PERKONGSIAN PAGI INI. LIHAT LIMA JARI KITA
1. Ada IBU JARI yang selalu berkata baik & menyanjung.
2. Ada JARI TELUNJUK yang suka menunjuk & memerintah.
3. Ada JARI TENGAH yang agak selesa, hanya kerana merasa paling panjang.
4. Ada JARI MANIS yang selalu jadi teladan, baik & sabar sehingga diberi hadiah cincin.
5. Dan ada JARI KELINGKING yang lemah & penurut.
Dengan perbezaan (kekurangan dan kelebihan) yang dimiliki masing2 jari, mereka bersatu, saling melengkapi dan menjadi kuat.
Falsafah sederhana ini memberi contoh tentang bagaimana kuat dan indahnya kebersamaan dalam hidup... Kita dilahirkan dengan segala perbezaan yang kita miliki dengan tujuan untuk bersatu:
* saling menyayangi.
* saling menolong.
* saling berkongsi.
* saling menghargai.
* saling melengkapi.
Bukan untuk :
- saling menuduh.
- saling menyalahkan.
- saling merosak
- saling iri hati
- saling memporakperandakan.
Semua perbezaan dari kita adalah keindahan, agar kita RENDAH HATI dan menghargai orang lain, tidak ada satu pun pekerjaan yang dapat kita selesaikan sendirian.
Kita terlihat punya kelebihan, hanya kerana orang lain punya kekurangan... Begitu juga sebaliknya.
Orang pintar boleh gagal...
Orang hebat boleh jatuh...
Orang kuat boleh kalah...
Tetapi...
Orang yang MERENDAH DIRI dengan keinsafan insyaa Allah akan selalu mendapat KEMULIAAN! Amin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan