Sabtu, 11 April 2015

GST

Salam..maaf mencelah...sedikit maklumat untuk dikongsi...

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | 10 April 2015.

Malaysia sebenarnya tidak berhadapan dengan masalah untuk mendapat sumber pendapatan negara tetapi sebenarnya negara bermasalah dalam menguruskan perbelanjaan.

Kegagalan pengurusan perbelanjaan oleh kerajaan Barisan Nasional memangsakan rakyat hari ini dirompak oleh cukai barangan dan perkhidmatan (GST) zalim yang dikenakan secara paksa ke atas diri mereka untuk menambah hasil negara.

Seawal penubuhan Malaysia, pelbagai cukai dikenakan kepada golongan berkemampuan untuk menjadi sumber kepada negara sama ada menerusi cukai langsung korporat dan individu dan cukai tak langsung menerusi duti eksais dan cukai jualan dan perkhidmatan bagi sebahagian barangan dan perkhidmatan.

Malaysia juga memperolehi hasil lumayan dan mewah menerusi hasil bumi khususnya minyak sehingga menjangkau antara RM70-RM80 bilion setahun.

Sekiranya kerajaan Barisan Nasional mengamalkan konsep perbelanjaan berhemah, tidak boros dan mengelakkan ketirisan maka pendapatan daripada sumber cukai sedia ada dan hasil bumi sudah cukup untuk menguruskan sebuah negara dengan penduduk seramai 28 juta.

Namun, ternyata kerajaan untuk tempoh yang panjang telah gagal menguruskan perbelanjaan negara menurut panduan Islam dalam berekonomi. Ia dapat dilihat menerusi fakta-fakta berikut:

a. Belanjawan Tahunan

Kerajaan Barisan Nasional membentangkan belanjawan defisit selama 18 tahun berturut-turut sejak 1998. Belanjawan defisit bermaksud perbelanjaan yang dirancang melebihi pendapatan yang dijangka akan diperolehi.

Kerajaan hanya menjangka akan membentangkan belanjawan berimbang iaitu pendapatan seimbang dengan perbelanjaan pada 2020. Ertinya negara bakal menyaksikan belanjawan defisit untuk lagi 4 tahun mendatang.

Secara ringkas boleh dilihat perbezaan rancangan perbelanjaan kerajaan berbanding hasil yang dijangka sebagaimana tahun-tahun berikut:

Perbelanjaan (P)  Hasil (H)

2008 (P) 176 bilion (H) 148 bilion
2009 (P) 207 bilion (H) 161 bilion
2010 (P) 191 bilion (H)148 bilion
2011 (P) 212 bilion (H) 165 bilion
2012 (P) 232 bilion (H) 186 bilion
2013 (P) 251 bilion (H) 208 bilion
2014 (P) 264 bilion (H) 224 bilion
2015 (P) 273 bilion (H) 235 bilion

b. Hutang Negara

Belanjawan defisit menyumbang untuk negara meningkatkan hutang negara daripada setahun ke setahun.

Pada 2006 hutang negara hanyalah 247 bilion. Tetapi pada 2013 hutang negara telah meningkat kepada 546 bilion dengan peningkatan 299 bilion. Laporan terakhir 2015 hutang negara telah menjangkau 847 bilion.

Perhatikan jadual Hutang Negara sebagaimana berikut mengikut tahun:

1997 RM90 bilion
1998 RM103 bilion
1999 RM112 bilion
2000 RM125 bilion
2001 RM145 bilion
2002 RM164 bilion
2003 RM188 bilion
2004 RM216 bilion
2005 RM232 bilion
2006 RM247 bilion
2007 RM274 bilion
2008 RM317 bilion
2009 RM376 bilion
2010 RM405 bilion
2011 RM465 bilion
2012 RM501 bilion
2013 RM546 bilion
(Sumber International Monetary Fund)
2014 RM677 bilion
2015 RM847 bilion
(Sumber The Economist)

Bayangkan, hutang kerajaan pada 1997 hanyalah RM90 bilion tetapi selepas 17 tahun pada tahun 2014 telah menjadi RM677 bilion.

Pada 2003 ketika Tun Abdullah Badawi mengambil alih negara hutang negara ialah RM188 bilion.

Selepas 6 tahun pada 2009 ketika beliau melepaskan jawatan kepada Datuk Seri Najib ia meningkat sekali ganda sebanyak RM188 bilion kepada RM376 bilion.

Selepas 5 tahun Najib mengambil alih negara, hutang pada 2014 meningkat hampir sekali ganda sebanyak 301 bilion kepada RM677 bilion.

c. Ketirisan Perbelanjaan

Kajian yang dibuat oleh Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme terhadap laporan tahunan Ketua Audit Negara menunjukkan berlaku ketirisan dan salah urus perbelanjaan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion. Sedangkan GST hanya dijangka menyumbang sebanyak RM23 bilion pada tahun 2015. Jika ketirisan ditangani maka GST tidak diperlukan.

Pada tahun 2008 perbelanjaan untuk mengurus negara hanyalah RM128 bilion tetapi untuk 2015 kerajaan merancang perbelanjaan mengurus sebanyak RM223 bilion.

Tidakkah ia merupakan peningkatan yang melampau untuk tempoh yang pendek iaitu 7 tahun dengan peningkatan hampir RM100 bilion?

Hasil daripada kegagalan menguruskan perbelanjaan inilah maka kerajaan mula berfikir untuk meluaskan lagi sumber kewangan negara sedangkan sebenarnya kerajaan tidak berhadapan dengan masalah sumber tetapi pada masalah berbelanja.

Penyelesaian mudah kerajaan ialah memperkenalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) kerana GST adalah cara paling mudah untuk mengutip sumber daripada rakyat.

GST dikenakan pada semua barangan dan perkhidmatan melainkan yang dikecualikan. Ertinya kerajaan mendapat ruang yang sangat besar dan luas untuk mendapat hasil menerusi cukai.

GST kena kepada semua rakyat tanpa mengira kaya atau miskin yang berbelanja dan mendapat perkhidmatan. Ertinya GST mempunyai cakupan cukai sangat luas.

Jika sebelumnya hanya sekitar 1.7 juta terpaksa membayar cukai maka dengan GST berjuta-juta rakyat terpaksa membayar cukai setiap hari termasuk orang miskin.

Apabila cukai dikenakan kepada si kaya dan si miskin maka di sinilah ketidakadilan sosial dan kezaliman berlaku. Kerana itulah cukai GST adalah zalim dan haram menurut kaedah percukaian Islam kerana cukai sepatutnya hanya kena kepada orang yang berkemampuan sahaja.

Data 2012 menunjukkan 31.7% isi rumah Malaysia berpendapatan kurang daripada rm2500 dan 23.8% lagi berpendapatan antara RM2,500 - RM4,000. Ertinya lebih separuh rakyat Malaysia mempunyai pendapatan di bawah RM4,000 iaitu di bawah paras kemiskinan

Copy n paste dr group LHDN utk sama2 Kita fikirkn bagai mana utk menghadapi situasi yg genting ini

Jumaat, 10 April 2015

chem oranik 2015








sejukbeku


Korang pernah kena sejukbeku sewaktu masih bekerja tak? Sejukbeku tu maknanya diwajibkan hadir bertugas kepejabat tetapi langsung tak diberi tugas. Disisihkan dari semua meeting dan aktiviti ofis. Duduk sepanjang hari. Melanguk.

Dulu-dulu saya pernah mengalaminya. Saya ini dahulu memang cepat naik pangkat. Kalau orang lain memerlukan masa 5 tahun untuk naik pangkat, saya hanya memerlukan 1-2 tahun sahaja untuk naik. Berdesap berdesup karier saya.

Dalam kerancakan karier saya itu, tetiba saya disejukbekukan. Bayangkan dengan gaji beribu tapi datang ofis tiada kerja. Duduk dalam bilik besar sorang-sorang. Dari pagi sampai lah ke petang. Berbeza sungguh dengan waktu dulu dimana kerja saya tidak pernah habis. Balik rumah pukul 8-9 mlm. Siap bawa balik kerja kat rumah pula. Kadang--kadang tiada cukup masa untuk isteri dan anak-anak.

Minggu pertama tu terasa setiap detik yang berlalu tu bagai berjam2 lamanya. Lambat sangat rasanya. Surat khabar yang dibeli habis saya baca setiap patah perkataan. Hingga berulang-ulang. Bukan 1 surat khabar tetapi 4 jenis surat khabar! The Star, Metro, Kosmo dan Utusan Malaysia adalah teman setia saya di ofis ketika itu. 

Rakan-rakan yang dahulunya ramai mula menjauhi diri. Dulunya beratus-ratus rakan-rakan dan staf-staf yang menghantar message tahniah atau ucapan hari raya atau hari jadi hinggakan jem blackberry saya masa tu. Almaklumlah, masa itu Blackberry ni kira smartphone paling dasyat la. Diorang hilang dan menyepi entah kemana...

Tujuan utama aktiviti sejukbeku adalah untuk memusnahkan kredibiliti seseorang dan juga untuk mematikan semangat dan roh orang itu hancur luluh dan merana terutama mereka yang selalunya lantang menyuarakan sesuatu tanpa rasa takut, apatah lagi jika perkara itu adalah yang benar. 

Alhamdulillah. Allah kurniakan saya hati dan jati diri yang sangat kental. Tidak sedikit pun semangat saya terjejas malah saya sentiasa sahaja nampak happy. Juga kerana saya adalah seorang yang berdisiplin, saya tetap sampai ofis seawal jam 7.30am dan pulang jam 5.30pm. Tetap bersemangat untuk ke ofis setiap hari. Senyum sepanjang hari pada pegawai-pegawai dan staf-staf. Rasanya lagi saya buat tak tahu, lagi sakit hati orang yang menyejukbeku saya.

Oleh kerana banyak waktu terluang, dalam minggu kedua, selesai punch card, saya pun mula bersolat dhuha yang sudah lama saya lupai. Habis solat dhuha saya sujud syukur. Seingat saya peristiwa ini berlaku pada hari ke lima minggu kedua saya disejukbeku. Dalam saya sujud tu tetiba saya teringat satu peristiwa dimana anak lelaki saya yang ketika itu berumur 13 tahun berkata kepada saya:

"Dady, do I have to make an appointment to see you?"

Tergiris dan terguris serta sayu hati bila anak saya berkata begitu. Oleh itu saya kerap berdoa kepada Allah agar saya menjadi bapa yang baik dan sentiasa punyai masa untuk anak-anak dan keluarga saya. Sewaktu di depan kaabah, doa ini juga saya pohon dari Allah.

Allahuakbar. Rupa-rupanya doa saya depan kaabah hari itu Allah tunaikan. Aktiviti sejukbeku ke atas saya itu adalah untuk memberi saya peluang meluangkan lebih masa bersama anak-anak dan isteri. Alhamdulillah. Kalau dahulu diorang balik sekolah naik bas atau teksi kini balik sekolah sudah pasti saya yang menunggu di depan gate sekolah. Bila balik rumah, badan juga tidak terasa penat maka dapatlah saya memberi tunjuk ajar dan ulangkaji pelajaran anak-anak. Kadang-kadang saya pula yang menyediakan makan malam keluarga. Subhanallah!

Waktu yang terluang di ofis juga saya gunakan untuk membaca Al Quran. Jika dahulu hanya surah Yassin sahaja yang kerap saya baca, kini sudah beberapa kali saya khatam Al-Quran. Sempat lagi membaca translasinya sekali.

Waktu itu juga saya fokuskan untuk melakar peta minda perancangan biznes-biznes sekiranya saya ingin menjalankan perniagaan. Manalah tau kot-kot saya akan menjadi usahawan suatu hari nanti seperti selalu yang naluri saya inginkan.

umar

Sebuah kisah benar yang terjadi pada zaman kekhalifahan Umar bin Khattab.

Suatu hari Umar sedang duduk di bawah pohon kurma dekat Masjid Nabawi. Di sekelilingnya para sahabat sedang asyik berbincang sesuatu. Di kejauhan datanglah 3 orang pemuda. Dua pemuda memegang seorang pemuda lusuh yang diapit oleh mereka.

Ketika sudah berhadapan dengan Umar, kedua pemuda yang ternyata adik beradik itu berkata,
"Tegakkanlah keadilan untuk kami, wahai Amirul Mukminin!" "Qishashlah pembunuh ayah kami sebagai had atas kejahatan pemuda ini!".
Umar segera bangkit dan berkata,
"Bertakwalah kepada Allah, benarkah engkau membunuh ayah mereka wahai anak muda?".
Pemuda lusuh itu menunduk sesal dan berkata, "Benar, wahai Amirul Mukminin."
"Ceritakanlah kepada kami kejadiannya.", tegas Umar.

Pemuda lusuh itu mula bercerita,
"Aku datang dari pedalaman yang jauh, kaumku mengamanahkan aku untuk suatu urusan muammalah untuk ku selesaikan di kota ini. Sesampainya aku, ku ikat untaku pada sebuah pohon kurma lalu ku tinggalkan dia. Apabila kembali, aku sangat terkejut melihat seorang laki-laki tua sedang menyembelih untaku, rupanya untaku terlepas dan merosakkan kebun milik laki-laki tua itu. Sungguh, aku sangat marah, segera ku cabut pedangku dan ku bunuh ia. Ternyata ia adalah ayah dari kedua pemuda ini."

"Wahai, Amirul Mukminin, kau telah mendengar ceritanya, kami boleh mendatangkan saksi untuk itu.", sambung pemuda yang ayahnya terbunuh.
"Tegakkanlah had Allah atasnya!" timpal yang lain.
Umar terpegun dan bimbang mendengar cerita si pemuda lusuh.
"Sesungguhnya yang kalian tuntut ini pemuda soleh lagi baik budinya. Dia membunuh ayah kalian karena khilaf kemarahan sesaat", ujarnya.
"Izinkan aku, meminta kalian berdua memaafkannya dan akulah yang akan membayarkan diyat atas kematian ayahmu", lanjut Umar.
"Maaf Amirul Mukminin," sergah kedua pemuda masih dengan mata marah menyala, "kami sangat menyayangi ayah kami, dan kami tidak akan redha jika jiwa belum dibalas dengan jiwa".
Umar semakin bimbang, di hatinya telah tumbuh simpati kepada si pemuda lusuh yang dinilainya amanah, jujur dan bertanggung jawab.

Tiba-tiba si pemuda lusuh berkata, "Wahai Amirul Mukminin, tegakkanlah hukum Allah, laksanakanlah qishash ke atas ku. Aku redha dengan ketentuan Allah" ujarnya dengan tegas.
"Namun, izinkan aku menyelesaikan dulu urusan kaumku. Berilah aku tangguh 3 hari. Aku akan kembali untuk di qishash".

"Mana bisa begitu?", ujar kedua pemuda.
"Nak, tak punyakah kau kerabat atau kenalan untuk mengurus urusanmu?" tanya Umar.
"Sayangnya tidak ada Amirul Mukminin, bagaimana pendapatmu jika aku mati membawa hutang tanggungjawab kaumku bersamaku?" pemuda lusuh bertanya kembali.
"Baik, aku akan memberimu waktu tiga hari. Tapi harus ada yang mahu menjaminmu, agar kamu kembali untuk menepati janji." kata Umar.
"Aku tidak memiliki seorang kerabatpun di sini. Hanya Allah, hanya Allah lah penjaminku wahai orang-orang beriman", rajuknya.

Tiba-tiba dari belakang hadirin terdengar suara lantang, "Jadikan aku penjaminnya wahai Amirul Mukminin".
Ternyata Salman Al-Farisi yang berkata...
"Salman?" herdik Umar marah, "Kau belum mengenal pemuda ini,
Demi Allah, jangan main-main dengan urusan ini".
"Perkenalanku dengannya sama dengan perkenalanmu dengannya, ya Umar. Dan aku mempercayainya sebagaimana engkau percaya padanya", jawab Salman tenang.
Akhirnya dengan berat hati Umar mengizinkan Salman menjadi penjamin si pemuda lusuh.

Pemuda itu pun pergi mengurus urusannya.
Hari pertama berakhir tanpa ada tanda-tanda kedatangan si pemuda lusuh. Begitupun hari kedua.
Orang-orang mula bertanya-tanya apakah si pemuda akan kembali. Kerana mudah saja jika si pemuda itu menghilang ke negeri yang jauh.
Hari ketiga pun tiba. Orang-orang mulai meragukan kedatangan si pemuda, dan mereka mulai mengkhuatirkan nasib Salman. Salah satu sahabat Rasulullah SAW yang paling utama.
Matahari hampir terbenam, siang mula berakhir, orang-orang berkumpul untuk menunggu kedatangan si pemuda lusuh. Umar berjalan mundar-mandir menunjukkan kegelisahannya. Kedua pemuda yang menjadi penggugat kecewa kerana kein
gkaran janji si pemuda lusuh.
Akhirnya tiba waktunya penqishashan, Salman dengan tenang dan penuh ketawakkalan berjalan menuju tempat pembunuhan. Hadirin mulai teresak, orang hebat seperti Salman akan dikorbankan.

Tiba-tiba di kejauhan ada sesusuk bayangan berlari terhuyung-hayang, jatuh, bangkit, kembali jatuh, lalu bangkit kembali.
"Itu dia!" teriak Umar, "Dia datang menepati janjinya!".
Dengan tubuh bersimbah peluh dan nafas tercungap-cungap, si pemuda itu berpaut di pangkuan Umar.
"Hh..hh.. maafkan.. maafkan.. aku.." ujarnya dengan susah payah, "Tak ku sangka.. urusan kaumku.. mengambil.. banyak.. waktu..".
"Ku pacu.. tungganganku.. tanpa henti, hingga.. ia keletihan di gurun.. terpaksa.. kutinggalkan.. lalu aku berlari dari sana..".

"Demi Allah", ujar Umar menenanginya dan memberinya minum, "Mengapa kau susah payah kembali? Padahal kau boleh saja kabur dan menghilang?"
"Agar.. jangan sampai ada yang mengatakan.. di kalangan Muslimin.. tak ada lagi pahlawan.. tepati janji.." jawab si pemuda lusuh sambil tersenyum.
Mata Umar berkaca-kaca, sambil menahan haru, lalu ia bertanya, "Lalu kau Salman, mengapa semahu-mahunya kau menjamin orang yang baru saja kau kenal?".
 "Agar jangan sampai dikatakan, di kalangan Muslimin, tidak ada lagi rasa saling percaya dan mahu menanggung beban saudaranya", Salman menjawab dengan mantap.
Hadirin mulai banyak yang menahan tangis haru dengan kejadian itu.
"Allahu Akbar!" tiba-tiba kedua pemuda penggugat berteriak,
"Saksikanlah wahai kaum Muslimin, bahwa kami telah memaafkan saudara kami itu".
Semua orang tersentak kaget.
"Kalian.." ujar Umar, "Apa maksudnya ini? Mengapa kalian..?" Umar semakin terharu.
"Agar jangan sampai dikatakan, di kalangan Muslimin tidak ada lagi orang yang mahu memberi maaf dan sayang kepada saudaranya" ujar kedua pemuda membahana.
"Allahu Akbar!" teriak hadirin.
Pecahlah tangis bahagia, haru dan bangga oleh semua orang.
Begitupun kita disini, di saat ini..
sambil menyisipkan sekelumit rasa iri hati kerana tidak boleh merasakannya secara langsung bersama saudara-saudara kita pada saat itu..

"Allahu Akbar...".
Laa ilaa ha illa anta
Subhaanaka innii kuntu minaz zhaalimiin.

Banyak pengajaran dan iktibar dari cerita ini.
Inilah inspirasi pagi ini yang ku kongsi dari temanku sesama Muslim.....

Khamis, 9 April 2015

ikan & katak

Ada seekor katak 🐸 yg nampak nelayan.. sedang memancing... Jadi katak🐸  itu pun masuk kedalam air 🌊 dan ingin berjumpa ikan🐟 . Katak itu tegur ikan🐟  yg sedang memakan umpan nelayan.. itu.
Katak🐸  itu beritahu pada ikan🐟  "jangan makan cacing🐛  ni, sebenarnya ini perangkap, kalau kau makan juga, kau akan di tangkap, perut kau akan di belah.., kulit kau akan dibakar atas 🔥 api🔥 . mereka akn makan kau ( sebabnya katak🐸  ini tahu keadaan di atas darat )". Tapi ikan 🐟 ini tak ambil endah teguran si katak🐸  dan bila sahaja ikan🐟  itu makan umpan itu, ikan itu di sentap dan ditarik naik keatas.., ikan itu terkejut, dia nampak apa yang dikatakan oleh katak🐸  sebenar adalah benar. Dia yakin yg dia akan di bakar🔥 , kulitnya akan disiat.., perutnya akan dibelah. Ikan 🐟 itu sangat menyesal...
Tapi, tak ada dah peluang untuk kembali dalam air.🌊
Ulama' beritahu.
Keadaan sama pada kita manusia👫 ....bila ada orang 👦 beritahu kepada kita keadaan kita nanti, padang masyhar, balasan neraka, balasan syurga⛲️, azab neraka..,titian sirat, kita ambil tak endah saja. Bila sudah mati ,hijab akhirat akan dibuka.
Kita nampak manusia yg dibakar atas api🔥 🔥 . Orang yg akan diseksa kerana melakukan maksiat dan kemungkaran. Seperti mana keadaan ikan🐟  telah nampak apa yg berlaku di atas darat.
sahabatku yg disayangi Allah. Kita hanya ada satu peluang sahaja untuk beramal di dunia ini. Jadi jangan bazirkan usia 👶 👦 👴 dan keringat kita perkara yg sia-sia, terutamanya bab akidah pegangan kita islam. semoga Allah beri kita kefahaman . Aamiin Allahumma Aamiin...

Rabu, 8 April 2015

Chem-O-Quiz 2015












jawa halus

Mari belajar Bahasa Jawa

Penunjuk bahasa

BM:Bahasa Melayu
JK : Jawa Kasar
JH : Jawa Halus

Cara utk memulakan perbualan:

BM :Saya
JK : Aku
JH : kulo

BM : Awak
JK : Kuea - kowe
JH :Sampian @ - Panjenengan

BM: Apa khabar .........
JK: Kue kabare opo ........ piye kabare ( iku jawa kasar/ngoko)
JH: Sampian kabarepon nopo @ Kepripun Kabare - Kados pundi kabaripun

BM: Saya khabar baik..........
JK : Aku kabarea apik / kabarea waras .........
JH: kulo kabarea lujeng...../ kulo kabaripun sae

Bm : Siapa nama awak ..........
JK : Kue jenenge sopo ..........
JH :Sampian namine sinten @ panjenengan namine sinten /asmanipun sinten

BM : Nama saya asnan........
JK : Jenengku asnan .......
JH : kulo namine asnan/ kulo asmanipun asnan

BM : Awak dari mana....
JK : Kue teko ngendi......
JH : Sampian sangking pundi .....@...sampian aslinipon sangking pundi..................

BM: Saya dari parit raja...................................
JK: Aku teko parit raja..
JH: Kulo sangking parit raja............@..kulo aslinipon sangking parit rojo.........

BM: Awak sudah makan..........
JK: Kue wes mangan/kowe wis mangan
JH: sampian empon neddi/ panjenengan sampun nedha

BM: Saya sudah makan.
JK : Aku wes mangan....
JH : Kulo empon neddi.......

BM : Selamat .............
JH : Sugeng............

BM : Pagi ...........
Jk : Isuk.......
JH : enjing/enjang

BM : Malam ............
JK :Bengi .....
JH : ndhalu

BM : Siang ....
JK : Awan...............
JH : Siyang

BM : Petang ........
JK: Sorea...sore (ejaan Jawa Indonesia)
JH : Sonten

BM : Selamat Pagi
JH : Sugeng enjang,

BM : Selamat petang
JH : Sugeng sonten,

BM : selamat malam
JH : sugeng dalu

BM : Selamat datang
JH = Sugeng Rawuh....

BM : Tak ada.....
JK : ora aneng/ ono
JH : Boten anten/wonten.

BM : Tak faham.....
JK : ora reti .......embuh (kasar), ra ngerti
JH : Boten ngertos .

BM : Tak Pandai ....
JK : ora iso......
JH : Boten saget....

BM : Saudara ke semuanya
JK : Sedulur sak kabehane / sedhulur kabeh
JH : Sedherek sedenten / sedoyo..

BM : Ke sana
JK : Nyang kono
JH : Wonten merono

BM : Kemari
JK : Nyang merene/kene
JH : Wonten meriki.

BM : Nak ikut
JK : Arep me,lu
JH : Ajeng tumut .

BM : Sudah lama
JK : Wes suei/suwe
JH : Empon Dangu..

BM : Ya
JK : Yo
JH : Engih .

BM : Terima kasih
JK : Kesuwun / Matur Nuwun..

BM : Salam
JK : Kulo Nuwun............

BM : berangkat
JH : Budal

BM : kembali
JH : mulih

BM :kerana
JH : mergo/amergo

1. sampien namine sinten? : nama awak sape?
2. kulo namine halmi : nama saya halmi
3. setunggel,kaleh,tigo,sekawan,gangsal
: satu,dua,tiga,empat,lima


Saya = Nyong
Awak = siro / riko
Dia = ndek-e / dheweke
Kita = ndewek / awake dhewe

BM :salam perkenalan
JH : sugeng tepang....

BM: rumah
JK : omah
JH : Gerio

BM: orang jawa
JK : wong jowo
JH : tiyang jawi

BM: orang tua
JK : wong tuek
JH : tiyang sepah/sepuh

BM: lambat bangun
JH : kerinan

BM: bukak puasa
JH : mokel.mokah

BM: gotong royong
JH : lebotan.rokaan

BM: selamat hari lahir
JH : sugeng tanggap warsa........

BM: selamat hari raya
JH : sugeng riyadin/ariyadi

BM: selamat tahun baru
JH : sugeng warsa enggal

BM: kerja
JK : kerjo, nyambut gawe
JH : ndamel

BM: kerjanan
JK : Gawean
JH : ndamelan

BM: selamat berkerja.
JH : sugeng makarya

BM: selamat berpuasa
JH : sugeng siyam

BM : Sudah lama tidak nampak
JK : Sampun dangu boten ketingal