بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار اِهزِم الكفارYa Allah, Kami guru kimi-A! SPM seMalaysia sesi 2023 mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! SPM skor A+ utk semua PELAJAR. امين. Salam kimi-A! itu M U D A H ان شآء الله A! ...Chem-is- TRY اهلا وسهلارمضان 1446
Sabtu, 11 April 2015
kwsp
Umur 50 tahun adalah usia yg paling sesuai, sebab di usia ini lah ibubapa memerlukan duit untuk menghantar anak2 ke menara gading, di usia inilah juga pencarum masih sihat untuk menikmati hidup, juga untuk melangsaikan hutang dan untuk warga Islam pula menunaikan haji / umrah, untuk kaum India / Cina dan lain2 bangsa boleh menggunakan duit yang ada untuk melawat saudara mara di luar negara atau untuk tujuan melancong. Berapa ramai rakyat Malaysia yg hidup lebih daripada 50 tahun? Berapa ramai pencarum yang tidak sempat mengeluarkan duit simpanan KWSP? Sepatutnya KWSP perlu mendedahkan statistik berkenaan duit simpanan KWSP yang tidak dituntut selepas usia 55 tahun untuk pengetahuan umum dan juga buat pindaan mengikut keputusan statistik. Buat la kaji selidik, jangan main cakap je. Menteri2 belajar tinggi2 tapi seperti tidak mampu berfikir / secara rasional. Taraf jidup sekarang amat membebankan rakyat, yang miskin atau berpendapatan sederhana sering menjadi mangsa keadaan. Pernahkah kerajaan fikir kenapa jenayah rompak ragut curi semakin berleluasa? Mungkinkah disebabkan kesempitan wang untuk terus bertahan di kehidupan yang agak membebankan? Mungkin perubahan perlu dibuat oleh KWSP mengikut kategori gaji tahunan, daripada situ mereka yang berada dalam kategori memerlukan duit untuk sara hidup seharusnya diberi kelonggaran untuk menggunakan duit simpanan KWSP. Ini adalah duit titik peluh rakyat, biarlah rakyat sendiri yg menguruskannya. Merata tempat ada orang susah (org yg sudah berusia) dan kebanyakannya tidak pun mendapat bantuan kerajaan yakni mereka tidak menjadi beban kerajaan di usia tua, maka alasan kerajaan / KWSP utk menyimpan duit rakyat hingga usia 55 tahun - 60 tahun dengan tujuan membantu kehidupan mereka kelak tidak boleh dipakai lagi. Be realistic... Rakyat semakin susah... nilai ringgit semakin kecil... ini adalah hasil kerajaan yang gagal menerajui negara..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan