Jumaat, 24 April 2015

alvin tan

SALIB GEREJA TAMAN MEDAN, AZAN VERSI ALVIN, ISLAM DICABAR ATAU MENCABAR?

Tahun 2009 penduduk melayu Seksyen 23 Shah Alam berarak membawa kepala lembu membantah pembinaan kuil. 2015 Salib gereja Taman Medan diturunkan.

Sejujurnya tindakan di atas langsung tidak berkaitan dengan agama Islam, ia hanya bermotifkan PERKAUMAN.

Bukti bahawa Islam tidak berkaitan dengan kes penghinaan itu, telah dijelaskan SEJELAS-JELASNYA di dalam Al-Quran iaitu kitab suci Islam.

Surah Al-An'aam ayat 108:
"Dan janganlah kamu cerca (apa) yang mereka sembah selain daripada Allah, nanti mereka mencerca Allah pula tanpa ilmu pengetahuan."

Jelaslah bahawa tindakan penduduk melayu yang menghina Hindu dan Kristian itu bertentangan dengan isi AlQuran, mereka bertindak menurut hawa nafsu dan perkara ini cuma lah SENSITIVITI KAUM. Tidak bersangkut paut dengan AGAMA ISLAM.

Bolehkah Islam menindas agama lain di Negara ini?

Merujuk pada Al Quran, jawapannya TIDAK!

At-Taubah 6: "Dan jika diantara orang musyrik (tidak beriman kepada Allah) meminta pertolongan, hendaklah kamu lindungi dia."
Al-Anfaal 61: "Dan jika mereka cenderung kepada perdamaian, hendaklah kamu cenderung juga."

Al-Quran menyuruh umat Islam untuk melindungi dan memberi kedamaian kepada penganut agama lain. Tetapi adakah rakyat Malaysia mematuhi arahan Al-Quran? Tidak! Hanya segelintir sahaja yang benar2 mengikut ajaran Al-Quran.

Sekali lagi, ditekankan bahawa kejadian yang terjadi baru2 ini semuanya langsung tidak berkaitan dengan Agama Islam.

ALVIN TAN MELAUNGKAN AZAN VERSI R&B.

Alvin Tan yang merakamkan Azan versi R&B sambil bermain piano berkata azan itu ditujukan untuk umat Islam di 'MALAYSIA'.

Kenapa hanya Malaysia tetapi bukan kepada umat Islam seluruh dunia?

Tidak lain, ini juga bersifat PERKAUMAN.

Rata-rata kaum Melayu beranggapan bahawa Islam itu Melayu. Buktinya rakyat Sarawak dan Sabah yang beragama Islam akan dianggap sebagai MELAYU.

Tetapi mereka lupa, Nabi Muhammad saw bukannya Melayu, dia seorang Arab berkulit putih. Orang yang pertama melaungkan Azan ialah Bilal bin Rabah seorang yang berbangsa kulit hitam (negro). DI DALAM ISLAM TIDAK WUJUD PERKAUMAN!

Kembali kepada kes Alvin melaungkan azan versi R&B, Umat Islam Malaysia mengamuk.

Ini lah yang dikatakan "kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak".

Adakah umat Islam boleh menyalahkan Alvin? Lihat pada umat Islam Malaysia sendiri, mereka sibuk bersiul2 dan menyanyikan lagu dari band Indonesia (Wali Band) yang mengubah suai bacaan Al-Quran kepada versi dangdut Indonesia.

Lirik lagu itu dipetik dari Surah AL-Baqarah ayat 201: "Rabbanaa aatinaa fiddun yaa hasanah, wafil aakhirati hasanah waqina 'azaaba nnar."

Ayat Al-Quran ialah KATA-KATA TUHAN, wajib dibaca dengan cara yang betul!  Diam dan menghayati maksudnya. Bukannya dibaca sambil disiul2, terlonjak2 menari2.

Al-A'raf 204: "Dan apabila dibacakan Al-Quran maka hendaklah kamu semua mendengarnya dan diam, mudah-mudahan kamu beroleh rahmat".

Adakah mereka menentang lagu ini? Tidak, kerana ahli band ini termasuk dalam Rumpun Melayu Nusantara.

Dalam kenyataan Alvin di media sosial, dia mempertahankan dirinya dengan berkata, "saya bukannya pengganas."

Negara Malaysia yang kononnya di bawah kekuasaan Islam, tetapi membenarkan penjualan arak, judi, rancangan2 TV berunsur gangster, sex, dadah,  akibatnya rakyat terpengaruh dan wujudnya rempit, gangster, penagih dadah, sex bebas, rogol, bunuh dan senarainya berterusan tidak terputus.

Kebanyakannya dilakukan orang yang mengaku 'ISLAM'. Tidak mustahil kebanyakan rakyat Malaysia yang mengaku Islam ini sebenarnya Musuh Allah dan Rasulnya. Buktinya:

Al-Baqarah:278-279 : "Wahai orang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah swt dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya."

Negara kita yang kononnya Islam tetapi mengamalkan 'sitem riba'. Berapa ramai rakyat kita yang kononnya Islam,  tanpa segan silu membuat pinjaman, memberi pinjaman, mencari wang tanpa mempedulikan halal haramnya?. Bukankah mereka dengan lantang telah mengisytiharkan perang dengan Allah dan Rasul?

Jika umat Islam sendiri menentang Allah, Rasul dan Al-Quran, mereka sendiri memijak2 agama Islam, apakah rasionalnya disebalik amukan mereka terhadap orang bukan Islam yang terang-terang tidak tahu menahu hukum Islam?

Ketika ayat Al-Quran diubah menjadi lagu berirama mirip dangdut, rakyat Malaysia turut menyanyi bersama.

Ketika Azan dikumandangkan, masjid2 dan surau dibiarkan kosong. (perkara yang amat dibenci Nabi Muhammad saw)

Tetapi apabila seorang rakyat Malaysia berbangsa Cina mengubah suai Azan kepada irama R&B, serta merta dia dikecam dan diugut.

Jelaslah, tindakan mereka menentang agama lain bukan kerana Allah, tetapi semata2 kerana SENSITIVITI PERKAUMAN. Tidak ada Allah di dalam hati mereka. Hukum Allah mereka pijak dan hina.

Sekarang ini Alvin telah melarikan diri ke Amerika, mungkin ini sesuatu yang baik. Jika kita lihat statistik perkembangan Islam di negara Barat, ianya sangat memberangsangkan. Rakyat Amerika yang memeluk Islam bertambah dengan teramat pantas.

Ini disebabkan umat Islam di sana mengamalkan ajaran Al-Quran dengan bersungguh-suungguh dan mereka melakukan dakwah tanpa mengenal erti putus asa.
Semasa Alvin merakamkan azan, dia telah mengucap kalimah syahadah, iaitu pengakuan melalui lidah, apa yang dia perlukan sekarang ialah pengakuan melalui hati.
Semoga dia akan bertemu dengan orang Amerika Islam sejati dan menerangkan kepadanya maksud Islam yang sebenar.

Kepada umat Islam Malaysia. Jika anda benar-benar sayangkan Islam, perbaiki diri kita sendiri, kemudian mulakan dakwah anda, bersihkan nama ISLAM, hapuskan PERKAUMAN!

(Forward kepada pembaca Islam dan bukan Islam sangat digalakkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan