SEHARI DALAM HIDUP PM
Rakyat masih lagi mencari-cari jalan alternatif menambah pendapatan, rakyat masih tercari-cari kotak alas untuk tidur bawah jambatan, rakyat masih terkais-kais tong sampah mencari baki-baki tulang dibuang dek bangsawan tiba-tiba ada pula pengumuman kenaikan gaji Ahli Parlimen.
Elok benar adanya, rakyat diarah puasa tanpa ada pilihan. Rakyat diarah ikat perut tanpa alternatif tetapi isteri pemimpin mendandan rambut dengan kos RM1200, baju kurungnya sahaja dijahit dengan upah RM600, beg tangan sahaja senilai biasiswa seorang doktor. Jet peribadi mengangkut Perdana Menteri pula sudah baru dan mahal. Ubahsuai interior pesawat sahaja terlampau mewah dan tidak termasuk majlis perkahwinan yang penuh bunga-bunga segar yang layu keesokannya.
Pegawai-pegawai tinggi kerajaan berstatus YB juga ada kemudahan ke sana ke mari dengan menaiki helicopter sewaan hanya untuk pergi ke kenduri perkahwinan yang disifatkan peribadi dan bukan urusan rasmi kerajaan.
Cubalah pemimpin ini sekali-sekali merasai seminggu berada dalam hidup marhen. Jika seminggu tidak boleh, cubalah sehari.
Cuba bayangkan satu hari mereka bangkit dari tidur di atas tilam nipis tanpa spring, hanya span dan cadar lusuh di sebuah rumah flat PPRT di Pantai Dalam. Sambil menggaru kulit yang sensitif tidur bersama pepijat tilam menuju ke dapur tiada apa yang terhidang. Tiada butler, tiada chef, tiada servant hanya DIA dan ISTERINYA sahaja. Sambil menggaru rambut yang hampir botak, PM ketika itu membuka peti sejuk dan dilihat tiada apa yang boleh dimasak. Beras hanya tinggal beberapa pot sahaja. Tahanlah perut, goreng sahaja ikan bilis makan nasi lembik dengan kicap. Lauk lain tiada semua gara-gara gaji rendah dan harga barang naik.
PM senyum dan berkata kepada isterinya, jangan risau I ambil dompet. Tengok dalam dompet yang biasanya berjambak-jambak unggu tiba-tiba jadi wang biru-biru sahaja beberapa helai. Hidup harus diteruskan. Turun ke bawah untuk pergi kerja dan lif rosak tidak dibaiki. Maka turunlah melalui tangga dari tingkat 18 sehingga ke bawah. Ini semua gara-gara rumah PPRT yang menempatkan penduduk termiskin dah sampai tak larat nak bayar maintenance sampai lift pun tak ada siapa baiki. Dalam hati penghuni, lebih baik naik turun tangga dari bayar maintenance yang sepatutnya boleh jadi duit sayur dan beras untuk anak-anak makan.
Sampai di parking, tiada rider, tiada bodyguard dan tiada kereta besar. Cuma ada kereta Iswara lama yang masih ada hutang lagi 6 tahun. Belek dompet nampak macam tak cukup duit nak isi minyak untuk pergi ke PMO. Dipandang ke satu sudut, adalah sebuah Honda Cup dan selepas sarung topi keledar, PM hidupkan enjin dan mengharungi kesesakan jalanraya. Baru sahaja keluar dari Kerinchi, hujan pula turun dengan lebat. Berhentilah di bawah jambatan berhampiran RTM bersama dengan puluhan penunggang lain yang turut berhenti menunggu hujan lebat kurang sedikit. Dalam media mereka ini dipanggil Mat Rempit hanya kerana mereka menunggang motorsikal untuk bekerja kerana kos menggunakan kereta sangat tinggi. PM sempat berbual-bual juga dengan mereka, nampak dalam singkat masa di bawah jambatan PM rasa mereka ini terpelajar juga. Hampir semua lulusan universiti tetapi masih hidup di bawah paras kemiskinan bandar.
Hujan berhenti, perjalanan diteruskan sampai ke tempat kerja. Tiada sambutan, tiada keraian hanya letak motorsikal dan terus ambil lif ke pejabat Perdana Menteri. Setiausaha-setiausaha melaporkan aturcara harian PM. Tengahari selepas makan Maggi Cup kerana gaji dah masuk hujung-hujung, terpaksa berangkat ke perasmian Perumahan Rakyat 1M yang baru di Sungai Besi pula. Dengan motorsikal kapcai itu PM teruskan berjalan sampai di Seri Kembangan, motorsikal pancit.
Tepi divider ada tulis iklan "Motor Pancit Telefon 0172265533" lalu di telefonlah nombor itu. Prepaid tinggal 30 sen. Sekali call mesti habis. Telefon kali pertama masuk voicemail sudah kena tolak kredit. Kali kedua telefon baru angkat dan mekanik hanya katakan sekali datang repair RM30 jika tampal di kedai baru RM5. Wang dalam dompet tak sampai RM30. Dah hujung bulan memang begitu. Maka menolaklah PM motorsikal itu sampai ke bengkel. Nak telefon juga Kak Mah untuk pinjam duit tabungan dari kecil tapi prepaid dah habis.
Sudah terlewat untuk perasmian. Sampainya sahaja ke perkarangan majlis nampak katering pun sudah bungkus barang masuk ke lori. Memang salah bajet sungguh, kalau tidak dapat juga merasa makan free. Motor pula buat hal.
Sudah habis semua aturcara sepanjang hari, sekitar jam 10 malam PM pun berangkat pulang. Malam-malam gelap bermotorsikal dari lokasi akhir di Klang menuju ke Pantai Baru melalui susur motorsikal di Federal Highway. Semasa di Klang, dalam ucapan PM mengatakan "Malaysia Masih Aman". Sampai sahaja menghampiri susur di Naza Motors, PM disekat oleh penyamun. Duit RM30 dalam poket dan handphone Nokia 3310 pun dia samun sekali. Dengan motorsikal sekali dia samun.
Malam itu, PM jalan kaki dari Naza Motors sehingga ke flat PPRT Pantai Dalam. Semasa perjalanan menyumpah seranah diri sendiri akan kebenaran yang rupanya Malaysia tidak aman. Yang jadi aman itu jika jadi PM yang dikelilingi oleh UTK berbelas-belas orang dan juga entourage berpuluh orang serta bodyguard merata-rata. Sebab itu aman kerana dikepung sebegitu sekali.
Sampai di rumah sahaja, isteri buat kejutan "Surprise!!"
"Cantik tak handbag baru I? RM200 jer….cantik tak cincin I…RM2500 jer duit tabung I, cantik tak rambut i ni? pergi panggil Cik Kiah dandan di rumah tadi masa u takde…dia caj murahhhhh…RM120 jerrrr…dan lagi satu surpriseeeee….I buat baju kurung 3 pasang untuk raya tahun depan…tailor bagi harga RM600 jer sepasang. Mah buat ni semua untuk Abang Jib, Mah guna duit dalam tabung Abg Jib untuk bajet beli buku anak sekolah"
Apa yang anda rasa kalau anda ialah PM dalam cerita ini?
Sebahagian anda membaca cerita dongeng di atas ini dengan perasaan tergeletek mengekek ketawa. Bagi golongan marhaen, inilah cerita harian mereka. Adakala, kami juga harap PM dan isterinya mampu selami hati rakyat sedalam itu. Bukannya 1 minggu, kami fikir seharipun PM tidak sanggup untuk hidup dalam keadaan begitu. Sekurang-kurangnya ketahuilah cerita di atas itu cerita benar bagi ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan perlaksanaan pelbagai polisi baru termasuk GST dan naik turun harga minyak dalam pasaran. Ketahuilah apakah perasaan mereka yang berpuasa menahan perut untuk penjimatan bagi survival keluarga tiba-tiba pemimpin yang mengarahkan mereka tukar carahidup itu membeli jet mewah dan mengahwinkan anak dengan bajet yang sangat besar (walaupun alasannya tajaan kerana tiada orang menaja orang lain tanpa balasan) dan jemaah MP boleh pula sebulat suara baik pembangkang mahupun kerajaan bersetuju menaikkan gaji.
Jika PM kita mampu merasakannya, inilah PM yang baik dan akan jadi prihatin. Tidak salah lahir dalam dulang emas jika mampu turun ke bawah seperti Mehmet Alfateh yang turut sama turun tangan merencana dan melaksana. Turut sama dirotan dan turut sama berpuasa juga turut sama tumpah peluh dan tumpah darah berjuang. Barulah tenteranya boleh menjadi hebat untuk meroboh Konstantinople. Rakyat Alfateh tidak kisah bersusah, tidak kisah berperang, tidak kisah mati di bawah pimpinan Alfateh bukan kerana dia anak raja tetapi kerana dia raja yang sangat dekat dengan rakyat. Kalau rakyat Alfateh boleh, begitu juga kami, bukan sahaja GST 6% jika diletak GST 20% pun kami sanggup jika pemimpin dan rakyat sama-sama merasa getir dan pahit bersama-sama dan senang juga dapat dirasakan bersama. Bukan tidak sokong GST, tetapi tidak sokong pemborosan yang berlaku tatkala rakyat dititah mengikat perut.
Semoga mereka ini diberikan petunjuk dan hidayah memimpin kerana Allah dan mampu mewariskan kepada anak-anak kita sebuah negara yang aman untuk didiami. Amin ya Rob A'lamin.
SAIFUL NANG
//Aku bukan mengeluh kerana hidup aku senang dan tidak terjejas dengan GST, cuma aku sampaikan keluhan hati rakyat yang hanya boleh didengar jika kita hampir dengan mereka bukan sambil minum tehtarik RM15 di kafe tepi Sungai Gombak di dalam bangunan sidang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan