan kuasa ke atas Dr Mursi.

Selepas rampasan kuasa dia digunakan pihak polis untuk mengganas terhadap peserta anti rampasan kuasa dan dia telah membunuh 4 orang wanita.

Kesudahannya ketika mengganas di satu demo anti kudeta pihak polis tertembak pemuda ini di kepala, perut dan dada.

Akibatnya beliau telah cacat, lumpuh dan tak boleh bangun.

Mungkin inilah doa orang dizalimi yang dimakbulkan Allah SWT. Jangan lah kita berbuat perangai sedemikian kerana Allah maha mengetahui dan adil.

Ahad, 8 Jun 2014

Istihaalah

#‎DNA‬ Babi dalam makanan
Sedikit ulasan Tuan Guru saya iaitu Ustaz Adnan Che Abu.
["sekadar sedikit perkongsian Dari insan biasa.
Istihaalah dalam fiqh adalah bertukarnya sesuatu unsur kepada unsur yg lain, dgn kadar tidak lagi ada pada unsur yg baru sebarang kesan unsur yg asal .. contoh yg diberikan adalah apabila najis atau bangkai bertukar menjadi tanah ..
Penukaran najis atau benda yg haram kepada unsur baru dgn perbuatan manusia tidak akan menghalalkan najis tersebut .. ini berdasarkan hadith yg diriwayatkan oleh Muslim [3669], At-Tirmidzi [1215], Abu Daud [3190]: Bahawa Abu Thalhah menanyakan Rasulullah -صلى الله عليه وسلم- mengenai anak-anak yatim yang mewarisi arak. Lalu Baginda bersabda: (Tumpahkanlah ia [yakni arak berkenaan]). Beliau berkata: Adakah tidak boleh kami membuatnya menjadi cuka? Baginda bersabda: (Tidak) ..
Para Ulama memahami daripada hadith berkenaan bahawa menukarkan arak menjadi cuka dgn perbuatan manusia adalah haram .. tidak boleh dimanfaatkan dgn arak utk sebarang manfaat kecuali ditumpahkan.
Mereka bersepakat jika arak itu bertukar (ihaalah) dgn sendiri kepada cuka, maka ia tidak mengapa dan halal .. adapun dgn perbuatan maka tidak dibenarkan.
Mari kita lihat semua istidlal yg digunakan di dalam fatwa yg disebarkan yg mengatakan tak mengapa gelatin babi dalam makanan dan lain kerana telah istihaalah:
1) Najis yg terbakar maka abunya halal .. fatwa ini digunakan utk membincangkan org yg menggunakan najis kering utk memasak dan membakar di dapur .. abu yg berterbangan dari najis berkenaan dimaafkan kerana payah utk dielakkan terkena pada benda2 yg di sekeliling dapur dan hatta makanan pun mungkin terkena .. ia bukan bermaksud suruh jilat abu kat dapur yg dinyalakan dgn najis .. bahkan najis yg digunakan adalah dari lembu, dan seorg yg telah belajar fiqh perbandingan sepatutnya tahy bahawa najis/kencing binatang yg dimakan dagingnya dipercanggahkan hukumnya.
2) Kalau anjing masuk dalam takungan garam, anjing tu akan jadi anjing masin .. macam ikan masin .. tak pun jadi anjing pekasam .. Kalau tajuk zat atau jirim anjing tu hilang setelah lama berada tak kira di mana pun, ia adalah pertukaran yg tabii .. bukan dgn perbuatan manusia .. bahkan perbincangan ini adalah sewaktu garam merupakan komoditi yg mahal dan sukar diperolehi.
Babi jadi ubat gigi, sabun, cokelat dan lain dgn sendiri ke, hinggakan sewenang-wenang disamakan hukum istihaalah dalam fiqh dgn perbuatan mencampurkan babi itu ke dalam makanan atau kosmetik???
Jgn jadi macam Yahudi .. bila Allah haramkan mereka makan lemak, mereka cairkan lemak tu dan makan hasil jualannya .. mereka tak makan lemak .. mereka makan duit .. so telah istihaalah .. jadi halal ke???
Begitulah memahami najis & mutannajis. Ianya berbeza. Najis itu bagaimana sekalipun tak dpt disucikan. Yang dibersih disucikan ialah mutannajis.
Ada pendapat lain? Sila kongsikan utk kita bincangkan dgn sumber sandaran dalil yg kukuh.

haram

~2 hadis untuk menjawab isu hot~
Saya tak berniat atau berhajat untuk panjangkan hal ni, kepada yang faham, fahamlah..
Bukan untuk cari balah, tapi sebagai peringatan semata-mata kepada kita semua yang berada di zaman Dajjal ni...
Zaman di mana, agama menjadi perkara yang mengelirukan....
Selama 1400 tahun sesuatu itu haram, tiba-tiba zaman kini, satu persatu ia dihalalkan oleh "ulama yang mendapat perhatian MEDIA"...
1) ‘Abdurrahman bin Ghanm Al-Asy’ariy berkata: telah menceritakan kepadaku Abu ‘Aamir atau Abu Malik Al-Asy’ariy; demi Allah beliau tidak membohongiku bahawa beliau telah mendengar Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“ Akan ada dari kalangan umatku suatu kaum (kelompok) yang menghalalkan zina, sutera, Al-khamr , dan al-ma’aazif (alat-alat muzik). Dan benar-benar akan ada beberapa kaum mendatangi tempat yang terletak berhampiran gunung tinggi lalu mereka didatangi orang yang berjalan kaki untuk suatu keperluan.
Lalu mereka berkata, “Kembalilah esok”.
Pada malam harinya, Allah menimpakan gunung tersebut kepada mereka dan sebahagian yang lain diubah menjadi monyet dan babi sehingga hari kiamat.”
(lihat: Shahih Al-Bukhari, no. 5590. Shahih Ibnu Hibban, no. 6754. Mu’jam Al-Kabir oleh Ath-Thabrani, no. 3417 dan dalam Musnad Syamiyyin, no. 588. As-Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi, no. 6100, dan 20988. Lihat juga: Taghliiq At-Ta’liiq oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani, no. 5590)
Note 1: Hadis ini menceritakan tentang banyak perkara yang diharamkan oleh Islam, kelak akan difatwa halal oleh "ulama-ulama" akhir zaman. Maka disebabkan umat Islam asyik dan mabuk dengan benda haram, maka Allah mengubah mereka menjadi seperti monyet dan babi. Secara umumnya, itulah yang berlaku pada ummah hari ini, sesetengah "ulama" menghalalkan banyak hal yang haram atas alasan "Islam itu mudah" misalnya menghalalkan alkohol atas nama perubatan, menghalalkan alat muzik haram seperti alat muzik bertali dan bertiup (alat muzik berketuk seperti duff,kompang dll diharuskan dalam mazhab Syafi'e), menghalalkan riba atas nama islamic finance, menghalalkan zina atas nama nikah mut'ah, menghalalkan babi atas nama DNA, menghalalkan wanita haid lepak di masjid atau bertilawah Al-Quran tanpa alasan, menghalalkan zakat diberi kepada orang kafir atas alasan "Islam itu indah", menghalalkan penggunaan kulit dan tulang babi atas alasan tiada dalil yang mengharamkannya dan macam-macam hal lagilah geng-geng "ulama PhD" buat hal. Disebabkan semua ini dihalalkan, maka umat Islam telah Allah ubah menjadi seperti monyet, misalnya kewujudan sampah-sampah masyarakat yang terkinja-kinja di disko, konsert, pavi, shopping mall, program realiti mencari artis, pak lawak, artis tua bangka, artis belum baligh, semua tu tidak saling tumpah keadaan mereka dengan sekumpulan monyet. Dan juga Allah akan merubah umat menjadi babi, ini juga berlaku apabila umat Islam kini suka dengan majlis-majlis bercampur laki perempuan, bergomol-gomol dan berhimpit-himpit berlainan jantina, sama seperti babi. Mereka juga berzina dan merogol manusia dan saudara kandung, anak kandung, cucu kandung, nenek kandung seperti sekawan babi. Semua ini jelas seperti yang diramalkan Rasulullah. Fikir dan nilai sendiri.
2) “Akan ada manusia dari kalangan umatku yang meminum al-khamr , mereka menamakannya dengan selain namanya. Mereka berhibur di atas kepala-kepala mereka dengan al-ma’aazif (muzik) dan para penyanyi wanita. Maka Allah akan membenamkan mereka ke dalam bumi dan Allah akan mengubah bentuk sebahagian dari mereka menjadi monyet dan babi.” (Sunan Ibnu Majah, no. 4020. Shahih Ibnu Hibban, no. 6758. Al-Mu’jam Al-Kabir oleh Ath-Thabrani, no. 3419. As-Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi, no. 20989. Mushannaf Ibn Abi Syaibah, no. 23758)
Note 2: Di dalam hadis ini pula baginda menyatakan modus operandi atau metod atau cara "ulama-ulama" akhir zaman menghalalkan benda yang haram. Iaitu menggunakan kaedah "penukaran nama". Misalnya arak haram, tapi alkohol halal. Babi haram, tapi DNA babi dan Cadburry halal. Kaedah penukaran nama ini sedang hangat "dihalalkan" mereka sebijik seperti yang diramalkan Rasulullah. Kata mereka apabila nama asal sesuatu tu hilang, contohnya "daging babi" menjadi "gelatin", maka ia halal atas alasan ia bukan lagi zat asal.  wtf?
Note 3: Sekali lagi fikirkan, kalau ini semua bukan tanda kiamat, bila lagi dunia nak kiamat?
Note 4: Status ini tidak ditujukan kepada sesiapa atau untuk memprovok mana-mana pihak. Ia hanya sebuah tulisan pencetus fikir kepada kita semua untuk semakin berhati-hati dengan kedatangan Dajjal besar tak lama lagi kerana tanda-tandanya sudah jelas. Kepada yang masih tertipu dan terus tertipu dengan "ulama-ulama" seperti ini, semoga kita semua diberi petunjuk daripada Allah.
Note 5: Ini status serius.  *sambil buat muka serius*