Sabtu, 31 Januari 2015

UMT :)








































Bahasa Banjar

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Bahasa Banjar
---------------------- 

1. Orang tuhak tuh.......... bila mandangar patir kaha hangkuian.
A. takipek
B. ramik
C. ungah
D. ranai

2. Aman ..........baulihik macam2 iwak
A. bakamih.
B. kikimutan.
C. manangkui
D. baungah.

3. Umanyak bamamai pang gawian sapagian nik pasal anak hidin........bangat.
A. bungas.
B. arai
C. macal
D. rakai

4. Ayah.......abang bila motok ayah rakai.
A. maniwas.
B. mamadahik
C. bahabar.
D. ungah.

5. Cucu angahnyak tuh.......bangat mantang-mantang pandai.
A. kaungahan.
B. bungol
C. maling
D. panyarikan

6. Orang di tampat aruh tuh dah........bila imbah pangantin basanding.
A. ranai
B. labar
C. gigir
D. ngiip

7. Utoh tuh kalihatan......wayahinik salapas kamatian binik.
A. bungas.
B. wagas
C. ungah
D. ungkoi

8. .........Si Dugal bamamai ka binik nyak bila lambat bamasak.
A. Takurihing.
B. Bahimat
C. Baranai
D. Takaruncum

9. Parut Si Diang tuh.......lapas baulihik lakik.
A. mahantuntong
B. tabulangkir.
C. lamak
D. lambik

10. Utoh kadak tulak ka urang aruh tuh pasal kadak.........yaam.
A. wagasan
B. hakunan
C. disaruanik
D. dihabarik

11. Kiya apa nang uma supan handak bapadah nyaro abahnya guring?
A. Lakasi abahnya
B. Bungol banar tuhok mahadangi
C. Ummai maka lawas
D. Kulir batapeh awak kahangatan

12. Si Adul katuju banar ____________ iwak sapat dihiga parit haloi
A. Maunjun
B. Mangalau
C. Bahira
D. Manangkoi

13. Lingo mahadangi bini sawat ____________
A. Takipik
B. Takijim
C. Taukong
D. Tasipak

spoon feed

Salam tuan/puan.

Ini sebagai perkongsian.

Sepatutnya telah lama kita mengelakkan spoon-feeding dan rote-learning supaya pelajar kita boleh jadi hebat.

Malaysia adalah antara negara yang dikategorikan hebat mengamalkan rote-learning. Malangnya, kita duduk hampir ke bottom senarai PISA. Bertentagan dengan China yang juga pengamal tegar rote-learning, boleh berada di puncak. - petikan dari Wikipedia. Apa beza antara kedua-duanya?

Negara seperti USA langsung tidak mengamalkan pendekatan rote-learning ini.

Marilah kita sama-sama belajar dan berfikir sedalam-dalamnya di mana kita sekarang dan sampai bila kita boleh meneruskan amalan kita ini. Kita tidak akan mampu bertahan kalau
orang lain membawa fakta dan data. Tidak perlulah kita menuduh itu dan ini kalau kita tiada data yang konkrit menyokongnya.

Dengarlah rungutan pelanggan kita. Dengarlah rintihan bekas-bekas pelajar kita. Bangsa kita perlukan pembaharuan, agar kita boleh melahirkan manusia seperti Einstein, Schrodinger, AlBiruni, AlKhawarizmi, Newton, dan Nobel laureate kita sendiri. Bukanlah kita hendak melahirkan Machievilli, kerana falsafah yang dilahirkannya sudah cukup untuk memusnahkan sistem nilai berteraskan agama, yang mampu merosakkan bangsa dan negara.

Pelajar kita perlu menanamkan tekad untuk menjadi orang yang terbaik dalam semua bidang yang diceburi.

Untuk itu pelajar kita perlu belajar "the most basic skills to succed in life" -

Rabu, 21 Januari 2015

Kantin darjah satu

1. Pagi tadi dibincangkan di dalam tv, betapa kotornya sesetengah pengusaha kantin di sekolah menganiaya kanak-kanak naif.
2. Bayangkan anak-anak darjah 1, berwajah kesian, suci, alami perkara-perkara di bawah:
3. Murid yang dah bayar dengan duit besar, tapi tidak kembalikan duit baki. Murid berlalu pergi tanpa diberitahu. Dua-dua pihak rasa tidak bersalah.
4. Apabila murid bertanya harga, pelayan memberitahu, "Dua, seringgit," sedangkan boleh diberitahu harga seunit "Satu, lima puluh sen."
5. Yang kasihannya, anak ini beli saja dua unit, sedangkan dia cuma perlukan satu.
6. Harga secawan (saiz kanak-kanak) air minuman sirap penuh adalah RM1, hampir menyamai harga segelas di luar untuk dewasa.
7. Ini lagi sedih, anak ini cuma ada 50 sen di tangan. Maka, dapatlah dia separuh cawan.
8. Tidak boleh saya bayangkan betapa tergamaknya anak-anak tidak berdosa diperdayakan.
9. Walaupun diketahui syarat sah pihak jualbeli haruslah mumayz/baligh, namun situasi begini amat menyedihkan.
10. Satu lagi kes, bila ramai murid beratur ambil makanan, sampai di hujung barisan, ada makanan yang habis.
11. Ada kes lain, bila dah bunyi loceng, anak ini tak jadi makan. Ditinggalkan begitu saja, terus masuk kelas kelaparan. Sedih lagi T_T
12. Wahai ibu bapa, kita sajalah penyelamatnya. Mari kita budayakan semula amalan bekal makanan.
13. Jika satu Malaysia ibu bapa sediakan bekal, alamat pengusaha kantin pun kena fikir cara lain untuk cari makan.
14. Ada sesetengah pengusaha yang melarang anak yang bawa bekal makan di kantin. Abaikan saja undang-undang ini. Bawah pokok pun tak mengapa. Kenangan terindah.
15. Anak-anak yatim lagi macam mana? Hai sayunya hati.
16. Cerita pasal makan ni, semua orang boleh sentap. Kita mak-mak ayah-ayah ni makan sedap waktu tengahari, anak kita makan apa di sana?
# share pada group2 lain..
anak kita..harta kita..aset kita..
tQ

Selasa, 20 Januari 2015

Dunia Akhirat

Bismilla..
Sekadar untuk ingatan bersama.

~Dunia Akhirat~
Perkataan dan fikiran yang baik.Tidak akan muncul dalam jiwa yang kotor.
Seperti biji benih yang tidak akan tumbuh pada
tanah yang gersang.
Kekayaan yang paling kaya ialah akal.
Kemiskinan yang paling besar ialah kebodohan.
Keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri.
Dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik..
So..apa bila kita taksob mencari kekayaan dan kemewahan.
Tampa fikir kebodohan dalam penampilan.
Bisa mengundang rezeki yang tiada keberkatan.
Yang menentukan masa depan anda bukan
kekayaan atau kemewahan.
Tetapi kedudukan dan kebahagiaan yang anda capai.
Ke arah mana akan anda bawa semua itu. Sekiranya semua itu dalam kelalaian.

Orang yang sibuk mengejar kepentingan
dirinya sendiri akan mencipta banyak lawan.
Kekayaan kemewahan tidak dapat menebus kembali keimanan kita.
Jika kita bukan pelita yang menerangi malam.
Memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam.
Hidup ini adalah sebuah komedi bagi sesiapa yang hidupnya dengan akalnya.
Dan merupakan satu tragedi bagi sesiapa yang hidup dengan emosi.
Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan.
Berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan.
Berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan.
Apakah itu matlamat mencari kekayaan?
Tampa fikir penampilan dan arah tujuan.

Lebih lebih lagi soal Tuhan..
Sesiapa yang dapat menahan marahnya.
Padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya.
Maka itu...Allah memenuhi hatinya dengan iman rasa aman dan ketenangan.
Marah dalam mencari kekayaan ada kesabaran.
Tapi marah kekeluargaan tiada keimanan.
Mungkin dendam..niat berlawanan dengan
kebenaran.

Yang bernama perwira bukanlah yang banyak
menjatuhkan lawannya.
Mencari kemewahan.. Itukan motif seorang bisnessman.
Siang malamnya brainstorm, sampai lupa halal dan haram.
Biasanya..itu yang orang katalah.
Cari kekayaan perlu keberkatan menjaga muharam.
Halal dan haram banyak pantang larangnya.
Bukan hanya kata aku dah solat..
Aku dah puasa..
Aku jaga maruah..
Aku jaga anak isteri..
Aku jaga ibu bapa..
Ada kah itu saja?????
Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam kehidupan sampai kiamat.

Kepada penghabisan umur cari berkat.
Jangan habiskan masa cari kekayaan.
Kerana kekayaan bukan modal pusingan untuk diakhirat.
Wahaiii sahabat rakan taulan sedara ku sekelian.
Berapa kali anda dimotivasikan untuk kekayaan?
Bilakah..anda hendak memotivasikan keimanan?
Haiii..aku beriman katanya.
Tahukah iman itu apa?
Anda belajar daripada orang yang tentu berjaya.
Bila dan pernah kah anda bertanya.
Daripada orang yang jatoh miskin.
Kerana yang jatoh ada banyak rahasianya.
Daripada yang terus kekal kaya.
Kerana pintu taubat hanya nampak pada yang gagal saje.
Pintu taubat masih bertirai pada yang kaya.
Gagal jadi kaya boleh cuba lagi.
Tapi tiada peluang lagi bila sudah MATI!!!!!!!
Fikir fikirkanlah...

wallahwaalam.

Sangku Riang🇲🇾
Kata hatiku 07/14

Isnin, 19 Januari 2015

bila teman mati

Tazkirah Maghrib
Assalamualaikum wbt..

Bila saya mati, tiada lagi org ziarahi.
Bahkan, selepas beberapa ketika anak & isteri akan kembali ceria spt biasa.......

Inilah di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:
Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.

Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....

Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.
Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!

Kesedihan atasmu ada 3;
Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa! Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun?? Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan....

Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT!! Telah musnah kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.

Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??
Hakikat ini memerlukan renungan.

Usahakan dengan sungguh2;
Menjalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.
Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini insyaAllah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"

Allahurabbi... Kubur itu semakin dekat untuk didiami.

empulur nenas

Semoga bermanfaat,, Dr. Soelihanto, Dr. Ahli Bedah di Batam.
DAHSYATNYA MAKAN NENAS:

----------------
Kalau makan nenas bahagian tengahnya dibuang tak??.
Mulai sekarang jangan dibuang ya!!!. Bahagian tengah nenas ini bagus. banyak seratnya anti CANCER USUS.

Bahagian yang biasa kita makan itu umumnya adalah gula. Yang tengah itu namanya "Bromolin". Khasiat Bromolin dirahasiakan pihak medis karena Bromolin membantu penyerapan semua vitamin, mineral dalam tubuh. Pada pesakit kanser, Bromolin melunakkan dinding2 sel sehingga obat dapat benar2 menembus ke inti sel. Terus pemakaian obat2an hanya diperlukan 25% saja dari dosis.
Misalnya: Antibiotik 100mg , kalo makan Bromolin, kita hanya perlu yang dosis 25mg .

Kenapa dirahsiakan ?

Karena industri obat dunia terancam penjualan nya . Bayangkan saja misalnya dalam 1 pil mereka biasa pakai zat tertentu 100mg, lalu sekarang hanya pakai 25mg. Boleh gulung tikar pabrik nya. Semoga berguna. Jadi, makan nenas, makan juga tengahnya karena disitulah kebaikan utama yang bisa didapatkan dari buah nenas.
Bromolin itu 10.000 kali lebih kuat dari Kemotherapi .

Kisah Nyata:
Pengalaman teman. Ada penyumbatan pembuluh darah banyak luar biasa , sudah pasang ring 7. Sekarang dia makan Bromolin sama Vitamin C dosis tinggi dan penyumbatannya bersih sendiri. Dulu setiap 6 bulan sekali dia scan selalu ada yang tersumbat. Sekarang bersih sama sekali dan jadi lancar, tidak ada yang tersumbat.
Semoga bermanfaat!!!.

Sebarkan kesaudara-saudara, teman-teman kita, siapa tahu ada yang sangat memerlukan nya.

Copy&paste