Rasa berTuhan itu ialah rasa Allah Maha Pengasih, Allah Maha Pemurah,Allah Maha Hebat, Allah Maha Berkuasa, Allah Maha Suci, Allah Maha Esa, Allah Maha Berkehendak, Allah Maha Adil, Allah Maha Bijaksana, Allah Maha Pembuat Keputusan, Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Melihat, Allah Maha Mendengar dan sekian byk lg sifat2 Allah yg bertaraf atau bertahap MAHA. Maha ertinya sifat yg dimiliki Allah itu paling tinggi, paling agung yg tiada hadmya(limit). Sifat yg tidak dpt di atasi oleh mana2 makhlukNya.
Manakala Rasa Hamba pula membawa maksud rasa diri lemah, rasa diri jahil, rasa diri kerdil, rasa diri tidak tahu, rasa diri bergantung kpd Allah, rasa diri berdosa, rasa diri kotor, rasa diri hina, rasa diri mengharap kpd Allah, rasa diri tidak punya apa2 dan sekian byk lg sifat2 hamba yg menunjukkan manusia itu sgt lemah dan sgt berkehendak kpd Allah.
Rasa berTuhan dan Rasa Hamba adalah dua sifat rasa yg sepatutnya mesti wujud dlm diri setiap manusia atau insan atau yg patut ada dlm diri seorang hamba. Jika kedua-dua sifat rasa ini disuburkan iaitu Rasa berTuhan 'dipertajamkan' dan Rasa Hamba 'diperdalamkan' maka akan lahir seorang insan yg berperibadi agung dan mempunyai jati diri yg hebat. Dgn kata lain, akan lahirlah seorang insan kamil. Insan yg sempurna zahir dan batin. Sempurna secara zahir merujuk tingkah laku, akhlak, tutur kata dan tindakannya sgt halus dan bersopan dgn manusia. Manakala sempurna secara batin pula membawa maksud tingkah laku, akhlak, tutur kata dan tindakannya sgt beradab dan penuh tertib dgn Allah sama ada di dlm solat atau di luar solat. Sama ada ketika ramai atau berseorangan diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan