Sekadar perkongsian sesama kita...
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه ُ
Renungan Pagi Ahad
7 Rejab1436H
26 April 2015
🌵BERATNYA TUNTUTAN SOLAT BERJEMAAH
عن ابن مسعود رضي الله عنه قال: مَنْ سَرَّهُ أنْ يَلْقَى اللهَ تَعَالَى غدًا مُسْلِمًا، فَلْيُحَافِظْ عَلَى هؤُلاَءِ الصَّلَوَاتِ حَيْثُ يُنَادَى بِهِنَّ، فَإنَّ اللهَ شَرَعَ لِنَبِيِّكم صلى الله عليه وسلم سُنَنَ الهُدَى، وَإنَّهُنَّ مِنْ سُنَنِ الهُدَى، وَلَوْ أنَّكُمْ صَلَّيْتُمْ في بُيُوتِكم كَمَا يُصَلِّي هذا المُتَخَلِّفُ فِي بَيْتِهِ لَتَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ، وَلَوْ تَرَكْتُمْ سُنَّة نَبِيِّكُم لَضَلَلْتُمْ.... (رواه مسلم)
TERJEMAHAN
Dari Ibu Mas'ud رضي الله عنه melaporkan: Barangsiapa yang merindui untuk bertemu dengan Allah esok (pada hari Kiamat) sebagai seorang Muslim, maka hendaklah dia menjaga solat-solat yang wajib itu di mana ia (solat itu) diserukan azan (di masjid atau surau dll). Sesungguhnya Allah telah mensyariatkan kepada Nabi kamu صلى الله عليه وسلم dengan Sunnah-sunnah petunjuk yang mana solat berjemaah itu adalah di antara Sunnah-sunnah petunjuk itu. Andaikata kamu semua hanya solat di rumah-rumah kamu sebagaimana solatnya orang yang tercicir ini (golongan munafik/hipokrit) di rumah maka kamu telah meninggalkan Sunnah Nabimu. Dan jika kamu meninggalkan Sunnah Nabimu nescaya kamu sesat... (Mafhum HR Muslim)
INTISARI HADITH
1. Solat fardhu secara berjemaah adalah sangat dituntut oleh Syara' kerana selain daripada pahalanya yang berganda lebih baik dari solat bersendirian ia juga merupakan antara Syiar (lambang kebesaran) Islam yang tidak boleh diremehkan,
2. Tempat yang paling afdhal untuk solat berjemaah adalah tempat yang dilaungkan azan (masjid atau surau dll),
3. Orang yang sengaja meremehkan solat berjemaah di masjid (terutama golongan lelaki) adalah berada dalam kesesatan (jauh daripada petunjuk Ilahi), na'uzubillah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan