Selasa, 26 Ogos 2014

10 pintu syaitan

10 Pintu Syaitan Di Alam Nyata | Di sini saya ingin share kepada anda ada 10 pintu syaitan di alam nyata. Baca , teliti dan faham setiap pintu2 syaitan ini.

Pintu pertama:
Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki syaitan iaitu hasad (dengki) dan tamak. Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu, ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan baik atau buruk.

Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.

Pintu kedua:
Iaitu marah. Ketahuilah, marah dapat merosak akal. Jika akal lemah, pada masa itulah tentara syaitan akan melakukan serangan. Mereka akan mentertawakan manusia jika manusia terbawa amarah. Pada keadaan kita seperti ini, segeralah berwudhu kerana marah terjadi akibat hembusan api jahanam, padamkan dengan air wudhu.

Pintu ketiga:
Iaitu sangat suka menghias-hiasi tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat rugi kerana umurnya hanya dihabiskan untuk tujuan ini.

Pintu keempat:
Iaitu kenyang kerana telah makan banyak makanan. Keadaan seperti ini akan menguatkan syahwat dan melemahkan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Kerugian lainnya akan dia dapatkan nanti di akhirat.

Pintu kelima:
Iaitu tamak pada orang lain. Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka dia akan berlebih-lebihan memuji orang tersebut padahal orang itu tidak memiliki sifat seperti yang ada pada pujiannya. 

Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mahu memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mahu melarangnya dari kemungkaran.

Pintu keenam:
Iaitu sifat selalu tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar untuk perlahan-lahan. Padahal terdapat sebuah hadits dari Anas, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari syaitan.” (Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shoghir mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Pintu ketujuh:
Iaitu cinta harta. Sifat seperti ini akan membuat berusaha mencari harta bagaimana pun caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil (kedekut), takut miskin dan tidak mahu melakukan kewajiban yang berkaitan dengan harta.

Pintu kelapan:
Iaitu mengajak orang awam supaya ta’ashub (fanatik) pada madzhab atau golongan tertentu, tidak mahu beramal selain dari yang diajarkan dalam madzhab atau golongannya.

Pintu kesembilan:
Iaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakIkat (kaifiyah) dzat dan sifat Allah yang sukar dicapai oleh akal mereka sehingga menjadikan mereka menjadi ragu dalam masalah paling penting dalam agama ini iaitu masalah aqidah.

Pintu kesepuluh:
Iaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lainnya. Jika seseorang selalu berburuk sangka (bersu’uzhon) pada muslim lainnya, pasti dia akan selalu merendahkannya dan selalu merasa lebih baik darinya.

A B C

Mari sama-sama kita belajar semula A.B.C dan maknanya
A mbil yang jernih
B uang yang keruh
C iptakan yang baru
D an teruskan perjuangan
E ngkau tunjukkan jalan yg betul pada tentera
F isabillillah yg ada
G unakan nyawa anda kerana
H idup dan mati kerana ALLAH S.W.T
I n Sya Allah kita sama-sama
J ihadkan diri menentang
K ezaliman oleh musuh-musuh islam
L aknatullah..
M ahupun sudah dijanjikan
N eraka untuk
O rang-orang yang
P erlekehkan agama Islam
Q urbankan diri
R obohkan
S emua
T entera jahat
U ntuk meneruskan
V isi
W ira-wira kita yang
X treme menentang
Y ahudi dan
Z ionis

koma

Seorang PENJAHAT ditembak polis dan koma. Kemudian dia bermimpi dibawa Malaikat ke NERAKA.. Tapi dia terkejut kerana di NERAKA orang berdisco, karaoke, minum arak, judi, banyak pula pompuan seksi2, dan lain2... Dia cepat2 ingin masuk, tapi ditahan oleh IBLIS penjaga pintu: "Tunggu dulu! Waktumu belum tiba... 

Kembalilah ke dunia, buatlah yang LEBIH JAHAT lagi maka kau pasti akan MASUK NERAKA...!" Akhirnya dia sedar dari koma dan dia berbuat LEBIH JAHAT lalu akhirnya ditembak mati. IBLIS dengan segera menghantarnya ke NERAKA... Tapi dia terkejut kerana di dalam NERAKA byk api, bau hamis darah, byk binatang berbisa dan byk teriakan meminta pertolongan.. Bingung dan ketakutan PENJAHAT itu berkata, "Aikkk.. Waktu yang lalu NERAKA tidak begini...?"

 IBLIS tersenyum dan berkata, "Oh, time tu promosi bro... .. <<Sekadar mengingati bahawa iblis itu sentiasa berusaha supaya kita akan mengikutinya ke neraka dgn pelbagai cara>> Kirim ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama manusia.sampaikanlah walau hanya pada 1 org..Ketika anda ingin menyebarkan .. ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya. Syaitan berbisik; "SUdahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pun, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "...

Janggut

RASULULLAH SUKA
TENGOK LELAKI BERJANGGUT
WALAU SEHELAI.. 


Pada Zaman
Rasulullah..ada seorg lelaki yg
berjanggut 2 helai dtg ke masjid
dan masa mengambil
wuduk..lelaki tersebut
memandang Rasulullah..Ras
ulullah pun senyum kpd lelaki
itu..lelaki itu hairan mungkin
Rasulullah senyum kerana
janggut lelaki itu hnya 2 helai di
dagu.. Keesokkan harinya
sahabat lelaki tersebut datang ke
masjid setelah mencukur
janggutnya.


 Apabila terserempak
dengan Rasulullah s.a.w, lelaki
itu melemparkan senyuman
tetapi Rasulullah tidak
memandang langsung kepada
lelaki tersebut… Bertambah
hairanlah beliau lalu diajukan
pertanyaan kepada Baginda…
“Wahai Rasulullah mengapa hari
ini kamu tidak senyum kepadaku
seperti sebelum ini? ” Lalu
Baginda menjawab” Sebelum ini
aku nampak malaikat berebut-
rebut untuk menadah air wuduk
yang jatuh dari janggutmu tetapi
apabila kamu mencukur
janggutmu tidak ada lagi
malaikat yang menunggu di
janggutmu wahai sahabat.."


Niat belajar

Bismillah...
Sekadar berkongsi..semoga hati yg resah menjadi tenang
**************************
Aku pelajar asasi sains hayat u tempatan. Matlamat aku nk dpt 4.00 sbb aku nk amik doktor. So sejak first day aku masuk asasi ITU yg aku niatkan..
Aku nk dpt 4.00 sbb nk jdi doktor.
Hari demi hari di asasi semakin padat jadual + assignments yg dh menimbun .da semakin ku rasa payah nk dpt 4.00 mybbkn aku dlm kelas rasa stress sbb rse ilmu x masuk. Dlm otak ingat 4.00 sbb lau x , xleh amik medic..
Jadi aku rse x tenang sbb aku rse takut kalau x dpt apa yg aku nk tak tercapai..
Sampailah midsem, aku me nangis sbb rse payah sgt tpi aku dh belajar gile..bertambah kebimbangan aku terhadap 4 flat tu.lgi tak tenang hati !
And.....one day, aku pun join usrah. Cakap Pasal niat. Ada satu hadis tu ada ckap "kita akan dapat apa yg kita niatkan'
So, aku pun muhasabah balik diri aku .. Selama ni aku hanya belajar sbb nk dpt 4 flat, sbb nk amik medic...
Dan ... Aku tersedar aku belajar semata2 nk brjaya dlm exam..n bende ni buat aku x tenang sbb aku takut diakhirnya aku gagal dpt aku nak.
Firman Allah dlm at Taubah ayat 120:
Sesungguhnya Allah takkan sia2kan org yg berbuat kebaikan.
N aku sedar, aku perlu betulkan niat balik..
...sahaja aku belajar hanya kerana Allah...

Shbt, apa yg inginku sampaikan, jangan sedih!!
Cube betulkan blik niat kita belajar kerana APA??
In shaa Allah, kalau betul kita ni belajar krn Allah, kita x rse beban pun bljr tu sbbnya kita suka dptkn ilmu Allah tu
Tpi kalau kita bljr sbb nk exam semata2.. Mesti kita akan rasa beban..sbb Kita takut akhirnya kita gagal..

Tidal dgn niat kerana Allah..sbbnya bila kita betul2 buat kerana Allah, automatiknya kita akan tenang utk belajar kerana kita yakin Allah takkan sia2kan hamba yg beljar keranaNya. Kita xkan resah lgi either kita dpt 4 flat ke x. Sbbnya aku dh usaha sedaya upaya dapatkn kerana Allah, n Allah tahu apa yg terbaik untuk kita .

Our job for EFFORT,
HIS job for RESULT,

So...korang betulkan niat balik. Bimbang di hujungnya nanti kita mgkin gagal n usaha Kita belajar selama ni jadi sgt sia2 . berbanding andai kita belajar kerana Allah, andai ditakdirkan(nauzubillah) tak dapat, yakinlah usaha kits spjg nk dptkan pointer yg baik utk dpt course yg kita nk tu, Ada ADA NILAI di sisi Allah..yakinlah agar hati kalian jadi lebih tenang .sbb ketenengan hati tu sangat penting dlm memperoleh ilmu.

End of the story, aku dh x bimbang lgi apa result aku di hujungnya sbb aku yakin Allah Maha Berkuasa dan xkan sia2kan orng yg berusaha..

#sharelah agar lagi ramai yg tenang hati mereka
#keep calm and have faith
#ambik masa until refleks diri

55 Sunnah

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

Sebarkan...spya lbh ramai lg yg mengamalkn sunnah...jom amal sunnah nabi!!
[2:46pm, 8/23/2014] Hazim Kuis: Semoga kita dapat beramal ..in syaa allah