Korang pernah kena sejukbeku sewaktu masih bekerja tak? Sejukbeku tu maknanya diwajibkan hadir bertugas kepejabat tetapi langsung tak diberi tugas. Disisihkan dari semua meeting dan aktiviti ofis. Duduk sepanjang hari. Melanguk.
Dulu-dulu saya pernah mengalaminya. Saya ini dahulu memang cepat naik pangkat. Kalau orang lain memerlukan masa 5 tahun untuk naik pangkat, saya hanya memerlukan 1-2 tahun sahaja untuk naik. Berdesap berdesup karier saya.
Dalam kerancakan karier saya itu, tetiba saya disejukbekukan.
Minggu pertama tu terasa setiap detik yang berlalu tu bagai berjam2 lamanya. Lambat sangat rasanya. Surat khabar yang dibeli habis saya baca setiap patah perkataan. Hingga berulang-ulang.
Rakan-rakan yang dahulunya ramai mula menjauhi diri. Dulunya beratus-ratus rakan-rakan dan staf-staf yang menghantar message tahniah atau ucapan hari raya atau hari jadi hinggakan jem blackberry saya masa tu. Almaklumlah, masa itu Blackberry ni kira smartphone paling dasyat la. Diorang hilang dan menyepi entah kemana...
Tujuan utama aktiviti sejukbeku adalah untuk memusnahkan kredibiliti seseorang dan juga untuk mematikan semangat dan roh orang itu hancur luluh dan merana terutama mereka yang selalunya lantang menyuarakan sesuatu tanpa rasa takut, apatah lagi jika perkara itu adalah yang benar.
Alhamdulillah. Allah kurniakan saya hati dan jati diri yang sangat kental. Tidak sedikit pun semangat saya terjejas malah saya sentiasa sahaja nampak happy. Juga kerana saya adalah seorang yang berdisiplin, saya tetap sampai ofis seawal jam 7.30am dan pulang jam 5.30pm. Tetap bersemangat untuk ke ofis setiap hari. Senyum sepanjang hari pada pegawai-pegawai
Oleh kerana banyak waktu terluang, dalam minggu kedua, selesai punch card, saya pun mula bersolat dhuha yang sudah lama saya lupai. Habis solat dhuha saya sujud syukur. Seingat saya peristiwa ini berlaku pada hari ke lima minggu kedua saya disejukbeku. Dalam saya sujud tu tetiba saya teringat satu peristiwa dimana anak lelaki saya yang ketika itu berumur 13 tahun berkata kepada saya:
"Dady, do I have to make an appointment to see you?"
Tergiris dan terguris serta sayu hati bila anak saya berkata begitu. Oleh itu saya kerap berdoa kepada Allah agar saya menjadi bapa yang baik dan sentiasa punyai masa untuk anak-anak dan keluarga saya. Sewaktu di depan kaabah, doa ini juga saya pohon dari Allah.
Allahuakbar. Rupa-rupanya doa saya depan kaabah hari itu Allah tunaikan. Aktiviti sejukbeku ke atas saya itu adalah untuk memberi saya peluang meluangkan lebih masa bersama anak-anak dan isteri. Alhamdulillah. Kalau dahulu diorang balik sekolah naik bas atau teksi kini balik sekolah sudah pasti saya yang menunggu di depan gate sekolah. Bila balik rumah, badan juga tidak terasa penat maka dapatlah saya memberi tunjuk ajar dan ulangkaji pelajaran anak-anak. Kadang-kadang saya pula yang menyediakan makan malam keluarga. Subhanallah!
Waktu yang terluang di ofis juga saya gunakan untuk membaca Al Quran. Jika dahulu hanya surah Yassin sahaja yang kerap saya baca, kini sudah beberapa kali saya khatam Al-Quran. Sempat lagi membaca translasinya sekali.
Waktu itu juga saya fokuskan untuk melakar peta minda perancangan biznes-biznes sekiranya saya ingin menjalankan perniagaan. Manalah tau kot-kot saya akan menjadi usahawan suatu hari nanti seperti selalu yang naluri saya inginkan.
Tuan disejukkan beku semasa dlm sistem matrik ke?
BalasPadam