Isnin, 8 Disember 2014

GST

Assalamualaikum...
Selamat pagi..
Dah sarapan..??
Sarapan minda dulu...😇 Bacaa..👓....📰..

Copy paste dari seorang sahabat.. sekadar mencakna minda kita sebagai pewaris Negara tercinta ini...

"KAMU MELIHAT KEBENARAN, KAMU TAHU KEBENARAN TAPI KAMU TETAP MEMILIH KEMUNGKARAN"

Mengapa Malaysia semakin lama semakin tertinggal ???
ANTARA MALAYSIA & SINGAPURA & KOREA SELATAN

Bismillahirahmanirahim. Saya menulis analisis ini bukan atas kepentingan peribadi. Sebab saya bukanlah org politik, Ketua Cawangan atau JKKKK. Saya juga bukan ahli mana2 parti samada yg berhaluan kanan atau kiri. Saya menulis utk org2 susah...utk diri saya alhamdulillah cukuplah sekadar kehidupan sementara di dunia ini.

Oleh itu sudi kiranya sahabat membacanya tanpa mengira fahaman politik kalian. Bacalah dgn hati terbuka. Mengkritik kerajaan yg ada bukan bermakna benci tetapi mahukan kerajaan kembalikan peranan asalnya utk rakyat teramai ini....terima kasih.

Berdasarkan kenyataan bapak2 Menteri itu, sakit hati tak bila baca kenyataan mereka yg bergelar Menteri apabila ditanya oleh rakyat. Pastinya tergurisnya hati mereka yg telah memberi undi atau kepercayaan utk mereka. Selepas diberi kepercayaan mudah sahaja jawab mereka..."Kalau tak suka...". Jadi eloklah kita panggil mereka ini "Menteri kalau tak suka".

Saya ingin bertanya kpd anda, jika mereka ini menjadi ketua negara Singapura pada tahun 1965 selepas dipisahkan dari Malaysia, apakah yg akan berlaku? Tidak mustahil akan berulang kembali seperti sejarah Sultan Sulu, jual sahaja kpd Inggeris. Kerana apa saya kata demikian...kerana mereka tidak berwibawa utk membela nasib rakyat.

Jadi di sini mari kita buat perbandingan di antara Malaysia dan Singapura dlm pelbagai sudut. Singapura selepas berpisah dgn Malaysia dlm sengketa politik hanyalah sebuah pulau. Singapura bernasib baik kerana mempunyai seorang Ketua Negara yg diiktiraf dunia sebagai antara insan 'genius' di dunia. Saya bukan pemuja Lee Kuan Yew tetapi jujur ada perasaan kagum kewibawaanya.

Bayangkan di'nyah'kan dari Malaysia menjadi sebuah negara yg kecil tanpa minyak dan yg terpenting tanpa air. Nak buat apa??? Kuan Yew bertindak pantas...pertama apa yg dilakukan olehnya ialah menghapuskan rasuah dalam agensi2 kerajaan. Beliau tahu dgn rasuah negara ekonomi sesbuah negara akan hancur. Kemudian dia memulakan ekonomi pasaran bebas.

Anda bayangkan 'genius' atau tidak manusia yg bernama Kuan Yew ini...negaranya tiada air...tapi dgn air yg dibelinya dari Johor, dgn air itu juga dia membuat duit utk negaranya berjuta juta ringgit setahun. Johor pula kaya dgn air, dijualnya air tapi dibeli dgn harga lebih mahal daripada Singapura...heeeeee....lucukan.

Bukan pada air sahaja Kuan Yew lakukan tapi kpd minyak. Negara ini tiada minyak tapi dia mengimport minyak utk ditapis dan dieksportnya kembali minyak dgn keuntungan. Singapura juga menerusi dasar pendidikannya melahirkan pekerja yg mahir utk ekonomi negaranya tidak seperti Malaysia yg berminat mengimport tenaga mahir.

Kerana negara ini hampir sifar rasuah, Singapura berjaya menyakinkan pelabur apabila lebih 3 ribu syarikat melabur ke sana. Tidak cukup dari itu bagi menambah pendapatan negara, Singapura telah menjadikan negara sebagai sebuah pusat kewangan dan teknologi tinggi wilayah. Kini jutawan2 dunia terutama di rantau ini tidak perlu ke Switzerland lagi utk menyimpan wang mereka.
Berbanding dgn Malaysia, kita sepatutnya mampu mengatasi ekonomi Singapura. Kita mempunyai minyak, gas, kelapa sawit, kayu jati, air (dijual kpd Singpaura) dan pelbagai lagi. Mengapa kita tidak mampu menggunakan utk menjana ekonomi rakyat?

Kepimpinan negara yg baik, pemimpin kena sentiasa memikirkan bagaimana utk meningkatkan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat. Contohnya dgn sumber alam semujadi yg begitu byk Tuhan berikan, kerajaan terpaksa mengambil subsidi rakyat malah duit rakyat utk dikenakan dgn pelbagai cukai. Persoalannya ke manakah duit negara yg byk itu dibelanjakan???

Apa?...'Hidden hand'...Ada teori mengatakan Singapura ketika dipisahkan dari Malaysia mereka telah meminta nasihat daripada Israel utk membangunkan ekonomi Singapura. Dlm erti kata lain Lee Kuan Yew bukan bertindak seorang diri.

Kenapa kata begitu, antara Lee Kuan Yew byk mengikut atau mengkaji apa yg dilakukan oleh Israel (Yahudi). Contohnya, Israel adalah pengeluar rokok terbesar di dunia tetapi 99% rakyat Israel tak merokok. Ini kerana hasil kajian, rokok akan menghasilkan rakyat yg 'dungu' dan berpenyakit.

Sebab itu Singapura melayani rakyatnya yg merokok seperti rakyat kelas kedua. Langkah itu berjaya mengurangkan perokok di kalangan rakyat Singapura. Sebab itu saya tidak menghalang kerajaan Malaysia menaikkan harga rokok kerana ia bagus utk rakyat memikirkan kembali utk berhenti merokok.

Ok tak mengapa...jgn gaduh2. Ye lah Jews bergabung dgn East Jews (bangsa China terkenal juga dgn jolokan East Jews kerana kepintaran mereka) kita terbang ke Korea...Kenapa saya pilih Korea? Korea adalah negara yg jauh lebih mundur dari Malaysia dan pada tahun 1980 ekonomi negaranya sama dgn kita.

KOREA SELATAN DAN MALAYSIA...

Pada tahun 1950...Korea adalah antara negara termiskin di dunia. Ia adalah akibat perang dgn Jepun di mana ketika itu Korea hanya bergantung kpd pertanian sahaja. Menurut ceritanya sekitar tahun 70 an KL jauh lebih maju dari Malaysia. Tapi kini Korea sudah menjadi negara maju dgn penguasaan teknologinya tinggi.

Kita lihat pendapatan perkapita Korea & Malaysia
a)Korea(1980)-$1845.66
b)Malaysia(1980)-$1804.12
Maksudnya di sini pendapatan Malaysia dan Korea lebih kurang sama pada tahun 1980..

Kemudian lihat apa yg berlaku 26 tahun selepas itu.
a)Korea(2006)-$18,674.44
b)Malaysia(2006)-$5,781
Kita ketinggalan hampir 323% dgn Korea. Sebenarnya sejak thun 1985 lagi Malaysia sudah ketinggalan hampir 200% dgn Korea. Kita berangan nak mencapai negara maju menjelang 2020, sedangkan kriteria utama nak jadi negara maju kena pendapatan perkapita $15K ke atas.

Ketika ini pendapatan perkapita kita hanya $5 sahaja. Hanya keajaiban sahaja yg mampu utk Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju yg hanya tinggal 7 tahun sahaja lagi. Agak2 boleh ke kawan2?

Lihat di kala kegawatan ekonomi 1997. Korea lebih teruk dilanda kegawatan. Malah mereka terpaksa meminjam berbillion dari IMF. Tapi mereka bergerak pantas utk menjadi negara maju selepas itu. Sedangkan Malaysia yg kononnya hebat sgt tidak meminjam IMF, masih termengah mengah utk memulihkan ekonominya. Pelaburan asing semakin mengecil, pelaburan swasta dlm negeri semakin menurun. Tentu ada yg tak kena dgn polisi yg ada sekarang?

Dari sebuah negara antara yg paling miskin, mereka kini menjadi negara paling kaya dgn nilai ekonomi trillion. Malah mereka menggunakan NIC atau teknologi nuklear mereka dgn baik. Tapi sayangnya bukannya teknologi Korea ini yg dipelajari atau diminati tetapi Gagnam Style dan K Pop yg sampai dulu walaupun 99% rakyat Malaysia tak faham apa yg dinyanyikan. Malah siri drama Korea menjadi kegilaan rakyat Malaysia...khasnya org Melayu bab hiburan nombor satu....heeee.

Kebangkitan Korea dlm bidang automobil awal sedikit dari Proton. Tapi kini kereta Korea (Hyundai & Kia) menguasai 70% kenderaan di Brunei, terjual 1 juta unit di Amerika dan berjuta di seluruh dunia. Proton masih mencari identiti dan pengaruh di negara sendiri. Malah lebih memalukan rakyat sendiri pun tak percaya termasuk saya.

Selepas sengsara 5 kali tukar gear box kereta Perdana V6 dulu, taubat saya nak menggunakan kereta Malaysia. Bukan sebab kita tak patriotik atau tak sokong kereta buatan Malaysia tetapi bagi saya Proton sendiri mengkhianati penggunanya sendiri..5 kali tukar RM 15 k.

Selain itu antara membuatkan pelik dgn Proton kerana tidak mementingkan bab keselamatan pengguna. Kenapa perlu bezakan kalau beli yang basic, ABS dan airbag tak ada .Kalau beli high-line, semua benda tu ada. Seolah-olah yg kaya kamu mendapat lebih keselamatan jika berlaku kecemasan dari org miskin. Mcm kes kapal Titanic la pulak.

Berbalik kpd negara Korea...mereka sudah jauh pergi dlm peciptaan produk elektronik. Malah mereka menguasai dunia seperti Samsung dan LG. Samsung seperti saya tulis sebelum ini adalah jenama HP yg paling digemari di seluruh dunia..Pelaburan berbillion ringgit kerajaan Korea kepada generasi pelajar2 utk menguasai Sains Teknologi membuahkan hasilnya kini.

Ekonomi Korea Selatan maju sebab rakyat dia berani bersuara. Di sana mereka yg berjawatan pemimpin tak berani nak buat benda2 mengarut macam di Malaysia. Mentaliti rakyat kita masih lagi rendah walaupun pada hakikatnya dan 53 tahun merdeka. Senang je kena tabur janji bagai...bagi BRIM balik pilih benda yg sama . Perlu diingat sampai bile kita nak macamni.

Bagi saya parti politik hanyalah satu wadah. Pembangkang perlu wujud sebagai chk n balance. Saya tak kata kita patut bangkang je apa yg kerajaan buat. Kalau idea bagus, kaedah efisyen, kita pun boleh setuju. Begitu juga kalau ada idea pembangkang yg bagus, kerajaan memerintah patut bersetuju dan laksanakan. Itulah guna pembangkang dlm setiap negara.

Contoh, byk ketirisan yg berlaku dlm pentadbiran. Korea dan Singapura masalah inilah dulu dibasminya (rasuah). Tapi kita cakap bab rasuah mcm halal pula jadinya. Malah rasuah boleh disebut sebagai komisen utk menghalalkannya. Itu sebab Malaysia still tak boleh compete dgn mereka.

Cukup-cukuplah kata ringgit Malaysia semakin mengukuh sedangkan pada hakikat, matawang asing yg lemah. Kalau kukuh, mesti ada beza dalam kuasa beli. Cuba bandingkan dgn nilai dolar Singapura. Kita semakin lama semakin jauh tertinggal.

Suruh rakyat berjimat...ambil subsidi rakyat. Tapi dlm masa yg sama sibuk nak buat Menara Warisan sedangkan kadar occupied ruang pejabat kat Malaysia ni pun masih lgi dalam kadar 60-70%.Ni tambah lagi beribu pejabat kosong buat apa? Bukankah rakyat rasa diperbodohkan.

Lepas tu kita tgk tahap kecerdasan pemimpin kita. Bila rakyat tanya, sakitnya hati bila kita membacanya...sebab apa mereka begitu. Sebab bukan bidang mereka atau ada agenda tersembunyi. Bodohkan rakyat mcm tak rasa bersalah langsung.

Patut letakkanlah seseorang Menteri itu mengikut kebolehan Menteri terbabit. Yg dulunya belajar ekonomi, PM letak dia dekat Menteri Kebudayaan....sebagai contoh. Apa yg dia boleh sumbangkan. Cuba letak di tempat kemahirannya baru la ia berfungsi dgn baik di kementerian terbabit sb Menteri itu tahu tahu kerja dia macamana.

KENAPA MALAYSIA TAK MAJU2...

Ok, persoalannya kenapa kita tertinggal dgn Singapura dan Korea? Malaysia tak maju sebab kekayaan hanya berlegar pada kroni2 terutama utk parti politik sahaja. Rasuah tak pernah menurun. Audit setiap tahun kerajaan hilang antara 20-30 billion tiap2 tahun. Tak tahu sapa yg lesapkan.

Korea minyak tiada, kayu balak tiada, kelapa sawit tak ada, petroleum tak ada, gas tak ada, Umno tak ada tapi mereka jauh meninggalkan kita. Malah terpaksa berperang dgn Korea Utara lagi. Nak jimatkan kos mereka bawa masuk tentera US . Korea tak buat projek mega, tak buat Istana nak menunjuk2, tak buat rumah PM sampai RM 250 juta. Tapi mereka buat jalan raya yg baik, empangan, budget pendidikan dan sukan yg tinggi utk rakyat mereka.

Selain itu masalah terbesar negara, Malaysia hanya berbangga sebagai bangsa pengguna. Manakala Korea Selatan itu bangsa pencipta . Dlm isu yg lalu saya katakan Pakistan pun dah mampu bina kapal selam sendiri. Sebab itulah mereka boleh pergi jauh, yg kita semakin lama semakin jauh ketinggalan.

UK, US dan Jepun (3 negara maju di dunia) ...mereka ni boleh tukar kerajaan setiap penggal kalau mereka tak puas hati dgn dasar pemerintah. Kita tak boleh kerana jika UMNO tidak memerintah maka muncullah hari kiamat. Rakyat akan mati kebuluran. Jalan raya tidak ada lagi org yg mampu membinanya dan sekolah terpaksa ditutup.

Buat sahabatku sekalian. Sebenarnya ia bukan soal UMNO, PAS atau PKR. Ini soal maruah bangsa. Rasuah (duit rakyat) tetapi digunakan atau diambil berbillion ringgit utk perut individu tertentu. Sedangkan jika ketirisan itu mampu disifarkan, nescaya kita mampu memberikan pendidikan percuma.

Kerajaan yg baik sepatutnya memikirkan bagaimana utk membantu rakyat. Bukannya membebankan rakyat. Kerana kegagalan mereka menguruskan dana negara dgn baik atau dilimpahkan kpd kroni masing2, rakyat yg terpaksa menanggung beban tersebut. Umpama anak yg pinjam wang pada Along, habis satu keluarganya diganggu atau diperas ugut. Terpulanglah kpd kalian.

Ada satu peribahasa Inggeris berbunyi, "Anda melihat kebenaran, anda tahu kebenaran itu tetapi anda tetap memilih kemungkaran ~ maka kita anak2 cucu cicit kita akan terus berterus2an menerima akibat2 nya ~

solat wanita

Pagi tadi Ust Firdaus.mengatakan kita mesti berpakaian menutup aurat yg boleh terus dibawa utk solat. Ini guideline dia

6 SYARAT AURAT SOLAT TANPA TELEKUNG

Terdapat segelintir wanita mengabaikan solat ketika leka membeli belah di Shopping Kompleks. Alasannya tak bawa telekung atau telekung yang disediakan di surau kat shopping kompleks kotor dan tak menyenangkan. Yang agak beragama pula memberikan jawapan yang terlalu menyimpang dari landasan agama, iaitu nak qada solat kat rumah nanti. Entah kitab mana yang dirujuk dan entah ulama mana yang dijadikan sandaran.

Sebenarnya, Qada solat adalah untuk orang yang meninggalkan solat tanpa sengaja seperti tertidur dan terlupa. Bagi yang meninggalkan solat secara sengaja,termasuk dengan alasan tidak bawa telekung hukumnya berdosa besar( malah sesetengah ulama menghukumnya sebagai kafir). Pelakunya mesti bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan menqada solat yang ditinggalkan itu sesegera mungkin. Jadi dalam situasi sebegini, jika wanita tersebut telah memakai pakaian yang memenuhi kriteria menutup aurat sebagaimana yang telah dijelaskan, maka wanita tersebut boleh langsung bersolat dengan pakaian tersebut.

SYARAT 1 : Mestilah Menutup Dagu.

Ramai orang solat tanpa telekung tak bertutup lohong dagu dia. Kalau pakai tudung bawal, boleh pin kan bahagian tepi. Kalau pakai tudung sarung, kena la pakai dua lapis untuk tutup dagu tu. Gunalah style apapun, yang penting mesti tutup. Jangan lupa pin kan belakang tudung dengan baju! Nanti time sujud, boleh terselak tudung. Nanti nampak leher, batal pulak. Jangan lupa bab tu.
Isu dagu ni terdapat khilaf, canggah pendapat. Jadi, ikutlah mana yang rasa betul.

SYARAT 2 : SEELOK-ELOKNYA PAKAI HANDSOCKS!
Yes, sebab time melakukan pergerakan solat, ada kemungkinan baju lengan kita boleh tersingkap dan nampak aurat. Memang kita boleh cepat-cepat betulkan, tapi solat kita akan jadi sangat tak selesa dan kita tak sedar kalau terbukak aurat So, kenalah pakai ok. Handsocks ni memang digalakkan.

SYARAT 3 : Memakai Baju Lengan Pendek Dengan Handsocks.
Ingat, syaratnya MENUTUP AURAT, bukan MEMBALUT AURAT. Kalau handsocks nya ketat, maka tak dikira menutup aurat sebab ketat. Paling selamat kalau pakai baju lengan pendek ni dipakai 3 lapis. Baju luar lengan pendek, baju lagi kat dalam lengan panjang, dan handsocks. Sanggup?
Jadi, tak boleh. Baju kenalah longgar semuanya. Tak boleh ada yang ketat, walaupun lengan tangan.

SYARAT 4 : Kain Tak Jarang Dan Nampak Dalam.
Seeloknya solat tanpa telekung biarlah pakai kain. Jadi bentuk kaki semua lagi yakin tertutup. Cuma, pakailah seluar kat dalam kain. Nanti time solat tersingkap kain tu, susah jugak. Baju rasanya tak perlu risau. Cuma perlu labuh dan longgar. Kalau pakai tudung labuh, lagi mudah. Dan tudung bawal ni kadang-kadang boleh nampak bayang-bayang leher kita, jadi pastikan takde bayang-bayang semua sebelum solat, ok. Nanti terbatal solat, sayang je kita solat.

SYARAT 5 : Pakai Stokin Yang Tebal.
Pastikan stokin yang dipakai kenalah longgar dan tak nampak warna kulit kaki kita. Dan tak nampak bentuk jari antara kaki. Jadi, kita kena kasi longgar-longgar sikit stokin tu. Apapun, nampak jari kat stokin tu pun ada khilaf jugak, bercanggah pandangan. Ada yang kata nampak bentuk dimaafkan pada syarak. Allahhua'lam..Sebab tu la tak digalakkan pakai stokin terlalu pendek dan nipis. Nanti susah nak solat.

SYARAT 6 : Pakai Seluar?
Seeloknya, pakailah kain. Sebab khuatir seluar ketat dan time buat pergerakan solat akan tertimbul bahagian-bahagian yang tidak diingini. Kita boleh pakai seluar. Tapi seluar tu mestilah longgar dan baju yang kita pakai mestilah labuh hingga menutup punggung dan peha.
Banyak benda perlu berhati-hati kalau nak solat tanpa telekung, terutama bila lakukan pergerakan solat. Sebab tu pakaian semua perlu longgar dan tudung seeloknya labuh.

[Forward kpd mak, kakak, adik perempuan, isteri, bakal tunang, bakal isteri & para muslimat SEKALIAN]

Kuliah UAI

Assalamualaikum shortnote kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus di Surau Al Ikhwan Gelong Bilal. Ahad 7.12.2014
Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf m/s 93
Perihal Orang Beriman
1. Islam ni di lidah dan iman ni didalam hati tp bagi siapa yg kita kata dia islam maka boleh jugok kita panggil dia org beriman.Tp atas dasar nk memudahkan urusan kita boleh gelar org tu org beriman selagimana dia islam.
2. Kiblat itu bukan kaabah cuma kaabah ni tanda sahaja utk menandakan kiblat.
3. Sekalipun org tu mengerjakan maksiat,maksiat ni bukan laki puan je,xmbuh mari belajor dgr tu maksiat jgk,Maksud maksiat ialah derhaka dan kata ulamak jgk bermaksud tidak menjawab salam krn dia telah meninggalkan satu perintah agama yg wajib,maksiat lah tu.Ahli maksiat ni guane?Walau ahli maksiat sekalipun dia jugok adelah ahli kiblat,Imam Nawawi kata semua org islam itu wali Allah biarpun fasiq,wali disini bmaksud Allah kasih pdnye selagi masih bsama kalimah syahadah maknenye baik lagumana pun org kafir tp Allah dok syg,bukan kata kite boleh buat maksiat cume org buat maksiat ni henye melanggar perintah Allah tp kita silap jugok sbb menafikan haq mereka utk mdapat hidayah disisi Allah.Sbb tu nk dakwah kene pandai,jgn kata je,tegurlah org yg sedang bermaksiat dan disebut jgk dlm hadis,org jahil tolong agama leni,walaupun sluar pendek bersubang tp bile jmpa tok imam dia tegur,dok mcm ust leni,pakai comel tp nk senyum tu payoh!Kalu gni bile org jahil nk rapat dgn ahli ibadat?Mu dok baca sirah Nabi ke?Nabi saw ni dr jauh ag senyum doh,kita leni ust doh tu muka mcm rima dok ajin senyum,Sedangkan Nabi saw nk semua umatnye masuk syurga belaka.
4. Doh bulih dok nk kate ke org yg lalai dan leka dgn dunia?Bulih tp dlm maqom umum lah,medan yg umum maqom taqlim,di majlis ilmu tanpa tuju sesiapa maka dakpelah nk kutuk pun,ni g sebut nama ser ser dok betul la gtu.
5. Selama mana kita boleh kata dia ni islam walaupun bermaksiat?Iaitu selagi mana dia tidak menafikan islam walaupun ditangan penuh nombor ekor,pil kuda penuh dlm kocek maka dia masih lagi dikira org beriman dan ahli kiblat.Kecuali dia ni menafikan islam,mengatakan isral mikraj itu tipu,mengatakan azab kubur itu tipu maka dia hilang gelaran ahli kiblat atau org beriman atau dia telah rosak aqidahnya.
6. Bilemana dia boleh jd rosak aqidahnye?Bile mana dia menafikan pkara yg sedia maklum semua org tahu dlm jalan daruroh sepertimana solat 5 waktu,mat rempit pum reti,maka bile ade org nafi solat 5 waktu maka dia tidak lagi beriman pd Allah.Adapun barang2 sulit yg tak ramai tahu seperti hukuman sebat kpd org berzina ni 80 kali tp dia nafi dan sebut 20 kali maka tdak lagi batal imannye krn bab ni kene mengaji betul2 baru boleh tahu hukum ini.
7. Kita dilarang bcakap hal ketuhanan melainkan dgn ilmu,dulu tahun 90 an di Teganu kite nilah ade org yg mengaji ilmu tua sehari drpd tuhan,wakaf pelam ade 4 ekor,pasir panjang ade 2 ekor,gong pok maseh ade 2 ekor dan bbrp tempat lagi ade la mngaku ade ilmu awal sehari drpd tuhan,ni semua sesat pah dalam patak neraka belaka,kaca wala ah tu.Duk cakap hal zat tuhan sapa sesat ke diri.
8. Dulu zaman kite mule mule ngajor dulu ad sorg ni minat benor tasawuf,ngaji feqoh xmbuh,duk ngaji tasawuf je hari2,duk depan sokmo last last dia sdri berdebat dgn tok guru dia krn dia nk sgt sgt tahu Allah ni guane xdok permulaan ni?Tok guru kata jgn care lah dokdang dgn akal kite,Nabi pun dok care bab kejadian Allah,Tp dia degil jgk nk tahu akhirnye tggal tok guru cari guru lain dan selang 2 3 hari lepas tu nmpk jalan atas devider,akhirnye jd gile krn nafsu nk blajor.
9. Sbb tu nk cakap agama kene ade ilmu,sbb tu kite xleh tanye soalan pd tok imam,krn kapasiti dia imam kite xleh tanya dia,yg kita boleh tanya ialah org yg alim dlm ilmu sekalipun dia henye penjual satay tp oleh krn dia alim maka dialah org yg ade ilmu.Sbb tu kita terima kebenaran walaupun keluar dr seekor lembu,bukan suruh ikut lembu tp nk suruh kita ni bsama dgn kebenaran.
10. Berkata Imam Abu Hanifah nk cakap bab sifat Allah jgn mengada ngadakan,ikut Al Quran dan hadis dohlah,biarlah org kata kite dok panda pun tp kita ikut pkara yg betul,buka la tafsir yg muktabar yg ulamak jdkan panduan dan pedoman sperti Kitab Ibnu Kathsir yg mnterjemah ayat Alif Laam Mim bermakna Allahua"lam makne sini apakah maksud sebenar Alif Lam Mim henye Allah sahaja yg tahu,padahal mereka ni bapok tafsir ayat,mufassirin,dok berlebih lebih pun,kita hok bodo ni duk reke mcm2 lah nk suruh kate cerdik,boddo belaka.
11. Kita nk nk berlebih lebih beramal la baik baik,nk tahu sifat Allah padan patut doh lah jgn lebih lebih jd kacawala kekgi,beramal molek sudoh lah jgn kejor nk suruh org kata kita alim,Imam Suki kata jgnlah memanjang manjang ckp bab zat Allah krn org ini dikire biadap.
12. Leni pun beramal molek doh,tp kedekut sgguh nk mderma biarlah kita ni cukup lengkap mcm Rasulullah saw.
Soal Jawab
1. Bolehkah kita sujud lama sedangkan org lain dah bangun?
- Boleh tp kene tahu cara,iaitu solat itu solat seorang diri bukan solat bjemaah disebut dlm kitab Syarah Al Wajiz karangan Imam Al Ghazali,bappok tasawuf kata jgnlah sujud telalu lama di dlm solat bjemaah nescaya batal solatmu itu,krn ade pkara keji menyalahi sunnah dlm solat itu cacat dan batal la solat itu.Yang afdhol lama dlm solat ni ialah qiam,muktamad pdangan ulamak kata afdhol qiam lama krn Nabi saw solat malamnye begitu lama,ade sahabat ikut Nabi solat malam di masjid lalu Nabi saw baca Surah Al Baqarah sambung pulok An nisa sambung plok Ali imran barulah rukuk maka sekali tu saja sahabat Abdullah bin Umar ikut Nabi saw.
2. Boleh ke bcakap dgn lembu?
- Boleh xdok mslh krn Nabi saw pernah bckp dgn unta,jugok Baginda pernah bckp dgn batu di tangannye tp jgn sokmo kang jd lagu lain plok.
3. Org laki paka cincin 4 utir dijari sunnah ke tak?
- Masalah pakai cincin ni xdok sebut nas,cume ade pandangan ulamak dlm kitabul libas,dan disebut dlm hadis dilarang pakai di jari telunjuk dan jari hantu,maka ulamak pun tamboh se lagi iaitu jari ibu,Nabi dok sebut jari ibu tp ulamak tamboh jari ibu krn Nabi mmg xlarang jari ibu tp mmg org dok akan buat gtu.Jadi semua bab yg ade pd Nabi saw terbaik,Nabi saw pakai cincin perak dan permata akib maka inilah yg terbaik kita xleh kata ade lagi cincin yg lebih baik dr Nabi saw,kalu kabo selipar dia lawa dr selipar Nabi saw pun jd kafir,sbb tu jgn kondem lebih kurg ape ape yg ade pd Nabi saw.
4. Dulu byk tggal solat leni beruboh doh wajib qadha dok solat dulu?
- Ijmak ulamak kata wajib qadha solat yg telah kita tinggal.
5. Saya xmampu hantar isteri sy di hospital swasta,dan hantar isteri sy ke hospital yg diurus doktor laki laki adkh sy berdosa?
- Jika mmg tak mampu nk hantar ke swasta yg diurus doktor perempuan mnyebabkan isteri diurus doktor laki2 maka dok bedosa tp kalu mampu kpd bidan maka wajib cari bidan,tp mslh ni pemerintan yg bslah sbb dok paham agama,kene bagi mereka paham agama baru mudoh.
6. Hukum solat tak pakai baju?
- Sah solatnya janji tutup aurat.Pakaian bukan penentu tutup aurat tp cara kita tutup aurat tu la diambil kira.Tp mslh kite leni nk jumpa wakil rakyat kamain gosok baju,tp bile jumpa Allah paka lebih kurg je situ ah dok kene kite,Nk jumpa Allah paka lah lawo lawo
7. Ambe nk tanye ni kenapa panggil tuhan nama Allah sbb dlm asma al husna xdok nama Allah?
- Allah nilah nama lafzul jalalah,yg paling besar dlm asma al husna,iaitu panggilan yg paling afdhol ialah Ya Allah dan Ya Rahman,selebihnye nama asma al husna
8. Hukum muslimat paka telekung warne warni?
-Boleh dgn syarat tak pakai telekung yg dilarang syarak adapun warne warni ni tdak afdhol krn telekung warne warni ni boleh jd zinah tarik perhatian maka sebaiknye pakai kaler yg lembut2 dahla.
9. Bolehke amik wuduk walaupun dlm haid?
- Pandangan ptama kata dok bulih dan pandangan kedua kata bulih dgn syarat jgn niat akat hadas henye boleh niat sunat wuduk sahaja.
10. Apakah hukum tgk kucing jimak?
- Haram jika membayangkan kesedapan syahwat,xdok kije guh org pasir panjang ni berat nanang sgguh.
11. Hukum paka baju ketat ketika mengandung?
- Haram paka ketat,perut tu kan aurat,leni trend leni bile ngandung je paka ketat abih napok bentuk perut padahal itu aurat,Sbb tu kene ngaji.
Wallahua"lam semoga perkongsian ini bermanfaat pakat share drpd page Koleksi ShortNote Kuliah Ustaz Azhar Idrus.

Jumaat, 5 Disember 2014

isteri solehah

Nak share ni... jgn nangis yek!! Kalo nangis pn tak pe... didik hati...
Kisah Suami Susah, Isteri Sentiasa Beri Semangat, Pernah Ditahan JPJ Sebab Naik Motor Tiada Lesen


Tiba-tiba basah pipi teringat nikmat Allah.Semasa saya diuji dengan kesusahan. Air mata saya mengalir cari duit nak beli susu anak. Isteri kata, takper abang. Abangkan selalu pesan, kitakan ada Allah. Allah tak pernah biar atau tinggalkan kita. Teruskan usaha dan minta pada Allah. Allah akan buka jalan dari punca yang tak disangka.. 


Pernah balik dari satu tempat singgah sebuah kedai makan. Bila masuk buka-buka menu harganya kami tak mampu.Terus pegang tangan isteri dan terus keluar dengan segan-segan. Isteri masuk kereta doa, ya Allah ya Rahman takper kami tak mampu nak makan di sini. Tapi ya Allah jadikanlah kesusahan ini asbab hidayah buat orang yang kami sayang. Serta berilah kami dapat makan bersama Nabi saw yang kami cintai dalam syurga..


Pernah kami hari raya aidilfitri tak pergi ke mana-mana melainkan pergi rumah dekat-dekat sebab tiada duit nak isi minyak. Ada duit sikit kira-kira beri ibubapa dan ibubapa mertua sahaja.


Tapi isteri saya senyum sahaja dan kata, abang bekerja keras dan rajin. Allah tak tengok hasil. Tapi Allah tengok usaha. Allah suka orang yang berusaha…
Pernah bawa anak-anak pergi ke tempat permainan. Tengok-tengok tempat main mahal mahal pula nak bayar. Kira duit tak cukup. Tempat makan pun mahal. Isteri kata pada anak, ummi bawa pergi sini sebab nak tunjuk dalam syurga nanti boleh main lebih dari yang ini. Hari ini kita try satu sahaja yer permainan ini. Nanti sambung dalam syurga yer. Anak kata, nanti kita main dalam syurga yer ummi..ayah, umi sama-sama main yer. Air mata saya mengalir..


Pernah sekali naik motor. Saya tiada lesen lagi tiada duit nak ambil lesen pun. Kena tahan JPJ. Polis suruh tinggalkan motor kerana tiada lesen. Katanya boleh balik kampung naik bas. Naik taxi dari sini ke stesen bas. Saya jawab dengan sedih maafkan saya encik, semua duit saya dah dalam tank motor. Dia biarkan saya lama di situ. Setelah 2 jam kerana dia tengok saya duduk sahaja di situ. Dia bagi motor dan suruh saya balik walaupun kena saman. Isteri saya kata, takper abang. Semua pengalaman ini mengajar kit erti kehidupan. Supaya kita belajar sayang orang susah. Suka tolong orang kalau mereka susah. Pandang semua orang dengan sayang.


Pernah saya menangis kerana lemah semangat. Isteri saya peluk saya dan kata, saya kahwin dengan abang kerana saya sayang abang kerana Allah. Saya cuma ingin abang bawa saya masuk syurga. Sebenarnya kita kaya. Kita ada tangan dan kaki. Ribu orang diuji tiada tangan dan kaki. Ribuan orang diuji dengan pekak bisu. Ribuan orang diuji dengan buta. Membesarkan anak tanp melihat wajah anak. Ribuan orang kayuh basikal dengan tangan kerana tiada kaki untuk sara keluargam Ribuan orang miskin minta sedekah dengan bawa jasad ahli keluarga yang nazak ditepi jalan. Kita terlalu kaya kerana memiliki semuanya sempurna. Cuma kurang sikit makan. Kurang sempurna pakaian. Adakah kita nak mengeluh abang?


Paling berharga dia beri kita Islam…itulah segalanya..Terima kasih Allah yang beri segalanya. Sentiasa memberi isteri yang tabah dan mulutnya manis saat diuji dengan kesusahan. Ya Allah terima kasih atas seluruh hidupku dan segala-gala nikmat dan mengeluarkan diriku dari kesempitan hidup.Seluruh hidup dan matiku untukMu Tuhanku. Yang tak pernah berhenti memberi nikmat dan buat baik padaku. Ya Allah, maafkanlah diriku yang teramat hina dan berdosa ini- ebit lew

Rabu, 3 Disember 2014

biela kawen

















sempit

Tahun depan tahun tekanan buat rakyat Malaysia (rakyat kebanyakan).. Pihak bank mula menekan bayaran loan, tuan rumah mula mengambil kesempatan menaikkan sewa rumah, gaji RM3000 sebulan makin tidak terasa lebihannya.. Kerajaan makin hebat dengan plan2 pembangunan ekonominya (yg entah brmanfaat pd sape)..~
Apa nak dikata? Inilah akibatnya ada sbhgian besar (rakyat yg sygkn sgt pmimpin yg x sygkn rkyat dn negara) membiarkan pmimpin2 ini berleluasa dgn apa sahaja yang ingin mrk lakukan. Mereka semakin mewah, kita semakin tersekat dan tersepit.
Saya memang tengah geram...memang tengah geram! Undilah lagi BN tu...bagi mereka teruskn pelan memerah keringat rakyat.. Hurgh!! Saya cakap, bukan sebab saya tak bersyukur, bukan mengadu, tapi hanya mnyuarakan realiti yg berlaku!
# tak sampai hati tengok nasib penoreh getah, pesawah, penjaja pasar malam, makcik2 cleaner, dn rmai lg gelandangan di luar sana!

Pinjam

semua "orang" sedang sibuk nak bagi pinjaman kepada usahawan, bakal usahawan dan graduan tetapi mereka tidak ajar bagaimana nak berniaga dengan berjaya, mereka tidak ajar bagaimana nak pastikan perniagaan peminjam tinggi jualan dan keuntungan.

Sampai masa mereka expect pinjaman dibayar dan jika tidak? Di sita, blacklisted atau declare bankrupt.
Itu memang misi pemberi pinjaman, beri pinjam. Memanglah mereka tidak beri pinjam sesaja, mereka tengok paperwork tetapi nama pun paperwork, atas kertas semuanya untung.

Sebab itu saya selalu pesan anak didik saya, jangan meminjam untuk berniaga jika tidak ada ilmu. Peluang gagal adalah sangat tinggi.

Jangan belajar pinjam duit tetapi belajar buat duit.

ILMU penting. Belajar memulakan perniagaan dengan apa yang ada ditangan. Banyak bisnes yang boleh dibuat tanpa perlu meminjam, tanpa perlu buka kedai, tanpa perlu keluarkan produk serta kos yang mahal.

Jika ada ilmu, hutang berlambak dan bankrupt pun Insya Allah boleh dilangsaikan. Maruah boleh ditebus.

Misi mereka adalah beri pinjam kerana itu KPI mereka.

Nak pinjam boleh, ada waktunya. Dan bila tiba waktunya, pinjam sebanyak yang boleh.
Ramai jer anak didik saya berniaga dengan tiada pinjaman dan boleh buat duit beratus ribu sebulan dan ada yang juta sebulan Insya Allah.

Terpulang.
DAO