Isnin, 13 April 2015

GST 11

Salam 1 malaysia...
Gst Gst Gst...
Aku bkn lah menteri yg boleh membentangkan hujah di parlimen. Bukan juga datuk mahupun tan sri. Aku cuma rakyat biasa yg suaranya spt angin bertiup lembut dan berlalu pergi tanpa memberi apa2 makna..
Gst...
Hari pertama. Isu topup. Hari yg penuh dgn sketsa senario dan berlanjutan hgga hari ke seterusnya.. Satu demi satu ucapan kalian yg spt lalang layu sekejap bertiup kekiri, dua saat selepas itu kekanan pula.. kesudahannya kami jugalah yg menjadi tanah tmpat lalang berpijak. Tapi tidak mengapa kami dah biasa..
Gst...
Hari kelima, kali ini bkn shj isu topup. Tp segala isu kenaikan harga yg lgsg tdk menepati rekaan iklan dicipta kalian telah menyebabkan kami pengguna dan peniaga saling bertelagah sesama sendiri. Apabila dilaporkan, kami diminta memahami Gst supaya tdk tertipu dan menipu.. Tp tdk mengapa, Gst mmg tidak prnah menunggu pemahaman kami utk dilaksanakan.
Gst...
Hari kesepuluh ketika kami bertarung dgn hidup yg makin mencabar, kami dimaklumkan pula dewan rakyat baru meluluskan usul kenaikan gaji ahli parlimen sbyk hampir 50%. Disaat mata wang sdg jatuh dan kami diminta utk berjimat, gaji kalian pula yg dinaikkan. Berbyk tahniah dari kami.
Gst...
Hari kesebelas kami digeletekkan dgn kisah budak uitm disaran memasak sndiri bg mgelak mmbyr gst oleh seorang menteri popular dari negara nobitako. Kami juga di"suprisekan" dgn berita ttg cadangan pengeluaran wang kwsp dgn umur minimum dari 55 tahun berubah ke 60 tahun..

Satu demi satu kesabaran kami diuji dgn tindak tanduk kalian yg menganggap kami tdk ubah spt anak kecil yg sdg memegang duit dan mudah utk ditipu. Tp kalian harus ingat. Jika sebuah rumah boleh roboh dgn kehadiran anai-anai kecil.. Tak mustahil sebuah kerajaan blh tumbang dgn kebangkitan anak-anak muda spt kami. Bersabar rakan2. BH Bertahan selagi boleh. Berjuang selagi mampu. Jika mereka tidak boleh berubah. Kenapa kita tidak cuba utk mengubah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan